Setiap kali saya mengadakan Proses Pengajaran dan Pembelajaran Cemelang (PdPC)di dalam Kelas 5 Elit, SMK Seri Londang saya sering mengingatkan pelajar akan kepentingan Blog Laman Bahasa Melayu SPM ini kepada mereka. Pada malam ini, sekali lagu saya merayu agar pelajar Kelas 5 Elit agar menggunakan keberadaan blog ini sebagai wahana untuk membuat persiapan menghadapi peperiksaan SPM pada 13 November 2018. Hal ini kerana, blog ini memang saya wujudkan untuk kalian memantapkan kemahiran berbahasa yang cukup luas sebagai persiapan. menghadapi kertas Bahasa Melayu 1 (1103/1) dan Bahasa Melayu 2 (113/2).
Sebagai makluman peruntukan masa saya mengajar di dalam kelas amat terhad, tiga masa yang diperuntukkan untuk mengajar tidak cukup, justeru, saya mengharapkan dengan keberadaan blog ini yang boleh dilayari 24 jam sehari, mampu untuk membantu kalian untuk memantapkan kemahiran berbahasa. Ingat, masa untuk berbicara kemahiran bahasa di dalam kelas semakin lama semakin mengecil dan berdasarkan pemerhatian saya kelemahan kalian yang utama untuk menghasilkan karangan cemerlang atas, kerana untuk kepujian tidak merungsingkan saya, apa yang merungsingkan saya untuk menghasilkan karangan cemerlang atas. Saya mengharapkan kalian mengikuti jejak usaha Nur Syhada dan Aliff setiap minggu ada sahaja karangan yang mereka hasilkan dan diletak di atas meja saya untuk semakan. Bagaimana dengan 31 lagi pelajar elit lain, sehingga ke hari ini, kalian tidak melakukan latihan kendiri untuk saya lihat kemampuan dan prestasi semasa kalian. Pagi tadi, sekali lagi saya hamburkan permasalahan yang sama, iaitu ubah paragdigma anda sebagai seorang pelajar yang betul-betul elit....sila buat latihan karangan tambahan untuk saya semak, tetapi tolong ingat pada masa yang sama kertas BM 2 juga kalian perlu ambil perhatian juga, buat latihan kendiri, faham.........hantar untuk saya semak, walaupun saya perlu banyak masa untuk berbuat demikan.........tak cukup rehat dan tak cukup tidur.......tak apa, asalakan kalian berjaya.
Pada masa yang sama saya telah berusaha dengan kerjasama Cikgu Rosita mengedarkan 10 soalan Peperiksaan Percubaan Negeri-Negeri Malaysia untuk kalian buat sebagai latihan dan seelok-eloknya jangan tunggu saya bincang soalan berkenaan di dalam kelas, buat dulu sebagai latihan kendiri. Sekali lagi saya peringatkan, buat latihan kendiri, selain soalan-soalan percubaan negeri, kalian juga perlu membuat latihan TUTOR Utusan Malaysia.......buat latihan kendiri dan hantar latihan berkenaan untuk saya semak, saya juga telah memaklumkan sekiranya kalian ada masalah tentang kemahiran bahasa sila berjumpa dengan saya di Bilik Guru Kanan Bahasa. Insya-Allah saya akan membantu anda. Jadilah pelajar elit sebenar, dan jangan jadikan diri anda hanya menumpang belajar di kelas 5 Elit tetapi mengambil peluang dan kesempatan yang ada untuk cemerlang kertas Bahasa Melayu. Usaha kalian akan kalian rasai pada 13 November 2018. " Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang kemudian, besakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Sekali lagi saya ingatkan bahawa banyak prakarsa saya bina di dalam blog ini untuk memandu kalian menjadi pelajar cemerlang. Gunakan kesempatan yang ada. Jika tidak kalian merupakan pelajar yang rugi. Ingat guna blog ini untuk meningkatkan kemahiran kalian untuk menghadapi peperiksan SPM yang hanya tinggal lagi 34 hari. Selamat maju jaya daripada Cikgu Ramsul, guru bahasa Melayu Kelas 5 Elit, SMK Seri Londang 2018.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan