Jumaat, 12 Oktober 2018

LATIHAN DAN JAWAPAN SALAH SEORANG PELAJAR SAYA YANG PROAKTIF DAN SENTIASA MEMBUAT DEMI LATIHAN DEMI LATIHAN SEBAGAI PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2018

Hasil latihan Nur Syuhada Untuk Soalan Peperiksaan Pecubaan Negeri Terengganu 2018 semasa saya mendapatkan rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur semalam. Insya-Allah, saya akan menyemak jawapan Nur Syuhada dan saya akan paparkan hasil semakan saya berdasarkan Skema Jawapan. Sekali lagi saya mengharapkan pelajar kelas 5 Elit mencotohi usaha Nur Syuhada menghasilkan jawapan soalan berkenaan. Walaupun, pada mulanya, saya meminta pelajar hanya  menjawab soalan bermula, soalan 2 (b) hingga soalan tatabahasa 3(e) Peribahasa sahaja sepanjang  saya tiada di sekolah kerana mendapat rawatan di hospital tetapi pada pagi tadi saya wajibkan  pelajar menjawab ke semua soalan Peperiksaan Percubaan Negeri Terengganu 2017, namun pabila    saya masuk ke bilik saya, saya dapati Nur Syuhada telah meletakkan jawapannya untuk    keseluruhan jawapan soalan berkenaan di atas meja. Tahniah Syuhada atas usaha yang dilakukan.    Saya bangga mempunyai pelajar seperti anda, teruskan usaha anda, insya-Allah anda akan    mendapatkan hasilnya nanti selepas penat lelah anda melakukan pelbagai latihan bukan sahaja    untuk soalan kertas Bahasa Melayu 1 tetapi kertas Bahasa Melayu 2. Saya akan menyokong usaha    anda........teruskan. A+ akan menanti anda. Saya harap Alif, Iqbal, Irfan, Anip...dan pelajar Kelas5 Elitkan akan menhasilkan usaha yang sana seperti Syuhada lakukan.

HASIL SEMAKAN SOALAN 1 (RUMUSAN) DAN ULASAN GURU:-
Semakan saya ini mengikut skema, oleh sebab itu sebarang jawapan berfokus kepada skema jawapan
Peperiksaan Percubaan Negeri Terengganu. Sekiranya, Nur Syuhada ingin penjelasan lanjut, sila berjumpa saya di bilik saya untuk mendapat penjelasan lanjut.


      Ulasan tambahan guru:-
      Sebagai pedoman dan penjelasan kesalahan isi yang salah di atas kerana jawapan Syuhada salah kerana Syuhada menulis huraian isi berkiatan sekolah sebagai agen perubahan sosial. Sila rujuk petikan dan huraian berkenaan terletak di bahagian bawah sekali. Semoga Syuhada berhati-hati memilih isi dan pastikan isi berkenaan bentul-betul mantap dan bukan huraian isi. Semoga penerangan di atas jelas, dan sekiranya ada masalah sila berjumpa dengan saya di bilik Guru Kanan Bidang. Saya sedia memberi penjelasan lanjut. Keputusannya markah soalan rumusan Syuhada 27/30.

HASIL SEMAKAN SOALAN 2 (a ) - PEMAHAMAN TEKS UMUM SERTA ULASAN:-



Ulasan guru :-
Tahniah Syuhada, jawapan anda mantap dan sesuai dan tepat dengan skema jawapan.

HASIL SEMAKAN SOALAN 2 ( b ) - PEMAHAMAN PROSA MODEN DAN ULASAN:-


    Ulasan guru:-
    Berdasarkan ulasan saya di atas sudah cukup dan mengambarkan jawapan Syuhada yang sesuai
    dan tepat dengan skema jawapan. Tahniah Syuhada. Insya-Allah saya akan sambung semakan
    selanjutnya. Semoga Syuhada puas hati dengan jawapan yang Syuhada jawab , cuma untuk soalan
    rumusan teks cuba rujuk kembali teks dan amati ulasan saya berkenaan. Untuk penerangan lebih
    lanjut, sila berjumpa saya di bilik Guru Kanan Bidang untuk sesi klinikal dan ulasan lebih panjang
    lebar. Oleh sebab itu,  saya mohon kepada 32 pelajar Elit yang lain bersikap seperti Syuhada untuk
    maju kehadapan,walaupun saya perlu memberi tumpuan yang banyak untuk menyemak kertas
    jawapan kalian, tak apa yang penting saya puas hati dapat mengesan kelamahan semasa kalian
   menjawab soalan berkenaan. Jika tidak, bagaimana saya mengesan kebolehan kalian menjawab
   soalan yang saya berikan. Ubah paragdigma malas membuat kerja demi SPM yang hanya tinggal
   lagi 30 hari sekiranya ditolak hari ini.


HASIL SEMAKAN SOALAN 2 (c) - PEMAHAMAN PROSA TRADISIONAL DAN ULASAN:


     Ulasan guru:  Soalan 2c (ii) Pastikan jawapan anda merujuk isi di dalam teks kerana jawapan ketiga tidak tepat dan rujuk jawapan yang saya beri dibawahnya dan sila rujuk isi dalam teks. Namun, soalan berkenaan hanya memerlukan dua isi sahaja, justeru, markah Syuhada penuh 3 markah. Begitu juga soalan 2 c (iii) Syuhada memberikan empat isi dan isi kedua salah, tetapi 3 isi lagi tepat dan untuk maklumat isi minimum hanya sepetutnya tiga kerana kata kunci soalan cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil pemimpin-pemimpin negara berkenaan untuk mengelakkan peperangan. Kenapa isi kedua Syuhada salah? Sebabnya Syuhada terlupa bahawa negara berkenaan bermaksud negara ketika itu bukan zaman sekarang oleh itu mana ada teknologi moden seperti sekarang yang ada media sosial. Jika tidak faham, Syuhada rujuk saya. Walau apa pun, tahniah kerana mendapat markah penuh 9/9.

HASIL SEMAKAN SOALAN 2 (d) - PEMAHAMAN PUISI DAN ULASAN:

    Ulasan guru:- Soalan 2d (i) dan 2d (iii) tepat dengan skema jawapan. Cuma saya nasihatkan untuk soalan 2d (iii) tuliskan isi "backup" sekiranya ada isi yang dijawab salah, namun isi yang Syuhada jawap tepat. Ini sedar ingatan. Berdasarkan jawapan soalan 2 d(ii) jawapan Syuhada beri tidak tepat kerana skema jawapan memerlukan Syuhada menyenaraikan tindakan seperti:-

  1. sentiasa mematuhi hukum / ajaran agama. Sekiranya Syuhada menyatakan kita perlu menjaga pandangan mata ketika berjalan ke tempat-tempat awam supaya terelak mendapat dosa kerana agama mengharamkan pandangan yang boleh mendatangkan hawa nafsu, saya boleh memberi markah untuk jawapan tersebut.
  2. sentiasa mendengar nasihat ibu bapa/ guru/ orang tua, keluarga /kaunselor.
  3. berkawan dengan orang yang baik sahsiahnya. Jika jawapan Syuhada untuk jawapan berbual-bual dengan rakan-rakan yang baik sahsiahnya saya terima sebagai jawapan tetapi jawapan Syuhada terlampau umum iaitu hanya berbual dengan rakan-rakan sahaja. Oleh itu, saya tidak boleh memberikan markah untuk jawapan tersebut.
  4. berfikir sebelum bertindak/ rasional.
  5. belajar untuk meneguhkan jati diri /  menyertai PLKN.
   Sebagai guru saya akur dengan skema pemarkahan dan jawapan yang tepat dengan skema sahaja yang boleh saya berikan markah. Mohon berjumpa saya di bilik Guru kanan Bidang untuk saya jelaskan dengan lebih terperinci jawapan soalan yang sepatutnya Syuhada jawab.

HASIL SEMAKAN SOALAN 3 (a)  - MEMBINA AYAT BERDASARKAN PERKATAAN DIBERI.


    Ulasan guru:- Keseluruhannya jawapan untuk soalan bahagian 3 (a) mengambarkan Syuhada tidak membaca soalan dengan berhati-hati. Sebagai contoh, tiga kata diberikan iaitu:

  1.  daki
  2.  nilai
  3.  pulau
    Berdasarkan kata yang diberi Syuhada perlu membina dua ayat yang menunjukkan dia faham perbezaan maksud kata dan penggunaannya dalam ayat. Bermaksud, Syuhada perlu membina ayat dengan kata berkenaan tetapi dia perlu membina ayat menggunakan perkataan diberi dengan  maksud yang berbeza, Contoh daki pertama bermaksud memanjat dan daki kedua bermaksud kekotoran yang terdapat dikulit atau pada pakaian. Didapati Syuhada berjaya menjawab soalan pertama, pertama daki bermaksud mendaki bukit dan kedua daki berkaitan kotoran pada baju serta dapat mengambarkan perbezaan maksud kata pada kedua-dua ayat yang dibina. Namun begitu terdapat pengulangan frasa yang tidak Syuhada sedari menyebabkan berlaku kesalahan tatabahasa.
        Malangnya, soalan 3 a (2) soalan bahagian (i)  dan , (ii), Syuhada gagal membezakan kata pada binaan ayat dengan tepat contohnya kedua-dua nilai membawa maksud yang sama iaitu sifat atau ciri murni sedangkan jawapan sepatutnya yang kedua mestilah nilai  harga barangan. Begitu juga dengan jawapan soalan 3 a 3 soalan (i) dan (ii) Syuhada tidak dapat membezakan maksud dua kata iaitu pulau bermaksud tanah yang dikelilingi laut dan pulau kedua memboikot atau menentang sesuatu. Oleh sebab itu, Syuhada perlu faham soalan sebelum membina ayat.

        Mohon berhati-hati semasa membaca arahan soalan dan juga semasa membina ayat kerana kesalahan berkenaan boleh menyebabkan markah ayat Syuhada akan dipotong.

HASIL SEMAKAN SOALAN 3 (b)  - KAJIAN AYAT IAITU MENUKAR AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF DAN ULASAN GURU:-

    Ulasan guru : Syhada berjaya menjawab soalan penukaran ayat pasif kepada aktif dengan tepat.

HASIL SEMAKAN SOALAN 3 (c)  - MENGESAN KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN DAN ULASAN GURU:-


Ulasan guru : Jawapan Syuhada untuk mengesan kesalahan ejaan dan imbuhan tepat. Sebagai penjelasan tentang jawapan, lihat ulasan saya di bawah:-

Bil
Kesalahan ejaan
Kesalahan imbuhan
i
kaki tangan - kakitangan
ingatan - peringatan
Ulasan guru :  Ulasan guru :  Kesalahan ejaan kaki tangan kerana kaki tangan termasuk kata majmuk mantap dan perlu ditulis  rapat kakitangan.
Pelajar perlu menghafal kata majmuk mantap dalam bahasa Melayu iaitu:-
1. antarabangsa
2. beritahu
3. bumiputera
4. jawatankuasa
5. kakitangan
6. kerjasama
7. olahraga
8. matahari
9. setiausaha
10. sukarela
11. suruhanjaya
12. tandatangan
13. tanggungjawab
14. warganegara
15. pesuruhjaya
Lain-lain perkataan ditulis secara terpisah atau renggang.
Ulasan guru: Ingatan bermaksud mengingatkan sesuatu perkara, contohnya semasa sedang termenung. Namun begitu, dalam konteks ayat di atas ingatan salah tetapi peringatan iatu menggunakan imbuhan per....ingatan yang membawa maksud telah diingatkan oleh kerajaan contohnya.

   
Bil
Kesalahan ejaan
Kesalahan imbuhan
ii
memporakperandakan - memporak-perandakan
dibiarkan - membiarkan
Ulasan guru :  Kesalahan penulisan kata ganda memporakperandakan ialah tiada penulisan tanda sempang iaitu memporak-perandakan. Rujuk kata ganda dan fungsinya pada penulisan saya dalam blog ini.
Ulasan guru: Sebagaimana kita sedia maklum, imbuhan di...... dan meN...penentu kepada binaan ayat, sama ada ayat itu pasif atau aktif. Imbuhan di....akan membina ayat pasif dan imbuhan meN....akan mewujudkan ayat pasif. Oleh sebab itu, penggunaan imbuhan di ...untuk dibiarkan salah kerana ayat berkenaan ayat akttif dan sepatutnya ditulis membiarkan.
Bil
Kesalahan ejaan
Kesalahan imbuhan
iii
keboleh pasaran - kebolehpasaran
laksanakan - melaksanakan
Ulasan guru :  Kesalahan ejaan di atas berlaku kerana proses imbuhan apitan ke.........an menyebabkan kedua-dua perkataan iaitu boleh dan pasar dirapatkan ejaannya menjadi kebolehpasaran.
Ulasan guru: Kata kerja yang sepatutnya digunakan dalam ayat aktif memerlukan penggunaan kata kerja transitif iaitu memerlukan bukan laksanakan. Oleh sebab itu, penggunaan kata laksanakan sepatutnya ditulis melaksanakan.

HASIL SEMAKAN SOALAN 3 (d)  - MENGESAN KESALAHAN KATA/ISTILAH DAN MENGESAN KESALAHAN TATABAHASA DAN ULASAN GURU:-


Ulasan guru : Syuhada perlu berhati-hati menjawab soalan mengesan kesalahan istilah/kata dan mengesan keslahan tatabahasa. Sebagai penjelasan sila lihat ulasan saya di bawah:-

  Cadangan jawapan soalan 3 (d):-

Bil
Kesalahan istilah/kata
Kesalahan tatabahasa
i
resepi - menu
demi untuk - demi / untuk
Ulasan guru : Resepi bermaksud keterangan mengenai ramuan dan cara memasak sesuatu ( Kamus dewan) Sementara menu ialah senarai nama makanan atau masakan yang dihidangkan di sesebuah restoran dsb ( Kamus Dewan). Oleh sebab itu, jawapan soalan di atas ialah menu.
Ulasan guru: Kesalahan tatabahasa di atas ialah penggunaan dua kata sendi nama pada satu masa adalah salah. Pelajar boleh menggunakan salah satu kata sendi nama sebagai jawapan.

Bil
Kesalahan istilah/kata
Kesalahan tatabahasa
iii
dialisis - diagnosis
di -  dalam
Ulasan guru : Apabila durujuk Kamus Dewan dialisis bermaksud proses memisahkan sebatian yg terlarut berasaskan kadar resapan sebatian itu melalui membran separa telap. rawatan ~ rawatan untuk mencuci darah yg menggunakan kaedah dialisis bagi pesakit buah pinggang. mendialisis memisahkan sesuatu sebatian yg terlarut secara dialisis. Oleh sebab penggunaan kata dialisis di atas salah sepatutnya ditulis diagnostik iaitu bermaksud  diagnosis atau ujian ke atas seseorang seperti ujian kepintaran, ujian kemahiran dan sebagainya.
Ulasan guru: Keslahan tatabahasa pada ayat di atas ialah penggunaan kata sendi nama "di" tidk tepat kerana fungsi kata sendi nama "di" untuk menunjukkan tempat atau ruang. Oleh sebab itu penggunaan kata sendi nama dalam lebih sesuai yang mengambarkan suasana terutama dalam kalangan remaja.


Bil
Kesalahan istilah/kata
Kesalahan tatabahasa
iii
saingan - saringan
paling terbaik - paling baik / terbaik
Ulasan guru : Saingan bermaksud lawan yg bersaing atau bertanding dalam sesuatu acara atau pertandingan dan salah penggunaannya dalam ayat di atas. Sepatutnya, kata yang paling sesuai ialah saringan bermaksud ujian saringan seperti air kencing untuk menentukan seseorang penagih dadah atau tidak dan sebagainya.
Ulasan guru:  Kesalahan tatabahasa di atas berkait dengan darjah penghabisan dalam bahasa Melayu. Apabila telah digunakan imbuhan ter......tidak boleh diikuti dengan paling sebelumnya. Cukup sekadar ditulis, paling baik, atau terbaik sahaja.

 
HASIL SEMAKAN SOALAN 3 (e)  - PERIBAHASA (MENGESAN SITUASI AYAT DAN MENULIS PERIBAHASA YANG SESUAI DAN ULASAN GURU:-

Ulasan guru: Syuhada berjaya menjawab ke semua soalan peribahasa dengan tepat. Sebagai cadangan jawapan lain, pelajar juga boleh menjawab situasi peribahasa seperti di bawah:

Soalan (i)     Belakang parang jika diasah lagikan tajam.

            (ii)    Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan / kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
                     dapat sagunya.

HASIL SEMAKAN SOALAN 4 (a)  - KAJIAN KOMSAS BERDASARKAN SALAH SATU NOVEL YANG DIKAJI SAMA ADA DI TINGKATAN EMPAT ATAU TINGKATAN 5. MARKAH DIPERUNTUKKAN 7 MARKAH.

                        MARKAH ISI              =  4 MARKAH
                        MARKAH BAHASA   =  3 MARKAH
                        JUMLAH MARKAH   =  7 MARKAH

Ulasan guru :-  Jawapan Syuhada tepat dan markah yang diperoleh penuh, 7 markah. Sebagai cadangan tmbahan, selitkan satu isi lagi sebagai isi "backup" sekiranya Syuhada ada masa kerana isi berkenaan akan menyokong salah satu isi diberikan di atas jika ada isi berkenaan yang salah.

HASIL SEMAKAN SOALAN 4 (b)  - KAJIAN KOMSAS BERDASARKAN DUA KOMSAS NOVEL YANG DIPELAJARI IAITU DI TINGKATAN 4 DAN DI TINGKATAN LIMA. SOALAN BERKEHENDAKKAN PELAJAR MENULIS KEDUA-DUA NOVEL SEMASA MENJAWAB SOALAN DI ATAS.

                        MARKAH ISI              =  6 MARKAH
                        MARKAH BAHASA   =  2 MARKAH
                        JUMLAH MARKAH   =  8 MARKAH


Ulasan guru :- Jawapan Syuhada tepat sebagaimana kehendak soalan dan skem jawapan. Senagai cadangan, sekiranya ada masa Syuhada boleh menambah satu isi tambahan untuk setiap novel yang diluas sebagai "backup" jawapan, sekiranya ada isi yang dikemukan salah.

Alhamdulillah saya telah meyemak jawapan soalan Peperiksaan Percubaan Terenggannu yang telah dijawab oleh Syuhada. Tahniah Syuhada. Kesimpulannya markah keseluruhan Syuhada seperti di bawah:-

         Soalan 1 ( Rumusan )                = 27  markah
         Soalan 2 (a)                               =   9  markah
         Soalan 2 (b)                               =   9  markah
         Soalan 2 (c)                               =   6  markah
         Soalan 3 (a)                               =   3 1/2 markah
         Soalan 3 (b)                               =   6 markah
         Soalan 3 (c)                               =   6 markah
         Soalan 3 (d)                               =   3 markah
         Soalan 3 (e)                               =   6 markah
         Soalan 4 (a)                               =   7 markah
         Soalan 4 (b)                               =   8 markah
         Jumlah Keseluruhan Markah    =    90 markah

Kesimpulannya, jika markah soalan 1 (rumusan), soalan 3 (a), dan soalan 3 (d) Syuhada betul, markah Syuhada akan lebih tinggi dariapada markah di atas. Oleh sebab itu, Syuhada perlu berhati-hati semasa menjawab soalan agar narkah Kertas BM 2 Syuhada lebih mantap. Sekian semakan dan huraian saya berkaitan kertas jawapan Peperiksaaa Percubaan Negeri Terengganu yang tekah dijawab oleh Syuhada. Diharapkan 32, pelajar Elit yang lain berbuat dekikian, dan saya berharap pada hari Isnin ini saya akan menerima jawapan pelajar yang lain.

Tiada ulasan: