Selasa, 9 Oktober 2018

PABILA ANAK MURID SAYA MENULIS KARANGAN DARIPADA SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI MALAYSIA

    Apabila anak murid saya menghasilkan karangan terutama soalan negeri Malaysia, saya amat teruja dan puas hati akan usaha memantapkan kemahiran mengarangnya. Bahkan juga, dengan menyemak karangan berkenaan terdapat beberapa dapatan yang diperoleh pelajar dan saya sebagai guru. Pertama kepada pelajar, mereka akan dapat mengesan:-
  1. Kesalahan yang dilakukan, sama ada kesalahan ejaan, binaan ayat, kesalahan fakta atau huraian isi, kematangan mengarang, kemahiran KBAT, kepanjangan karangan terutama setiap perenggan sama ada perenggan penutup, perenggan isi, dan perenggan penutup,kemahiran mengaplikasi Kaedah Pengembangan Idea Karangan untuk menghasilkan karangan cemerlang.
  2. Hasil karangan berkenaan boleh menjadi contoh kepada pelajar lain, terutama cara rakan mereka menghasilkan karangan berkenaan dan selain itu, sebarang kesalahan yang dikesan boleh menjadi peringatan kepada pelajar lain untuk mengelakkan daripada mereka melakukan kesalahan yang sama semasa mengarang.
      Sementara, sebagai guru saya akan dapat mengesan kelemahan pelajar mengarang terutama kemahiran-kemahiran yang saya nyatakan di atas, dan saya boleh mengambil tindakan untuk mengatasinya dengan memberi penjelasan kepada mereka kesalahan-kesalahan yang diperlukan dielakkan semasa mengarang. Sesungguhnya, saya tidak puas hati kerana sikap sebahagian besar pelajar yang tidak usaha untuk mengarang seperti rakan mereka Nur Syuhada dan Aliff. Sebagai makluman, memang  bebanan kerja saya akan bertambah setiap kali pelajar-pelajar berkenaan meletakkan hasil kerja mereka di atas meja saya. untuk semakan. Namun begitu, untuk makluman kalian saya bangga dan akan cuba menyemak karangan-karangan berkenaan sebaik-baiknya. Sekiranya ada semakan saya yang tidak memuaskan hati, datang dan makkumkan kepada saya di bilik saya, kerana kedatangan kalian saya alu-alukan dan saya akan cuba menyantuni setiap masalah dan persoalan yang terdapat di minda kalian. Saya pernah berkata, sila kunjungi bilik saya kerana saya ibarat doktor dan bilik saya ibaratkan kinik dan saya akan cuba menguraikan sebarang masalah kerana setiap penyakit ada ubatnya. Buatlah sesuatu, dan ubahlah paragdigma dan rajin-rajinlah, korbankanlah masa, kesenangan kalian.........kerana natijahnya kalian akan kecapi pada 13 November 2018 apabila kertas BM 1 dan BM 2 kalian hadapi. Pada saat begitu, hanya latihan dan kemahiran yang kalian timba sepanjang usahakan yang akan dapat membantu. Jadilah seperti Syuhada dan Aliff, yang menampakkan usaha sersunggug-sungguh menghadapi sPM 2018 yang lain menyepi walaupun saya memohon kalian mengubah paragdigma dan mencontohi dua pelajar di atas. Peringatan dari saya SPM hanya tingga 35 sahaja lagi.

         Untuk tujuan berkenaan, saya lampirkan karangan Nur Syuhada dan jika sempat karangan Aliff sebagai renungan kalian.






     Ulasan tambahan: Sebagai makluman Syuhada Koperasi dengan Kedai Koperasi berbeza kerana koperasi merupakan syarikat dan kedai koperasi ialah aktiviti koperasi. Oleh sebab itu, saya cadangkan tuliskan kedai koperasi apabila ada aktiviti jual beli di sekolah. Sebagai isi cadangan untuk isi keempat ialah koperasi sekolah mendidik murid menabung sebagai syer dalam koperasi dan dividen yang diterima pelajar hasil keuntungan aktiviti seperti jual beli kedai koperasi pada hujung tahun. Sekali saya ingatkan pastikan isi karangan berpandu empat isi, walaupun pada panduan yang diberi hanya tiga isi.  Oleh sebab itu, Syuhada gagal mendapat markah atas 25, iaitu cemerlang atas.
     Sebagai ulasan tambahan, pastikan kepanjang perenggan karangan seimbang, dan selitkan frasa menarik pada setiap perenggan. Sekadar pandangan dan cadangan untuk penghasilan karangan cemerlang atas.

       Jika sempat, saya akan ulas karangan Aliif selepas ini. Kepada pelajar 5 Elit, sila rujuk dan lihat dua karangan pelajar di atas, pastikan kalian gunakan kemahiran mereka mengarang sebagai pendorong untuk menghasilkan karangan bertaraf A+.





          Setelah saya menyemak karangan Aliff, saya dapat kriteria karangan cemerlang atas ada pada
karangan Aliff. Boleh dikatakan semua aspek Kaedah Pengembangan Idea Perenggan Pengenalan, Perenggan Isi termasuk 4 isi karangan disajikan, dan perenggan isi baik dengan empat frasa menarik iaitu peribahasa diselitkan pada perenggan isi. Istilah menarik pelbagai. Cuma saya hairan kelalaian Aliff menggunakan kata sendi nama "di" tidak tepat kerana kata sendi nama "di" lebih berfungsi apabila ada tempat dan ruang sedangkan tiga penggunaan kata sendi di perenggan isi keempat tidak menunjukkan tempat. Diharapkan kesalahan berkenaan tidak berlaku lagi selepas ini, walaupun kesalahannya kecil tetapi apabila berlaku tiga kali dalam perenggan yang sama kesalahan berkenaan menampakkan kelalaian yang mungkin akan mengganggu impression pemeriksa kertas. Mohon jangan dilakukan kesalahan saya pada penulisan kehadapan. Walaupun begitu, tahniah Alffi dan Syhada kerana berjaya menghasilkan karangan yang baik bagi saya, cuma mungkin kesilapan Syuhada dalam memastikan terdapat 4 isi dalam karangan berpandu jadi pengajaran. teruskan menghasilkan karangan yang menarik yang sesuai dengan cita rasa saya dan pemeriksan kertas.

           Ingat usaha tangga kejayaan. Berakit-rakit dahulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. Semoga semangat dan kesungguhan Aliif dan Syuhada menjadi contoh kepada rakan-rakan pelajar kelas 5 Elit. Teruskan menghasilkan karangan cemerlang atas. Semoga Syuhada dapat menghasilkan karangan yang lebih baik. Alhamdulillah, pada malam ini saya berjaya menyemak dan mengulas dua karangan di atas. Aamiiin.  Saya boleh tidur nyenyak malam ini. Terima kasih anak-anak muridku.

Tambahan isi karangan Syuhada:- ( Cadangan )

          Seterusnya, menggunakan minda kelas pelajar pertama ,saya ingin memperkatakan isi mauduk iaitu aktiviti koperasi dapat mendidik pelajar menabung dan melabur dalam koperasi sekolah dan pada masa yang sama mereka akan menerima keuntungannya. Hal ini kerana apabila pelajar terlibat dengan aktiviti koperasi sekolah dan sebagai ahli mereka digalakkan melabur dalam syer koperasi sekolah. Secara langung pelajar akan dapat menabung dengan menyertai koperasi sekolah dan pada masa yang sama sambil menyelam minum air apabila pada hujung tahun mereka akan menerima hasil keuntungan koperasi dan diagihkan-agihkan sebagai dividen kepada pelajar. Seyogia, pelajar akan mendapat keuntungan daripada wang pelaburan yang mereka laburkan dalam koperasi sekolah. Sebaliknya jika pelajar tidak menjadi ahli koperasi mereka tiak akan mendapat apa-apa...................... sambungkan..........

1 ulasan:

Unknown berkata...

Sanagt bagus thanks for helping us