Laman Bahasa Melayu Ini Dibina Pada Tahun 2009 semasa saya mengajar di SMKA Sultan Azlan Shah. Semenjak Saya Bertugas Di PPD Perak Tengah Pada Tahun 2014, cikguramsulbmspm.blogpot.com tidak Beroperasi. Namun, Apabila Saya Ditukarkan Ke SMK Seri Londang Dan Mula Bertugas Pada 27 Mac 2017, Saya Mengaktifkan Semula blogspot Ini Untuk Kemudahan Pelajar Ting. 4 dan Ting. 5 SMK Seri Londang, Gelung Pepuyu, Bota, Perak yang Bakal Menghadapi Peperiksaan SPM. Semoga Blogspot Ini Dapat Membantu Pelajar.
Jumaat, 5 Oktober 2018
CADANGAN JAWAPAN SOALAN 2(A) - PETIKAN UMUM PEPERIKSAAN PERCUBAAN MRSM
Cadangan jawapan soalan 2 (a)
i) Maksud rangkai kata cara yang kosisten bermaksud aturan/ kaedah/ strategi yang tekal/ tidak
berubah/ teguh/ berterusan.
ii) Tujuan pengarang mengemukan tujuan asas penubuhan sekolah kerana:-
1. mendidik para pelajar dengan ilmu pengetahuan yang berlandaskan pelbagai bidang.
2. pembentukan keperibadian pelajar juga merupakan salah satu inti pati penting dalam
matlamat penubuhan sekolah.
3. menjadi pusat kecemerlangan pelajar.
iii) Pada pendapat saya, cara-cara yang dapat dilakukan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan
penglibatan ibu bapa dalam program-program sekolah adalah dengan:-
1. sekolah mengadakan kempen menggalakkan ibu bapa melibatkan diri dalam progran
sekolah agar anak-anak akan berminat untuk menibatkan diri dengan progran sekolah.
2. sekolah mendendahkan kepada ibu bapa peri pentingnya mereka pelu melibatkan diri
dengan program sekolah untuk menimbulkan kesedaran kepada ibu peri pentingnya mereka
bergiat aktif dengan program sekolah.
3. sekolah menganjurkan lebih banyak seminar, bengkel, kursus berkiatan dengan ilmu
keibubapaan agar ibu bapa menyertainya.
4. sekolah memaparkan kejayaan sekolah hasil daripada penglibatan dan kerjasama ibu bapa
dan sekolah.
5. sekolah menghantar surat jemputan lebih awal agar memudahkan ibu bapa membuat
perancangan untuk melibatkan diri dalam aktiviti sekolah seperti mengambil cuti dan
hadir sebarang aktiviti sekolah yang memerlukan kerjasama daripada ibu bapa.
6. sekolah memberi penghargaan, ganjaran yang manarik kepada ibu bapa apabila ibu bapa
hadir dalam sebarang aktiviti sekolah semoga langkah berkenaan akan menarik minat
ibu bapa hadir senarang aktiviti sekolah.
7. sekolah melantik ibu bapa sebagai fasilitator / ajk sekolah supaya ibu bapa dapat memberi
sumbangan kepakaran atau ilmu.
8. sekolah berkerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) dalam melaksanakan
sebarang program sekolah/ akiviti sekolah agar ibu bapa melibatkan diri sebarang program
sekolah dan mengetahui prestasi dan perkembangan anak-anak mereka.
*** Pastikan pelajar merujuk kata kunci soalan. Sekiranya soalan bermula dengan bincangkan,
jelaskan, huraikan, pada pandangan anda, Sekiranya soalan melibatkan kata kunci berkenaan
pelajar perlu menulis isi dan huraian sebabnya atau kesan-kesannya.
Pelajar perlu menulis jawapan menggunakan ayat gramatis bukan dalam bentuk point.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Alhamdulillah tkasih.Amat memantu dan manfaat
Sangat membantu saya untuk membuat rumusan bahasa melayi
Catat Ulasan