Ahad, 14 Oktober 2018

SOALAN DAN CADANGAN JAWAPAN SOALAN 2(B)- PETIKAN PEMAHAMAN UMUM PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI PAHANG

Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata menghalang integrasi.                                                    [2 markah]
Cadangan jawapan:-
Rangkai kata menghalang intergrasi bermaksud menghalang/ merencat/ membantut kesepaduan/ perpaduan/ kesatuan kaum.
(ii) Dalam petikan, pengarang menjelaskan bukti kewujudan perkongsian amalan tradisi dan adat resam antara kaum di Malaysia.
     Nyatakan dua bukti tersebut.                                                                                          [3 markah]

Cadangan jawapan:-
Bukti kewujudan perkongsian amalan tradisi antara kaum di Malasyia seperti, pengantin Melayu dan India mempraktikkan amalan memakai inai di jari dalam majlis perkahwinannya dan mengunyah sirih pada waktu senggang. Kaum Baba Nyonya dan masyarakat Melayu juga mempunyai persamaan budaya yang banyak hasil daripada proses asimilasi dan akulturasi yang seharusnya dihargai serta dijadikan medium yang dapat merapatkan perhubungan antara dua kaum ini.

(iii) Kepelbagaian budaya dalam kalangan masyarakat setempat amat perlu dihargai.
     Pada pendapat anda, bagaimanakah anda menghargai dan menghormati kepelbagaian budaya   dalam kalangan komuniti setempat?                                                                                                           [4 markah]
Cadangan jawapan:-
Pada pendapat saya, saya boleh menghargai dan menghormati kepelbagaian budaya dalam komuniti setempat dengan cara:-
1.           turut serta sebarang aktiviti melibatkan acara kepelbagai budaya kaum di Malaysia.
2.           menggunakan kepelbagaian budaya kaum sebagai wahana untuk merapatkan hubungan antara saya dan sahabat daripada pelbagai kuam.
3.          melibatkan diri dalam acara sukan berkaitan tradisi kaum-kaum lain di Malaysia.
4.          memakai pakaian tradisi kaum lain semasa menyambut hari perayaan mereka.
5.        menikmati kuih muih yang dihasilkan oleh Masyarakat pelbagai kaum terutama semasa hari perayaan mereka.
6.   menyokong sebarang usaha kerajaan untuk merapatkan hubungan antara kaum di Malaysia.

Disediakan oleh Cikgu Mohd Ramsul b. Abd Rahiman. Sesungguhnya skema jawapan Negeri
Pahang labih tepat dan cadangan di atas hanya sekadar perkongsian ilmu daripada saya
 untuk membantu pelajar mendapat jawapan soalan-soalan berkenaan. Harap maklum.