Ahad, 7 Oktober 2018

KESALAHAN TATABAHASA ATAU EJAAN YANG KITA LAKUKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN


Sekadar renungan kesalahan tatabahasa yang kita lakukan tanpa sedar.

Kesalahan ejaan merupakan kesalahan umum bahasa yang tidak sepatutnya berlaku. Hal ini adalah kerana ejaan merupakan peringkat yang paling asas dalam bahasa.
Tapi sayang, disebabkan sikap ketidakprihatinan kita, masalah ini kadang-kadang berlaku secara berleluasa. Lihat contoh di bawah:-
merbahaya  SEPATUTNYA  berbahaya
mendokong / didokong  SEPATUTNYA  mendukung / didukung
mensasarkan  SEPATUTNYA  menyasarkan
ko-kurikulum  SEPATUTNYA kokurikulum
mengguriskan  SEPATUTNYA  menggoreskan
keretapi  SEPATUTNYA  kereta api
Bahasa Inggeris  SEPATUTNYA  bahasa Inggeris
jimat-cermat  SEPATUTNYA  jimat cermat
kaki tangan  SEPATUTNYA  kakitangan
tanda tangan  SEPATUTNYA  tandatangan
seringkali  SEPATUTNYA  sering kali
kadang kala  SEPATUTNYA  kadangkala
disamping  SEPATUTNYA  di samping
kebanyakkan  SEPATUTNYA  kebanyakan
pilihanraya  SEPATUTNYA pilihan raya
suaikenal  SEPATUTNYA  suai kenal
temuduga  SEPATUTNYA  temu duga
jawatan kuasa  SEPATUTNYA  jawatankuasa
mengkebumikan  SEPATUTNYA  mengebumikan
mengenepikan  SEPATUTNYA  mengetepikan
mententeramkan  SEPATUTNYA  menenteramkan
menyintai  SEPATUTNYA  mencintai
menghadkan  SEPATUTNYA  mengehadkan
zohor  SEPATUTNYA  zuhur
hajjah  SEPATUTNYA  hajah
masaalah  SEPATUTNYA masalah
analisa  SEPATUTNYA  analisis
minima  SEPATUTNYA minimum
berkuatkuasa  SEPATUTNYA berkuat kuasa
penguat kuasaan  SEPATUTNYA  penguatkuasaan
ramadhan  SEPATUTNYA  ramadan
perabut  SEPATUTNYA  perabot
satay  SEPATUTNYA sate
tips  SEPATUTNYA tip
lagenda  SEPATUTNYA  legenda
kontingen  SEPATUTNYA  kontinjen
insyaAllah SEPATUTNYA insa-Allah

Banyak lagi kesalahan yang dilakukan...........


Tiada ulasan: