Khamis, 11 Oktober 2018

SATU LAGI HASILAN KARANGAN DIMENSI NEGARA AGAK BAIK TETAPI PERLU PENAMBAIKAN



         
     Paling saya suka karangan pelajar saya ini  dan karangan Nur Syuhada, Aliff, kerana kepelbagai cara mengarang walaupun tajuk yang sama. Kemahiran mengarang mereka tinggi cuma Amalin ini kerapa melakukan kesalahan ejaan kata nama khas dan Amalin memang kerap melakukan kesalahan ejaan seperti semenjak saya mengajar kelas 5 Sains pada awal tahu lagi. Mohon Amalin dapat mengubah penyakitnya ini untuk menadapat markah cemerlang atas. Begitu juga, bahagian perenggan penutup perlu diperkembangkan huraiannya dan salah satu cara, tuliskan balik sebab-sebab berlakunya pencemaran berkenaan atau isi karangan setiap perenggan dan tambahkan lagi sebab-sebab lain yang tidak ada dalam perbincangan. Peringatan untuk mendapat markah cemerlang atas dengan mengelakkan melakukan sebarang kesalahan selain karangan yang mantap dan matang. Selain itu, jaga-jaga pengunaan kata pemeri ialah dan adalah.
         Saya mohon maaf, sebab karangan ini kalian buat dalam kertas, tetapi kertas berkenaan masih dalam simpanan saya. Teruskan menulis Amalin, cuba secara kendiri menjawab soalan karanga negeri lain dan hantar kepada saya untuk semakan. Selamat maju jaya.

Tiada ulasan: