Sabtu, 6 Oktober 2018

ULASAN KARANGAN CALON PERSEDIRIAN BERHATI CEKAL DAN BERJIWA BESAR

Alhamdulillah, pada malam ini saya sempat membuat ulasan karangan Puteri Ika, calaon persedirian yang telah menghantar karangannya untuk saya semak. Semoga dengan semakan dan ulasan ini beliau akan dapat menghasilkan karangan bertaraf cemerlang atas kerana karangan yang dihasikannya telah bertaraf A cuma perlu gilapan tambahan untuk ke A+.





 Ulasan tambahan:- 

  1. Perenggan pertama terdapat kesalahan ayat, iaitu ayat berkenaan merupakan ayat penyata dan tidak boleh ada tanda soal tetapi terus ditulis tanda titik. Selain itu, ayat terakhir perenggan pengenalan perlu ada persoalan atau ayat soal untuk menentukan idea atau isi yang Puteri Ika tulis pada perenggan isi berkaitan dengan tugasan iaitu tema.
  2. Perenggan isi pertama pastkan adanya ayat KBAT, pernyataan berkaitan pandangan Puteri apa kesan berkaku sekiranya manusia mempunyai sifat bertanggungjawab dan sila selitkan frasa menarik atau peribahasa untuk memantapkan perenggan contoh usaha tangga kejayaan.
  3. Perenggan isi kedua baik, tiada komen.
  4. Perenggan isi ketiga tiada komen, baik.
  5. Pastikan di bahagian akhir setiap perenggan isi perlu ada ayat penegas.
  6. Perenggan penutup jika dapat Puteri ulang balik penyataan atau isi yang ditulis...bukan sekadar menulis berdasrkan isi di atas sahaja tetapi ulang balik setaip isi yang telah ditulis untuk mengambar anda prihatin isi yang ada ulas di atasnya. ( Perenggan Penutup pendek sangat-dan selitkan peribahasa bak kata peribahasa Melayu, yang pipih tidak datang melayang, dan yang bulat tidak akan datang bergolek sebab Puteri Ikan tidak menulis peribahasa berkenaan dengan lengkap.
  7. Jika boleh, Puteri tulis satu lagi isi untuk menjadi isi keempat dan isi berkenaan di luar panduan untuk menunujjkan Puteri matang, contoh prinsip tambahan perlu ada cita-cita dan idola untuk berjaya seperti ikon atau orang terkenal yang menampakkan kejayaan dalam kehidupan  sebagai motivasi untuk berjaya dalam kehidupan.. Hal ini kerana untuk mendapatkan markah cemerlang isi perlu empat
  8. Jaga kesalahan yang mudah seperti permulaaan yat perlu ditulis dengan huruf besar, begitu samaada perlu jarak sama ada.
  9. Rujuk kaedah pengembangan idea perenggan  dalam blog saya untuk memahami keperluan yang perlu ada pada setiap perenggan.
    Kesimpulannya, pada pandangan saya Puteri Ika mampu menghasilkan karangan cemerlang dan bijak memasukkan frasa menarik seperti menulis Khulafa Ar Rasyiddin dan nama tokoh-tokoh bijak pandai dan ini memgambarkan Puteri mempunyai banyak rujukan. Saya tabik dengan usaha Puteri. Satu lagu ingatan untuk karangan dimensi iaitu bahagian B, isi yang perlu diulis lima. Oleh sebab itu, karangan bahagian B mesti ada lima tujuh perenggan termasuk perenggan pengenalan dan perenggan penutup. Sebagai peringatan juga untuk soalan bahagian B, soalan 1 dimensi diri, soalan 2, berkaitan dimensi keluarga dan masyarakat, dimensi soalan 3,  dimensi negara, soalan 4, dimensi antarabangsa dan soalan 5 Komsas. Rujuk blog saya untuk memantap kemahiran menjawab soalan-soalan  berkenaan.

      Untuk Kertas 2, Puteri boleh rujuka ulasan saya di dalama blog saya ini, kerana Puteri juga perlu mahir saoalan 1 ( Rumusan), soalan 2(a), 2(b), 2(c) dan 2(d) pemahaman, tatabahasa soalan 3(a), 3(b), 3(c), 3(d), dan 3 (e) serta soalan novel 4(a) dan 4(b). Semoga anda berjaya menggapai kecemerlangan.

Tiada ulasan: