Isnin, 15 Oktober 2018

MASIH HASILAN KARANGAN PELAJAR PROAKTIF KELAS 5 ELIT. SYABAS. KARANGAN BERPANDU NEGERI TERENGGANU

Syabas, Syhuda kerana anda masih ke depan berbanding rakan-rakan anda yang lain. Pada hari ini saya dapati hanya dua orang pelajar yang menyiapkan latihan karangan yang saya arahkan. Seorang lagi Nurul Syairah bt. Ishak. Namun, pada hari ini kelas 5 Elit tiada dalam jadual, tambahan pula saya tiada di sekolah kerana menghadiri Perjumpaan Profesioanlisme Bersama Exco Pendidikan Negeri Perak di sekolah lama saya SMKASAS. Cuma apabila balik saya dapati latihan pelajar yang telah siap ada di atas meja. Ada juga yang memaklumkan saya tidak tahu berkaitan kerja berkenaan perlu dihantar pada hari ini. Esok saya cuba mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kerja berkenaan, satu latihan karangan berpandu negeri Terengganu dan satu lagi Kertas BM 2 Terengganu.








      Ulasan tambahan guru:-
  1. Berkaitan dengan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah, buku Tatabahasa Dewan ada mengatakan bahawa penggunaan kata berkenaan tidak digalakkan dalam penulisan ( Rujuk m/s 264 ) dan boleh digugurkan berdasarkan tulisan Syuhada dalam karangan di atas.
  2. Berkaitan kepanjangan perenggan yang tidak seimbang perlu diberikan perhatian kerana ada perenggan yang panjang dan ada yang pendek, namun tidak memberi kesan yang besar dalam karangan Syuhada.
  3. Keseluruhannya karangan Syuhada menarik mengalahkan penulisan saya yang saya paparkan sebelumnya. Syabas sekali lagi Syuhada teruskan usaha anda untuk menghasilkan karangan yang lebih bermutu. Saya kagum dengan pencapaian anda.
      Saya akan cuba merujuk dan menyemak karangan hasilan Nurul Syairah Ishak pula.




       Ulasan tambahan guru:-

  1. Mantapkan binaan ayat anda dan begitu juga penggunaan istilah. Contohnya, marcapada sudah menunjukkan pada masa sekarang oleh itu, tidak perlu anda menulis pada masa marcapada.
  2. Sila buat penambahbaikan dan pembetulan setipa kesalahan yang telah saya kesan dalam penulisan anda. Syabas, karangan yang anda hasilkan menarik.
  3. Psstikan stiap pengakhiran perenggan isi mesti ada ayat penegas.
Saya mengharapkan pelajar 5 Elit yang lain dapat menghasilkan kreativti mereka menghasilkan karangan seperti di atas dan saya ingin hasilan karangan berkenaan dikongsikan antara pelajar supaya masing-masing akan dapat melihat kekuatan dan kelemahan karangan masing-masing. Ambil kreativiti dan kelebihan karangan seperti di atas untuk kalian menghasilkan karangan cemerlang. Saya bukan memaksa kalian menghasilkan karangan berkenaan tetapi anggapnya sebagai tanggungjawab kerana jika pelajar boleh menghasilkan karangan berkenaan kenapa kalian tidak boleh menghasilkannya. Saya akan berusaha menyemak karangan yang dihantar, walaupun memerlukan saya mengambil masa yang babyak untuk berbuat demikian.

Tiada ulasan: