Ulasan Soalan bahagian B ( Karangan Jenis Dimensi)
Kertas Peperiksaan Bahasa Melayu (1103/1) telah dijawab oleh pelajar dan telah berlalu lebih kurang dua minggu lalu. Berdasarkan penelitian saya, ada segelintir kecil pelajar saya memberi respon yang mengambarkan mereka tidak cukup masa untuk menyiapkan karangan, berasa bimbang akan jawapan karangan mereka, ada yang mengatakan perenggan penutup tidak siap, perenggan isi tidak cukupdan ada juga yang menunjukkan keyakinan yang tinggi hasil jawapan mereka. Sebagai seorang guru, saya hanya meminta mereka bertenang, dan tidak memikirkan karangan yang sudah dijawab dan sudah berlalu dan tugasan mereka sekarang untuk menentukan kertas yang masih belum mereka jawap.
Bagi saya, sebagai seorang guru, saya sudah mendedahkan pelbagai strategi dan persediaan untuk mereka menjawab soalan soalan kertas bahasa Melayu Dimensi ini. Antaranya:-
- Berhati-hati semasa memilih soalan dengan membaca soalan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum mengambil keputusan memilih soalan berkenaan.
- Menulis isi-isi secara ringkas untuk memastikan soalan karangan berkenaan tepat sebagai pilihan. Hal ini kerana dengan menulis ringkasan isi berkenaan pelajar akan lebih yakin kenapa memilih soalan berkenaan , antara mereka menulis gambaran awal isi-isi yang perlu ditulis.
- Menulis karangan dimensi terlebih dahulu kerana karangan dimensi memberikan markah yang banyak iaitu 100 markah.
Ulasan soalan 1 (Dimensi diri) ( Penulisan perlu menggunakan ganti nama diri saya)
Secara umumnya soalan ini mudah kerana pelajar sudah tahu dan pernah mengalami dan melibatkan diri dalam aktiviti ko kurikulm dan mereka tahu kelebihan aktiviti ko kurukulum dalam kalangan mereka. Isi-isi yang perlu ditulis ialah faedah-faedah aktiviti kurikulum kepada pelajar.
Ulasan soalan2 ( Dimensi keluarga)
Secara umumnya soalan ini nampak mudah kerana mengkhusus kepada usaha ibu bapa untuk memupuk sikap saling menghormati antara kaum dalam kalangan anak-anak semenjak kecil lagi. Namun, pelajar perlu memastikan usaha memupuk sikap saling menghormati berkenaan mestilah melibatkan kaum berbilang bangsa di Malaysia. Tegasnya, dalam penulisan karangan ini, pelajar perlu menulis cara ibu bapa dapat memupuk sikap saling menghormati dengan kaum bukan Melayu iaitu ,melibatkan bangsa-bangsa lain seperti India, Cina, dan etnik yang lain. Sekiranya pelajar hanya menulis untuk kaum Melayu sahaja atau satu kaum sahaja, karangan pelajar lari daripada tajuk dan untuk mendapat markah cemerlang amat sukar. Kedua tindakan ibu bapa untuk memupuk sikap saling menghormati kaum dalam kalangan anak-anak perlu dimulai semenjak mereka kecil lagi. Kesimpulanya soalan karangan ini memerangkap pelajar.
Ulasan soalan 3 (Dimensi Negara)
Secara umumnya soalan ini jenis berformat, iaitu format pidato. Soalan ini juga mudah kerana memfokus kepada soalan sukan mengukuhkan perpaduan. Saya pasti pelajar yang telah bersedia dengan maklumat dan tajuk berkaitan sukan merupakan pelajar yang perlu mengambik kesempatan memilih tajuk berkenaan. Namun, mungkin karangan ini berformat pidato, mungkin tidak memilih karangan sebagai tajuk karangan pilihan mereka. Namun, kepada pelajar yang memilih karangan ini, pelajar perlu menulis kata-kata alu-aluan untuk format pidato. Selain itu, oleh sebab soalan karangan berkenaan berbentuk pertandingan pelajar perlu memasukkan kehadiran hakim dan penjaga masa. Aturan kata alu-aluan perlu disusun mengikut jawatan atau pangkat contoh siapa tetamu yang hadir. Cuma, soalan tidak memaklumkan sama ada pertandingan peringkat daerah atau sekolah bermakna pelajar bebas untuk meletakkan situasi pertandingan sama ada peringkat daerah atau sekolah. Jika peringkat daerah, pelajar boleh memasukkan selain kata alu-aluan untuk Pengacara majlis,diikuti dengan kata alu-aluan Tuan Pegawai Pendidikan dan diikuti dengan Pengetua, Guru-guru Kanan, Guru Kanan Bidang, guru-guru dan rakan-rakan. Jika peringkat sekolah, gugurkan Tuan PPD tetapi jika ditulis tidak mengapa kerana mungkin Tuan PPD sebagai pegawai jemputan atau perasmi. Berkaitan isi, pelajar perlu menyenaraikan 5 isi berkenaan sukan mengukuhkan perpaduan kaum dengan ada kata panggilan sebelum memulakan isi, dan diikuti isi seterusnya.
Ulasan soalan 4 ( Dimensi Antarabangsa)
Soalan ini memerlukan pelajar menulis berkaitan hubungan Malaysia dengan negara luar sama ada hubungan pendidikan, sosial dan ekonomi serta tambah lagi politik dan kententeraan. Sebagaimana pelajar sedia maklum soalan ini agak sukar kerana pelajar perlu banyak membaca berkaitan hubungan Malaysia dengan negara luar. Jika pelajar tidak mempunyai maklumat, pemilihan isi ini agak kurang bijak.
Ulasan soalan 5 ( KOMSAS)
Soalan ini sebenar menguntungkan pelajar yang memahami kajian KOMSAS novel tetapi ada perangkapnya iaitu novel berkenaan perlu diadaptasikan dalam bentuk drama atau filem yang banyak memberi manfaat kepada pelbagai pihak. Kesimpulannya, soalan ini juga agak sukar kerana pelajar tidak boleh menggunakan novel dalam kajian tingkatan 4 dan 5 kerana novel berkenaan tidak diadaptasikan dalam drama atau filem. Oleh sebab itu, pelajar yang menulis karangan ini perlu tahu dan pernah menonton drama dan filem dan tahu nama novel yang diadaptasikan.
Insya-Allah jika ada kelapangan saya akan memberikan contoh-contoh karangan mengikut dimensi di atas. Kepada pelajar yang berjaya menjawab karangan mengikut kehendak soalan sepeti saya ulaskan di atas tahniah diucapkan. Namun, pemeriksaan kertas sekarang mungkin sudah menerima kertas jawapan pelajar dan dalam proses menyemak. Oleh sebab, pelajar perlu terus berdoa dan berdoa sehingga keputusan diumumkan agar peperiksa menyemak kertas soalan dengan keputusan terbaik. Aamiin.
Contoh karangan soalan nombor 1 ( Pastikan semasa penulisan, anda menggunakan gati nama saya sebab karangan ini dimensi diri )
Penglibatan aktiviti ko kurikulum dapat memberi banyak faedah kepada murid.
Huraikan faedah-faedah tersebut.
Contoh karangan soalan nombor 2, dimensi keluarga.
Sebagai
makluman pelajar, isi di atas belum berlaku semasa peperiksaan SPM Nov 2018 tetapi
perlu diberi keutamaan semasa menulis karangan jika diberi kesempatan.Maksudnya,
pelajar perlu peka dengan perkara yang berlaku dipersekitaran mereka semasa
menulis karangan.
Soalan 4 dan 5, tidak menjadi fokus saya. Oleh sebab itu, contoh untuk kedua-dua soalan tidak akan saya utarakan tetapi jika ada masa, insya-Allah saya akan selitkan juga bergantung kepada kelapangan saya, Aaamin.
Contoh karangan soalan nombor 1 ( Pastikan semasa penulisan, anda menggunakan gati nama saya sebab karangan ini dimensi diri )
Penglibatan aktiviti ko kurikulum dapat memberi banyak faedah kepada murid.
Huraikan faedah-faedah tersebut.
Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan
yang dijalankan di luar bilik darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan
dan permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kelab atau persatuan. Setiap
pelajar diwajibkan supaya menyertai sekurang-kurangnya satu daripada setiap
aktiviti tersebut. Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja dapat memberikan
keseronokan malahan dapat mendatangkan pelbagai kebaikan kepada saya sebagai
seorang pelajar yang menyertainya. Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu
aktiviti yang penting tetapi pembabitan pelajar agak mengecewakan. Kepada saya
dan rakan-rakan menyertai aktiviti kokurikulum dengan sambalewa bagaikan
melepaskan batok di tangga, amat merugikan. Hal ini amat membimbangkan kerana
usaha pihak sekolah untuk melahirkan modal insan yang holistik dan seimbang
tidak dapat dicapai melalui bidang kurikulum sahaja tanpa penglibatan aktif
dalam aktiviti kokurikulum. Pelbagai nilai murni dapat dipupuk dalam diri
pelajar seperti saya melalui aktiviti kokurikulum. Falsafah Pendidikan Negara
menegaskan sebanyak 16 nilai murni masyarakat Malaysia terdapat dalam sistem
pendidikan kita. Sebenarnya, apakah faedah-faedah yang saya peroleh daripada
aktiviti kokurikulum yang telah saya sertai?
Salah satu faedah aktiviti
kokurikulum yang tidak dapat dikesampingkan ialah nilai kepemimpinan dapat
disemai dan subur dalam diri saya walaupun saya belum cukup keras ubun-ubunnya.
Hal ini penting supaya negara kita tidak ketandusan pemimpin yang berkualiti
pada masa hadapan kerana generasi muda pada hari ini merupakan bakal pemimpin
negara. Yang paling nyata melalui kegiatan kokurikulum, terdapat pelajar yang
dilantik atau dipilih sebagai pucuk pimpinan dalam organisasi mereka sama ada
sebagai pengerusi, setiausaha atau bendahari. Dalam konteks ini, pelajar telah
diasuh dan diasah sebagai insan yang bertanggungjawab, berkeyakinan, amanah,
dedikasi dan berupaya berinteraksi dengan anak buahnya. Unsur-unsur tersebut
dan pengalaman dalam memimpin ini dapat menjadikan saya dan rakan-rakan lain
sebagai pemimpin yang berwibawa dan dihormati kelak. Bagi membuktikan perkara
ini, contoh yang boleh diketengahkan, saya telah dilantik sebagai pengerusi bagi Persatuan Bahasa
Melayu di sekolah. Sepanjang saya menjadi pengerusi bagi persatuan ini, saya
dapat mempelajari cara untuk menjadi seorang pemimpin. Saya berpeluang untuk
merancang pelbagai aktiviti yang menarik bersama dengan pasukan saya dan
guru-guru penasihat saya untuk menjayakan persatuan ini. Bukan itu sahaja, saya
turut dapat menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dalam persatuan saya.
Dengan memperoleh pengalaman-pengalaman ini, saya akan menjadi lebih bijak
dalam menguruskan sesuatu pekerjaan tanpa bantuan guru-guru mereka. Sekiranya
saya tidak mengalami pengalaman sebagai seorang pepimpin sudah pasti saya akan
gagal menjalankan sebagai tugasan apabila saya saya diberi tanggungjawab untuk
menerajui sebarang kepimpinan apabila saya bekerja nanti. Tegasnya, nilai
kepemimpinan dapat dipupuk dalam diri saya melalui aktiviti kokurikulum yang
saya ceburi.
Kupasan dan huraian seterusnya berkaitan
manfaat aktiviti kokurikulum tidak harus ada titik noktahnya, maka sebagai
meneruskan kesinambungan kupasan, moleklah andai kata ditinjau pula dari
aspek kegiatan kokurikulum juga dapat mengukuhkan nilai perpaduan antara
kaum dalam jiwa saya. Perpaduan amat penting dalam mewujudkan negara yang aman
dan makmur terutamanya dalam negara yang berbilang kaum seperti Malaysia.
Setiap persatuan dan kelab mempunyai banyak ahlinya. Ahli-ahli tersebut terdiri
daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Nilai
perpaduan dapat dipupuk apabila saya bersatu dengan rakan yang berbangsa lain
dalam sesuatu kegiatan. Sebagai contohnya, saya dan rakan saya yang berbangsa
Cina dan India mewakili pasukan kami untuk bertanding dalam acara sukan yang
diadakan setiap tahun seperti dalam pasukan bola jaring. Dalam perlawanan bola
jaring, kami akan bersatu dan bekerjasama ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah
sama dituruni untuk mencapai kejayaan pasukan. Secara tidak langsung, hubungan
saya dengan rakan seperjuangan yang berlainan kaum akan bertambah erat dan
kukuh ibarat isi dengan kuku serta bersatu untuk mencapai matlamat yang
diharapkan kerana bersatu teguh bercerai roboh. Kami akan saling menghormati
walaupun warna kulit, agama dan bangsa kami berlainan. Dengan ini, sebarang
perselisihan faham dapat dielakkan dan kehidupan yang harmoni dan humanis dapat
dilahirkan. Saya juga dapat berkomunikasi dengan baik bersama mereka walaupun
berlainan agama atau kaum. Ringkasnya, penglibatan saya dalam kegiatan
kokurikulum mampu mewujudkan perpaduan serta mengikis sentimen perkauman dalam
diri saya.
Menyingkap dari perspektif yang
lain, aktiviti kokurikulum juga dapat memupuk nilai berdikari dalam diri saya.
Berdikari membawa maksud keupayaan bertindak sendiri, berkeyakinan dan cekal
dalam menghadapi pelbagai dugaan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa
segolongan pelajar pada hari ini tidak mempunyai sikap berdikari atau kendiri
kerana kehidupannya dilingkari dengan kemewahan dan sering dimanjakan oleh ibu
bapa mereka. Segala urusan kehidupan mereka seperti mencuci pakaian, pinggan
mangkuk dan mengemas bilik sendiri pun dilakukan oleh pembantu rumah mereka.
Dalam aktiviti kokurikulum, nilai berdikari boleh ditanam melalui penyertaan
dalam pasukan beruniform. Saya telah menyertai pasukan beruniform Pandu Puteri
di sekolah saya. Lazimnya, pasukan beruniform ini akan menganjurkan pelbagai
kegiatan tahan lasak atau kegiatan di luar sekolah, seperti aktiviti berkelah,
berkhemah, berkembara atau ekspedisi. Dalam kegiatan yang sedemikian, setiap
peserta perlu menguruskan rutin hidupnya tanpa bantuan ahli keluarga. Sebagai
contoh, saya perlu memasak, mencuci pakaian dan mendirikan khemah sendiri.
Lantaran itu, saya tidaklah menjadi seperti burung dalam sangkar yang hanya
disuap nasi tanpa diberi kebebasan untuk hidup berdikari. Lebih-lebih lagi,
dengan menganggotai pasukan beruniform saya lebih berdikari berbanding dengan
pelajar lain. Izharlah bahawa nilai berdikari dapat dipupuk melalui penglibatan
secara aktif dalam aktiviti kokurikulum yang saya sertai.
Di samping itu, dengan menyertai
kegiatan kokurikulum saya juga dapat membentuk disiplin diri saya. Disiplin
sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah
untuk berjaya. Disiplin juga dapat membentuk sikap tanggungjawab seseorang
pelajar. Sikap melepaskan batuk di tangga dapat dihapuskan apabila seseorang
pelajar diberi kepercayaan dan amanah untuk menyandang sesuatu jawatan yang
penting dalam unit beruniform, kelab dan permainan. Peraturan yang ditetapkan
dalam unit beruniform bertujuan untuk membentuk disiplin diri dan melatih
mereka supaya berperibadi tinggi dan luhur. Sebagai contohnya, saya akan
dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sama ada
peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya. Contoh yang lain, apabila
hendak menjalani latihan sukan atau bahas, saya mesti menepati masa. Jika
terlewat, saya akan rugi kerana masa itu emas. Saya juga tidak akan terlibat
dalam masalah kebejatan sosial seperti melepak, menagih dadah dan vandalisme
kerana memounyai disiplin diri yang tinggi. Pendek kata, pembentukan disiplin
diri yang tinggi dapat saya capai melalui penyertaan aktiviti kokurikulum.
Berdasarkan cambahan minda yang telah dinyatakan di atas, dapatlah disimpulkan
bahawa kegiatan kokurikulum amat berfaedah kepada saya terutamanya dalam aspek
pemupukan pelbagai nilai murni. Tanpa penerapan nilai-nilai murni dalam jiwa
generasi muda sudah pasti usaha pembangunan negara akan terbantut kerana mereka
merupakan jentera penggerak kemajuan negara pada masa hadapan bak kata cogan
kata, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, para pelajar
perlulah memanfaatkan masa yang terluang dengan menyertai aktiviti kokurikulum.
Namun begitu, kita seharusnya mengharapkan usaha generasi yang baru berumur
setahun jagung, berdarah setampuk pinang semata-mata. Jadi, semua pihak seperti
ibu bapa, pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia perlulah
menggembleng tenaga untuk memastikan para pelajar melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Dengan ini, usaha untuk melahirkan modal
insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat menjadi kenyataan dan
bukannya sekadar omongan kosong. Benarlah kata mutiara sarjana, “Jika ingin
melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah generasi mudanya pada hari ini.”
Karangan di atas akan saya buat penambahbaikan, jika saya mempunyai masa senggang. Doakan saya sihat untuk meneruskannya. Aamiin. Kepada pelajar yang dapat menulis karangan ini dengan lebih baik, tahniah diucapkan.
Contoh karangan soalan nombor 2, dimensi keluarga.
Ibu bapa perlu memupuk sikap saling menghormati antara kaum dalam
kalangan anak-anak sejak kecil.
Ulas pernyataan tersebut.
Dalam kehidupan sehari-hari, kita tidak lari
daripada berjumpa dengan rakan-rakan kita daripada bangsa lain sama ada masyarakat
Cina, India, dan etnik seperti Iban, Semai, Bidayuh dan sebagainya. Semangat masyarakat
berbilang bangsa ini telah melakar sejarah Malaysia setelah menghadapi beberapa
nostalgia yang menakutkan, apabila berlakunya sala faham antara kaum utama suatu ketika dahulu sehingga meletusnya kejadian 13 Mei 1969. Kini, masyarakat Malaysia mengambil peristiwa berkenaan sebagai lipatan sejarah yang tidak perlu diulang semula. Masyarakat
pelbagai kaum kini mengambil iktibar daripada peristiwa berkenaan dan hidup dalam
keadaan aman damai sehingga sekarang. Mereka hidup dengan berbaik-baik antara
kaum, bertolak ansur dan bekerjasama antara satu sama lain. Dalam kehidupan
kita, kita dilarang menyakiti hati kaum, sebaliknya diminta mengambil berat
antara satu sama lain dan hidup berlandaskan kasih sayang sesama individu tanpa
mengira kaum, usia, agama atau pangkat. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa
“Jiran Sepakat Membawa Berkat”. Jadi, kita perlulah mengutamakan perpaduan kaum untuk
meneruskan kehidupan dan mengukuhkan perpaduan antara kaum dan sedaya upaya mengelakkan
kejadian perpabalahan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 daripada berulang
kembali. Walau bagaimanapun, dalam era globalisasi yang dipenuhi pelbagai
pancaroba moden, semangat perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat perlu
disemai supaya tidak terus meluntur. Oleh itu, ibu bapa wajar mengambil langkah
untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan anak-anak mereka semenjak kecil.
Persoalannya, apakah langkah-langkah yang efektif wajar diambil oleh ibu bapa
untuk memupuk semangat kaum dalam kalangan anak-anak sejak kecil lagi?
Menyedari hakikat betapa pentingnya semangat
kejiranan diamalkan oleh masyarakat majmuk di negara ini, maka usaha perlu
dilakukan oleh ibu bapa agar nilai yang berharga ini tidak lenyap daripada
amalan hidup masyarakat kini terutama dalam kalangan anak-anak. Ibu bapa
haruslah menyertai aktiviti gotong-royong yang dianjurkan oleh komuniti
atau masyarakat setempat dan membawa anak-anak mereka turut serta aktiviti
berkenaan semenjak mereka kecil lagi kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya..Melalui
aktiviti gotong-royong, semua penduduk setempat dapat berkumpul bersama sambil
berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila masyarakat berbilang kaum berkumpul dan
berbincang, mereka akan dapat berbual-bual dan berkenal-kenalan antara satu
sama lain dan sekali gus membolehkan mereka mengenal hati budi jiran
mereka daripada kaum lain dengan lebih baik dan dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah
Melayu yang mengatakan bahawa “ tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh,
aktiviti yang boleh dijalankan secara bergotong-royong adalah seperti membersihkan
kawasan taman rekreasi, kebersihan longkang, dewan, dan kemudahan awam lain yang terdapat di taman perumahan mereka .
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara bergotong-royong memerlukan masyarakat setempat bekerjasama bagai aur dengan tebing agar aktiviti-aktiviti tersebut dapat
dijalankan dengan lancar dan baik. Melalui cara ini, setiap ahli keluarga dapat
menjalinkan hubungan mesra sesama jiran yang pelbagai kaum. Mereka juga sedar akan peranan
masing-masing dalam sesuatu komuniti. Pada masa yang sama, anak-anak akan turut
mengenali anak-anak jiran mereka sambil turut serta menjalankan aktiviti yang dijalankan
oleh ibu bapa mereka kerana bagaimana acuan begitulah juga kuihnya. Apabila
dewasa kelak, anak-anak akan melakukan perkara yang sama untuk mengeratkan
ikatan kejiranan. Jelasnya, ibu bapa haruslah mengadakan aktiviti gotong-royong
agar dapat memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat dan melibatkan anak-anak
mereka dalam aktiviti masyarakat yang terpuji ini.
Selain itu, ibu bapa perlulah menjadi suri teladan atau ‘role model’ yang baik kepada anak-anak sekiranya mahu anak-anak mengamalkan semangat kejiranan dalam diri sendiri. Ibu bapa perlulah mengamalkan cara hidup seperti ‘aur dengan tebing’ atau ‘ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni’ dan ‘hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah’ untuk mencapai keberkatan dalam hidup. Sebagai anggota dalam sesebuah masyarakat, ibu bapa mesti mempunyai semangat kekitaan dan keprihatinan terhadap jiran mereka.. Apabila mengambil berat akan hal-hal jiran, bukanlah bermaksud kita hendak menjaga tepi kain mereka atau mengambil tahu hal rumah tangga mereka, tetapi kita mengambil tahu masalah-masalah yang dihadapi oleh jiran dan cuba membantu mereka supaya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh jiran. Hal ini demikian kerana, dalam kehidupan berkeluarga, setiap keluarga pasti akan menghadapi masalah dalam kehidupan seharian dan masalah itu hanya boleh diatasi atau dikurangkan dengan bantuan orang lain. Misalnya, ketika ketua keluarga sakit tenat, maka ahli-ahli keluarga itu memerlukan bantuan daripada jiran untuk menghantar ketua keluarga itu ke hospital, memberitahu keluarganya yang tinggal berjauhan daripada mereka, mendapatkan bantuan nasihat ataupun kewangan dan sebagainya. Sikap keprihatinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa terhadap jiran, akan menyebabkan anak-anak juga turut mengambil berat tentang jiran mereka. Tegasnya, ibu bapa yang berjaya menjadi suri teladan yang baik, sudah pasti mampu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Di samping itu, ibu bapa juga mestilah mengadakan atau menghadiri majlis-majlis rumah terbuka sempena sesuatu sambutan perayaan. Amalan mulia ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim, tetapi juga mampu mengukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Melalui majlis rumah terbuka, ibu bapa boleh membawa anak-anak bersama sejak mereka kecil lagi. Dalam majlis tersebut, masyarakat dapat berkumpul dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. Mereka juga berpeluang untuk berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara dan bertanya khabar sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Dengan itu, masyarakat akan lebih memahami adat resam, agama dan budaya masing-masing di negara ini. Sebagai contoh, majlis-majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Krismas dan Hari Deepavali hendaklah dijadikan acara tahunan. Kehadiran ibu bapa bersama ahli keluarga dalam majlis rumah terbuka, bukan sahaja dapat memperkenalkan anak-anak mengenali lebih dekat adat resam sesuatu budaya malah dapat menanamkan semangat hormat-menghormati dalam diri anak-anak dan mengamalkan semangat perpaduan. Tegasnya, majlis-majlis rumah terbuka mestilah diadakan setiap tahun agar mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan membentuk masyarakat yang bersatu-padu.
Seterusnya, ibu bapa hendaklah menyemarakkan budaya ziarah-menziarahi dalam kalangan masyarakat sebagai langkah untuk memupuk dan meningkatkan semangat kejiranan dalam diri anak-anak semenjak mereka kecil lagi. Dalam hidup bermasyarakat, ibu bapa digalakkan membawa anak-anak-anak menziarahi jiran tetangga pada masa-masa yang sesuai. Dengan menziarahi jiran, ibu bapa akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dihadapi oleh jiran kita tetangga kita tanpa mengira kaum. Semua masalah boleh diselesaikan bersama dan hal ini akan menjadikan hidup mereka lebih aman dan harmoni walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak berkunjung ke hospital jika kita mendapat tahu bahawa jiran kita telah dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau mendapat kemalangan. Amalan ini dapat membentuk sifat kasih sayang dan sikap ambil berat serta membuang sejauh-jauh sikap mementingkan diri sendiri dan hidup diibaratkan ‘seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ‘berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya’, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang teguh pada prinsip “cubit paha kiri, paha kanan terasa juga”. Jadi, melalui lawatan kita, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita tanpa mengira kaum kerana mereka juga ahli masyarakat dan secara tidak langsung, mereka dapat hidup dengan lebih selesa, aman dan tenang. Anak-anak turut mengambil berat tentang jiran yang ditimpa masalah sama seperti ibu bapa mereka. Jelasnya, ibu bapa boleh menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi dalam diri anak-anak untuk memupuk semangat kejiranan.
Akhir sekali, ibu bapa bolehlah menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti Hari Keluarga. Setiap komuniti, sering mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk mengukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat setempat. Aktiviti kerap diadakan sama ada di padang, taman rekreasi atau di tepi pantai. Ibu bapa boleh membawa anak-anak bersama dan setiap ahli keluarga boleh menyertai permainan yang disediakan. Selain itu, ibu bapa boleh mendedahkan kepada anak-anak tentang kepentingan hidup berpersatuan dalam masyarakat setempat yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk tempatan sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rakan Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan kawasan tempat tinggal atau taman untuk mengelakkan berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti membunuh, merogol, merompak dan sebagainya. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu antara satu sama lain dalam kehidupan. Jelasnya, ibu bapa berperanan penting untuk menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial sebagai langkah untuk memupuk semangat kejiranan.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat saya simpulkan bahawa semangat kejiranan dalam setiap individu amat penting untuk melahirkan masyarakat yang prihatin dan membentuk perpaduan kaum. Walau apa pun keadaan dan di mana-mana pun kita tinggal, kita perlulah mempunyai jiran yang baik hati, iaitu jiran yang menjadi tempat untuk memohon bantuan ketika kita dalam keadaan yang susah dan sentiasa menghulurkan bantuan dengan senang hati dan menghiburkan ketika kita senang. Jadi, untuk mempunyai jiran yang baik, maka kita perlu menjadikan diri kita sebagai jiran yang baik kepada jiran kita. Sekiranya kita berbaik-baik dengan jiran, maka jiran juga akan berbaik-baik dengan kita. Cogan kata “ Jiran Sepakat Membawa Berkat” perlu terus diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Jangan kita berasa susah dalam usaha mengamalkan budaya murni ini. Amalkan dengan hati yang ikhlas, barulah kita memperoleh keberkatan dalam kehidupan. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan kaum akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera. Allah berfirman yang maksudnya, “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu kenal-mengenali”.
Alhamdullillah, karangan soalan nombor 2, dimensi keluarga dapat saya hasilkan untuk tatapan pelajar Pelajar boleh melihat cara-cara menghasilkan penulisan berkenaan. Namun, karangan ini bukanlah karangan terbaik dan pelajar boleh melihat contoh-contoh karangan yang lain sebagai rujukan. Kepada pelajar SPM 2018 yang dapat menghasilkan karangan seperti di atas dan menulis karangan dengan lebih baik daripada di atas, tahniah diucapkan. Semoga anda akan mendapat markah yang sepatutnya atas usaha anda. Aamiin.
Soalan karangan soalan 3, dimensi negara.
Anda akan mengambil bahagian dalam pertandingan pidato. Tajuk
pidato anda ialah “Sukan Mengukuhkan Perpaduan”
Tuliskan teks pidato anda itu selengkapnya.
Contoh karangan dalam proses penghasilan. Mohon pelayar
blog Laman Bahasa Melayu SPM mendoakan kekuatan diri saya dan kesihatan saya untuk menghasilkan karangan
berkenaan. Aamiin.
Contoh karangan
Assalamualaikum, yang saya hormat Tuan Pengerusi Majlis, Yang
berusaha Tuan Pengetua SMK Seri Londang, En. Sarman b. Kamardin, Yang berusaha
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Seri Londang, En Zulkifli b. Jaafar, Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Seri Londang, Tn. Hj. Termizi b. Abdul Aziz, Yang
berusaha Penolong Kanan Ko Kurikulum SMK Seri Londang, En. Azlan b. Othman , salam
penuh keadilan saya ucapkan kepada barisan para hakim yang yang sentiasa dengan
panji keadilan, salam penuh penghargaan kepada penjaga masa yang tidak alpa
menjaga masanya, Guru-guru Kanan Bidang, guru-guru SMK Seri Londang dan rakan-
rakan pelajar.
Alhamdulillah, pada pagi
penuh barakah ini saya diberikan kesempatan oleh Allah untuk menyampaikan
pidato yang bertajuk “ Sukan Mengukuhkan Perpaduan”
Hadiran yang saya hormati,
Bidang sukan bukan sahaja medan melahirkan ahli sukan semata-mata,
tetapi sebenarnya juga berperanan menjadi landasan memupuk perpaduan
antara kaum.Hal ini kerana sukan tidak pernah mengira latar belakang
agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh menghalang interaksi
antara pemain, penyokong, pengurusan dan masa. Sukan mampu memecah tradisi
dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan 'kemajmukan' bukan
sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari itu, menghargai dan mencipta
'semangat satu negara, satu matlamat'. Sesungguhnya, usaha pelbagai lapisan
masyarakat, pertubuhan sama ada ngo atau bukan ngo, dan pentadbir negara perlu
untuk menyatupadukan rakyat amat diharapakan. Seyogia, sebarang usaha untuk
memantapkan aktiviti sukan sebagai mengujukuhkan peparduan perlu diberi
dokongan dan sokongan oleh setiap lapisan masyarakat. Sekiranya usaha untuk
menjadikan sukan sebagai wadah perpaduan tidak diberi keutamaan sudah pasti
perpaduan masyarakat tidak akan menjadi kenyataan. Oleh sebab itu, setiap
masyarakat sama ada orang Melayu, Cina, India serta kaum etnik perlu sentiasa
berusaha untuk memastikan sukan sentiasa menjadi wadah perpaduan kaum.
Persoalannya, siapakah yang bertanggungjawab untuk memastikan sukan sebagai
wadah perpaduan kaum?
Tuah-puan yang dihormati
Sebagai memulakan
intipati pidato pertama saya pada pagi ini, saya ingin menyatakan ibu bapa
merupakan orang yang paling utama menetukan survival sukan sebagai wadah penyatuan
perpaduan masyarakat negara. Bak kata peribahasa Melayu, melentur bulur biarlah
daripada rebungnya. Bahkan juga, ibu bapa merupakan suri teladan kepada
anak-anak, justeru, ibu bapa perlu memberi contoh terbaik kepada anak-anak
untuk melibatkan diri dengan aktiviti sukan. Terdapat pelbagai cara untuk ibu
bapa untuk menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak, bukan saya
penglibatan mereka dengan aktiviti sukan malah melibatkan anak-anak untuk turut
serta dengan aktiviti berkenaan. Sebagai contoh, ibu bapa boleh menyertai
aktiviti sukan tidak kira di mana-mana sahaja dengan membawa bersama anak-anak
mereka. Aktiviti sukan berkenaan tidak mengira apa sahaja aktiviti sukan, sama
ada permainan bola sepak, permainan sepak takraw, permainan badminton, dan terbaik
aktiviti berkenaan melibatkan pelbagai kaum kerana dengan cara berkenaan dapat
mengukuhkan perpaduan kaum. Sekiranya, ibu bapa dapat melibatkan diri acara
sukan yang melibatkan pelbagai kaum sudah pasti ikatan perpaduan kaum akan
lebih erat. Pelbagai kaum yang terlibat dengan aktiviti sukan akan dapat
berbincang. berbual, dan mengenal hati budi kaum yang lain sehingga mereka dan
begitu juga anak-anak yang terlibat dengan aktiviti sukan akan dapat
berkenal-kenalan antara satu sama lain. Inilah situasi yang kita mahukan agar
perpaduan kaum akan berkekalan setelah berlakunya perbalahan kaum sentiasa
menjadi sejarah hitam negara pada 13 Mei 1969. Tegasnya, menyatakan ibu bapa
merupakan orang yang paling utama menetukan survival sukan sebagai wadah penyatuan
perpaduan masyarakat negara
Hadirin sekalian,
Aktiviti bersukan
sebagai agenda pengukuhan kaum bermula di peringkat sekolah, setiap sekolah pastinya
akan mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan pada setiap tahun. Pada
kejohanan ini, semua pelajar akan dibahagikan kepada empat atau lima
kumpulan besar atau dipanggil “rumah sukan” secara rawak di mana setiap rumah
sukan itu bukan sahaja akan terdiri daripada pelajar-pelajar yang berlainan
umur (daripada Darjah 1 hingga Darjah 6) atau (daripada Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 5) malah terdiri daripada para pelajar yang berlainan kaum. Setiap
ahli rumah sukan diberikan peluang untuk mengambil bahagian dan mewakili rumah
sukan masing-masing dalam mana-mana acaras ukan yang dipertandingkan mengikut
kategori umur (acara bawah 15 tahun atau acara bawah 17 tahun). Tiada acara
sukan yang dipertandingkan mengikut kaum atau agama masing-masing. Begitu juga
dengan rakan-rakan penyokong serta guru-guru penasihat rumah sukan yang akan menyorak
memberi sokongan kepada atlet-atlet rumah sukan masing-masing tanpa mengira bangsa
mereka. Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan di semua sekolah di Malaysia
menjadi penggerak utama perpaduan pelajar berbilang kaum di
negara ini.. Dasar tersebut dibuat setelah terbukti bahawa sukan boleh
menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Menurut kata Timbalan
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Asariah Meor Shaharuddin, dengan
menceburi bidang sukan, akan dapat memupuk semangat setiakawan dan
berpasukan terutamanya dalam kalangan masyarakat majmuk di negara
kita di samping mampu melahirkan atlit yang berkaliber sehingga ke
peringkat antarabangsa. Seterusnya, melalui Kejohanan Peringkat MSSM yang
dianjurkan juga mampu memperlihatkan peranan sukan sebagai medium dalam
membentuk perpaduan kaum. Kejohanan ini hanya terbuka kepada pelajar-pelajar
sekolah bantuan kerajaan bawah umur 18 tahun. Selainitu, kejohanan ini
selalunya disertai oleh berpuluh-puluh sekolah termasuklah Sekolah Kebangsaan,
Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina serta Sekolah
Jenis Kebangsaan (SJK)Tamil. Ketika kejohanan ini berlangsung, bukan
sahaja kita dapat melihat atlet-atlet yang berlatar belakangkan daripada
pelbagai kaum beraksi untuk sekolah mereka malah kita dapat melihat kedudukan
khemah-khemah setiap sekolah yang disusun sebelah menyebelah yang disusun secara
rawak atau secara cabutan undi tanpa mengira jenis sekolah. Keadaan ini membuka
peluang kepada para atlet sekolah serta guru pengiring untuk berkenalan dan menambah
kenalan dengan atlet-atlet daripada sekolah-sekolah lain terutamanya atlet
daripada Sekolah Jenis Kebangsaan. Tegasnya, Aktiviti bersukan sebagai agenda
pengukuhan kaum bermula di peringkat
sekolah.
Hadirin dan rakan-rakan pelajar,
Hadirin dan rakan-rakan pelajar,
Peranan Persatuan
Belia juga amat penting dalam menentukan sukan berperanan sebagai mengukuhkan
perpaduan kaum di Malaysia. Di Malaysia terdapat pelbagai persatuan belia seperti
Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Gerakan Belia 4B, Persatuan Tamil
Bell, Persatuan Belia Buddist serta didokong oleh Majlis Belia Malaysia amat
berkiat dengan remaja-remaja negara. Semua persatuan belia berkenaan amat
penting untuk mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia. Seyogia, persatuan belia
ini amat penting untuk mengukuhkan perpaduan kaum bukan hanya untuk menaungi
belia-belia untuk kaum mereka sahaja. Oleh sebab itu, persatuan belia antara kaum
ini perlu memfokuskan perpaduan kaum belia di Malaysia antaranya dengan
menganjurkan bukan sahaja acara sukan sahaja malah lebih jauh lagi seperti soal
kebudayaan, keagaaman yang dapat mengukuhkan perpaduan kaum. Namun, dalam
pidato ini saya ingin menyentuh peranan persatuan belia dalam mengukuhkan
perpaduan kaum, justeru, persatuan belia berkenaan perlu mengadakan acara sukan
yang boleh mengukuhkan perpaduan kaum seperti mengadakan pertandingan bola sepak,
badminton, sepak takraw dan apa saja acara sukan dengan penglibatan semua kaum
di Malaysia. Dengan cara ini perpaduan kaum akan dibentuk terutama kalangan
generasi muda. Oleh sebab itu, peranan Majlis Belia Malaysia dan Juga Kementerian
Belia dan Sukan amat penting untuk mengawal dan menyelaras perjalanan persatuan
belia di Malaysia agar perpaduan akan segar dan tersemat dalam kalangan remaja
Malaysia. Sekiranya persatuan belia cakna akan kepentingan perpaduan kaum sudah
pasti usaha ini akan membantu kerajaan untuk memastikan setiap masyarakat
Malaysia akan tetap tersemai. Sebaliknya, jika persatuan belia hanya memberi
keutamaan kepada aktiviti untuk kaum mereka sahaja sudah pasti usaha untuk
mengukuhkan perpaduan kaum akan tinggal sebagai kenangan sahaja. Kesimpulannya,
peranan Persatuan Belia juga amat penting dalam menentukan sukan berperanan
sebagai mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia kerana usaha untuk mengekalkan
perpaduan perlu bermula pada akarnya, iaitu dalam kalangan golongan belia yang
akan menggantikan kepimpinan negara.
Hadirin dan rakan-rakan pelajar,
Bukan itu sahaja, kita juga dapat melihat peranan dan kerjasama badan-badan
sukan sama ada melibatkan badan kerajaan
atau badan bukan kerajaan seperti antara pegawai- pegawai kejohanan
sukan seperti Majlis Sukan Negara (MSN) berfungsi sebagai peneraju sukan
prestasi tinggi terunggul ke arah melahirkan lebih ramai atlet bertaraf antarabangsa, Persatuan Sukan
Negeri-Negeri dengan lahirnya SUKMA ( Sukan Malaysia) yang dijalankan dwi
tahunan adalah satu acara sukan peringkat kebangsaan di bawah anjuran Majlis
Sukan Negara Malaysia, Majlis-Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan
Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti Malaysia, dan
Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia.SUKMA adalah merupakan kejohanan 'beraneka
sukan' (multi-sports competition) dan berkonsepkan 'Mini Sukan
Olimpik' di Malaysia yang melibatkan atlet remaja. SUKMA diadakan secara dwi
tahunan dan berselang-seli mencungkil bakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri
dan daerah bagi menggalakkan penglibatan remaja secara mendalam dalam sukan
yang dipertandingkan Peranan sukan dalam membentuk perpaduan kaum juga boleh
dilihat melalui acara sukan berkumpulan seperti bola sepak, badminton beregu,
kapal layar dan sebagainya. Secara tidak langsung, semasa acara SUKMA, banyak
atlet negara berbakat dilahirkan tidak kira kaum kerana pemilihan atlet
berdasarkan kemahiran dan kebolehan mereka dalam bersukan, justeru aktiviti
sukan merupakan tempat lahirnya atlet yang terdiri daripada berbilang kaum.
Berdasarkan situasi berkenaan gabungan atlet dan pegawai dan jurulatih yang
terlibat mampu melahirkan perpaduan kaum. Setiap berusaha atlet bagaikan seperti
aur dengan tebing terutama untuk meningkatkan kemahiran kendiri mereka,
sementara pegawai-pegawai sukan terlibat berusaha untuk memastikan perjalanan
sukan dan latihan. Begitu juga jurulatih sukan, sentiasa menurunkan ilmu dan
kemahiran kepada atlet tanpa mengira kaum. Sekiranya kerjasama sedemikian
berlaku antara aktlet, pegawai, dan jurulatih sukan sudah pasti perpaduan
antara kaum akan tersemai. Kesimpulannya, kerjasama antara pegawai kejohanan,
atlet, dan jurulatih sukan yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam memastikan
kejohanan tersebut berjalan dengan lancar akan memupuk perpaduan antara kaum.
Hadirin
dan rakan-rakan seperjuangan,
Sementara itu, di peringkat antarabangsa atlet yang terpilih untuk mewakili negara biasanya akan dikumpulkan dan saling berkerjasama semasa menerima latihan pusat sebagai persiapan mewakili negara dalam pertandingan di peringkat antarabangsa tanpa membezakan diri mereka orang Melayu, Cina atau India kerana pada fikiran mereka kejayaan pasukan bola sepak menjadi taruhan utama . Sebagai contoh pasukan bola sepak negara “ Harimau Malaya” yang dikendalikan oleh Tan Cheng Ho merupakan pasukan bola kebangsaan yang sedang menghadapi perlawanan Piala Suzuki iaitu Kejohanan Bola Sepak ASEAN. Selain kita dapat melihat segenap lapisan masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya sebagaimana sokongan padu semasa pasukan ini bertemu dengan pasukan bola sepak Thailand. Kemenangan pasukan Harimau Malaya terhadap pasukan menjadi kebanggaan penyokong bola sepak Malaysia. Selain itu kerjasama bagaikan aur dengan tebing pemain-pemain bola sepak negara memang tidak dapat dipertikaikan dengan kalangan pemainnya terdiri daripada berbilang kaum terutamanya ketua jurulatihnya pula ialah kaum Cina iatu Tan Cheng Ho dan pemain tengahnya ialah Kenny Pallraj. Rata-rata pemain pula terdiri daripada pemain pasukan negeri-negeri seperti ada daripada pasukan negeri Perak, JDT, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Kelantan dan sebagainya. Hal ini juga menunjukkan dengan jelas sukan membentuk perpaduan masyarakat negara. Kini pasukan Harimau Malaya akan menghadapi acara final atau penentu negara ASEAN paling hebat dalam acara bole sepak apabila bertemu dengan Vietnam di gelanggang sendiri pada hari Selasa ini sebelum ke Vietnam untuk final kedua. Sekiranya, kepelabagaian kaum di Malaysia tidak menyertai acara sukan sudah pasti situasi pengukuhan kaum semakin sempit dan tidak ada perpaduan di dalam kalangan masyarakat. Bukan itu sahaja pemimpin negara juga memberikan sokongan padu kepada perjuangan pasukan bola sepak kebangsaan berkenaan. Tegasnya, di peringkat antarabangsa atlet yang terpilih untuk mewakili negara biasanya akan dikumpulkan dan saling berkerjasama semasa menerima latihan pusat sebagai persiapan mewakili negara dalam pertandingan di peringkat antarabangsa tanpa membezakan diri mereka orang Melayu, Cina atau India kerana pada fikiran mereka kejayaan pasukan bola sepak menjadi taruhan utama.
Sementara itu, di peringkat antarabangsa atlet yang terpilih untuk mewakili negara biasanya akan dikumpulkan dan saling berkerjasama semasa menerima latihan pusat sebagai persiapan mewakili negara dalam pertandingan di peringkat antarabangsa tanpa membezakan diri mereka orang Melayu, Cina atau India kerana pada fikiran mereka kejayaan pasukan bola sepak menjadi taruhan utama . Sebagai contoh pasukan bola sepak negara “ Harimau Malaya” yang dikendalikan oleh Tan Cheng Ho merupakan pasukan bola kebangsaan yang sedang menghadapi perlawanan Piala Suzuki iaitu Kejohanan Bola Sepak ASEAN. Selain kita dapat melihat segenap lapisan masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya sebagaimana sokongan padu semasa pasukan ini bertemu dengan pasukan bola sepak Thailand. Kemenangan pasukan Harimau Malaya terhadap pasukan menjadi kebanggaan penyokong bola sepak Malaysia. Selain itu kerjasama bagaikan aur dengan tebing pemain-pemain bola sepak negara memang tidak dapat dipertikaikan dengan kalangan pemainnya terdiri daripada berbilang kaum terutamanya ketua jurulatihnya pula ialah kaum Cina iatu Tan Cheng Ho dan pemain tengahnya ialah Kenny Pallraj. Rata-rata pemain pula terdiri daripada pemain pasukan negeri-negeri seperti ada daripada pasukan negeri Perak, JDT, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Kelantan dan sebagainya. Hal ini juga menunjukkan dengan jelas sukan membentuk perpaduan masyarakat negara. Kini pasukan Harimau Malaya akan menghadapi acara final atau penentu negara ASEAN paling hebat dalam acara bole sepak apabila bertemu dengan Vietnam di gelanggang sendiri pada hari Selasa ini sebelum ke Vietnam untuk final kedua. Sekiranya, kepelabagaian kaum di Malaysia tidak menyertai acara sukan sudah pasti situasi pengukuhan kaum semakin sempit dan tidak ada perpaduan di dalam kalangan masyarakat. Bukan itu sahaja pemimpin negara juga memberikan sokongan padu kepada perjuangan pasukan bola sepak kebangsaan berkenaan. Tegasnya, di peringkat antarabangsa atlet yang terpilih untuk mewakili negara biasanya akan dikumpulkan dan saling berkerjasama semasa menerima latihan pusat sebagai persiapan mewakili negara dalam pertandingan di peringkat antarabangsa tanpa membezakan diri mereka orang Melayu, Cina atau India kerana pada fikiran mereka kejayaan pasukan bola sepak menjadi taruhan utama.
Hadirin
sekalian,
Hujahan saya sudah sampai ke
penghujungnya, dan izinkan saya menyimpulkan pidato saya. Berdasarkan
hujahan-hujahan yang telah saya sampaikan di atas, jelas menunjukkan sukan berperanan
untuk mengukuhkan perpaduan kaum. Seyogia, saya menyeru agar perpaduan
masyarakat diberi keutamaan bermula daripada peranan ibu bapa, peranan kepimpinan
persatuan-persatuan belia, gabungan pertubuhan-pertubuhan kerajaan atau bukan
kerajaan, organisasi sekolah, dan sudah pasti pihak kerajaan sebagai pentadbir negara perlu memberikan keutamaan
untuk menjadikan sukan sebagai pemakin perpaduan masyarakat. Setiap kepimpinan
masyarakat perlu mengambil iktibar daripada peristiwa hitam 13 Mei 1969 sebagai
titik noktah yang tidak perlu diulang kembali agar perisitiwa berkenaan tidak akan
mengganggugat perpaduan kaum dan keselamatan negara. Sebagai masyarakat
Malaysia kita perlu berdoa agar keselamatan negara dan perpaduan masyarakat
berbilang kaum akat tetap terpelihara dan negara Malaysia akan hidup dalam
keadaan amat dan bahagia. Sebelum saya mengakhiri pidato ini, saya memohon maaf
sekiranya ada tutur kata saya yang tidak sempurna dan saya akhiri pidato ini
dengan ucapan Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sukan memang wahana mengukuhkan perpaduan
kaum.
Untuk contoh karangan berpandu, saya sudah memasukkan contoh karangan berkenaan dalam tulisan saya yang di bahagian bawah dan sila rujuk tajuknya,
4 ulasan:
Terimakasih .
Berbuat baik kepada ibu bapa
Ahahhahaha
Cara-cara menghargai pemimpin negara
Catat Ulasan