Perniagaan
secara dalam talian merupakan satu trend baharu dalam urus niaga tanpa sempadan.
Huraikan kebaikan urus niaga secara dalam
talian kepada masyarakat antarabangsa. ( Karangan
Dimensi Antarabangsa.
Dimensi Antarabangsa.
Pendahuluan: Nabi SAW telah
bersabda dalam mafhumnya, “Sembilan persepuluh daripada kekayaan datangnya
daripada perniagaan”. Iktibar daripada Hadis tersebut dengan jelas menerangkan
bahawa bidang perniagaan mampu mengangkat kuasa ekonomi seseorang untuk hidup
senang-lenang. Sejajar dengan kemajuan dalam bidang teknologi maklumat, bidang
urus niaga juga turut mengalami proses transformasi apabila urus niaga sistem tradisional
telah bertukar kepada transaksi secara dalam talian. Hal yang tersebut telah
mengimpakkan anjakan paradigma dunia perniagaan menjadi lebih efektif, mudah
dan berkesan.
Isi 1: Sistem urus niaga dalam talian benar-benar mempercepat urusan –
urusan berkaitan
maklumat barangan dan
jenama, iklan, tempahan dan bayaran amat mudah dilaksanakan
Isi 2: Sistem urus niaga yang berkaitan dengan tempahan dan bayaran
cukup selamat dan
mudah – urusan hanya
boleh dibuat di dalam talian dan terhindar daripada sebarang tindakan
jenayah – meminimumkan
penggunaan tukaran tunai.
Isi 3: Sistem yang menjimatkan dalam aspek pengurusan masa, tenaga dan
kos – tempahan
boleh dibuat dari dalam
bilik tidur sahaja walaupun premis perniagaan yang terletak beribu-ribu
kilometer jauhnya –
tidak bersesak-sesak di jalan raya dan tidak perlu bersesak-sesak dan
beratur panjang di
premis perniagaan.
Isi 4: Suatu sistem perniagaan yang tidak memerlukan ruang dan tempat
yang terlalu luas –
boleh dilakukan di
premis tempat tinggal sahaja – secara relatifnya kos operasi dapat
dikurangkan manakala
harga barang menjadi lebih murah
Isi 5: Suatu inovasi yang mendidik manusia moden supaya lebih amanah,
bertanggungjawab
dan menyantuni etika
kehidupan – sistem ini amat mementingkan tahap amanah dan sikap
saling percaya –
membentuk suatu jaringan saling menyokong dan implikasi “menang menang”
antara peniaga dan
pengguna.
Kesimpulan: Sesungguhnya, inovasi
bijak niaga dan mesra pelanggan ini sudah pasti akan berkembang dengan pantas
dan mula menguasai dunia perniagaan. Hal yang demikian, jika dimanfaatkan
dengan baik akan melahirkan sebuah generasi umat dunia yang lebih cakna, peka dan
bertanggungjawab. Amalan monopoli dan menindas mahupun tindakan jenayah sudah
pasti dapat dikurangkan sesuai dengan taraf kebijaksanaan manusia moden.
Pelajar digalakkan mengubah suai karangan di atas dengan mengaplikasi Kaedah Pengembangan Idea Karangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan