Jumaat, 5 Oktober 2018

CADANGAN JAWAPAN SOALAN 2(A) - PETIKAN UMUM PEPERIKSAAN PERCUBAAN MRSM



     Cadangan jawapan soalan 2 (a)
   
     i)   Maksud rangkai kata cara yang kosisten bermaksud aturan/ kaedah/ strategi yang tekal/ tidak
          berubah/ teguh/  berterusan.

    ii)   Tujuan pengarang mengemukan tujuan asas penubuhan sekolah kerana:-
           1.   mendidik para pelajar dengan ilmu pengetahuan yang berlandaskan pelbagai bidang.
           2.   pembentukan keperibadian pelajar juga merupakan salah satu inti pati penting  dalam
                 matlamat penubuhan sekolah.
           3.   menjadi pusat kecemerlangan pelajar.

   iii)    Pada pendapat saya, cara-cara yang dapat dilakukan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan
            penglibatan ibu bapa dalam program-program sekolah adalah dengan:-
           1.  sekolah mengadakan kempen menggalakkan ibu bapa melibatkan diri dalam progran
                sekolah agar anak-anak akan berminat untuk menibatkan diri dengan progran sekolah.
           2.  sekolah mendendahkan kepada ibu bapa peri pentingnya mereka pelu melibatkan diri
                dengan program sekolah untuk menimbulkan kesedaran kepada ibu peri pentingnya mereka
                bergiat aktif dengan program sekolah.
           3.  sekolah menganjurkan lebih banyak seminar, bengkel, kursus berkiatan dengan ilmu
                keibubapaan agar ibu bapa menyertainya.
           4.  sekolah memaparkan kejayaan sekolah hasil daripada penglibatan dan kerjasama ibu bapa
                dan sekolah.
           5.  sekolah menghantar surat jemputan lebih awal agar memudahkan ibu bapa membuat
                perancangan untuk melibatkan diri dalam aktiviti sekolah seperti mengambil cuti dan
                hadir sebarang aktiviti sekolah yang memerlukan kerjasama daripada ibu bapa.
           6.  sekolah memberi penghargaan, ganjaran yang manarik kepada ibu bapa apabila ibu bapa
                hadir dalam sebarang aktiviti sekolah semoga langkah berkenaan akan menarik minat
                ibu bapa hadir senarang aktiviti sekolah.
           7.  sekolah melantik ibu bapa sebagai fasilitator / ajk sekolah supaya ibu bapa dapat memberi
                sumbangan kepakaran atau ilmu.
           8.  sekolah berkerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) dalam melaksanakan
                sebarang program sekolah/ akiviti sekolah agar ibu bapa melibatkan diri sebarang program
                sekolah dan mengetahui prestasi dan perkembangan anak-anak mereka.

  *** Pastikan pelajar merujuk kata kunci soalan. Sekiranya soalan bermula dengan bincangkan,
         jelaskan, huraikan, pada pandangan anda, Sekiranya soalan melibatkan kata kunci berkenaan
         pelajar perlu menulis isi dan huraian sebabnya atau kesan-kesannya.
         Pelajar perlu menulis jawapan menggunakan ayat gramatis bukan dalam bentuk point.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Alhamdulillah tkasih.Amat memantu dan manfaat

My history Siti Khadijah Binti Yusof berkata...

Sangat membantu saya untuk membuat rumusan bahasa melayi