KAEDAH PENGUASAAN AYAT AKTIF – AYAT PASIF
1. Kata ganti nama diri mesti
diulang kaji dari masa ke masa. Jom kita buat ulang kaji dengan menyenaraikan
kata ganti nama diri dalam tempat kosong di bawah.
Contoh:
Kata
ganti nama diri pertama: aku, saya, beta, hamba, patik, ku, kita, kami
Kata
ganti nama diri kedua: engkau, kau, kamu, awak, kalian, anda, tuan
hamba, tuanku
Kata
ganti nama diri ketiga: dia, nya, mereka, beliau, baginda
2. Subjek bagi ayat mesti
dikenal pasti.
Contoh:
Ali membaca buku.
Subjek: Ali
3. Kata kerja transitif perlu
dikenal pasti dalam setiap ayat aktif.
Contoh:
Ali membaca buku.
Kata
kerja transitif: membaca
4. Objek dalam setiap ayat
aktif mestilah dikenal pasti. Jika ayat itu ada dua objek, kenal pasti objek
tepat sahaja. Objek sipi tidak mengalami perubahan dalam ayat pasif.
Contoh
1: Ali membaca buku.
Objek: buku
Contoh 2: Ali membacakan ibu buku.
Objek
tepat: ibu
Objek
sipi: buku
5. Ada 3 jenis ayat pasif yang
perlu dikuasai oleh murid. Yang pertama ialah ayat yang melibatkan subjek yang
terdiri daripada kata ganti nama diri pertama dan kedua sahaja.
Contoh:
Saya
membaca buku. (aktif)
subjek
|
kata
kerja aktif
|
objek
|
Saya
|
membaca
|
buku
|
Ayat
pasif
objek
|
subjek
|
kata
kerja pasif
|
Buku
|
saya
|
baca
|
PERHATIAN!
6. Ayat pasif dengan kata ganti
nama diri pertama dan kedua tidak boleh menggunakan kata kerja berimbuhan
di-... oleh
Contoh:
(a)
Saya
membaca buku. (aktif)
Buku
dibaca oleh saya. (salah) (pasif)
Buku
saya baca. (betul) (pasif)
(b)
Engkau
menulis karangan. (aktif)
Karangan
ditulis oleh engkau. (salah) (pasif)
Karangan
engkau tulis. (betul) (pasif)
7. Apabila kata bantu digunakan
dalam ayat aktif, kata bantu tersebut mestilah dikekalkan pada tempat yang
sesuai, iaitu sebelum subjek. Ayat pasif yang menggugurkan kata bantu akan
menyebabkan maksud ayat berubah.
Contoh:
(a)
Saya
sudah membaca buku. (aktif)
Buku
sudah baca saya. (salah) (pasif)
Buku
sudah saya baca. (betul) (pasif)
(b)
Engkau
perlu menulis karangan. (aktif)
Karangan
engkau perlu tulis. (salah) (pasif)
Karangan
perlu engkau tulis. (betul) (pasif)
8. Apabila keterangan predikat
hadir dalam ayat, kekalkan predikat tersebut pada strukturnya. Jika
dikedepankan, anda juga perlu mengedepankan keterangan predikat tersebut untuk
mengekalkan strukturnya.
Contoh:
(a)
Saya
sudah membaca buku di pondok. (aktif)
Buku
di pondok sudah saya baca. (salah) (pasif)
Buku
sudah saya baca di pondok. (betul) (pasif)
(b)
Pada
waktu lapang, engkau perlu menulis karangan. (aktif)
Karangan
pada waktu lapang perlu engkau tulis. (salah) (pasif)
Pada
waktu lapang, karangan perlu engkau tulis. (betul) (pasif)
Karangan
perlu engkau tulis pada waktu lapang. (betul) (pasif)
9. Jika kata ganti nama diri
ketiga hadir dalam ayat aktif, frasa kerja pasif berimbuhan “di...oleh”
digunakan. Penggunaan “oleh” ialah unsur pilihan (opsyenal) dalam ayat pasif.
Lihat
contoh di bawah:
Sharifah
membaca buku. (aktif)
subjek
|
kata
kerja aktif
|
objek
|
Sharifah
|
membaca
|
buku
|
Ayat
pasif
objek
|
kata
kerja pasif
|
subjek
|
Buku
|
dibaca
oleh
|
Sharifah
Bahum
|
Buku
|
dibaca
|
Sharifah
Bahum
|
10. Apabila kata bantu digunakan dalam ayat
aktif, kata bantu tersebut mestilah dikekalkan pada tempat yang sesuai, iaitu
sebelum kata kerja. Ayat pasif yang menggugurkan kata bantu akan menyebabkan
maksud ayat berubah.
Contoh:
(a)
Sharifah
Bahum sudah membaca buku. (aktif)
Buku
dibaca sudah oleh Sharifah Bahum. (salah) (pasif)
Buku
sudah dibaca oleh Sharifah Bahum. (betul) (pasif)
Buku
sudah dibaca Sharifah Bahum. (betul) (pasif)
(b)
Murid-murid
perlu menulis karangan. (aktif)
Karangan
ditulis perlu oleh murid-murid. (salah) (pasif)
Karangan
perlu ditulis oleh murid-murid. (betul) (pasif)
Karangan
perlu ditulis murid-murid. (betul) (pasif)
11. Apabila keterangan predikat hadir dalam ayat,
kekalkan predikat tersebut pada strukturnya. Jika dikedepankan, anda juga perlu
mengedepankan keterangan predikat tersebut untuk mengekalkan strukturnya.
Contoh:
(a)
Sharifah
Bahum sedang membaca buku di pondok. (aktif)
Buku
di pondok sedang dibaca oleh Sharifah Bahum.(salah) (pasif)
Buku
sedang dibaca oleh Sharifah Bahum di pondok. (betul) (pasif)
Buku
sedang dibaca Sharifah Bahum di pondok. (betul) (pasif)
(b)
Pada
waktu lapang, murid-murid perlu menulis karangan. (aktif)
Karangan
pada waktu lapang perlu ditulis oleh murid-murid. (salah) (pasif)
Pada
waktu lapang, karangan perlu ditulis oleh murid-murid. (betul) (pasif)
Pada
waktu lapang, karangan perlu ditulis murid-murid. (betul) (pasif)
Karangan
perlu ditulis oleh murid-murid pada waktu lapang. (betul) (pasif)
Karangan
perlu ditulis murid-murid pada waktu lapang. (betul) (pasif)
12. Kekecualian diberikan kepada ayat pasif semu
yang berimbuhan ter-. Hal ini dikatakan demikian kerana fungsi makna imbuhan
ter- perlu dikekalkan. Oleh sebab itu, imbuhan ter- tidak mengalami sebarang
perubahan imbuhan apabila dipasifkan. Selain itu, kata sendi nama “oleh” ialah
unsur wajib ditulis sebelum subjek ditulis dalam ayat pasif semu.
Lihat
contoh di bawah:
Sharifah
Bahum terpijak paku. (aktif)
subjek
|
kata
kerja aktif
|
objek
|
Sharifah
Bahum
|
terpijak
|
paku.
|
Ayat pasif
objek
|
kata
kerja pasif
|
subjek
|
Paku
|
terpijak
oleh
|
Sharifah
Bahum
|
Paku
terpijak Sharifah Bahum. (salah) (pasif)
Paku
terpijak oleh Sharifah Bahum. (betul) (pasif)
Paku
Sharifah Bahum terpijak. (salah) (pasif)
Sumber bahan blog Dr. Tan CL.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan