Assalamualaikum. Sebagai seorang guru Bahasa SMK Seri Londang, saya memohon kepada pelajar sama ada pelajar Kelas 5 Elit, Kelas 5 Sederhana, mahupun Kelas Mulus agar mengikuti blog saya ini untuk membuat persediaan menghadapi Peperiksaan SPM yang kini berbaki lagi 19 hari lagi.
Sesungguhnya, saya tidak mampu untuk memberi ilmu berbahasa hanya di dalam kelas sahaja kerana masa mencemburui kita. Oleh sebab itu, dengan adanya Blog Laman Bahasa Melayu SPM ini, saya akan terus mendampingi pelajar dengan harapan jika sepanjang saya mengajar mungkin ada ilmu bahasa yang tidak dapat saya perkatakan dan dengan adanya blog ini saya akan dapat membantu anak didik tersayang untuk menghadapi peperiksaan SPM 2018 terutama mata pelajaran Bahasa Melayu (1103).
Sekiranya, ada dalam kalangan pelajar ingin mendapatkan bantuan berkaitan kemahiran bahasa, jangan segan-segan, sila berkunjung ke Bilik Guru Kanan Bidang SMK Seri Londang. Saya akan sentiasa menyantuni kalian. Akhirnya, saya merayu kepada anak didik tersayang, gunakanlah masa yang berbaki ini untuk meningkatkan persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM yang akan kalian hadapi sekali seumur hidup dalam kehidupan . Ingat masa depan kerana sudah terhatuk baru tergadah sudah tidak berguna lagi dan kekesalannya akan kalian hadapi seumur hidup. Beruntung kepada pelajar yang sentiasa membuat persediaan dan tidak sudah-sudah membuat latihan kerana berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit duhulu, bersenang-senag kemudian. Sekali lagi saya peringatkan supaya pelajar sentiasa muhasabah diri dan mengesan kelemahan kalian dalam berbahasa, sama ada mengarang Kertas Bahasa Melayu 1, bahagian A (Karanga Berpandu) dan Bahagian B (Karangan Dimensi). Bahagian Kertas 2, soalan 1 (Rumusan), Soalan 2(a) Pemahaman Umum, Soalan 2(b) Pemahaman Prosa Moden, Soalan 2(c) Pemahaman Prosa Tradisional, Soalan 2(d) Pemahaman Puisi, Soalan 3(a) Binaan ayat berdasarkan kata diberi, 3(b) Kajian ayat/ sintaksis, Soalan 3(c) Mengesan Kesalahan ejaan dan Imbuhan, Soalan 3(d) Mengesan kesalahan istilah/kata dan tatabahasa, Soalan 3(d) Peribahasa, Soalan 4 (a) Kajian Satu Novel, dan Soalan 4(b) Kajian dua novel. Sekiranya kalian menghadapi masalah mana-mana soalan di atas sila berjumpa saya, bukan sahaja di Bilik Guru Kanan Bahasa tetapi di mana-mana kalian berjumpa saya kalian boleh bertanya untuk menyelesaikan masalah kalian. Saya akan sentiasa membantu kalian semampu saya. Insya-Allah.
"SMK Seri Londang Excellent"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan