Sabtu, 6 Oktober 2018

CADANGAN JAWAPAN SOALAN 3(C) MENGESAN KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN MRSM

    Cadangan jawapan soalan 3 (c):-

 
Bil
Kesalahan ejaan
Kesalahan imbuhan
i
rekabentuk: reka bentuk
diadakan - berada
Ulasan guru :  Kesalahan ejaan rekabentuk kerana rekabentuk bukan kata majmuk mantap dan perlu ditulis jarak  menjadi reka bentuk.
Pelajar perlu menghafal kata majmuk mantap dalam bahasa Melayu iaitu:-
1. antarabangsa
2. beritahu
3. bumiputera
4. jawatankuasa
5. kakitangan
6. kerjasama
7. olahraga
8. matahari
9. setiausaha
10. sukarela
11. suruhanjaya
12. tandatangan
13. tanggungjawab
14. warganegara
15. pesuruhjaya
Lain-lain perkataan ditulis secara terpisah atau renggang.
Ulasan guru: Soalan ini boleh dikatakan mencabar pelajar untuk menjawabnya kerana jika dibaca sekali imbas tanpa meneliti maksud ayat, pelajar tidak akan mengesan kesalahan imbuhannya. Hal ini kerana diadakan membawa maksud dijalankan tetapi tiada objek iaitu siapa yang menjalankan program pun di Pusat Sains Negara cuma situasi ayat hanya menyatakan bahwa pelawat hanya sekadar kagum melihat reka bentuknya sahaja. Oleh sebab irtu, berada paing sesuai iatu imbuhan ber.....ada yang membawa maksud sepanjang berada di tempat kejadian.
Diharapkan pelajar faham penerangan di atas. Soalan di atas mengkehendaki pelajar faham situasi pelawat ketika itu hanya sekadar mebuat lawatan biasa sahaja tanpa ada sebarang program diadakan oleh pihak berkenaan.

Bil
Kesalahan ejaan
Kesalahan imbuhan
ii
meminimakan - meminimumkan
menambah - bertambah
Ulasan guru :  Ejaan minima tidak tepat sepatutnya minimum. Oleh sebab itu, meminimakan salah penggunaannya dan perlu ditulis meminimumkan.
Ulasan guru: Pelajar perlu berhati-hati kerana Kata Kerja Transtif (KKT)seperti menambah atau menambahkan memerlukan objek di depannya oleh itu menambah tidak sesuai digunakan dan perlu menggunakan kata kerja tak transitif berimbuhan ber...... menjadi bertambah dan boleh menerima kata sendi nama seperti di atas dari kerana bertambah merupakan kata kerja tak transitif (KKTT)


Bil
Kesalahan ejaan
Kesalahan imbuhan
iii
monogeraf - monograf
pengajian - kajian
Ulasan guru :  Ejaan monogeraf salah dan perlu ditulis monograf.
Ulasan guru: Penggunaan imbuhan peN..... iatu pengajian membawa maksud perbuatan hal mengaji atau cabang ilmu pengetahuan dan tidak sesuai dengan maksud ayat kerana paling sesuai kajian iatu hasil daripada mengkaji sesuatu tugasan.

1 ulasan: