Isnin, 22 Oktober 2018

BAGAIMANA UNTUK MENGARANG DENGAN BINAAN AYAT KREATIF - RUJUK PENGHASILAN KARANGAN YANG DI PAPARKAN DI BAWAH

Pelajar boleh melihat bagaimana binaan ayat-ayat kreatif dibina untuk menghasilkan karangan bertaraf cemerlang. Masih belum terlambat untuk anda menghasilkan karangan sedemikian rupa, yang penting latihan anda perlu berterusan.  Lihat penghasilan binaan-binaan ayat kreatif berkenaan:-

TEMA SASARAN SPM - PERANAN IBU BAPA / KELUARGA TERHADAP KEMENJADIAN ANAK-ANAK CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT . FOKUS :DIMENSI KELUARGA  
      
Orang Acheh berniaga papan,
Papan diguna sebagai hiasan,
Remaja gigih menjadi harapan,
         Memimpin negara menuju wawasan.

       Pantun di atas menegaskan bahawa golongan muda merupakan bakal tampuk kepimpinan yang bersoleh, berketerampilan dan versatil untuk menampilkan imej negara yang sihat serta melonjakkan maruah gelanggang keramat suci ini  ke mercu kegemilangan. Alangkah remaja menggalas obligasi yang eksplisit, signifikan dan vital dalam menjadikan negara Malaysia lebih tersohor. Memetik kata-kata mantan Presiden Indonesia Soekarno "Jika aku diberi seratus orang tua, aku hanya dapat menggoyangkan perahu yang tertangkup, jika aku diberi sepuluh orang remaja, aku dapat menggoncangkan dunia dunia". Hal ini telah memerihalkan, mencerminkan dan menjelaskan bahawa golongan alaf langit dapat menyumbangkan tenaga dalam pembangunan negara dan mampu meredah onak di rimba perburuan. Remaja sering kali dikaitkan dengan istilah-istilah seperti " tiang seri negara", "pelapis bangsa", "penggerak wawasan" dan "penggerak harapan bangsa". Walaupun gelaran sebegini anak anak. Hal ini bersangkut paut dengan Ustazah Siti Nur Bahiyah pernah mengatakan ibu bapa merupakan idola kepada anak-anak. Justeru, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh yang terpuji kepada anak-anak. Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda anak-anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih yang suci lagi kudus, ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan masa kelak anak-anak sama ada seindah warna pelangi atau semalap gelap. Jika merah, ia merah, jika biru, ia biru dan jika kuning, ia kuning. Hasil acuan yang cerah atau gelap bergantung kepada ibu bapa. Marilah kita mengambil contoh, akhlak ibu bapa yang mahmudah dan mazmumah akan diteladani dan perilaku yang negatif akan diciplak habis-habisan oleh anak-anak yang baru berumur setahun jagung dan darah setampuk pinang.Senario ini bertepatan dengan peribahasa melayu bagaimana acuan,begitulah kuihnya dan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Dalam konteks ini ibu bapa perlu menjunjung amanah dan memerah keringat untuk memastikan kemenjadian insan tersayang menjadi kenyataan. Misalnya,ibu bapa hendaklah menjadi suri teladan dengan memberikan pendedahan ilmu seimbang antara dunia dan akhirat, contohnya ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka mengikuti kelas fardu ain di sekolah agama rakyat pada sebelah petangnya dan mengikuti kelas tuisyen pada sebelah malamnya. Dengan cara ini,ibu bapa menjadi jurutera dan pembentuk jiwa dan raga kepada anak-anak dan Ibu bapa tidak seharusnya bersikap seperti  ketam menyuruh anak berjalan dengan betul tetapi sendirinya berjalan mengiring. Secara ringkasnya,sebagai ibu bapa yang cakna akan kehidupan anak-anak sebagai penerus warisan keluarga, anak-anak ibarat benih yang baik, jika dicampak kelangit menjadi kejora, jika dicampak ke laut menjadi pulau, jika dicampak ke daratan menjadi penawar. Tegasnya, ibu bapa bertanggungjawab mengemudi, menaknodai dan mentadbir mahligai kebahagian seyogianya menjadi entiti mithali,karakter dan ikon yang syumul lagi menyeluruh kepada anak anak.

Mampukah anda menghasilkan karangan seperti di atas? Penulisan karangan di atas saya paparkan  untuk mendedahkan kepada pelajar bagaimana penghasilan karangan kreatif semasa mengarang.  Namun begitu, pelajar yang bijak boleh mempelbagaikan cara penghasilan karangan yang baik terutamanya, penggunaan Kaedah Pengembangan Idea Perenggan Karangan sebagai acuan untuk menghasilkan karanan cemerlang. Diharapkan pelajar jangan keliru dan karangan di atas sekadar untuk menunjukkan bagaimana bahasa atau binaan ayat kreatif mampu mengindahkan sesebuah karangan. Karangan ini akan disambung......Insya-Allah.

Tiada ulasan: