SOALAN BAHAGIAN B, SOALAN 1, PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI KEDAH
1. Kini, alam pekerjaan memerlukan individu yang memiliki
pelbagai ilmu dan kemahiran.
Sebagai seorang
murid, huraikan persediaan anda untuk menempuh alam pekerjaan.
Samudera gelora pawana berpintal
Cuaca redup ditutup mega
Jikalau kail panjang sejengkal
Lautan dalam jangan diduga
Pantun yang tersebut di atas
membawa amanat bahawa sesuatu yang berisiko jangan sama sekali cuba tanpa
sebarang persediaan yang rapi. Banyak padah yang boleh menimpa jikalau tersalah
duga. Walau bagaimanapun, dalam dunia yang mencabar seperti hari ini, kemampuan
meneroka sesuatu yang baharu dan lebih mencabar memungkinkan individu tertentu
boleh mencapai kejayaan sehingga di luar jangkaan. Sebagai individu yang
inginkan cabaran, saya mengidami kecemerlangan dalam kerjaya kelautan (anda boleh masukkan sebarang kerjaya
pilihan anda). Oleh yang demikian, saya faham untuk memenuhi matlamat
tersebut bukanlah boleh dicapai dengan mudah. Persis untuk mencapai matlamat
besar seperti itu, saya hendaklah memperlengkap diri dengan pelbagai persediaan
sama ada dalam aspek fizikal, mental, emosi, dan berani menempuh segala cabaran
.
Isi
1: Memantapkan diri dengan persediaan yang paling asas – persediaan fizikal,
mental, emosi, cita-cita dan motivasi (olahkan setiap satu
persediaan tersebut)
Isi
2: Memprogramkan jadual harian yang amat teliti dan berdisiplin – agar semua
perancangan
dapat berjalan mengikut jadual –
meletakkan cita-cita sebagai perkara yang paling hadapan
daripada aktiviti yang
kurang berfaedah
Isi
3: Memantapkan psikologi dan emosi – agar sentiasa bermotivasi tinggi – tidak
mudah pudar
semangat dengan cabaran-cabaran yang
ditempuhi – mengenal pasti seseorang yang boleh
dijadikan idola dalam bidang
yang akan diceburi
Isi
4 Membuat kajian dan mencari maklumat
yang tepat tentang bidang dan kerjaya yang ingin
diceburi – usaha melalui pembacaan,
berbincang dengan rakan-rakan, guru, internet dan
memperoleh maklumat daripada
tokoh-tokoh yang pernah terbabit dalam kerjaya berkenaan
Isi
5 Berusaha dan bertawakal dengan tidak
pernah melupakan ibadah kepada Allah SWT –
sebagai
sandaran agar segala usaha dan cita-cita dimakbulkan.
Kesimpulan : Berpandukan maksud
peribahasa hidup pokok berbuah, hidup manusia berjasa, saya sudah pasti akan
berusaha sehabis daya untuk merealisasikan impian saya menjadi kenyataan. Saya amat
yakin dengan cita-cita, usaha, dan amal takwa Allah tidak akan menghampakan
setiap niat yang baik daripada hamba-Nya. Oleh itu, saya yakin setiap
persediaan yang saya buat secara berterusan akan memberi natijah yang besar
kepada diri saya.
INSYA-ALLAH PERKONGSIAN MAKLUMAT RANGKA TUAN HJ. ISHAK B. MD. SHAH INI AKAN SAYA TERUSKAN UNTUK KELUARAN SELANJUTNYA. SEMOGA ALLAH MEMBERI RAHMAT KEPADA TUAN. TERIMA KASIH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan