Cadangan pelajar Negeri Terengganu, soalan 4 (a):-
Sebagai makluman, jawapan pelajar Negeri Perak Akan menyusul. Dalam proses penerbitan.
Sabar kerana sabar separuh daripada iman.
Sambungan:-
Cadangan jawapan soalan 4 (b) pelajar negeri Terengganu.
Skema jawapan pelajar negeri Perak, dalam proses penerbitan. Mohon bersabar.
Cadangan jawapan soalan 4(a) pelajar negeri Perak dan sewaktu dengannya:-
Soalan 4(a) menghendaki pelajar menulis dan menghuraikan latar masyarakat penyayang dalam
salah satu nonel yang anda kaji. Soalan ini mudah kerana pelajar hanya perlu memfokus jawapan
kepada masyarakat penyayang. Cadangan dan contoh jawapan, pilih salah satu novel yang anda
kaji.
NOVEL JENDELA MENGHADAP
JALAN KARYA RUHANI MATDARIN
|
NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS KARYA
KHAIRUDDIN AYIP
|
Berdasarkan novel yang saya kaji
di tingkatan empat iaitu Jendela
Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin terdapat dua latar masyarakat penyayang antara:-
Latar
masyarakat penyang dalam Novel Jendela Menghadap
Jalan dapat di paparkan melalui watak Lili. Lili
tidak mahu pulang ke kampung ibunya kerana masa cutinya telah diaturkan
dengan pelbagai aktiviti bersama rakan-rakannya. Akan tetapi, ibunya berkeras
mahu menghantarnya ke kampung dengan alasan yang pelbagai. Akhirnya, Lili
akur kerana dia percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan dia perlu
patuh akan kehendak ibunya kerana dia sayang akan ibunya.
Selain itu, watak datuk dan nenek
Lili juga mengambarkan latar masyarakat penyayang. Sebagai contohnya, datuk
dan nenek amat menyayangi Lili. Mereka sanggup menjaga Lili sepanjang cuti
persekolahannya.
Bahkan latar masyarakat penyayang terpapar
pada watak Daniel yang sanggup menyelamatkan Lili yang diculik oleh anak Che
Jah iaitu Rafiq dan Haziq.
Seterusnya watak penyayang juga
dapat dilihat pada watak Lili. Contohnya,
Lili bertanggungjawab dalam membantu menyelesaikan masalah Che Jah yang
menjadi mangsa keganasan rumah tangga dengan berusaha membantunya berjumpa
dengan Kak Mimah, selaku penolong pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sedangkan, Lili pernah diculik oleh Rafiq dan Haziq anak Che Jah dan bagi Lili, mereka menjadi begitu akibat masalah rumah tangga ibunya dan bapanya Seman.
|
Berdasarkan novel yang saya kaji
di tingkatan lima, Songket
Berbenang Emas karya Khairuddin
Ayip terdapat dua dua latar masyarakat penyayang antara:-
Latar masyarakat penyayang dapat dilihat melalui watak
Dahlia.
penyayang terhadap
ahli keluarganya. Sebagai contoh, Dahlia bertanggungjawab menjaga makan minum
abah dan adik-adiknya setelah emaknya dirawat di hospital.
Selain itu, latar masyarakat
penyang dapat dilihat melalui watak Tauke Lim. Contoh, dalam dunia moden hari
ini, masih ada masyarakat kampung yang masih miskin dan memerlukan bantuan
untuk menjalani kehidupan. Contohnya keluarga Embong yang masih miskin
dan terpaksa berhutang dengan Tauke Lim untuk membeli barang-barang keperluan
harian.
Peristiwa
kejayaan masyarakat kampung bermuafakat dan bekerjasama semasa banjir besar
melanda. Contoh, penduduk Kampung Haji Rais telah bemuafakat dan bekerjasama
membina rumah Embong semula yang musnah akibat banjir. Kaum wanita
bergotong-royong menyediakan makanan.
|
Jawapan soalan di atas akan saya edit dari masa ke masa untuk memastikan jawapannya tepat dan ayat gramatis.
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan
satu peristiwa yang mengandungi unsur saspens yang terdapat
dalam setiap novel tersebut. (8 markah)
Novel Jendela Menghadap Jalan
|
Novel Songket Berbenang Emas
|
1. Peristiwa kehilangan
kubah surau
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca ingin tahu orang yang mencuri kubah tersebut. Penduduk kampung
menuduh Haziq dan Rafiq tetapi, sebenarnya Semanlah yang mencuri kubah
tersebut.
|
1. Peristiwa Dahlia terjun
ke sungai untuk menyelamatkan Said
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca ingin tahu apa akan terjadi kepada Dahlia. Rupa-rupanya Dahlia
selamat dan berjaya menjumpai Said di dasar sungai. Namun nyawa Said tidak dapat diselamatkan dan Said meninggal dunia.
|
.2. Peristiwa penculikan Lili
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca ingin tahu perkara yang terjadi kepada Lili setelah diculik
oleh Haziq dan Rafiq.Pembaca juga tertanya-tanya sama ada Danel berjaya
menyelamatkan Lili.
|
2. Peristiwa Embong
membawa bangkai ular sawa balik ke rumah
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya tentang tujuan Embong membawa balik bangkai
ular sawa yang telah dibunuh itu ke rumahnya. Embong membawa balik ular itu
untuk membuktikan bahawa dia mampu menewaskan ular tersebut serta kekuatannya
kepada Dahlia.
|
3. Peristiwa Lili diminta
untuk pulang ke kampung oleh ibunya
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya tujuan sebenarnya ibu Lili meminta Lili pulang
ke kampung datuknya seorang diri. Sebenarnya, Ibu Lili mahu Lili rapat dengan
datuk dan neneknya serta belajar hidup berdikari.
|
3. Peristiwa pertemuan
Najib dan Azhari di rumah Dahlia
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya peristiwa yang terjadi antara Najib dan Azhari
apabila bersua muka pada masa yang sama .Azhari cemburu kepada Najib dan
pulang tanpa bertemu dengan Dahlia.
|
4. Peristiwa kehilangan
datuk Lili
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya tentang kehilangan datuk pada malam tersebut.
Sebenarnya datuk masuk ke hutan mencari akar-akar kayu untuk dijadikan ubat.
|
4. Peristiwa Bakar
menemukan bungkusan yang mengandungi dua biji telur busuk,jarum peniti,cincin
arked dan paku yang tertanam di bawah rumah
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya orang yang meletakkan bungkusan tersebut dan
tujuan bungkusan itu diletakkan di bawah rumah Embong.
|
5. Peristiwa datuk
bercerita tentang jendela menghadap jalan
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya sebab jendela dibina menghadap jalan.
Rupa-rupanya jendela menghadap jalan merupakan satu strategi masyarakat
Kampung Sentosa untuk mengintip pergerakan tentera Jepun.
|
5. Peristiwa hujan lebat
telah menyebabkan paras air naik dan bot tidak sampai ke rumah Embong untuk
membawa mereka keluar dari rumahnya
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya perkara yang akan terjadi kepada Embong
sekeluarga jika bot penyelamat tidak sampai ke rumah Embong. Sebenarnya bot
penyelamat sampai sebelum paras air meningkat ke paras bahaya.
|
6. Peristiwa Che Jah tidak
mesra ketika kunjungan Lili ke rumahnya
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya sebab Che Jah tidak mesra dengan Lili.
Sebenarnya Che Jah bimbang Lili akan membuat laporan polis atas salah laku
anak-anaknya.
|
6. Peristiwa keluarga
Azhari lewat sampai ke rumah Dahlia pada hari pertunangan mereka
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya punca kelewatan tersebut. Punca sebenarnya
ialah kereta mereka rosak.
7. Peristiwa Kiambang
hilang terjatuh akibat tiang dapur patah dan runtuh
Peristiwa ini dikatakan saspens
kerana pembaca tertanya-tanya sama ada Kiambang selamat atau tidak.
Sebenarnya Bakar telah berjaya menyelamatkan adiknya apabila dia memegang dan
menarik kayu beluti serta menarik naik Kiambang.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan