Hasil program menyalin karangan, pelajar dapat menyalin dengan baik karangan cemerlang. Diharapkan pelajar akan dapat mengaplikasi kemahiran dengan mengaplikasi Kaedah Pengembangan Idea Perenggan Pengenalan, Perenggan Isi dan Perenggan Penutup dan manghasilkan huraian karangan jelas, dan matang. Semoga anda dapat menghasilkan karangan yang lebih cemerlang dalam penulisan karangan anda pada masa mendatang. Namun, ada kalangan pelajar menganggap program menyalin karangan tidak berfaedah dan mereka yang beranggapan sedemikian dalam kalangan orang yang rugi kerana sampai bila-bila orang seperti tidak akan berubah. Selagi mereka ini tidak mengubah sikap dengan anggapan menyalin karangan sesuatu paksaan memang program seperti ini tidak akan memberi manfaat kepada diri mereka........ingat SPM tinggal lagi 38 hari lagi. Ubanh sikap dan jadilah pelajar elit.....bukan sekadar hanya duduk dalam kalangan pelajar elit sahaja.
Laman Bahasa Melayu Ini Dibina Pada Tahun 2009 semasa saya mengajar di SMKA Sultan Azlan Shah. Semenjak Saya Bertugas Di PPD Perak Tengah Pada Tahun 2014, cikguramsulbmspm.blogpot.com tidak Beroperasi. Namun, Apabila Saya Ditukarkan Ke SMK Seri Londang Dan Mula Bertugas Pada 27 Mac 2017, Saya Mengaktifkan Semula blogspot Ini Untuk Kemudahan Pelajar Ting. 4 dan Ting. 5 SMK Seri Londang, Gelung Pepuyu, Bota, Perak yang Bakal Menghadapi Peperiksaan SPM. Semoga Blogspot Ini Dapat Membantu Pelajar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan