Khamis, 11 Oktober 2018

KARANGAN PELAJAR LUAR DAN KEPERIHATINAN SEORANG IBU BAPA TERHADAP KARANGAN ANAKNYA

Alhamdulillah saya diberikan ruang untuk membicarakan dan mengulas karangan anak saudara  Purvanes Ramadas. Terima kasih atas kepercayaan Tuan untuk saya menyemak dan mengulas karangan anak Tuan. Di bawah saya paparkan karangan berkenaan dan ulasannya.

Ulasan soalan: Sepatutnya soalan nombor tiga diletakkan ke soalan dua kerana soalan 3 lebih kepada soalan dimensi masyarakat, dan soalan 2 lebih kepada soalan dimensi negara.




          Ulasan tambahan:
  1. Terdapat kesalahan ejaan, kesalahan pemilihan istilah dan kesalahan frasa. Cuba elakkan melakukan sebarang kesalahan berkenaan.
  2. Berdasarkan Kaedah Pengembangan Idea Perenggan Karangan:-                                                     i)    Perenggan Pengenalan baik tetapi perlu penambahbaikan.                                                       ii)   Perenggan isi, perlu penambahan ayat KBAT, dan ayat penengasan di akhir perenggan.              Maksudnya, ayat KBAT berkait jika dilakukan sesuatu  apa impaknya atau jika tidak                  dilakukan apa impaknya. pelajar boleh memilih salah satu atau menulis kedua-nya                      bergantung kepada keperluan. Di akhir perenggan isi pelajar perlu menegaskan tajuk .        iii)    Perenggan penutup ok.   
  3.  Untuk karangan Umum atau dimensi, pelajar digalakkan menulis lima isi untuk mendapat       markah cemerlang atas.
  4.  Kesimpulannya, banyak perkara yang perlu diambil perhatian untuk menghasilkan karangan   cemerlang, terutamanya, binaan ayat, ejaan, tatabahasa, frasa menarik,soal kematangan iaitu   cara mengolah isi, serta huraian. dan semuanya memerlukan latihan yang kerap dan ada   tempat rujukan iaitu guru. Pada masa yang sama pelajar perlu merujuk kriteria pemarkahan   dan pastikan kehendak kriteria pemarkahan tersebut diaplikasi dalam hasilan karangan pelajar.   Pelajar yang tidak mengenal erti penat dan lelah dan berusaha dan terus berusaha sahaja yang   akan menikmati hasilnya semasa peperiksaan SPM 2018, ingat kejayaan ialah usaha anda sebelum peperiksaan dan hasilnya akan anda tuai selepas peperiksaan.





1 ulasan:

Puvanes berkata...

Terima kasih Cikgu Mohd Ramsul kerana sudi meluangkan masa untuk semak dan memberi ulasan karangan anak saya. Baru saya melihat email saya yang cikgu balas pukul 3 pagi tadi! Bukan itu sahaja, saya sedar ulasan karangan anak saya di blog cikgu juga dimuat pada pukul 4 pagi! Walaupun cikgu tidak kenal saya ataupun anak saya, komitmen tinggi sebagai seorang guru yang ada pada cikgu sangat saya hargai dan hormati.

Ulasan cikgu bukan sahaja fokus dari segi kesalahan tapi ada yang positif juga. Ini adalah satu motivasi bagi anak saya untuk berusaha dengan lebih lagi. Blog cikgu telah banyak membantu anak saya dalam subjek BM.

Banyak penjelasan cikgu tentang dimensi soalan dan juga ulasan sangat
terang dan mudah difahami. Rumusan pemeriksaan kertas yang cikgu gunakan juga membantu murid memahami skop pemarkahan dengan lebih jelas.

Rasanya, bukan sahaja di blog lain malah di sekolah anak saya pun tidak ada karangan murid yang disemak dan diberi ulasan yang terperinci sebegini.

Untung semua anak murid cikgu kerana mendapat seorang guru yang sangat prihatin. May God bless you and your family with lots of happiness & health!

From : Puvanes Ramadas