AYAT yang terdiri
daripada beberapa ayat tunggal yang dicantumkan ini disebut ayat majmuk. Ayat
majmuk ialah ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal. Ayat majmuk
terbahagi kepada:-
i) Ayat Majmuk Gabungan,
ii) Ayat Majmuk Pancangan dan
iii) Ayat Majmuk
Campuran.
Ayat Majmuk
Gabungan terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara
menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti
dan, tetapi, atau, sambil, dan sebagainya.
Contoh: Murid itu bernyanyi sambil menari.
Ayat I:
Murid itu bernyanyi.
Ayat II:
Murid itu menari.
Kata Hubung
Gabungan: sambil
Ayat Majmuk
Pancangan Relatif menggunakan kata hubung yang.
Contoh: Kereta yang berwarna merah itu kereta Puan Devi.
Ayat Induk:
Kereta itu kereta Puan Devi.
Ayat Kecil:
Kereta itu berwarna merah.
Kata Hubung
Relatif: yang
Ayat Majmuk
Pancangan Komplemen mempunyai bahagian komplemen yang menggunakan kata hubung
bahawa dan untuk. Bahagian komplemen berfungsi sebagai unsur yang melengkapkan
ayat tersebut.
Contoh: Mahat menyatakan bahawa dia akan pulang esok.
Ayat Induk:
Mahat menyatakan (sesuatu) - (sesuatu) = Dia akan pulang esok.
Ayat
Komplemen: Dia akan pulang esok.
Kata Hubung
Komplemen: bahawa
Ayat Majmuk
Pancangan Keterangan mempunyai ayat keterangan atau klausa keterangan di
dalamnya. Ayat seperti ini disambungkan dengan menggunakan kata hubung ketika,
kerana, jika, dengan, dan sebagainya.
Contoh: Dia selalu mendapat nombor satu kerana rajin belajar.
Ayat Induk:
Dia selalu mendapat nombor satu.
Ayat
Keterangan: (Dia) rajin belajar.
Kata Hubung
Keterangan: kerana
Ayat Majmuk
Campuran mempunyai lebih daripada satu jenis ayat yang
terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan beberapa ayat majmuk yang
menggunakan kata hubung dan, yang, bahawa, dan kerana. Contoh:
1. Encik
Wong ialah guru Sains dan Sejarah yang berpengalaman luas.
2. Wuang
Xing dan Ahmad menyatakan bahawa buku latihan mereka telah hilang petang
semalam.
3. Ganesan
dan Swee Fong sangat bijak kerana mereka lulus dengan cemerlang.
Ayat Majmuk
Campuran I:
a. Azrul dan
Swee Lan membaca karangan yang ditulis oleh Mutu.
Ayat Majmuk
Gabungan:
b. Azrul dan
Swee Lan membaca karangan.
Ayat I:
Azrul membaca karangan.
Ayat II:
Swee Lan membaca karangan.
Kata Hubung
Gabungan: dan
Ayat Majmuk
Pancangan Relatif:
a. Azrul dan
Swee Lan membaca karangan yang ditulis oleh Mutu.
Ayat Induk:
Azrul dan Swee Lan membaca karangan.
Ayat Kecil:
Karangan itu ditulis oleh Mutu.
Kata Hubung
Relatif: yang
Ayat Majmuk
Campuran II:
a. Susan
sangat pandai kerana sering membaca dan sentiasa mengulang kaji pelajaran.
Ayat
Majmuk Pancangan Keterangan:
b.Susan
sangat pandai kerana sering membaca.
Ayat Induk:
Susan sangat pandai.
Ayat
Keterangan: (Susan) sering membaca.
Kata Hubung
Keterangan: kerana
Ayat Majmuk
Gabungan:
a. Susan
sangat pandai kerana sering membaca dan mengulang kaji pelajaran.
Ayat I: Susan sangat pandai kerana sering membaca.
Ayat II:
Susan sangat pandai kerana sering mengulang kaji pelajaran.
Kata Hubung
Gabungan: dan
Sebagai
kesimpulan, pengguna bahasa Melayu perlu menguasai binaan ayat majmuk yang baku
dan bermutu kerana kita sering menggunakan ayat majmuk dalam genre penulisan,
sama ada dalam penulisan ayat, skrip ucapan, minit mesyuarat, laporan, dan
wacana penulisan rasmi yang lain dalam kehidupan kita sehari-hari.
Biasakan
yang betul, betulkan yang biasa.
Sumber: http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/oh-bahasaku/ayat-majmuk-dalam-bahasa-melayu-1.719934
1 ulasan:
Tq
Catat Ulasan