SOALAN BAHAGIAN A (KARANGAN BERPANDU )
PEPERIKSAAN PERCUBAAN MRSM 2018
Cadangan jawapan karangan berpandu Peperiksaan Percubaan MRSM 2018
Marcapada, dunia dan negara
pascaglobalisasi dan pascamodenisasi memperlihatkan perkembangan pesat
penggunaan media sosial bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan terutama
dengan adanya teknologi maklumat serta aplikasi dan gajet berasaskan internet.
Media sosial ini bukan sahaja berfungsi sebagai wahana mempercepatkan
penyebaran maklumat malah telah menjadi satu medium kepada ahli
perniagaan untuk memperagakan barangan jualan mereka sama ada berbentuk
barangan hasil buatan ataupun perkhidmatan menggunakan Internet yang
dikenali sebagai e-dagang. Hal ini kerana dengan aplikasi e-dagang,
peniaga boleh melakukan urusan jual beli dengan pengguna melalui Internet
secara mudah kerana maklumat di hujung jari dan dunia tanpa sempadan.
Seyogia, marcapada aktiviti perniagaan Internet semakin terkenal dan mendapat
sambutan dalam kalangan masyarakat, selaras dengan kemajuan pembangunan dan
ekonomi negara. Senario kewujudan pelbagai prakarsa laman sosial seperti
facebook, istagram, wiki, Myspace, blogger, friendster, twitter, You Tube, dan
sebagainya telah merancakkan lagi jualan barangan dan perkhidmatan menggunakan
Internet. Di samping itu, perniagaan Internet bukan sahaja khusus
kepada syarikat-syarikat besar, malah terdapat juga syarikat kecil yang mengambil
kesempatan menceburi perniagaan Internet atas dasar perniagaan berkenaan
mampu menambah pendapatan syarikat mereka. Bahkan juga, ada kalangan peniaga di
Internet melibatkan orang perseorangan, walaupun mereka sudah mempunyai
pekerjaan tetap tetapi akibat kos sara hidup yang semakin meningkat saban hari
mereka mengharapkan berniaga di Internet mampu mengurangkan bebanan mereka
terutama untuk menanggung keperluan seharian ahli keluarga. Dalam laporan Wave 5 oleh Universal MacCann pada Oktober 2010, seramai 1. 5 juta orang melawat
laman sosial dalam talian setiap hari. Hal ini membuktikan
perniagaan di Internet kini semakin mendapat sambutan hangat daripada kalangan
peniaga mahupun pengguna yang mengambil kesempatan atas kemudahan membeli terus
secara atas talian. Persoalannya yang perlu dibicarakan ialah apakah kelebihan
perniagaan secara atas talian kepada pengguna dan peniaga?
Sebagai pelajar berminda kelas pertama, saya akan membicarakan kelebihan
aplikasi perniagaan atas talian menggunakan minda pelajar kelas pertama dengan
kata kunci mauduk, aplikasi perniagaan di Internet menjimatkan masa dan
kos. Sebagaimana kita sedia maklum, penggunaan e-dagang berpaksikan penggunaan
aplikasi dan gajet berasaskan Internet sama ada dengan menggunakan komputer
riba dan terkini dengan menggunakan telefon pintar. Seyogia, gajet teknologi
maklumat dan komunikasi atau dalam bahasa Inggerisnya disebut “information and
communication teknology” atau akronimya ICT merupakan perniagaan yang tidak
memerlukan ruang atau tempat contohnya seperti kebiasaan perniagaan lain yang
memerlukan kedai atau pasar raya untuk menjalankan proses jual beli. Sebagai
contoh premis peniagaan yang menawarkan jual beli atas talian seperti Lazada, Shoppe, mudah.my, Lazada.com.my dan sebagainya. Proses jual beli menggunakan e-dagang boleh berlaku di skrin
komputer atau telefon bimbit sahaja.dan jual beli boleh berlaku apabila
pengguna menekan papan kekunci komputer riba atau telefon pintar, justeru,
pembelian secara internet akan menguntungkan kedua belah pihak sama ada
pengguna atau peniaga dengan istilah “menang menang”. Bagi pihak peniaga mereka
tidak perlu menggunakan kos untuk menyewa tepat perniagaan atau pekerja dan
bagi pihak pengguna mereka tidak perlu menghabiskan masa berjam-jam kerana masa itu emas hanya untuk
membeli dan membayar barangan keperluan di kedai atau pasar raya. Bahkan juga
pengguna tidak perlu membuang duit untuk membayar kos petrol untuk mengerakkan
kenderaan malah tidak perlu untuk membayar parkir kereta. Besar kemungkinan mereka
hanya perlu membayar kos penghataran dan adakalanya peniaga akan menyerap kos
penghantaran tanpa memerlukan pengguna untuk membayarnya. Sekiranya, pengguna
dan peniaga menggunakan e-dagang sebagai aktiviti pembelian atau jualann sudah
pasti kos sara hidup yang ditanggung penguna akan berkurang dan peniaga akan
mendapat keuntungan yang lebih baik berbanding menjual barangan secara
kebiasaan yang dilakukan oleh peniaga lain. Tegasnya, sudah terang lagi
bersuluh aplikasi perniagaan di Internet dapat menjimatkan masa dan kos kepada
pengguna dan peniaga.
Seterusnya, saya akan melebarkan lensa perbincangan dengan kata kunci aplikasi perniagaan secara atas talian membolehkan pihak pengguna memilih pelbagai pilihan produk yang ditawarkan oleh pihak peniaga. Sebagaimana kita sedia maklum antara premis maya yang menawarkan pembelian atas talian seperti Zalora, Lazada, Shopee, mudah.my, dan sebagainya. Pelbagai barangan yang ditawarkan oleh setiap premis maya ini dengan cara mengiklankan produk keluaran mereka seperti baju, seluar, beg. tali pinggang, cermin mata, sehinggalah kereta semuanya ada di dalam laman sesawang premis maya mereka, namun begitu elakkan membeli barangan yang membazir kerana peribahasa Melayu ada mengatakan ikut hati mati, ikut rasa binasa. Premis maya memudahkan pelanggannya memilih barang secara alternatif dan pengguna hanya perlu mengklik pada papan kekunci atau menggunakan mengklik tetikus untuk memilih pelbagai barangan ditawarkan di skrin komputer riba atau telefon pintar dan bebas memilih barangan yang berkenan di hati mereka serta sesuai dengan harga barangan yang ditawarkan kerana alah membeli, menang memakai. Namun untuk masuk ke laman sesawang premis maya ini, pengguna boleh menggunakan enjin carian seperti google, Opera Browser, Firefox, Internet Explorer, Dolphin Browser dan sebagainya. Setiap proses pembelian akan berlaku sekiranya, pengguna bersetuju dengan syarat pembelian dan bayaran boleh dilakukan dengan mengguna kad debit, kad visa, atau "mastercard" tanpa memerlukan pengguna membayar di premis maya. Pelbagai barangan yang dipilih oleh pengguna pokoknya pengguna perlu bijak berbelanja. Sekiranya pengguna merupakan pengguna yang bijak, mereka akan mendapat pelbagai kemudahan dan kelebihan dengan membeli barangan atas talian. Sebaliknya pengguna yang boros berbelanja mereka akan menerima kesan dengan membeli barangan atas talian secara berlebihan kerana sebelum membeli ukur baju di badan sendiri dan berbelanja berlebihan amalan syaitan. Tegasnya, perniagaan secara atas talian membolehkan pihak pengguna memilih pelbagai pilihan produk yang ditawarkan oleh pihak peniaga.
Berdasarkan akliah pelajar berminda kelas pertama saya meneruskan perbincangan dengan menggunakan kata kunci mauduk iaitu perniagaan atas talian mampu meluaskan pasaran produk syarikat besar ke pasaran global atau antarabangsa. Hal ini kerana dengan menggunakan e-dagang syarikat besar boleh melebarkan sayap pasaran mereka ke segenap penjuru alam kerana dengan Internet dunia tanpa sempadan. Seyogia, peniaga yang ingin memacu perniagaan secara global memerlukan mereka menyediakan aset yang cukup dan bukan sekadar indah khabar dari rupa, maksudnya syarikat perniagaan berkenaan perlu menerima hakikat bahawa pasaran sebegini memerlukan mereka bersiap siaga dari segi aset dan kewangan yang melibatkan jutaan ringgit malah mungkin bilion ringgit untuk memberi kepercayaan kepada pengguna sama ada mereka dari kalangan syarikat asing atau penguna antarabangsa. Sebagai contoh, pengusaha pelancongan yang mengiklankan syarikat mereka bukan saya di e-dagang malah di bloger , facebook, istagram dan pelbagai lagi laman sosial yang lain perlu mempunyai aset seperti kenderaan untuk urusan pergerakan pelancong, hotel atau chalet bertaraf mewah, penyediaan makanan yang sistematik, pemandu pelancong yang profesional yang akan memandu pelancong asingsepanjang keberadaan mereka di Malaysia, malah penguasa pelancongan berkenaan juga perlu mempunyai jaringan dan kolaborasi dengan pengusaha kawasan pelacongan tempatan agar pelancong antarabangsa yang inginkan suasana santai, eksotik, dan yang menepati cita rasa mereka. Pada masa yang sama, kedatangan pelancong asing ini akan meningkatkan periuk nasi pengusaha pelancongan yang lain malah akan meningkat pendapatan negara apabila berlakunya pengaliran wang asing ke nagara kita tercinta.
Sebagai pelajar berminda kelas pertama, saya akan memperluas lensa perbincangan dengan mengemukakan isi keempat dengan kata kunci mauduk iaitu perniagaan atas talian juga memudahkan pelancong asing atau pelancong tempatan memilih hotel yang sama taraf mutu perkhidmatanya tetapi kos yang perlu dikeluarkan lebih murah kerana alah membeli menang memakai. Hal ini dapat kita saksikan dengan kewujudan laman sesawang seperti Trivago, Agoda, TripAdvisor, Expedia, Hotels, Booking, merupakan antara laman sesawang yang banyak membantu pelacong untuk membuat pemilihan hotel yang perlu ditempah secara bijak kerana laman sesawang berkenaan membolehkan pelancong memilih hotel yang menawarkan perkhidmatan terbaik dengan kadar sewa yang murah. Sebagai contoh, dua hotel menawar ruang bilik dengan kemudahan dan perkhidmatan tambahan yang sama seperti Hotel Angsana dan Hotel Seri Malaysia di dapati Hotel Angsana mengenakan bayaran RM 500.00 sehari semalam sedangkan Hotel Seri Malaysia menawarkan bayaran yang sama untuk ruang tamu yang sama dan perkhidmatan yang sama, sudah pasti pelancong yang bijak bebelanjan akan menempah Hotel Seri Malaysia untuk program pelancongan mereka. Sekiranya pelancong menggunakan laman sesawang yang tertera di atas sebagai wahana penentu hotel yang ingin disewa, sudah pasti kos pelancongan mereka akan menajdi lebih murah kerana hanya mutu yang mengnal manikam. Sebaliknya pelancong yang tidak menggunakan laman sesawang berkenaan untuk menentukan hotel yang mereka pilih, sudah pasti mereka akan membazirkan wang kerana membazir amalan syaitan. Sudah terang lagi bersuluh, perniagaan atas talian juga memudahkan pelancong asing atau pelancong tempatan memilih hotel yang sama taraf mutu perkhidmatanya tetapi kos yang perlu dikeluarkan lebih murah.
Intihanya, perkhidmatan dan juga perkembangan media sosial negara sememangnya sudah berada pada tahap yang semakin maju dari semasa ke semasa. Dengan kemodenan bidang teknologi telekomunikasi pelbagai usaha dalam bidang perniagaan dapat berkembang pesat ditambah pula dengan inisiatif daripada pihak kerajaan untuk memastikan media sosial ini diimplimentasikan sepenuhnya oleh masyarakat di Malaysia untuk memacu negara ke arah negara maju pada tahun 2020 . Pelbagai pelan dan juga pembinaan infrastruktur ICT telah dibangunkan dan akan dibangunkan oleh kerajaan pada masa akan datang dengan inisiatif Jalur Lebar Negara atau "National Broadband Initiative" (NBI) telah dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Sri Najib Tun Razak pada 24 Mac 2010. Inisiatif yang didokongi oleh Kerajaan Malaysia menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM - MCMC) ini merupakan suatu pelan "Strategi bagi Pengimplementasian Jalur Lebar Nasional" . Hal ini sejajar dengan perkembangan pesat sistem media sosial yang telah diterapkan oleh beberapa negara maju dan negara lain yang sedang membangun untuk memacu pertumbuhan ekonomi masing-masing. Pihak kerajaan juga telah menyediakan peruntukan yang besar untuk memastikan segala kelengkapan dan juga keperluan dalam sektor yang berkaitan dengan ICT ini dapat dibangunkan dan dapat memberi manfaat yang berguna kepada masyarakat pengguna media sosial di Malaysia khususnya.Semoga Malaysia mampu bersaing dengan negara luar agar Malaysia mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju dunia.

Akan disambung dan diedit dari semasa ke semasa, insya-Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan