Ahamdulillah, pelajar Kelas Elit saya Nur Shuhada bt. Mohammad telah menghasilkan karangan Dimensi Keluarga Soalan 2 Bahagian B. Saya mengarahkan pelajar Kelas Elit berjumlah 32 orang pelajar menyalin semula karangan beliau tanpa kompromi dan pada masa yang sama saya mengharapkan mereka melihat cara beliau mengembang dan menghuraikan karangan secara keratif dan matang. Semoga dalam tempoh berbaki 40 hari sebelum SPM, diharapkan pelajar Kelas 5 Elit saya dapat mengaplikasi cara beliau menghasilkan karangan berkenaan menggunakan Kaedah Pengembangan Idea Perenggan Pengenalan, Perenggan isi dan Perenggan Penutup. Sebagai peringatan niatkan dihati, kerja menyalin ini bukan paksaan dan semasa anda menyalin bukakan hati dan mencotohi kreativiti beliau menghasilkan karangan berkenaan tanpa saya arahkan. Oleh sebab itu, budayakan sikap murni Nur Syuhada ini jika anda ingin berjaya menghasilkan karangan bertaraf cemerlang atas. Saya akan sentiasa meneliti perkembangan karangan anda dari semasa ke semasa. Insya-Allah. Ellakkan mengeluarkan kata-kata kerja kami banyak cikgu. Kalau ingin berjaya, korbankan masa senang ada dalam masa 40 hari lagi sebelum peperiksaan SPM menjelma. Jika diturutkan hati saya, sesiapa yang menghamburkan luahan perasaan sebegitu ,mereka akan saya ambil tindakan tetapi oleh sebab untuk menjaga hati, biarlah hati saya saya leburkan. Pada masa yang sama ingin curahkan isi hati saya," Jika tidak anda tidak mahu menjadi pelajar Elit, pintu kelas sentiasa terbuka untuk anda keluar daripada kelas saya." Elakkan saya untuk berbuat demikian, jika suasana memaksakan saya bertindak sedemikian rupa, Anggap ini sebagai amaran kerana kelas Elit ini hasil usaha saya. Bukan bermakna kamu kelas 5 Sains boleh dan bebas membuat sebarang tindakan kerana saya juga ada perasaan. Banyak masa yang saya sepatutnya saya isi bersama anak isteri dan masa tidur saya korban untuk pelajar saya. Ok. Salin dan jangan banyak cakap!
BUKAN MUDAH UNTUK BERJAYA TETAPI DENGAN USAHA BERTERUSAN
IMPIAN AKAN MENJADI KENYATAAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan