Sabtu, 6 Oktober 2018

CADANGAN JAWAPAN SOALAN 2(B) - PETIKAN PEMAHAMAN PROSA MODEN PEPERIKSAAN PERCUBAAN MRSM

   Cadangan jawapan soalan 2 (b):-
   i)  Berdasarkan petikan di atas, Aiman melihat sesuatu apabila terapung-apung di bulan seperti:-
  1.     padang pasir yang luas.
  2.     kawah besar
  3.     lurah dalam
  4.     lurah melebar
  5.     dataran terhampar
  6.     gunung-ganang.
   ii)  Pada pendapat saya, kekangan yang wujud untuk menggunakan sumber alternatif yang semakin
         meluas digunakan di Malaysia ialah:-
  1.     tahan teknologi negara rendah
  2.     terpaksa mengeluarkan kos yang besar
  3.     kekuarangan tenaga pakar
  4.     saiz pasaran yang kecil
  5.     tahap pengetahuan pengguna yang rendah/ kurang kesedaran
  6.     keadaan cuaca negara tidak menentu.    
   iii)      Pengajaran yang terdapat di dalam teks ialah:-
  1.     Kita mestilah mempunyai pengetahuan tentang alam supaya dapat menghargai atau                    mensyukuri/ menghargai anugerah dan ciptaan Tuhan.   Contohnya:- Aiman banyak                  mengetahui tentang alam semasa dia terapung-apung di angkasa.
  2.     Kita hendaklah menggunakan tenaga secara efisien supaya tidak berlaku                                      pembaziran.Contohnya:- Aiman berfikir tentang matahari sebagai tenaga gantian kepada            petrol dan diesel.
  3.     Kita hendaklan bijak dan kreatif dan inovatif dalam menghasilkan tenaga baharu supaya            sumber alam dimanfaatkan sepenuhnya   Contohnya:- Aiman berfikir tentang matahari              sebagai tenaga gantian untuk menggantikan petrol dan diesel dalam kehidupan seharian.
              Pengajaran yang terdapat pada keseluruhan teks:-
  1.     Kita hendaklah bertindak secara rasional agar tidak menyusahkan orang lain. Contohnya:-          Guru Aiman menasihatnya supaya duduk di kerusi dan tidak merayau-rayau mengganggu          orang lain.
  2.     Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga agar kehidupan keluarga  menjadi lebih harmoni.        Contohnya:- Ibu Aiman sedih melihat Aiman dirotan oleh ayahnya.
  3.     Kita janganlah bersikap angkuh akan kelebihan yang dimiliki agar tidak dipandang rendah        oleh orang lain. Contohnya: Sikap Aiman yang angkuh dengan kepandaiannya berbanding        dengan adik-adinya yang lain.
    ****  Pastikan jawapan anda dalam ayat yang gramatis dan tidak dalam bentuk point.

        

Tiada ulasan: