Assalamualaikum kepada pengujung blog Laman Bahasa Melayu SPM.
Alhamdulillah sehingga ke pagi ini saya berjaya mengulas dan memberi cadangan jawapan empat soalan Peperiksaan Negeri-negeri Malaysia. Saya memohon kepada pengunjung blog Laman Bahasa Melayu SPM mendoakan agar saya sihat dan dapat menjalankan tanggungjawab sosial saya untuk kepentingan pelajar, khususnya pelajar SMK Seri Londang terutamanya kelas elit. Saya mengharapkan seramai 31 pelajar elit agar tidak melepaskan peluang untuk mengambil segala ilmu dan kemahiran menjawab soalan Kertas Bahasa Melayu 1 (1103/1) dan Kertas Bahasa Melayu 2 (1103/2) di blog ini sebagai persediaan anda untuk menjawab soalan SPM 2018. Pada masa yang sama kepada pengunjung blog gunakanlah ilmu dan kemahiran menjawab soalan Kertas Bahasa Melayu (1103) untuk anda berjaya menjawab soalan dengan cemerlang. Saya mendoakan anda berjaya kerana peperiksaan SPM tinggal lagi 43 hari lagi.
Saya menjalankan tugas sosial ini kerana, kesempatan masa saya sebagai guru di sekolah amat terhad dan banyak ilmu bahasa yang perlu pelajar kuasai dan dengan ada blog ini, saya akan menjalankan usaha saya tanpa batasan masa. Cuma kesihatan saya menjadi faktor utama untuk saya terus berbakti kepada anak bangsa. Alhamdulillah sehingga ke hari ini, saya amat bersyukur kepada Allah, Tuhan Penguasa Alam kerana rahmat dan meminjamkan saya kesihatan yang baik walaupun saya menghadapi kanser usus dan masih menerima rawatah susulan di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang. Doakan saya sihat kerana doa kalian dan kunjungan kalian ke blog Laman Bahasa Melayu SPM memberi kekuatan untuk saya terus hidup dan mengaktifkan blog ini untuk kepentingan anak bangsa. Insya-Allah, saya akan cuba mengulas dan memberi cadangan jawapan sebagai jerayawara mengulas soalan dan cadangan jawapan soalan peperiksaan percubaan negeri yang lain, walaupun saya menghadapi kekangan masa, dan tugasan yang bertambah setiap masa. Selamat menjalankan persediaan menghadapi SPM 2018 kerana setiap usaha kalian berkesudahan dengan kecemerlangan.
Pada masa yang sama sekiranya ada cadangan dan komen keberadaan blog Laman Bahasa Melayu SPM sila komen di bahagian ulasan atau di bahagian buku catatan pengujung dan saya mengharapkan tuan/puan/ dan pelajar mencatatkan nama untuk saya mengenali setiap penama yang membuat komentar dan mengunjungi blog ini. Namun, kepada sesiapa yang ingin berbicara atau bertanya tentang apa-apa sahaja berkaitan bahasa secara personal, tuan/puan/pelajar boleh mengemailkan kepada saya di alamat email mohdramsul@gmail.com. Insya-Allah jika ada masa dan kesempatan saya akan menjawab segala pertanyaan berkenaan.
Kepada pelajar SMK Seri Iskandar, SMK Tronoh, SMK Batu 10, Manjung anda boleh juga melayari Laman Bahasa Melayu SPM sebagai rujukan tambahan setelah saya menyampaikan Teknik Menjawab Kertas SPM 2018 di sekolah anak-anak pada awal tahun dahulu. Saya memang mengakui usaha untuk menguasai kemahiran menjawab soalan SPM sukar kerana banyak kemahiran yang pelajar perlu kuasai terutama untuk mendapat markah cemerlang Kertas Bahasa Melayu (1103) Anda berusaha anda akan berjaya. Sekian.
Terima kasih. Assalamualaikum.

SEMOGA BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM INI MAMPU MEBANTU ANDA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan