Analisis Soalan Novel 4(a) dan 4(b)
Percubaan BM SPMse-Malaysia 2018
Bil
|
Negeri/PPD
|
Soalan Novel (4a)
|
1
|
Yik Kelantan
|
Konflik dialami oleh watak dalam sesebuah novel banyak memberi pengajaran kepada pembaca.
Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, huraikan dua konflik watak utama jelaskan pengajaran yang diperoleh daripada konflik tersebut.
|
2
|
MRSM
|
Dalam sesebuah novel pengarang sering menyelitkan elemen yang boleh menjadikan kepada pembaca.
Berdasarkan sesebuah novel yang anda kaji, huraikan dua pangajaran yang diketengahkan oleh pengarang.
|
3
|
Negeri Sembilan
|
Konflik memainkan peranan penting dalam sesebuah novel. Hal ini demikian kerana melalui konflik yang timbul akan membuat sesuatu cerita berkembang dengan baik.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peranan watak sampingan dalam membantu watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi.
|
4
|
Kelantan
|
Bahagian permulaan memainkan peranan yang penting kepada pembaca untuk meneruskan pembacaannya.
Berdasarkan sesebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua sebab bahagian permulaan novel itu menarik minat anda. |
5
|
Johor
|
Perkembangan cerita sesebuah novel turut dibantu watak sampingannya.
Jelaskan dua perwatakan watak sampingan dalam sebuah novel yang telah anda pelajari. |
6
|
Sarawak ( MIRI)
|
Huraikan pendapat anda tentang bahagian peleraian bagi novel yang telah anda pelajari.
|
7
|
PPD Kota Belud,Sabah
|
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar masyarakat bagi yang terdapat dalam novel.
|
8
|
Perak (SMK SG. MANIK)
|
Latar tempat memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan cerita dalam sesebuah karya.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut.
|
9
|
Pulau Pinang
|
Huraikan keistimewaan watak utama sehingga menimbulkan perasaan kagum dalam diri
pembaca.
|
10
|
Kedah
| Latar masyarakat ialah gambaran kehidupan masayarakat yang dipaparkan dalam sesebuah karya termasuklah novel. Huraikan latar masyarakat dalam sesebuah novel yang anda kaji. |
11
|
Perlis
|
Watak sampingan dalam sebuah novel memainkan peranan penting dalam membantu watak utama. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua perwatakan watak sampingan yang telah ditetapkan.
|
12
|
SBP
|
Latar tempat menjadi aspek penting dalam sesebuah novel.
Huraikan dua latar tempat dalam sebuah novel yang anda pelajari. |
13
|
Terengganu
|
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar masyarakat penyayang yang
terdapat dalam novel tersebut. |
14
|
Selangor
|
Penggunaan pelbagai jenis teknik plot dalam sesebuah novel memainkan peranan memastikan jalan cerita yang menarik.
Gunakan dua peristiwa menggunakan teknik imbas kembali dalam sebuah novel yang anda pelajari.
|
15
|
WP Labuan
|
(Tiada soalan setara)
|
16
|
Pahang
|
Pada bahagian perkembangan sebuah novel yang anda pelajari telah menarik minat anda kerana terdapat keistimewaannya yang tersendiri.
Huraikan dua keistimewaan tersebut. |
Bil
|
Negeri/PPD
|
Soalan Novel (4b)
|
1
|
Yik Kelantan
|
Berdasarkan dua buah novel yang anda telah pelajari, huraikan latar masa yang terdapat dalam novel tersebut.
|
2
|
MRSM
|
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu peristiwa bagi setiap novel yang pada pendapat anda dapat menarik perhatian pembaca.
|
3
|
Negeri Sembilan
|
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu peristiwa menari yang berlaku pada setiap novel tersebut, kemudian jelas alasan anda berpendapat sedemikian.
|
4
|
Kelantan
|
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
|
5
|
Johor ( Daerah Tangkak)
|
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu pandangan anda terhadap
pengakhiran peristiwa yang terdapat dalam setiap novel. |
6
|
Sarawak
|
Bandingkan seorang watak wanita dalam kedua-dua buah novel yang telah anda pelajari.
|
7
|
PPD Kota Belud,Sabah
|
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan konflik yang dihadapi oleh watak utama dan cara watak mengatasi konflik tersebut.
|
8
|
Perak (SMK SG. MANIK)
|
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang menunjukkan kepincangan masyarakat.
|
9
|
Pulau Pinang
|
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar tempat bagi setiap novel
tersebut. |
10
|
Kedah
|
Terdapat pelbagai peristiwa yang mengambarkan koflik antara watak dalam sesebuah novel.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang mengambarkan konflik antara watak utama dan watak sampingan dan cara penyelesaiannya.
|
11
|
Perlis
|
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa yang dapat dijadikan teladan kepada pembaca. Berikan sebab-sebab anda berpendapat demikian.
|
12
|
SBP
|
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan
kebijaksanaan bagi setiap novel tersebut. |
13
|
Terengganu
|
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang mencetuskan
saspens kepada anda dalam setiap novel tersebut dan nyatakan alasan anda. |
14
|
Selangor
|
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan satu latar masyarakat yang sama dalam yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.
|
15
|
WP Labuan
|
(Tiada soalan setara)
|
16
|
Pahang
|
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan dua persamaan latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.
|
NOTA DAN LATIHAN MASTERI SOALAN 4 (A) DAN 4(B). SEMOGA DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENJAWAB SOALAN BERKENAAN.
Novel Jendela Menghadap Jalan & Novel Songket
Berbenang Emas
Soalan 1
Berdasarkan dua novel yang anda kaji, huraikan tema yang di
paparkan dalam kedua-dua novel berkenaan.
Berdasarkan novel Jendela
Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin, pengarang memaparkan tema kecekalan seorang gadis dalam menghadapi
pelbagai cabaran dan rintangan.
|
Novel yang saya kaji di Tingkatan
5 pula Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, pengarang memaparkan
tema kegigihan seorang gadis dalam
mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupannya.
|
Lili :-
Lili cekal menghadapi kerenah
ibunya yang menyuruh dia menghabiskan cuti persekolahan di Kampung Sentosa,
tempat kelahiran ibunya. Lili akur akan cadangan tersebut kerana dia amat
menyayangi ibunya.
Lili juga cekal berusaha untuk
menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh jiran datuknya,
Che Jah yang selalu dipukul dan dicemuh oleh suaminya, Seman. Akhirnya, Seman
berjaya ditangkap dan akan didakwa di mahkamah atas perbuatan kejamnya itu.
Lili cekal menghadapi dugaan
semasa dirinya dikurung dan diikat oleh Rafiq dan Haziq di sebuah pondok
buruk yang terletak di dalam hutan di Kampung Sentosa.
Lili cekal menghadapi kerenah
penduduk kampung yang tidak bersepakat dalam isu pemasangan kubah pada
bumbung surau lama kerana kekurangan nilai keagamaan. Akhirnya, penduduk
kampung menerima cadang Lili untuk membina masjid baharu.
|
Dahlia:-
Dahlia gigih menghadapi ujian
dalam hidupnya serta tidak pernah menjalankan nasib malang yang menimpa diri
dan keluarganya. Sebaliknya dia berusaha untuk menempuh semua ujian tersebut
dengan jiwa dan semangat yang kental.
Dahlia gigih menghadapi dugaan apabila
ibunya, Saleha terpaksa dihantar ke hospital Batu Pahat, kemudian dipindahkan
ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk menjalani rawatan pemulihan akibat
menghadapi penyakit kemurungan.
Kegigihan Dahlia yang seterusnya
dapat dilihat apabila dia dapat menghadapi sikap prejudis neneknya, Nek Kiah
terhadap mereka sekeluarga dengan tenang. Dahlia juga mendepani cacian dan
tohmahan Aton yang menuduhnya membunuh Said dan menggelarnya perempuan
murahan serta ramai kenalan lelakinya.
|
Soalan
2
Berdasarkan
sebuah novel yang anda kaji, huraikan latar masyarakat yang
dipaparkan dalam novel. ( 7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Masyarakat kampung
1. Masyarakat kampung yang tinggal di Kampung Sentosa
terdiri daripada Haji Abdul Rahman, datuk Lili, Abang Rashid, Seman, Che Jah
dan lain-lain.
2. Masyarakat kampung yang masih berpegang kepada
cara hidup tradisi. Contohnya, rumah penduduk di Kampung Sentosa jendelanya
menghadap jalan.
3. Masyarakat kampung yang masih percaya kepada
perubatan tradisional. Datuk Lili merupakan seorang yang pakar dalam
perubatan tradisional dengan menggunakan herba.
|
Masyarakat kampung
1. Masyarakat
kampung yang tinggal di Kampung Parit Haji Rais. Haji Sulaiman merupakan
ketua kampung di situ. Masyarakat kampung yang lain ialah Mak Aji, Aton,
Embong, Tauke Lim dan lain-lain.
2. Masyarakat
kampung yang hidup bekerjasama antara satu sama lain setelah dinasihati oleh
Haji Sulaiman semasa gotong-royong untuk sambutan Majlis Maulidur Rasul.
|
Masyarakat yang saling membantu
1. Geetha dan
Danel membantu Lili menyelesaikan masalah kubah surau di Kampung Sentosa .
2. Datuk Lili
membantu pesakitnya, Puan Letchumi dan Puan Hamimah mendapatkan rawatan
menggunakan perubatan tradisional.
3.Lili dan Kak Mimah membantu
menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialami oleh keluarga Che
Jah.
|
Masyarakat yang saling membantu
1. Haji
Sulaiman selaku ketua kampung membantu keluarga Dahlia menyelesaikan
masalah emak Dahlia yang menghidap tekanan perasaan.
2. Tauke Lim
membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia.
3. Penduduk
kampung membina rumah Embong semula, setelah rumah musnah dilanda
banjir.
|
Masyarakat yang
ikhlas dalam membantu orang lain.
1. Datuk
Lili ikhlas membantu Che Jah dan anak-anaknya walaupun berdepan dengan
pelbagai tohmahan daripada segelintir penduduk kampung.
2. Lili
ikhlas membantu Che Jah menyelesaikan masalah keganasan rumah
tangganya.
|
Masyarakat yang
ikhlas dalam membantu orang lain
1. Tauke
Lim ikhlas membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia.
2. Haji
Sulaiman ikhlas membantu Embong menyelesaikan masalahnya.
3. Najib
ikhlas membantu Dahlia membawa adiknya, Anggerik yang demam ke klinik.
|
Masyarakat yang insaf akan
kesilapannya.
1. Haziq
dan Rafik akhirnya insaf akan kesilapan mereka terlibat dalam gejala sosial
seperti mencuri harta orang kampung dan menagih dadah.
|
Masyarakat yang
insaf akan kesilapannya
1. Abu
Bakar insaf akan kesilapannya yang suka membuang masa dengan rakan-rakannya.
2. Abu
Bakar juga insaf akan kesalahannya yang telah mencuri kambing milik
bapanya sendiri.
3. Nek
Kiah akhirnya insaf akan sikapnya terhadap keluarga Dahlia apabila Dahlia dan
emaknya yang banyak membantu beliau ketika sakit sedangkan anak-anak
yang selama ini amat disayangi langsung tidak menziarahinya.
|
Masyarakat yang
bertanggungjawab
1. Datuk
bertanggungjawab menjaga Lili sepanjang dia menghabiskan cuti persekolahannya
di kampung.
2. Datuk
bertanggungjawab membantu merawat pesakit yang datang berubat dengan
menggunakan kaedah perubatan tradisional.
|
Masyarakat yang
bertanggungjawab
1. Haji
Sulaiman bertanggungjawab membantu anak buahnya,Embong yang menghadapi
masalah isterinya yang mengalami masalah mental dan masalah kewangan.
2. Haji Sulaiman
bertanggungjawab menyuruh penduduk kampung membantu membina rumah Embong
semula yang musnah akibat
banjir.
|
Masyarakat yang
terlibat dalam gejala sosial
1. Anak-anak
Che Jah iaitu Rafik dan Haziq suka mencuri harta benda penduduk kampung dan
terlibat dalam penagihan dadah.
2. Suami
Che Jah, Seman suka bermain judi.
|
Masyarakat
remaja yang terlibat dalam gejala sosial
1. Abu
Bakar, adik Dahlia suka berfoya-foya dengan rakan-rakannya.
2. Abu
Bakar sanggup mencuri kambing milik bapanya sendiri.
|
Soalan 3
Dalam sesebuah novel,
terdapat peristiwa-peristiwa yang menarik perhatian pembaca. Berdasarkan dua
buah novel yang anda kaji, pilih satu peristiwa yang menarik dan
nyatakan sebab peristiwa itu berjaya menarik perhatian anda.
(8 markah)
Novel Jendela
Menghadap Jalan
|
Novel Songket
Berbenang Emas
|
Peristiwa
mengubati pesakit
1. Datuk
Lili menyembuhkan penyakit Puan Letchumi, ibu Geetha dengan menggunakan rawatan
tradisional melalui penggunaan herba.
2. Datuk
Lili merawat Kak Mimah yang menghidap penyakit gout dengan menggunakan
tumbuh-tumbuhan herba seperti mas cotek, pegaga, daun sirih,daun belimbing
dan sebagainya.
Sebab
1. Peristiwa
ini berjaya menarik perhatian saya kerana penggunaan herba dalam
perubatan tradisional ini dapat membantu menyembuhkan pesakit yang tidak mahu
pergi ke hospital kerana kos rawatan yang tinggi.
2. Peristiwa
ini berjaya menarik perhatian saya kerana datuk Lili bersedia membantu
sesiapa sahaja yang menghidap penyakit dengan perubatan tradisional. Kita
juga perlu membantu orang yang memerlukan bantuan jika kita mempunyai
kepakaran dalam apa-apa bidang.
|
Peristiwa
menyelamatkan nyawa orang lain
1. Dahlia
sanggup terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said yang lemas.
Sebab
1. Peristiwa
ini berjaya menarik perhatian saya kerana sifat berani yang ada
pada Dahlia yang sanggup menghadapi sebarang risiko dalam menyelamatkan nyawa
orang lain ini jarang dimiliki oleh orang lain. Walaupun Dahlia seorang
gadis, namun dia berani terjun ke dalam sungai yang berarus deras itu demi
menyelamatkan nyawa orang lain.
|
Peristiwa
menyelesaikan masalah kubah surau
1. Lili
, Geetha, Danel mewakili golongan remaja yang bekerjasama untuk menyelesaikan
masalah orang-orang kampung yang kurang bersetuju dengan
pembinaan masjid baharu, sebaliknya hanya mahu kubah dipasang di surau yang
sudah lama usianya.
Sebab
1. Peristiwa
ini berjaya menarik perhatian saya kerana walaupun Geetha dan Danel berlainan
bangsa dan agama, mereka sanggup membantu Lili yang beragama Islam untuk
menyelesaikan masalah berkaitan dengan surau di Kampung Sentosa.
|
Peristiwa
keluar dari asrama demi kepentingan keluarga
1. Dahlia
sanggup berkorban dengan keluar dari asrama kerana ingin menguruskan
adik-adiknya yang masih kecil setelah ibunya dimasukkan ke hospital akibat
kemurungan. Walaupun peperiksaan STPM hanya tinggal beberapa bulan sahaja
lagi, Dahlia selaku anak sulung tidak mementingkan dirinya sendiri dan
sanggup berkorban demi keluarganya yang dilanda musibah.
Sebab
1.
Peristiwa ini
berjaya menarik perhatian saya kerana Dahlia sanggup berkorban dan lebih
mengutamakan kepentingan keluarga daripada kepentingan dirinya sendiri yang
akan menduduki peperiksaan STPM tidak lama lagi.
2.
|
Peristiwa mengenai semangat setiakawan yang tinggi
1. Lili
telah diculik oleh Rafiq dan Haziq. Hal ini telah menggemparkan seluruh
penduduk kampung. Dia telah dilarikan dan disembunyikan di sebuah tempat.
Namun begitu, dek rasa tanggungjawab terhadap rakan masih utuh dalam diri
Danel, dia telah berusaha untuk menjejaki Lili dan dia akhirnya telah berjaya
menyelamatkan Lili daripada dua beradik itu.
Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya
kerana Danel telah menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi dan berusaha
menyelamatkan Lili yang diculik oleh Rafiq dan Haziq.
|
Peristiwa
mengenai perkara mistik
1. Pada
mulanya, ibu Dahlia tiba-tiba sahaja gila dan dimasukkan ke dalam hospital.
Keadaan menjadi semakin pelik apabila binatang berbisa, iaitu ular mula
mengganggu keluarga Dahlia. Semuanya terungkai apabila Abu Bakar, adik Dahlia
telah menjumpai kain kuning yang usang ditanam di bawah rumah mereka.
Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya
kerana pelbagai perkara pelik dan malang yang berlaku dalam keluarga Dahlia
secara bertimpa-timpa seolah-olah seperti dirancang.
|
Peristiwa anak
yang patuh akan ibunya
1. Lili
tidak mahu pulang ke kampung ibunya kerana masa cutinya telah diaturkan
dengan pelbagai aktiviti bersama rakan-rakannya. Akan tetapi, ibunya berkeras
mahu menghantarnya ke kampung dengan alasan yang pelbagai. Akhirnya, Lili
akur kerana dia percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan dia perlu
patuh akan kehendak ibunya.
Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya
kerana sebagai seorang anak yang patuh akan kata ibunya, Lili sanggup
mengetepikan kehendak diri sendiri kerana dia percaya perancangan ibunya
pasti mempunyai hikmah.
|
Peristiwa sikap
membantu dalam diri
1. Dahlia
yang membantu anak Aton, Said yang kelemasan di dalam sungai. Pada mulanya,
Dahlia ternampak Said bermandi-manda di dalam sungai di hadapan rumahnya.
Namun, tiba-tiba sahaja Said lemas. Dahlia mengambil keputusan untuk terjun
ke dalam sungai dan menyelamatkan Said. Malangnya, derasan air sungai
bermaharajalela ketika itu. Said mati lemas dan niat baik Dahlia itu disalah
ertikan.
Sebab
1. Peristiwa ini berjaya menarik perhatian saya
kerana walaupun tidak pandai berenang, Dahlia tetap memberanikan diri terjun
ke sungai untuk menyelamatkan Said. Dia bagaimanapun gagal menyelamatkan Said
yang telah lemas.
|
Peristiwa
memaafkan kesalahan orang
1. Lili
memaafkan kesalahan Rafik dan Haziq yang telah menculiknya, walaupun tindakan
mereka itu tidak baik.
Sebab
1. Peristiwa
ini berjaya menarik perhatian saya kerana kesanggupan Lili memaafkan orang
yang pernah menculiknya memberikan pengajaran kepada saya supaya kita
mestilah memaafkan kesalahan orang lain walaupun orang tersebut pernah
melakukan perkara yang tidak baik kepada kita.
|
Peristiwa
sanggup membantu orang lain tanpa mengira bangsa dan agama
1. Tauke
Lim menyumbangkan barang-barang keperluan untuk Majlis Mauludir Rasul yang
diadakan di Kampung Parit Haji Rais, walaupun dia berbangsa Cina.
2. Tauke
Lim juga sanggup memberi keluarga Dahlia membeli barang secara hutang kerana
amat memahami penderitaan yang dialami oleh sahabatnya, Embong.
3. Tauke
Lim menyumbangkan sebanyak RM300 kepada Dahlia yang apabila dia berjaya
melanjutkan pelajaran ke Jepun.
4. Tauke
Lim juga sanggup membayar harga tanah sebanyak RM15000 kepada Nek Kiah kerana
dia tidak mahu keluarga Embong berpindah dari situ apabila tanah itu
dijualkan kepada orang lain kerana dia amat memahami penderitaan hidup
keluarga Dahlia.
Sebab
1. Peristiwa
ini berjaya menarik perhatian saya kerana walaupun berlainan bangsa dan agama
kita mestilah bersedia membantu dan menyumbangkan apa-apa yang mampu kepada
sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan tanpa mengira status, kaum dan agama.
|
Peristiwa
menghargai pemberian orang lain
1. Nenek
Lili berusaha mencari bekas kemenyan yang hilang. Bekas kemenyan ini
diberikan oleh pesakit datuk iaitu Puan Lecthumi. Datuk dan nenek amat
menghargai pemberian orang lain,oleh sebab itu nenek tetap erusaha mencarinya
sehingga berjaya menemukannya.
Sebab
1. Peristiwa
ini berjaya menarik perhatian saya kerana kita mestilah menghargai
apa-apa sahaja pemberian orang lain kepada kita supaya dapat memupuk hubungan
yang baik sesama kita.
|
Peristiwa
menghargai pemberian orang lain
1. Dahlia
amat menghargai kain songket berbenang emas berwarna merah yang dihadiahkan
oleh Azhari. Simbolik daripada hadiah Azhari,Dahlia berjanji akan
menjaga jati dirinya walaupun di mana-mana jua dia berada.
2. Dahlia
juga menghargai gelang pusaka yang dihadiahkan oleh Nek Kiah. Pemberian
itu merupakan satu anugerah kerana Nek Kiah telah menganggap Dahlia dan
adik-adiknya sebagai cucu. Selama ini, Nek Kiah tidak pernah mengambil peduli
tentang keluarga Dahlia.
Sebab
1. Peristiwa
ini berjaya menarik perhatian saya kerana kita mestilah menghargai
apa-apa sahaja pemberian orang lain kepada kita supaya dapat memupuk hubungan
yang baik sesama kita.
|
Soalan 4
Berdasarkan sebuah
novel yang anda pelajari, huraikan dua perwatakan seorang watak
sampingan yang terdapat dalam novel
tersebut.
(7 markah)
Novel
Jendela Menghadap Jalan
|
Novel
Songket Berbenang Emas
|
Datuk( Haji Abdul Rahman)
1. Seorang
yang kuat bekerja
Sebagai contoh, tangan datuk macam besi berkarat, uratnya
biru dan tertonjol.
2. Seorang
yang pakar tentang perubatan tradisional akar –akar kayu dan pengamal
perubatan tradisionalSebagai contoh, datuk merawat Puan Letchumi dan Kak Mimah
dengan menggunakan herba.
3. Seorang
yang menghargai pemberian orang lain.
Sebagai contoh, datuk risau apabila bekas kemenyan
pemberian Puan Letchumi dan tasbih hilang
4. Seorang
yang kuat beribadat
Sebagai contoh, datuk tidak pernah meninggalkan solat dan
pandai dalam hal-hal keagamaan.Datuk selalu menguji Lili dalam hal berkaitan
agama.
5. Seorang
yang sangat menghargai nilai sejarah
Sebagai contohnya, datuk menceritakan kehebatan
rumah-rumah di Kampung Sentosa yang jendelanya menghadap jalan.
|
Embong
1. Seorang
ketua keluarga yang bertanggungjawab
Sebagai contoh, Embong tidak mahu anak-anaknya berhenti sekolah
dan mengatakan beliau akan bertanggungjawab menyara kehidupan mereka walaupun
isterinya sakit.
2. Seorang
yang penyayang
Sebagai contoh, Embong sangat menyayangi isteri dan
anak-anaknya.Beliau sanggup melakukan dua kerja untuk menampung perbelanjaan
keluarganya.
3. Seorang
yang percaya akan kehendak takdir
Sebagai contoh, Embong percaya akan kehendak takdir
isterinya,Saleha menjadi kurang siuman kerana ketentuan Allah SWT.
4. Seorang
yang penyabar
Sebagai contohnya, Embong sanggup dihina oleh ibu
mentuanya sendiri kerana hidup miskin.
5. Seorang
yang mementingkan ilmu untuk anak-anaknya
Sebagai contohnya, Embong menyuruh Dahlia pergi ke sekolah
dan akan menguruskan hal adik-adik Dahlia
6. Seorang
yang berani
Sebagai contohnya, Embong berani membunuh ular sawa
yang membelit badannya.
|
Geetha
1. Seorang
yang peramah
Sebagai contohnya, Geetha bertanyakan pelbagai soalan kepada Lili sewaktu
berada di dalam bas.
2. Seorang
yang berani
Sebagai contohnya, Geetha berani mengajak Lili mendaki bukit untuk melihat
matahari terbenam.
3. Seorang
yang bijaksana
Sebagai contohnya, Geetha bijak dalam menuntut ilmu dalam bidang kejuruteraan
di Universiti Malaya.
|
Azhari
1. Seorang
yang berpendidikan tinggi
Sebagai contohnya, Azhari baru mendapat segulung ijazah
2. Seorang
yang suka memberikan nasihat
Sebagai contohnya, Azhari sentiasa menasihati Dahlia
agar belajar dengan bersungguh-sungguh.
3. Seorang
yang pandai memujuk
Sebagai contohnya, Azhari pandai memujuk Dahlia agar menerima lamarannya.
|
Soalan 5
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari,
jelaskan satu peristiwa yang dapat dikaitkan
dengan persoalan keberanian dalam menghadapi
masalah.
(8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Persoalan
keberanian dalam menghadapi masalah
1. Peristiwa
Lili, Danel, dan Geetha berani menyelesaikan masalah kubah surau yang
dihadapi oleh penduduk di Kampung Sentosa.
2.Peristiwa Danel
berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Rafik dan Haziq.
|
Persoalan keberanian dalam
menghadapi masalah
1. Peristiwa Dahlia berani menyelamatkan Said, anak Aton yang
lemas di sungai berhampiran rumah Dahlia.
2. Peristiwa Embong berani
membunuh ular sawa yang membelitnya di kebun sawit di Kampung Parit Haji
Kadir.
|
Soalan 6
Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat
dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
(7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Dua nilai kemanusiaan
1. Nilai kasih sayang
- Nenek dan datuk melayan Lili
dengan penuh kasih sayang semasa Lili bercuti di kampung
2. Nilai keyakinan
- Keyakinan Datuk terhadap
perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini merupakan perubatan
alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya iaitu Kak Mimah dan William
Ng dan Mak cik Lechutmi
3. Nilai bertanggungjawab
- Datuk, Lili bersama-sama
penduduk kampung bertanggungjawab terhadap masalah yang berlaku dalam kampung
mereka seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya.
Oleh sebab itu mereka berusaha menyelesaikan masalah.
4. Nilai keprihatinan
- Lili prihatin akan nasib Rafik
dan Haziq yang berpunca daripada kepincangan rumah tangga Che Jah Walaupun
mereka menculik Lili namun Lili menziarahi Che Jah untuk mendapat maklumat
latar belakang Haziq dan Rafik bagi membantu menyelesaikan masalah mereka.
- Penduduk kampung prihatin
terhadap masalah yang berlaku dalam kampung mereka seperti kecurian, aktiviti
haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Justeru mereka berusaha
menyelesaikan masalah walaupun ada antaranya menggunakan cara kekerasan dan
kurang sesuai.
5. Nilai ketaatan
- Datuk menghabiskan masa selepas
solat berjemaah dengan berzikir dan membaca kitab dua tiga halaman.
6. Nilai baik hati
- Danel sering datang ke rumah
nenek untuk membantu nenek masak dan mengganggap masakan nenek sedap.
- Datuk menggunakan kepakarannya
dalam bidang perubatan tradisional untuk membantu orang yang mempunyai
masalah kesihatan. Usaha datuk telah berjaya sebagai perubatan alternatif
untuk menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan moden.
7. Nilai keberanian
- Danel berani menyelamatkan Lili
yang diculik oleh Haziq dan Rafiq.
8. Nilai bekerjasama
- Penduduk kampung berkumpul di
rumah datuk untuk bersolat hajat bagi mendoakan keselamatan Lili yang diculik
oleh Haziq dan Rafiq.
9. Nilai kegigihan
- Datuk gigih mempertahankan
perubatan tradisional contohnya beliau sanggup masuk hutan waktu malam ke
hutan untuk mencari akar kayu sebagai ramuan perubatan tradisionalnya.
10. Nilai kesabaran
- Che Jah sabar menghadapi karenah
suaminya Seman yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga.
|
Dua nilai kemanusiaan
1. Nilai kasih sayang
- Embong dan Saleha sangat
menyayangi anak-anak mereka walaupun kehidupan mereka miskin .
- Dahlia sanggup curi-curi keluar
dari asrama dan terus ke Hospital Permai untuk melawat ibu yang sedang
dirawat kerana masalah mental.
2. Nilai bertanggungjawab
- Embong bertanggungjawab
memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang sempurna walaupun hidup
dalam kemiskinan. Beliau sanggup bekerja hingga malam untuk menambah
pendapatan keluarga.
- Dahlia sanggup keluar dari
asrama untuk menjaga adik-adiknya di rumah semasa ibu dan ayahnya dirawat di
hospital.
3. Nilai kegigihan
- Dahlia gigih mengulang kaji
pelajaran walaupun ketika berada di pusat pemindahan banjir yang tidak
selesa.
4. Nilai kebijaksanaan.
- Dahlia bijak menguruskan
masa untuk mengulang kaji pelajaran dan menjaga adik-adiknya, walaupun hidup
dalam kemiskinan .
5. Nilai keberanian
- Dahlia berani terjun ke dalam
sungai yang berarus deras dan berkeladak untuk menyelamatkan Said yang lemas
.
6. Nilai semangat setia kawan
- Kavita dan Najib berkunjung ke
rumah Dahlia untuk bertanya khabar Dahlia yang tidak hadir ke sekolah. Kavita
juga membuat salinan (fotostat) nota pelajaran untuk Dahlia.
7. Nilai bersimpati
- Tauke Lim bersimpati terhadap
keluarga Embong yang berhadapan dengan masalah kesihatan isterinya,masalah
kewangan dan masalah anaknya lelaki tunggalnya yang terlibat dengan gejala
sosial.
8. Nilai keprihatinan
- Dahlia yang bimbang akan keadaan
Nek Kiah yang tidak kelihatan selama beberapa hari terus pergi ke rumah
neneknya untuk memastikan keadaan neneknya selamat.
9. Nilai bekerjasama
- Penduduk kampung bekerjasama
membina rumah Embong yang roboh akibat banjir.
10. Nilai ketabahan
- Dahlia tabah menghadapi pelbagai
masalah keluarga seperti kemiskinan,kesihatan ibu bapanya,masalah penjagaan
adik-adiknya yang masih kecil ketika ibu bapanya sakit dan tanggungjawabnya
sebagai seorang pelajar.
|
Soalan 7
Jelaskan satu bukti kepincangan
masyarakat dalam dua buah novel yang telah anda pelajari. (8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1. Kepincangan masyarakat
yang terlibat dalam gejala sosial
Sebagai contohnya, Rafik dan Haziq
suka mencuri harta benda orang kampung. Selain itu, mereka terlibat dalam
penyalahgunaan dadah.
2. Kepincangan masyarakat
yang terlibat dalam masalah perjudian
Sebagai contohnya, Seman,suami Che
Jah seorang kaki judi sehingga sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai
seorang ketua keluarga.
3. Kepincangan masyarakat yang bercanggah pendapat
Sebagai contohnya,
penduduk kampung yang mengalami percanggahan pendapat mengenai perletakan
kubah di surau ataupun membina masjid yang baru.
4. Kepincangan masyarakat yang tidak bertanggungjawab
Sebagai contohnya, suami Cik Jah iaitu Pak Seman sering memukul Cik
Jah. Dia juga sering berjudi sehingga melupakan tanggungjawabnya sebagai
ketua keluarga.
5. Kepincangan masyarakat yang suka
memandang serong terhadap kekurangan orang lain
Sebagai contohnya, Rafiq dan Haziq sering menjadi
hinaan dan kutukan masyarakat kampung secara berterusan kerana suka mencuri,
menagih dadah dan pecah rumah. Bagi Lili, mereka ialah manusia biasa yang
memerlukan bantuan untuk berubah.
|
1. Kepincangan masyarakat yang berprasangka buruk terhadap
orang lain
Sebagai contohnya, Aton dan Nek Kiah berprasangka buruk terhadap
keluarga Dahlia. Nek Kiah suka menghina
Dahlia dan keluarganya disebabkan kemiskinan mereka. Aton suka menabur
fitnah tehadap Dahlia dengan mengatakan bahawa Dahlia sudah ditebuk tupai
kerana lelaki datang ke rumahnya silih berganti.
2. Kepincangan masyarakat
yang terlibat dalam gejala sosial
Sebagai contohnya,Abu Bakar suka
berfoya-foya dengan rakan-rakannya sehingga sanggup mencuri kambing milik
bapanya sendiri.
3. Kepincangan masyarakat yang suka menghina
Sebagai
contohnya, Mak Aton yang suka menghina
Dahlia dan keluarganya disebabkan kemiskinan mereka. Mak Aton juga suka
menabur fitnah tehadap Dahlia dengan mengatakan bahawa Dahlia sudah ditebuk
tupai kerana lelaki datang ke rumahnya silih berganti.
4. Kepincangan masyarakat yang mempunyai hasad dengki
Sebagai contohnya,
Dahlia, Abu Bakar, Kiambang dan Melati menjumpai bungkusan telur yang sudah
busuk. Telur itu berisi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan dua batang
paku yang dijumpai mereka dibawah rumah. Bungkusan itu ditanam oleh seseorang
yang dengki akan mereka.
5.Kepincangan masyarakat yang memandang serong
tentang kemiskinan orang lain
Sebagai
contohnya, Nek Kiah tidak suka akan menantunya Embong dan cucu-cucunya kerana
hidup dalam kemiskinan sedangkan anak-anaknya yang lain berjaya dalam
kehidupan.
6. Kepincangan
masyarakat yang tidak mahu menerima ketentuan
takdir
Sebagai
contohnya, Aton telah menuduh Dahlia yang
menyebabkan anaknya, Said mati lemas walaupun Dahlia sanggup berkorban nyawa
dengan terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said.
|
Soalan 8
Huraikan
dua bukti ketabahan
watak utama dalam
sebuah novel yang telah anda kaji.
(7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Ketabahan
menghadapi kerenah orang tua
1. Watak utama, Lili
tabah menghadapi kerenah ibunya yang mahu Lili menghabiskan cuti
persekolahannya di kampung datuk dan neneknya.
2. Watak utama, Lili
tabah menghadapi kerenah datuk yang tidak mahu menceritakan sejarah jendela
menghadap jalan.
Ketabahan
menghadapi cabaran ketika diculik
1. Watak utama, Lili tabah
berhadapan dengan Rafik dan Haziq yang menculiknya.
|
Ketabahan menghadapi kerenah ibu dan orang sekeliling
1. Watak utama, Dahlia
tabah menghadapi kerenah ibunya yang tidak mengenalinya setelah menghidap
tekanan perasaan.
2. Watak utama, Dahlia
tabah menghadapi kerenah Aton yang menghina Dahlia semasa Azhari
menghantarnya pulang ke rumah.
Ketabahan
dalam menuntut ilmu
1. Watak utama, Dahlia
tabah mengulang kaji pelajaran di balai raya semasa kampung mereka
dilanda banjir.
|
Soalan 9
Pengarang
mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dapat dijadikan teladan oleh
pembaca.Berdasarkan dua novel yang telah anda pelajari,
jelaskan satu peristiwa yang dapat dijadikan teladan. (8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Satu
peristiwa yang dapat dijadikan teladan
1. Peristiwa membantu mengubati pesakit
- Datuk Lili
menyembuhkan penyakit Puan Letchumi, ibu Geetha dengan menggunakan rawatan
tradisional melalui penggunaan herba.
- Datuk
Lili merawat Kak Mimah yang menghidap penyakit gout dengan menggunakan
tumbuh-tumbuhan herba seperti mas cotek, pegaga, daun sirih,daun belimbing
dan sebagainya.
Alasan
Peristiwa ini dapat diteladani
kerana datuk Lili bersedia membantu sesiapa sahaja yang menghidap
penyakit dengan perubatan tradisional.
|
Satu
peristiwa yang dapat dijadikan teladan
1. Peristiwa sanggup membantu orang lain
- Tauke Lim
sanggup membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia walaupun berlainan
bangsa.
- Penduduk
kampung mengutip sumbangan untuk diberikan kepada Dahlia yang akan
melanjutkan pelajaran ke Jepun.
Alasan
Peristiwa ini
dapat diteladani kerana kita mestilah membantu sesiapa sahaja yang memerlukan
bantuan.
2. Peristiwa penduduk kampung bekerjasama untuk membantu orang lain
- Penduduk
kampung bekerjasama membina rumah Embong yang musnah semasa dilanda banjir.
Alasan
Peristiwa ini
dapat diteladani kerana kita mestilah bekerjasama untuk meringankan beban
yang dihadapi oleh orang lain.
|
Soalan
10
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari,
jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut. (7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1.Kuala Lumpur –
Tempat tinggal Lili dan keluarganya
2. Stesen
bas- Lili menaiki bas dari Kuala Lumpur ke kampung datuk dan neneknya di
Dungun, Terengganu
3. Perhentian
bas Pekan Sentosa,Dungun, Terengganu- Lili berhenti sebelum ke
Kampung Sentosa,tempat tinggal datuk dan nenek Lili
4. Pekan
Sejahtera, Dungun, Terengganu - Tempat tinggal Geetha
5. Surau- tempat
orang kampung berkumpul
6. Bangsal
di tepi sawah – Lili menunggu neneknya yang bekerja di sawah padi
7. Hutan-
tempat datuk mencari tumbuhan-tumbuhan herba dan akar kayu
8. Jeti
nelayan- tempat Lili, Geetha dan Danel menyaksikan matahari terbit
|
1. Padang
bola jaring –Dahlia berlatih bola jaring bersama dengan rakannya, Siti
Wangi.
2. Kantin
– Tempat Azhari menunggu Dahlia
3. SMK
Tun Ismail – lima kilometer dari kampung halaman, tempat Azhari dan Dahlia
pernah belajar sewaktu Dahlia Tingkatan satu dan Azhari Tingkatan Lima
4. Sekolah
Menengah Temenggung Ibrahim- Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar tingkatan
enam. Dia tinggal di asrama sekolah ini.
5. Bilik
Kerjaya- Dahlia bertemu dengan Cikgu Hisyam di bilik ini, Cikgu Hisyam
mendapat tahu masalah Dahlia daripada Kavita.
6. Kebun
getah- 20 meter dari rumah seluas lima ekar tempat Saleha menoreh getah
7. Kampung
Parit Haji Rais – Tempat tinggal Dahlia . Di sini, Dahlia menjaga
adik-adiknya, Melati, Kiambang, Mawar, dan Anggerik setelah emaknya dirawat
di hospital.
8. Hospital
Batu Pahat (Wad 6) -Tempat Saleha dibawa untuk mendapatkan rawatan pada
peringkat awal.
9. Hospital
Batu Pahat (Wad 4)- Abah Dahlia dirawat di hospital ini setelah dipatuk ular.
10. Hospital
Permai, Johor Bahru – Tempat emak Dahlia dirawat di bilik 16. Di sini juga
Azhari bekerja sementara setelah mendapat segulung ijazah.
11. Sungai
–kira-kira 45 meter dari rumah Dahlia- Dahlia cuba menyelamatkan Said yang
lemas di sungai ini.
12. Kebun
kelapa sawit di Parit Haji Kadir- Kira-kira dua kilometer dari rumah
Dahlia di sinilah Embong memotong kelapa sawit setelah pulang dari rumah
Aton. Di kebun kelapa sawit inilah ular sawa telah membelit Embong.
13. Sekolah
Kebangsaan Jelotong- Said dan Melati bersekolah di sini
14. Rumah
Aton kira-kira 150 meter dari rumah Dahlia.- Dahlia disindir oleh Aton kerana
dikatakan Dahlialah yang menyebabkan Said mati lemas.
15. Balai
raya Kampung Parit Haji Rais- Beberapa orang penduduk bergotong – royong
semasa majlis sambutan Maulidur Rasul. Selain itu, di sini juga menjadi
tempat pemindahan mangsa banjir yang berlaku di kampung Dahlia.
|
Soalan 11
Huraikan satu peristiwa
peleraian cerita dan kewajaran pengarang mengakhiri cerita tersebut
dalam dua buah novel yang anda pelajari
.
(8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Berdasarkan novel yang telah saya
kaji iaitu novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin, saya
berpendapat bahawa wajar novel ini berakhir sedemikian melalui peristiwa
menyelesaikan isu berkaitan kubah surau.Lili, Danel dan Geetha berjaya menyelesaikan
isu berkaitan kubah surau yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Sentosa. Isu
kubah surau ini telah menyebabkan generasi muda dan generasi tua tidak
sependapat. Apabila masalah ini dapat diselesaikan dengan baik, suasana di
kampung itu harmoni semula.
Selain itu, peristiwa saling
berhubungan antara satu sama lain. Sebagai contohnya hubungan Lili, Geetha
dan Danel semakin erat , mereka saling berhubungan antara satu sama lain
melalui e-mel dan telefon.
Seterusnya, peristiwa
menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga. Sebagai contohnya, Kak Mimah
telah berjaya menyelesaikan masalah keluarga Che Jah yang selalu didera oleh
suaminya, Seman. Haziq dan Rafik telah pergi ke sekolah semula dan akan
menduduki peperiksaan PMR.
Peristiwa ingin tahu tentang sejarah
kampung. Sebagai contohnya,Lili tidak sabar untuk kembali ke kampung datuk
dan neneknya semula kerana dia ingin tahu dengan lebih lanjut tentang sejarah
jendela menghadap jalan.
|
Berdasarkan novel yang telah saya
kaji iaitu novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, saya
berpendapat bahawa adalah wajar novel ini berakhir sedemikian melalui
peristiwa berjaya melanjutkan pelajaran.Sebagai contohnya, Dahlia telah
berjaya melanjutkan pelajarannya ke Jepun.Hal ini berlaku demikian kerana,
Dahlia telah berusaha dengan gigih untuk mendapat keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan STPM walaupun dia telah menghadapi pelbagai cubaan dan
dugaan dalam hidupnya.Sebagai contohnya, dia terpaksa keluar dari asrama atas
sebab emaknya dimasukkan ke hospital kerana menghidapi kemurungan/ tekanan
perasaan sehingga kurang siuman.
Selain itu, novel ini wajar
berakhir sedemikian melalui peristiwa pertunangan. Sebagai contohnya,watak
utamanya Dahlia bertunang dengan pemuda yang disukainya iaitu Azhari. Azhari
merupakan seorang pemuda yang menyukai Dahlia dan selalu mengambil berat akan
hal Dahlia dan keluarganya.Oleh hal yang demikian,memang wajar Dahlia
mengikat tali pertunangan dengan Azhari kerana hubungan mereka direstui oleh
kedua-dua belah pihak. Keluarga Azhari juga dapat menerima Dahlia yang hidup
dalam kemiskinan.
Seterusnya, peristiwa pemberian
hadiah kepada seseorang yang istimewa. Sebagai contohnya ,hadiah kain songket
berbenang emas yang diberikan oleh Azhari memang sesuai kerana songket ini
melambangkan jati diri orang Melayu. Dahlia mesti berpegang kepada janjinya
dengan Azhari. Dahlia perlu menjaga tatasusila walau di mana-mana pun dia
berada kerana dia telah menjadi tunangan orang dan akan berkahwin dengan
Azhari selepas tamat pengajiannya nanti.
|
Soalan 12
Huraikan dua pengajaran yang
terdapat dalam novel yang telah anda kaji.
(7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel
Songket Berbenang Emas
|
Dua pengajaran
1. Kita
mestilah prihatin terhadap masalah yang menimpa orang lain.
Sebagai contohnya, Lili prihatin
akan nasib Che Jah dan anak-anaknya yang menjadi mangsa dera suaminya,Seman.
2. Kita
mestilah bantu-membantu dalam kehidupan.
Sebagai contohnya, Lili, Danel dan
Geetha saling membantu menyelesaikan masalah kubah surau yang dihadapi oleh
penduduk Kampung Sentosa.
3. Kita
mestilah berani menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan.
Sebagai contohnya, Danel berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Haziq
dan Rafik.
4. Kita
mestilah saling menyayangi antara satu sama lain.
Sebagai contohnya, datuk dan nenek
amat menyayangi Lili. Mereka sanggup menjaga Lili sepanjang cuti
persekolahannya.
|
Dua pengajaran
1. Kita
mestilah prihatin terhadap masalah yang menimpa orang lain.
Sebagai contohnya, Tauke Lim dan
Haji Sulaiman prihatin akan nasib keluarga Dahlia.Haji Sulaiman prihatin akan
masalah isteri Embong menghidap tekanan perasaan.
2. Kita
mestilah bantu-membantu dalam kehidupan.
Sebagai contohnya,Penduduk Kampung
Parit Haji Rais membantu membina rumah Embong setelah rumahnya musnah dilanda
banjir.
3. Kita
mestilah berani menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan.
Sebagai contohnya, Dahlia berani menyelamatkan Said,anak Aton yang lemas di
sungai berdekatan dengan rumahnya.
4. Kita
mestilah saling menyayangi antara satu sama lain.
Sebagai contohnya, Dahlia amat
menyayangi adik-adiknya iaitu Anggerik,Melati,dan Kiambang. Dia sanggup
keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke
hospital.
|
Soalan 13
Berdasarkan dua buah
novel yang anda kaji,jelaskan satu peristiwa yang memaparkan konflik
dan cara penyelesaiannya bagi setiap novel tersebut.
(8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1. Peristiwa isu kubah surau
Konflik untuk meletakkan kubah
surau sama ada di surau lama atau di masjid yang akan dibina.
Cara
penyelesaian
Lili, Danel dan Geetha akan mengadakan perjumpaan terbuka
dengan penduduk kampung untuk menjelaskan kepentingan membina masjid daripada
memasang kubah di bumbung surau.
|
1. Peristiwa berprasangka buruk tentang orang lain
Konflik antara Nek Kiah dengan
Dahlia apabila Nek Kiah berprasangka buruk terhadap Dahlia apabila melihat
Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumahnya.
Cara penyelesaian
Dahlia hanya mendiamkan diri
semasa ditegur oleh Nek Kiah.
|
2. Peristiwa keganasan rumah tangga
Konflik rumah tangga antara Che
Jah dengan suaminya,Seman.
Cara penyelesaian
Lili mendapatkan bantuan Kak
Mimah,pesakit datuk yang bekerja sebagai pegawai di Jabatan Kebajikan
Masyarakat untuk menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
|
2. Peristiwa sewaktu di asrama SMK Temenggung Ibrahim
Konflik antara Dahlia dengan Cikgu
Salwani yang tidak membenarkan Dahlia keluar dari asrama untuk menjaga
adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke hospital.
Cara penyelesaian
Dahlia bertekad keluar dari asrama
dan berulang-alik dari rumah ke sekolah.
|
Soalan 15
Huraikan dua keistimewaan watak
utama sehingga menimbulkan perasaan kagum dalam diri pembaca (7markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
Keistimewaan
watak utama (Lili)
1. Seorang yang penyayang
Lili memenuhi permintaan ibunya agar menghabiskan
cuti persekolahan di kampung neneknya untuk membuktikan dia menyayangi
ibunya.
2. Seorang yang gigih menuntut ilmu.
Lili gigih mempelajari bahasa Cina sehingga berjaya
menguasai bahasa tersebut dengan baik.
3. Seorang yang bijaksana menyelesaikan
masalah.
Lili bijak menangani kes keganasan rumah tangga yang
dilakukan oleh Seman terhadap isterinya, Che Jah dan anak-anak dengan cara
menceritakan masalah tersebut kepada Kak Mimah, Penolong Pegawai Kebajikan
Masyarakat.
|
Keistimewaan watak utama (Dahlia)
1. Seorang yang
bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya
Dahlia bertanggungjawab menjaga
makan minum abah dan adik-adiknya
setelah emaknya dirawat di
hospital.
2. Seorang yang menghormati
tetamu yang bertandang ke rumahnya
Dahlia melayan neneknya degan baik
dan menghidangkan air walaupun neneknya tidak suka akan keluarganya.
Dahlia juga menghidangkan air bujang ketika Kavita dan Najib bertandang
ke rumahnya.
3. Seorang yang tabah mengharungi dugaan hidup
Dahlia tabah mengharungi
kehidupannya walaupun ibunya menghidap penyakit kemurungan manakala
bapanya telah dipatuk ular.
|
Soalan 14
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari,
jelaskan dua contoh nilai tanggungjawab yang terdapat dalam
novel tersebut.
(8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1.Nilai
tanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Contohnya,
Datuk Lili, sebagai pengamal perubatan tradisional bertanggungjawab dalam
membantu pesakit yang datang berubat dengannya berasaskan akar-akar
kayu dan daun-daun herba.
|
1. Nilai tanggungjawab terhadap keluarga.
Contohnya, Embong bertanggungjawab menyara kehidupan
keluarganya dengan menoreh getah dan memetik buah kelapa sawit.
|
2. Nilai tanggungjawab mendapatkan rawatan
untuk ibu bapa.
Contohnya, Danel dan adik-beradiknya ingin
mendapatkan rawatan yang lebih baik untuk bapanya.
|
2. Nilai tanggungjawab seorang guru terhadap
pelajar.
Contohnya, Cikgu Hisyam bertanggungjawab terhadap
tugasnya sebagai guru kelas Dahlia dengan sentiasa mengambil tahu
perkembangan pelajaran dan permasalahan anak-anak muridnya termasuk Dahlia.
|
3. Nilai tanggungjawab sebagai ketua kampung.
Contohnya, ketua kampung bertanggungjawab
mengarahkan penduduk-penduduk kampung supaya merobohkan pondok tempat Rafiq
dan Haziq bersembunyi.
|
3. Nilai tanggungjawab seorang kakak terhadap
adik-adiknya.
Contohnya, Dahlia bertanggungjawab menjaga
adik-adiknya sewaktu ayahnya keluar bekerja sementara ibunya pula dirawat di
Hospital Bahagia.
|
4. Nilai tanggungjawab membantu orang yang
dalam kesusahan.
Contohnya, Lili bertanggungjawab dalam membantu
menyelesaikan masalah Che Jah yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga
dengan berusaha membantunya berjumpa dengan Kak Mimah, selaku penolong
pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat.
|
5. Nilai tanggungjawab sesama rakan.
Contohnya, Kavita bertanggungjawab untuk membantu
Dahlia agar tidak ketinggalan dalam pelajaran dengan menyalinkan nota untuk
diberikan kepada Dahlia sepanjang ketiadaan Dahlia di sekolah.
|
Soalan 16
Dalam novel yang dikaji, bahagian peleraian cerita
diakhiri dengan kejayaan. Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan
dua peristiwa yang membuktikan kejayaan tersebut. (
7 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1. Peristiwa kejayaan Lili menyelesaikan masalah keganasan rumah
tangga Che Jah.
Contoh : Lili telah berjaya menyelesaikan kemelut rumah tangga Che Jah
dengan bantuan Puan Hamimah, Pegawai Kebajikan Masyarakat.
|
1. Peristiwa kejayaan Dahlia melanjutkan pelajaran ke Jepun.
Contoh : Dahlia berjaya melanjutkan pelajaran ke Jepun walaupun
terpaksa mengharungi pelbagai kesusahan seperti kemiskinan hidup keluarga dan
masalah keluarga.
|
2. Peristiwa kejayaan Danel menyiapkan artikel 'Segalanya
Tentang Pisang’.
Contoh : Danel berjaya menyiapkan berbelas-belas artikel tentang pisang
dalam sebuah buku.
|
2. Peristiwa kejayaan keluarga Dahlia menginsafkan Nek Kiah.
Contoh: Nek Kiah yang tidak menyukai keluarga Dahlia akhirnya insaf
selepas dia dijaga oleh Dahlia dan adik-beradiknya semasa Nek Kiah sakit.
|
3. Peristiwa kejayaan Rafik dan Haziq menyambung pelajaran.
Contoh: Mereka berdua telah berubah dan insaf dengan bantuan datuk Lili.
Akhirnya mereka akan menduduki peperiksaan PMR sebagai calon persendirian.
|
3. Peristiwa kejayaan masyarakat kampung bermuafakat dan
bekerjasama semasa banjir besar melanda.
Contoh : Penduduk Kampung Haji Rais telah bemuafakat dan bekerjasama
membina rumah Embong semula yang musnah akibat banjir. Kaum wanita
bergotong-royong menyediakan makanan.
|
4. Peristiwa kejayaan Lili dan Danel menyelesaikan isu kubah.
Contoh: Lili dan Danel berasa amat gembira kerana akhirnya mereka berjaya
menyelesaikan isu kubah dengan mencadangkan kubah itu diletakkan di masjid
baharu yang bakal dibina.
|
4. Peristiwa kejayaan hubungan Dahlia dengan Azhari.
Contoh: Dahlia dan Azhari akhirnya bertunang walaupun menempuh pelbagai
dugaan dalam perhubungan mereka.
|
Soalan 17
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan
satu persoalan kegigihan watak utama yang terdapat dalam setiap novel
tersebut.
(8 markah
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1.Kegigihan menyelesaikan konflik kekeluargaan
Contoh : Lili gigih membantu Che Jah dan anak-anaknya daripada terus
menjadi mangsa keganasan Seman.
|
1. Kegigihan dalam menuntut ilmu
Contoh : Dahlia gigih menuntut ilmu walaupun hidup dalam kemiskinan dan
menghadapi masalah kekeluargaan seperti ibunya yang sakit dan ayahnya yang
dipatuk ular.
|
2. Kegigihan menangani isu kubah
Contoh : Lili dan Danel gigih berusaha memberikan cadangan untuk
menyelesaikan isu kubah yang menjadi konflik penduduk kampung.
|
2.Kegigihan menguruskan rumah tangga/keluarga
Contoh : Dahlia gigih memikul tanggungjawab menguruskan adik-adiknya
terutama Anggerik yang masih kecil ketika ibu dan ayahnya dimasukkan di
hospital.
|
3. Kegigihan mencari rahsia jendela menghadap jalan
Contoh : Lili gigih berusaha mencari rahsia tentang sebab-sebab
kebanyakan rumah penduduk di Kampung Sentosa mempunyai jendela menghadap
jalan.
|
3. Kegigihan menyelamatkan mangsa lemas
Contoh : Dahlia gigih berusaha menyelamatkan Said anak Aton yang lemas di
sungai.
|
Soalan 18
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji,
huraikan dua persoalan yang dipaparkan dalam novel
tersebut.
(7
markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1. Persoalan
masalah kepincangan rumah tangga
Contoh: Che Jah dengan
suaminya, Seman yang selalu memukul anak-anak serta menderanya.
2. Persoalan
keagamaan
Contoh: Dalam perjuangan membina
kubah surau di kampung dalam menegakkan syiar Islam. Penduduk sanggup menolak
peruntukan dari Yang Berhormat untuk membina sebuah balai raya tetapi
bersetuju untuk membina kubah surau bagi tujuan keagamaan.
3. Persoalan
persahabatan
Contoh: Persahabatan antara Lili
dengan Geetha yang begitu akrab walaupun berlainan agama dan bangsa.
4. Persoalan
perpaduan antara kaum
Contoh: Perpaduan kaum menjadi
baik seperti adanya hubungan kemesraan yang terjalin antara masyarakat
Melayu, Cina dan India. Mereka hidup aman damai tanpa perbalahan, malah
hubungan kaum ini begitu rapat antara keluarga Geetha dan Lili. Geetha pernah
bermalam di rumah Lili kerana hubungan yang sangat mesra dan rapat.
5. Persoalan
menuntut ilmu pengetahuan
Contoh:Geetha merupakan seorang
mahasiswa yang rajin menuntut ilmu, juga merupakan seorang pelajar tahun satu
Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya, begitu juga Lili yang berhasrat
untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
6. Persoalan
golongan muda yang terjebak masalah dadah
Contoh: Haziq dan Rafiq yang
terjerumus ke dalam kancah ketagihan dadah akibat masalah keluarga yang
dihadapi. Tertekan dengan masalah keluarga kerana ayahnya Seman begitu garang
dan sering memukul anak-anaknya sehingga menyebabkan hidup mereka tertekan.
Mereka mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam kancah ketagihan
dadah.
7. Persoalan
hubungan kekeluargaan antara anak dan ibu bapa
Contoh:Ibu Lili tidak berminat
untuk menghabiskan masanya di kampung, tetapi menghantar Lili ke kampung
sepanjang cuti persekolahan. Ibu Lili melanjutkan pelajaran keluar negara,
terdedah dengan dunia Barat sehingga menganggap kampung terlalu jumud.
Ibu Lili juga terlalu jarang pulang ke kampung untuk menjenguk kedua-dua ibu
bapanya, menyebabkan hubungannya menjadi renggang.
8. Persoalan
hubungan manusia dengan alam sekitar
Contoh: Hubungan antara manusia
dengan alam sekitar seperti datuk sangat mengambil berat tentang herba-herba
yang banyak memberi jasa kepadanya. Datuk mengenali semua herba yang boleh
dijadikan ubat-ubatan.
9. Persoalan
suka fitnah memfitnah dalam masyarakat
Contoh: Masyarakat Melayu yang
suka membuat fitnah antara satu sama lain, yang menyebabkan keretakan dalam
masyarakat akhirnya membawa perpecahan. Cerita kubah dilarikan orang oleh
beberapa wanita mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak
Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan
keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu yang tiada
kepastiannya.
|
1. Persoalan kejayaan hasil daripada kegigihan dalam pelajaran
Contoh: Dahlia tetap
mengutamakan pelajarannya dengan meminjam nota dan bertanyakan kepada Kavita
dan Siti Wangi walaupun terpaksa membantu ayahnya menguruskan rumah tangga
setelah ibunya di hantar ke hospital untuk menerima rawatan.
2. Persoalan kemiskinan dalam masyarakat kampung
Contoh: Dalam dunia moden hari
ini, masih ada masyarakat kampung yang masih miskin dan memerlukan bantuan
untuk menjalani kehidupan. Contohnya keluarga Embong yang masih miskin
dan terpaksa berhutang dengan Tauke Lim untuk membeli barang-barang keperluan
harian.
3. Persoalan berani bertindak dalam menghadapi situasi yang bahaya
Contoh: Embong berjaya mengalahkan
ular sawa yang cuba membelitnya sewaktu memotong kelapa sawit di ladang.
4. Persoalan keinsafan selepas menyedari kesilapan diri
Contoh: Nek
Kiah akhirnya insaf setelah Dahlia yang selama ini dibencinya telah menjaga
dan merawatnya ketika terlantar sakit. Begitu juga dengan Abu Bakar
yang selalu berpeleseran sehingga sanggup mencuri kambing ayahnya berubah sikap apabila ditempelak oleh rakan-rakannya
sendiri.
5. Persoalan bantu-membantu dalam menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh orang lain
Contoh: Kavita
membantu Dahlia mengulang kaji pelajaran dengan memberikan nota pelajaran sepanjang ketidakhadirannya ke
sekolah. Najib cuba menghulurkan bantuan
kewangan semasa Nek Kiah beria-ia ingin menjual tanahnya yang menjadi
tempat tinggal Dahlia dan keluarganya.
6. Persoalan kepentingan ilmu bagi mengubah taraf hidup
Contoh: Embong
amat mementingkan pelajaran dan sering menasihatkan anak-anaknya agar belajar bersungguh-sungguh. Embong
mengharapkan anak-anaknya dapat mengubah taraf hidup keluarga setelah berjaya
dalam pelajaran mereka nanti.
7. Persoalan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas
Contoh: Haji
Sulaiman telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua kampung dengan
baik. Haji Sulaiman banyak membantukeluarga Embong walaupun orang
kampung menyisihkan mereka. Haji Sulaiman mencadangkan agar Saleha dihantar ke hospital untuk mendapatkan
rawatan.
8. Persoalan pengamalan ilmu hitam dalam
kalangan masyarakat
Contoh: Penemuan
dua biji telur ayam berwarna hitam yang berisi jarum, cincin akek, butiran
pasir dan dua batang paku oleh Abu Bakar di bawah rumah mereka menunjukkan
bahawa masyarakat masih mengamalkan ilmu hitam untuk menganiaya orang lain.
9. Persoalan semangat kejiranan walaupun berlainan bangsa
Contoh: Tauke
Lim banyak membantu keluarga Embong yang sering menghadapi
masalah kewangan. Tauke Lim membenarkan Embong berhutang di kedainya. Tauke Lim juga menghulurkan
RM300 untuk Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun.
10. Persoalan pengekalan identiti bangsa dan jati diri
Contoh:Azhari
menghadiahkan sepasang kain songket berbenang emas kepada Dahlia sebagai
tanda kenang-kenangan dan berpesan kepada Dahlia agar sentiasa mengingati
asal-usulnya sebagai orang Melayu.
|
Soalan 19
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan
satu peristiwa yang mengandungi unsur saspens yang terdapat
dalam setiap novel tersebut. (8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1. Peristiwa kehilangan kubah
surau
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca ingin tahu orang yang mencuri kubah tersebut. Penduduk kampung
menuduh Haziq dan Rafiq tetapi, sebenarnya Semanlah yang mencuri kubah
tersebut.
|
1. Peristiwa Dahlia terjun
ke sungai untuk menyelamatkan Said
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca ingin tahu apa akan terjadi kepada Dahlia. Rupa-rupanya Dahlia
selamat dan berjaya menjumpai Said di dasar sungai
|
.2. Peristiwa penculikan Lili
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca ingin tahu perkara yang terjadi kepada Lili setelah diculik
oleh Haziq dan Rafiq.Pembaca juga tertanya-tanya sama ada Danel berjaya
menyelamatkan Lili.
|
2. Peristiwa Embong
membawa bangkai ular sawa balik ke rumah
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya tentang tujuan Embong membawa balik bangkai
ular sawa yang telah dibunuh itu ke rumahnya. Embong membawa balik ular itu
untuk membuktikan bahawa dia mampu menewaskan ular tersebut serta kekuatannya
kepada Dahlia.
|
3. Peristiwa Lili diminta untuk
pulang ke kampung oleh ibunya
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya tujuan sebenarnya ibu Lili meminta Lili pulang
ke kampung datuknya seorang diri. Sebenarnya, Ibu Lili mahu Lili rapat dengan
datuk dan neneknya serta belajar hidup berdikari.
|
3. Peristiwa pertemuan
Najib dan Azhari di rumah Dahlia
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya peristiwa yang terjadi antara Najib dan Azhari
apabila bersua muka pada masa yang sama .Azhari cemburu kepada Najib dan pulang
tanpa bertemu dengan Dahlia.
|
4. Peristiwa kehilangan
datuk Lili
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya tentang kehilangan datuk pada malam tersebut.
Sebenarnya datuk masuk ke hutan mencari akar-akar kayu untuk dijadikan ubat.
|
4. Peristiwa Bakar
menemukan bungkusan yang mengandungi dua biji telur busuk,jarum peniti,cincin
arked dan paku yang tertanam di bawah rumah
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya orang yang meletakkan bungkusan tersebut dan tujuan
bungkusan itu diletakkan di bawah rumah Embong.
|
5. Peristiwa datuk
bercerita tentang jendela menghadap jalan
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya sebab jendela dibina menghadap jalan.
Rupa-rupanya jendela menghadap jalan merupakan satu strategi masyarakat
Kampung Sentosa untuk mengintip pergerakan tentera Jepun.
|
5. Peristiwa hujan lebat
telah menyebabkan paras air naik dan bot tidak sampai ke rumah Embong untuk
membawa mereka keluar dari rumahnya
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya perkara yang akan terjadi kepada Embong
sekeluarga jika bot penyelamat tidak sampai ke rumah Embong. Sebenarnya bot
penyelamat sampai sebelum paras air meningkat ke paras bahaya.
|
6. Peristiwa Che Jah tidak
mesra ketika kunjungan Lili ke rumahnya
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya sebab Che Jah tidak mesra dengan Lili.
Sebenarnya Che Jah bimbang Lili akan membuat laporan polis atas salah laku
anak-anaknya.
|
6. Peristiwa keluarga
Azhari lewat sampai ke rumah Dahlia pada hari pertunangan mereka
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya punca kelewatan tersebut. Punca sebenarnya
ialah kereta mereka rosak.
7. Peristiwa Kiambang
hilang terjatuh akibat tiang dapur patah dan runtuh
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya sama ada Kiambang selamat atau tidak.
Sebenarnya Bakar telah berjaya menyelamatkan adiknya apabila dia memegang dan
menarik kayu beluti serta menarik naik Kiambang.
|
Cadangan jawapan soalan
4 (a)
Pilih salah satu novel
sebagai jawapan:-
Bahagian
permulaan memainkan peranan yang penting kepada pembaca untuk meneruskan
pembacaannya.
Berdasarkan sesebuah
novel yang anda pelajari, jelaskan dua sebab bahagian permulaan novel itu
menarik minat anda.
( SOALAN NEGERI
KELANTAN)
NOVEL JENDELA MENGHADAP
JALAN KARYA RUHANI MATDARIN
|
NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS KARYA
KHAIRUDDIN AYIP
|
Berdasarkan novel yang saya kaji
di tingkatan empat iaitu Jendela
Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin terdapat dua sebab mengapakah pengenalan atau permulaan cerita novel
ini menarik minat saya.
Pertama, Lili ingin bercuti ke kampung datuk dan neneknya atas cadangan
ibunya, tetapi sebenarnya dia tidak gembira untuk pulang bercuti ke kampung
dan dia berpura demi menjaga hati ibunya. Sebenarnya, dia ingin menghabiskan
cuti bersama rakan-rakannya.
Kedua, kampung datuknya jauh dari pembangunan dan tidak seperti di bandar,
dan Lili tidak begitu mengetahui keadaan sebenar kampung datuk dan neneknya. Tambahan
pula bagi Lili tidak ada kenangan manis selama ini dikecapinya di kampung
datuk dan neneknya.
Ketiga, Lili sudah biasa dengan kehidupan selesa di bandar atau di rumah ibu
bapanya. Apakah suasana di kampung mengembirakannya
Kesimpulannya permulaan cerita
Novel Jendela Menghadap Jalan menarik minat saya untuk membaca dan mengetahui
cerita selanjutnya berlaku kepada Lili di sana. Gembirakah Lili atau
sebaliknya sepanjang cuti di kampung datuk dan neneknya.
|
Berdasarkan novel yang saya kaji di
tingkatan lima, Songket
Berbenang Emas karya Khairuddin
Ayip terdapat dua sebab mengapakah pengenalan atau permulaan cerita cerita
novel ini menarik minat saya.
Pertama, Dahlia sedang bermain bola jaring di sekolah
bersama-sama rakan-rakan dan pada ketika itu dia teringatkan ibunya, Saleha
yang kebelakangan ini sering bercakap seorang diri. Kenapa dengan ibu Dahlia?
Kedua Azahari, datang berjumpa beliau dan menyatakan keluarganya akan
berjumpa dengan keluarga Dahlia untuk menentukan hubungan mereka selanjutnya.
Sekali lagi pengenalan cerita ini menarik minat saya untuk membaca apakah
kesudahan hubungan Dahlia dan Azhari. Adakah mereka akan menjadi pasangan
suami isteri?
Ketiga, Dahlia seorang pelajar yang cerdik dan dihormati kawan-kawan. Beliau
bakal mengambil peperiksaan STPM. Adakah Dahlia berjaya dalam peperiksaannya
dan adakah beliau akan melanjutkan pelajarannya selepas peperiksaan STPM.
Kesimpulannya permulaan cerita Songket Berbenang Emas menarik minat saya
untuk membaca dan mengetahui cerita selanjutnya berlaku kepada Dahlia dan
juga ibunya.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan