Jumaat, 5 Oktober 2018

NOTA PROSA TRADISIONAL KEPIMPINAN MELALUI TELADAN (TING. 4)


  SINOPSIS
Seri Betara Majapahit berbincang dengan Patih Gajah Mada untuk menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh bersaudara yang dibunuh oleh laksamana di Bukit Cina. Justeru, Patih Gajah Mada bercadang meminta pertolongan Kertala Sari untuk membunuh Sultan Melaka dan Laksamana. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan Patih Gajah kerana ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang juga dibunuh oleh Laksamana Melaka. Setelah itu, Patih Gajah Mada membawa Kertala Sari mengadap Seri Betara Maharaja lalu menerangkan bahawa Kertala Sari merupakan penjurit yang sangat handal. Contohnya, kehebatan Kertala Sari mengalahkan negeri Daha seorang diri. Oleh sebab kehebatan Kertala Sari, Seri Betara menitahkan penjurit itu segera pergi ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan Laksamana Melaka. Kertala Sari ditawarkan jawatan penggawa agung kepadanya sekiranya berjaya.
          Di Melaka, Kertala Sari menyamar sebagai pengikut Patih Kerma Wijaya. Kertala Sari telah mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang kaya serta mencabuli isteri-isteri mereka. Sultan Melaka berasa bimbang lalu menitahkan agar Temenggung serta orangnya menjaga keselamatan dan mengawal keadaan negeri Melaka dari kejadian kecurian. Namun, kecurian terus berlaku sehingga melibatkan rumah Bendahara. Kegagalan menangkap Kertala Sari disebabkan oleh Kertala Sari menggunakan ilmu kesaktian. Melihat keadaan hura-hara yang berlaku, Laksamana menawarkan diri kepada Sultan untuk mengawal istana kerana mengikut firasatnya penjurit akan masuk ke istana pula. Hasilnya, rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta raja, membakar dan mengamuk serta mengambil isteri-isteri sultan telah menemui kegagalan kerana kebijaksanaan, kecekapan dan ilmu yang dimiliki oleh Laksamana. Malah, Kertala Sari berjaya dibunuh oleh Laksamana di tengah pasar. Kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai bukti dibunuh olehnya. Mayat Kertala Sari telah dikerat-kerat anggota badannya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk dibuktikan kepada sultan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun, Laksamana telah menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada sultan bahawa beliaulah yang telah berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah memberikan kurnia kepada Laksamana atas kejayaan tersebut. 

          Semua hasil curi yang telah disimpan di Bukit Cina oleh Kertala Sari berjaya ditemui. Sultan telah mengarahkan semua empunya barang untuk menuntut barang-barang tersebut. Baginda sultan telah menitahkan supaya empunya barang-barang tersebut memberikan dua pertiga bahagian daripada barang-barang tersebut kepada Laksamana. Namun, Laksamana tidak bersetuju dengan perintah Sultan, Laksamana bersetuju untuk mengambil satu bahagian. Bahagian tersebut kemudian telah diagihkan kepada tiga bahagian; satu bahagian untuk fakir miskin, satu bahagian untuk dan orang-orang bawahannya, dan satu bahagian untuk semua orang. Laksamana tidak mengambil sedikitpun daripada harta tersebut. Akhirnya, berita kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh Laksamana telah sampai ke pengetahuan Patih Gajah Mada di Majapahit. Patih Gajah Mada tidak putus asa terus mencari orang yang dapat membunuh Sultan dan Laksamana Melaka. 

Tema

Kepahlawanan seorang Laksamana mempertahankan negara. Keberanian dan kegagahanan Laksamana mempertahankan negeri Melaka dari ancaman penjurit tujuh bersaudara serta Kertala Sari dari Majapahit yang membuat hura-hara. 

Persoalan
1.  Persoalan pemimpin mestilah seorang yang bijaksana Laksama seorang yang bijak apabila menganalisis keadaan yang berlaku di Melaka dan menyatakan penjurit akan menjadikan istana sebagai sasaran utama. 
2.    Persoalan pemimpin yang mengambil berat kesusahan rakyat Sultan Melaka mengambil berat kebajikan rakyatnya dengan mendengar masalah kecurian yang diadukan kepada baginda. 
3. Persoalan penggunaan ilmu kesaktian dalam kehidupan seseorang - Kertala Sari menggunakan ilmu sakti ketika membuat huru-hara di Melaka bagi membalas dendam atas kematian ayahnya. 
4.  Persoalan perasaan dendam membawa akibat buruk - Dendam Kertala Sari terhadap Laksamana membawa padah apabila dia turut terbunuh di tangan Laksamana seperti ayahnya. 

Watak dan Perwatakan

Laksamana
i.    Seorang yang berani - Laksamana berani bertarung dan berjaya menewaskan musuh-musuhnya seperti Petala Bumi dan Kertala Sari. 
ii.   Seorang yang pemurah - Laksamana mengagihkan harta benda yang diterimanya kerana berjaya menemui harta yang dicuri oleh Kertala Sari kepada tiga bahagian termasuklah kepada golongan fakir miskin dan orang bawahannya. 
iii.  Seorang yang bijaksana - Laksamana memakai baju berwarna hitam ketika dia keluar menjejaki Kertala Sari yang membuat huru-hara di Melaka pada waktu malam agar pergerakannya sukar dilihat. 
iv.   Cinta akan keamanan negara - Laksamana menjalankan tugasnya sebagai hulubalang Melaka dengan penuh tanggungjawab dengan menangkap penjurit agar tidak berlaku kekacauan. 
v.    Taat setia kepada pemerintah - Laksamana menjunjung segala titah Sultan Melaka tanpa sebarang bantahan. 
vi.    Memiliki sifat kepahlawanan - Kertala Sari berasa gerun ketika melihat Laksamana yang begitu gagah perkasa pada pertama kali ketika berada di Melaka untuk membalas dendam.

Kertala Sari

Anak kepada Petala Bumi 
i.        Berasal dari Majapahit 
ii   Seorang pencuri yang handal dan berani - handal dan berani menjalankan kegiatan   mencuri secara bersendirian tanpa sedikit pun memiliki perasaan bimbang. 
iii.  Seorang yang zalim -Kertala Sari bukan sahaja mencuri harta benda, malah turut mencabul kehormatan isteri-isteri orang kaya dan saudagar. 
iv.     Seorang pendendam - Kertala Sari berdendam dengan Laksamana dan Sultan Melaka yang telah membunuh bapanya, Petala Bumi. 
v.  Pandai dalam ilmu kesaktian - Kertala Sari menggunakan ilmu saktinya bagi membolehkan menjadi halimunan ketika mencuri di rumah mangsanya. 
vi.        Taat kepada pemerintah - Kertala Sari patuh akan perintah Seri Bertala Majapahit yang menitahkannya ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan Laksamana. 

Sultan Melaka

i.   Seorang yang prihatin - Sultan Melaka mengambil berat kesusahan rakyat berat kebajikan rakyatnya dengan mendengar masalah kecurian yang diadukan kepada baginda. 
ii.  Seorang yang mengenang budi - Sultan Melaka telah memberikan kurnia kepada Laksamana atas kejayaan membunuh penjurit, iaitu Kertala Sari yang telah membuatkan negerinya dalam kekecohan. 
Latar 

Latar Masyarakat 
Masyarakat yang bertanggungjawab - Laksamana menawarkan diri untuk menangkap penjurit, iaitu Kertala Sari yang menyebabkan masalah kecurian di negeri Melaka. 
Masyarakat yang mengenang budi - Saudagar dan orang-orang kaya yang kehilangan hartanya akibat dicuri oleh Kertala Sari telah memberikan sebahagian harta mereka kepada Laksamana dengan ikhlas serta harta mereka ditemui. 
Masyarakat yang taat pada pemerintah - Laksamana menjunjung segala titah Sultan Melaka tanpa sebarang bantahan. 
Latar Tempat 
Negeri Melaka - Kertala Sari membuat huru-hara dengan mencuri harta saudagar dan orang-orang kaya di Melaka serta mencabul kehormatan isteri-isteri orang kaya dan saudagar tersebut. 
Majapahit - Patih Gajah Mada dan Seri Bentara merancang untuk membalas dendam atas kematian penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina. 
Di tengah pasar - Tempat Kertala Sari mati dibunuh oleh Laksamana.
Latar Masa 
Malam - Kertala Sari masuk mencuri ke rumah saudagar dan orang-orang kaya. Laksamana mengawal kawasan negeri Melaka dengan berpakaian hitam untuk menangkap penjurit. 
Siang - Bendahara melaporkan kepada Sultan Melaka bahawa rumahnya telah dimasuki pencuri dan habis segala harta-hartanya dicuri. 
Nilai
i.     Keberanian - Laksamana berani bertarung dan berjaya menewaskan musuh-musuhnya seperti Petala Bumi dan Kertala Sari. 
ii.   Tolong-menolong - Laksamana menawarkan diri untuk mengawal keselamatan negeri Melaka yang huru-hara angkara penjurit. 
iii.    Kebijaksanaan - Laksamana menggunakan tipu helah, iaitu berpura-pura tidur di tengah-tengah pasar pada waktu malam untuk mengalahkan Kertala Sari. 
iv.  Pemurah - Laksamana mengagihkan harta benda yang diterimanya kerana berjaya menemui harta yang dicuri oleh Kertala Sari kepada tiga bahagian termasuklah kepada golongan fakir miskin dan orang bawahannya. 

Pengajaran
i.  Kita hendaklah berani menghadapi musuh agar keselamatan negara terjamin - Laksamana berani bertarung dengan Kertala Sari yang telah membuat negeri Melaka huru-hara. 
ii.    Kita hendaklah bijak dalam menangani sesuatu masalah - Laksamana menggunakan tipu helah, iaitu berpura-pura tidur di tengah-tengah pasar pada waktu malam untuk mengalahkan Kertala Sari. 
iii. Kita hendalah mengamalkan sikap pemurah agar kehidupan sentiasa dirahmati - Laksamana mengagihkan harta benda yang diterimanya kerana berjaya menemui harta yang dicuri oleh Kertala Sari kepada tiga bahagian termasuklah kepada golongan fakir miskin dan orang bawahannya. 
iv. Kita mestilah tolong-menolong dalam hidup - Laksamana menawarkan diri untuk mengawal keselamatan negeri Melaka yang huru-hara angkara penjurit.


14 ulasan:

khwaiqbal berkata...

padat terima kasih cg tahu tahu saya memerlukan nota prosa tradisional hehe

Unknown berkata...

Terima kasih...maklumat lengkap

Unknown berkata...

Maklumat lengkap.

Amirul fariz berkata...

Thank u ..baru senang hafal

Tanpa Nama berkata...

Terima kasihhh . bagusnya ada nota macam ni . senang sikit nak faham ♡

Unknown berkata...

terima kasihh huhu

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Gunakan bahan berkenaan untuk memantapkan penguasaan anda untuk menjawab soalan Prosa Tradisional kerana hanya satu sahaja soalan prosa berkenaan yang dikaji di tingkatan empat. Satu lagi prosa tradisional terdapat dalam kajian di tingkatan 5 iaitu Burung Terbang di Pipiskan lada. Buatlah kajian prosa berkenaan kerana dalam SPM hanya satu kajian prosa tradisional yang akan ditanya, bermakna dalam format SPM terakhir 2020, hanya salah satu prosa tradisonal akan ditanya. Pelajar yang bijak sudah pasti menggunakan kesempatan mengkaji kedua-dua nota berkenaan.

umaganthan47@gmail.com berkata...

Terima Kasih

Unknown berkata...

Terima kasih kerana cara ini telah membantu dalam pdpc saya..

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih nota ini sangat membantu

Unknown berkata...

Terima kasih kerana memberi banyak manfaat

Nurin Izanie berkata...

Hama itu apee??

Tanpa Nama berkata...

terima kasih

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Asalammualaikum dan salam sejahtera. Saya memohon kepada saudara dan saudari menggunakan nama sendiri apabila memberi pandangan, pertanyaan dan ulasan dalam blog ini. Sekian terima kasih.