3. Slogan, ‘Jiran Sepakat Membawa Berkat’ merujuk
kepada hubungan yang erat antara jiran bagi
mewujudkan
negara yang aman, harmoni dan sejahtera.
Berikan
pendapat anda tentang cara-cara mengukuhkan semangat kejiranan di negara kita.
Pendahuluan: Perubahan arus
globalisasi semakin hari semakin mencabar. Perubahan tersebut turut disokong
oleh kecanggihan teknologi maklumat yang dikuasakan pula dengan teknologi
internet. Pelbagai maklumat baru boleh diakseskan dengan serta merta. Fenomena
tersebut amat mencabar jiwa ‘panas’ remaja yang turut disokong pula oleh
semangat inkuiri menyebabkan remaja bagaikan cacing kepanasan. Mereka
kadang-kadang hanyut dalam ilusi sendiri malah kadang-kadang mereka lebur dalam
gejala kebejatan moral. Akhirnya, berlakulah krisis remaja yang hilang
identiti, tiada matlamat hidup dan tercebur dalam gejala sosial. Walau
bagaimanapun, remaja tidak boleh selama-lamanya tenggelam dalam khayalan yang
boleh memusnahkan diri dan negara pada masa hadapan. Sesungguhnya, banyak
prakarsa yang perlu diperkasakan oleh remaja demi berhadapan dengan ancaman
yang berbahaya itu.
Isi 1 : Mendalami ilmu agama dan moral – agama dan moral sebagai
benteng keruntuhan akhlak –
faham
akan konsep dosa dan pahala – memperoleh iman dan takwa – faham bahawa segala
perbuatan
baik dan buruk akan diadili di akhirat dan mendapat ganjaran yang setimpal
Isi 2 : Meletakkan keutamaan belajar dan mencari pengalaman demi masa
depan – hanya ilmu dan
pengalaman sebagai
jaminan masa depan
Isi 3 : Memilih rakan yang sealiran – rakan sebagai pewarna kehidupan –
tersalah memilih rakan
boleh mengundang
mudarat – mengikuti program sosial seperti persatuan dan NGO
Isi 4 : Membina motivasi – motivasi merupakan enjin yang menggerakkan
individu untuk mencari
kejayaan – tidak mudah
terpedaya dan mengikut telunjuk rakan – mempunyai matlamat masa
depan yang
terjamin
Isi 5 : Memahami dan mendalami dasar dan visi negara – faham akan hala
tuju negara – memahami
hasrat pemimpin –
bersama-sama rakan berganding bahu menjayakan semua agenda wawasan
negara - tidak mudah
terpengaruh dengan anasir perosak negara
Kesimpulan : Tokoh falsafah
terkemuka Yunani iaitu Aristotle pernah berkata, “Ketahanan sesebuah negara
bukan bergantung kepada hasil buminya yang mewah, sebaliknya berada dalam
tangan anak mudanya yang gagah dan bijaksana”. Apabila menghayati kata-kata
hebat tersebut, saya begitu teruja untuk menjadi anak muda yang berwawasan.
Saya beriltizam untuk membina Malaysia yang tercinta ini menjadi negara yang bebas
daripada ancaman parasit dan anasir perosak khususnya daripada kalangan
anak-anak muda itu sendiri. Oleh itu, saya dan rakan-rakan hendaklah memilih
jalan yang betul yang telah dirintis oleh generasi yang terdahulu.
INSYA-ALLAH PERKONGSIAN MAKLUMAT KARANGAN TUAN HJ. ISHAK B. MD. SHAH INI AKAN SAYA TERUSKAN UNTUK KELUARAN SELANJUTNYA. SEMOGA ALLAH MEMBERI RAHMAT KEPADA TUAN. TERIMA KASIH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan