Sabtu, 6 Oktober 2018

CADANGAN SOALAN 3 (A) - MEMBINA AYAT MENGGUNAKAN PERKATAAN DIBERI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM MRSM


Cadangan jawapan soalan 3 (a)

(i)  swafoto - mengambil gambar foto dengan usaha sendiri menggunakan kamera telefon pintar atau
                      kamera digital.
      Cadangan ayat:-
      Abang sedang swafoto bersama-sama dengan isterinya di kaki Gunung Kinabalu semasa 
      membuat lawatan ke Sarawak pada awal bulan Januari yang lalu.

(ii) tetikus - peranti input komputer yang digunakan ssebagai penunjuk untuk mengawal kursor dan
                    untuk memilih objek.
      Cadangan ayat:-
      Salleh dengan mudah mengawal komputer riba menggunakan tetikus tanpa wayar yang dibelinya
      semalam.

(iii) tular - membiak atau menjangkiti ( penyakit, benih penyakit) pemyakit iru mudah berjankir atau
                  merebak/ cerita
       Cadangan ayat:-
       Penyakit kencing tikus atau  dikenali dengan nama saintifknya Leptospirosis tular di media
       massa setelah kematian penyampai radio popular negara, Mior Muhammad Fuad yang terkenal
       dengan gelaran Din Beramboi.

(iv) Cakera padat - sejenis cakera magnetik yang mempunyai ketumpatan perakaman komputer yang
                               tinggi, dengan storan yang lebih besar
       Cikgu Ramsul menyimpan kesemua data fail komputer ke dalam cakera padat supaya data
       berkenaan dapat disimpan dan boleh digunakan semula jika diperlukan.

(v)  dalam talian -keadaan kelengkapan atau peranti komputer di bawah kawalan sistem utama
                            komputer atau perihal bolehnya pengguna berinteraksi secara langsung  dengan
                            orang ramai menggunakan komputer
       Cadangan ayat:-
       Pengguna boleh membeli barangan Lazada.com.my dengan menggunakan belian dalam talian
       atau "online" tanpa pergi ke syarikat berkenaan.

(vi) muat turun - tindakan memindahkan fail atau data dari komputer ke komputer pengguna melalui
                           talian rangkaian.
       Cadangan ayat:-
       Ali muat turun maklumat yang terdapat dalam komputer ke dalam cakera padatnya agar segala
       data yang diperlukannya untuk menyiapkan kerja kursusnya.

  Peringatan kepada pelajar, kebanyakan istilah yang digunakan di atas berkiat rapat dengan bahasa
  komputer serta perkataan baru yang diterima pakai oleh masyarakat moden. Oleh sebab itu pelajar
  perlu banyak membaca.
     

3 ulasan:

Unknown berkata...

Bagi
kegelap-gelapan
Bergelap
Penggelapan
Ada?

Unknown berkata...

Terima kasih atas perkongsian tersebut

Unknown berkata...

👍🏻