Rabu, 17 Oktober 2018

PERKONGSIAN KARANGAN SOALAN BAHAGIAN B, SOALAN 4, SOALAN DIMENSI ANTARABANGSA, PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI KEDAH

TERIMA KASIH ATAS PENGKONGSIAN RANGKA KARANGAN OLEH TUAN HJ. ISHAK B. MD. SHAH. ALOR SETAR, KEDAH.

3. Perniagaan secara dalam talian merupakan satu trend baharu dalam urus niaga    tanpa sempadan.
    Huraikan kebaikan urus niaga secara dalam talian kepada masyarakat antarabangsa.

Pendahuluan: Nabi SAW telah bersabda dalam mafhumnya, “Sembilan persepuluh daripada kekayaan datangnya daripada perniagaan”. Iktibar daripada Hadis tersebut dengan jelas menerangkan bahawa bidang perniagaan mampu mengangkat kuasa ekonomi seseorang untuk hidup senang-lenang. Sejajar dengan kemajuan dalam bidang teknologi maklumat, bidang urus niaga juga turut mengalami proses transformasi apabila urus niaga sistem tradisional telah bertukar kepada transaksi secara dalam talian. Hal yang tersebut telah mengimpakkan anjakan paradigma dunia perniagaan menjadi lebih efektif, mudah dan berkesan.

Isi 1: Sistem urus niaga dalam talian benar-benar mempercepat urusan – urusan berkaitan
        maklumat barangan dan jenama, iklan, tempahan dan bayaran amat mudah dilaksanakan
Isi 2: Sistem urus niaga yang berkaitan dengan tempahan dan bayaran cukup selamat dan
        mudah – urusan hanya boleh dibuat di dalam talian dan terhindar daripada sebarang tindakan
        jenayah – meminimumkan penggunaan tukaran tunai.
Isi 3: Sistem yang menjimatkan dalam aspek pengurusan masa, tenaga dan kos – tempahan
         boleh dibuat dari dalam bilik tidur sahaja walaupun premis perniagaan yang terletak beribu-ribu
         kilometer jauhnya – tidak bersesak-sesak di jalan raya dan tidak perlu bersesak-sesak dan
         beratur panjang di premis perniagaan.
Isi 4: Suatu sistem perniagaan yang tidak memerlukan ruang dan tempat yang terlalu luas –
         boleh dilakukan di premis tempat tinggal sahaja – secara relatifnya kos operasi dapat
        dikurangkan manakala harga barang menjadi lebih murah
Isi 5: Suatu inovasi yang mendidik manusia moden supaya lebih amanah, bertanggungjawab
        dan menyantuni etika kehidupan – sistem ini amat mementingkan tahap amanah dan sikap
        saling percaya – membentuk suatu jaringan saling menyokong dan implikasi “menang menang”
        antara peniaga dan pengguna.

Kesimpulan: Sesungguhnya, inovasi bijak niaga dan mesra pelanggan ini sudah pasti akan berkembang dengan pantas dan mula menguasai dunia perniagaan. Hal yang demikian, jika dimanfaatkan dengan baik akan melahirkan sebuah generasi umat dunia yang lebih cakna, peka dan bertanggungjawab. Amalan monopoli dan menindas mahupun tindakan jenayah sudah pasti dapat dikurangkan sesuai dengan taraf kebijaksanaan manusia moden.

NSYA-ALLAH PERKONGSIAN MAKLUMAT RANGKA TUAN HJ. ISHAK B. MD. SHAH INI AKAN SAYA TERUSKAN UNTUK KELUARAN SELANJUTNYA. SEMOGA ALLAH MEMBERI RAHMAT KEPADA TUAN. TERIMA KASIH.


Tiada ulasan: