Penulisan karangan amat penting ke arah Kecemerlangan mata pelajaran Bahasa Melayu kerana kertas Bahasa Melayu 1 (1103/1) SPM menghasilkan 130 markah. Bahagian A kertas Bahasa Melayu 1, karangan berpandu memperuntukkan 30 markah dan Bahagian B, karangan pilihan berdasarkan dimensi menyumbangkan 100 markah. Banyak coretan saya berkaitan bahagian soalan kertas BM1, saya coretkan selama ini dan insya Allah, dalam kesempatan ini saya, coretkan lagi kriteria karangan Cemerlang kertas karangan berkenaan. Diharapkan pelajar Kelas 5 Sains, Kelas 4K1 dan 4K2 SMK Seri Londang boleh mengambil kesempatan merujuk kriteria karangan cemerlang yang saya maksudkan, dan jika mampu saya akan memasukkan Jadual Pengembangan Idea Karangan untuk bahagian Perenggan Pengenalan, Perenggan Isi dan Perenggan Penutup.
Sebagai peringatan kepada pelajar, untuk menghasilkan karangan kertas BM 1, bukan boleh setakat membaca karangan terbaik hasilan rakan sebaya, membaca daripada buku, menghafal karangan, tetapi perlu dipraktikkan dengan menghasilkan karangan berdasarkan usaha pelajar sendiri. Namun, sebagai pengukuhan ke arah menghasilkan karangan cemerlang program menyalin karangan amat penting, terutama untuk melihat bagaimana pelajar cemerlang dapat menghasilkan karangan yang baik. Oleh sebab itu, amat penting pelajar memahami kriteria karangan cemerlang, terutama dengan faham kriteria karangan cemerlang akan memandu pelajar memilih karangan terbaik sahaja semasa melaksnakan program menyalin, di samping dengan kriteria berkenaan pelajar akan dipandu untuk menghasilkan karangan cemerlang atas atau A+.
*** Pengolahan dan huraian isi karangan perlu matang dan memperlihatkan pertautan antara idea..
Karangan cemerlang atas memerlukan kematangan semasa mengarang, terutama semasa mengolah dan mengembangkan huraian isi, serta diikuti dengan contoh dan terdapat unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) terutama membuat ulasan sebab dan akibat berkaitan. Kemahiran mengarang dan kematangan mengarang hanya akan terhasil dengan latihan yang kerap serta mendapat bimbingan guru. Bahkan juga, seorang pelajar perlu mempunyai perbendaharaan kata yang luas atau mampu menyelitkan istilah menarik serta mahir menggunakan penanda wacana semasa memulakan isi karangan, atau ayat baru semasa menghurai dan mengembang isi karangan. Pelajar mampu memperoleh markah cemerlang dengan usaha yang berterusan dan saya tegaskan lagi perlu mendapat bimbingan daripada guru mata pelajaran Bahasa Melayu anda kerana hanya jauhari mengenal manikam.
Bagaimana untuk menghasilkan karangan cemerlang? Terdapat pelbagai cara dan kaedah digunapakai oleh seseorang guru untuk membimbing murid menghaslkan karangan cemerlang. Antara kaedah yang saya gunapakai dengan menggunakan jadual pengembangan idea perenggan pengenalan, perenggan isi dan perenggan penutup. Murid mungkin kehairanan apabila rakan-rakan mereka mampu menghasilkan perenggan karangan yang panjang dan seimbang?
Karangan cemerlang memerlukan pelajar menghasilkan perkembangan dan pengolahan hurain isi secara harmoni, ibarat aliran air sungai yang tenang dan mendamaikan hati pembaca atau dalam peperiksaan lebih tepat kepada pemeriksa kertas. Oleh sebab itu, murid perlu memastikan karangan yang dihasilkan dapat memuaskan hati pemeriksa untuk terus membaca karangan berkenaan bermula daripada perenggan pengenalan hinggalah ke perenggan penutup kerana impresion seseorang pemeriksa akan menentukan markah karangan anda sama ada dalam skop markan cemerlang, baik mahupun sederhana. Diharapkan dengan adanya Jadaul Pengembangan Idea Karangan akan mampu membantu pelajar menghasilkan karangan cemerlang.
Insya Allah, saya akan cuba mencoretkan perbezaan karangan berpandu bahagian A dan karangan pilihan pelbagai dimensi. bahagian B, Kertas Bahasa Melayu 1 (1103/1). Selain itu, saya akan cuba mencoretkan keperluan pelajar memilih penanda wacana dan frasa untuk memulakan setiap perenggan pengenalan, perenggan isi dan penutup.
Karangan cemerlang atas memerlukan kematangan semasa mengarang, terutama semasa mengolah dan mengembangkan huraian isi, serta diikuti dengan contoh dan terdapat unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) terutama membuat ulasan sebab dan akibat berkaitan. Kemahiran mengarang dan kematangan mengarang hanya akan terhasil dengan latihan yang kerap serta mendapat bimbingan guru. Bahkan juga, seorang pelajar perlu mempunyai perbendaharaan kata yang luas atau mampu menyelitkan istilah menarik serta mahir menggunakan penanda wacana semasa memulakan isi karangan, atau ayat baru semasa menghurai dan mengembang isi karangan. Pelajar mampu memperoleh markah cemerlang dengan usaha yang berterusan dan saya tegaskan lagi perlu mendapat bimbingan daripada guru mata pelajaran Bahasa Melayu anda kerana hanya jauhari mengenal manikam.
Bagaimana untuk menghasilkan karangan cemerlang? Terdapat pelbagai cara dan kaedah digunapakai oleh seseorang guru untuk membimbing murid menghaslkan karangan cemerlang. Antara kaedah yang saya gunapakai dengan menggunakan jadual pengembangan idea perenggan pengenalan, perenggan isi dan perenggan penutup. Murid mungkin kehairanan apabila rakan-rakan mereka mampu menghasilkan perenggan karangan yang panjang dan seimbang?
KAEDAH MENGARANG MENGGUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA KARANGAN
MODUS OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN
PERKARA
|
PENERANGAN
|
LAGU/ AYAT QURAN/KATA-KATA PEMIMPIN, BERITA,
DAN RUJUK JENIS-JENIS PENGENALAN YANG PERNAH SAYA TULIS DALAM BLOG INI.
|
BAHAGIAN INI, PELAJAR PERLU MEMILIH
PENGENALAN YANG SESUAI, MANTAP, DAN DAPAT MEMBERI KESAN KEPADA IMPRESION PEMERIKSA.
|
AYAT RANGSANGAN 1
|
AYAT DIBINA UNTUK MERANGSANG
PEMERIKSA TERUS MEMBACA DAN AYAT RANSANGAN 1 PELAJAR MENGAITKAN PENGENALAN DENGAN FOKUS/TEMA KARANGAN.
Membina ayat rangsangan dengan kata tanya apa berkaitan fokus
/tema pengenalan yang dipilih?
|
AYAT RANGSANGAN 2
|
AYAT RANGSANGAN KEDUA- MENERUSKAN
RANGSANGAN DAN MINAT PEMERIKSA MEMBACA PERENGGAN. PELAJAR TERUS MENJELASKAN AYAT RANGSANGAN 1 BERKAIT DENGAN FOKUS/TEMA.
( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 2 dengan kata tanya mengapa - fokus/ tema?
|
AYAT RANGSANGAN 3
|
MENERUSKAN RASA MINAT PEMERIKSA TERHADAP KARANGAN PELAJAR DAN PELAJAR MENGEMBANGKAN FOKUS/TEMA
( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 3 dengan kata tanya bagamana - fokus/ tema?
|
FRASA MENARIK
|
PEMERIKSA TERPEGUN DENGAN FRASA
MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA ADA PERIBAHASA, KATA-KATA PEMIMPIN,
PETIKAN AL QURAN, DAN SEBAGAINYA
Peribahasa Melayu ada mengatakan/
Kata-kata pemimpin tuliskan nama/ Firman Allah ……………………………………….. ulaskan
sedikit. Frasa menarik boleh berada di mana-mana pada ayat pada perenggan pengenalan. Pelajar yang bijaksana boleh menyelitkan lebih satu frasa menarik pada perenggan pengenalan.
|
UNSUR KBAT
|
KESAN DAN AKIBAT- TAJUK ATAU TEMA
SECARA UMUM
Sekiranya……………………………..
kesan/akibatnya…………………………….
Unsur KBAT, merupakan kematangan pelajar selain menyusun atur ayat rangsangan secara kronologi dalam pengembangan idea dalam perenggan pengenalan. |
AYAT ARAHAN
|
MENULIS AYAT TUGASAN / PERSOALAN -BERDASARKAN TAJUK
DIPILIH
Persoalannya,
bagaimanakah…….tema/tajuk karangan…….
Berfungsi sebagai penegasan terhadap tema/ arahan soalan. |
JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN
PERENGGAN ISI (UMUM)
TEMA/ KATA KUNCI ISI
|
PELAJAR MENULIS KATA
KUNCI / ATAU ISI- YANG HENDAK DITULIS
( APA ISI YANG HENDAK DIPERKATAKAN)
|
AYAT HURAIAN 1
|
AYAT HURAIAN ISI.
(MENGAPA- TENTANG ISI)
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI UNTUK
MEMULAKAN AYAT HURAIAN 1:-
|
AYAT HURAIAN 2
|
AYAT HURAIAN ISI SETERUSNYA
( BAGAIMANA – ISI TERSEBUT BERLAKU ATAU
TERJADI)
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 2. |
AYAT HURAIAN 3
|
AYAT HURAIAN ISI SELANJUTNYA.
(KENAPA – BERKAITAN KETERANGAN ISI
SELANJUTNYA )
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 3.
|
AYAT CONTOH
|
AYAT CONTOH- PERLUNYA PELAJAR BANYAK MEMBACA
UNTUK MENGAITKAN ISI DENGAN CONTOH SEMASA (KEMATANGAN)
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI UNTUK MEMULAKAN AYAT CONTOH. |
UNSUR KBAT
|
SEBAB DAN AKIBAT- JIKA BERLAKU----JIKA TIDAK…….KESANNYA……..
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI UNTUK MEMULAKAN AYAT |
FRASA MENARIK
|
PEMERIKSA TERPEGUN DENGAN FRASA
MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA ADA PERIBAHASA, KATA-KATA PEMIMPIN,
PETIKAN AL QURAN, DAN SEBAGAINYA.
SEKIRANYA PELAJAR BIJAK- FRASA
MENARIK BOLEH DISELIT DI MANA-MANA RUANG PADA JADUAL PENGEMBANGAN ISI PERENGGAN
|
AYAT
ARAHAN
|
TEGASKAN SEMULA ISI TEMA
KONKLUSINYA/SUDAH TELAH TERANG BERSULUH /JELASNYA / TEGASNYA…………..TULIS SEMULA ISI YANG DIFOKUS PADA PERMULAAN TEMA PERENGGAN ISI PERTAMA
|
JADUAL
PERENGGAN PENUTUP KARANGAN
Ayat Penyimpul
|
Konklusinya, ( Penekanan kepada
tajuk/ tema)
|
Ayat cadangan
|
Apa……cadangan/ sama ada mengulang isi pada setiap perenggan atau masukkan cadangan lain
|
Ayat huraian cadangan
|
Huraikan kenapa pentingnya......tema?
|
Ayat huraian mengapa
Cadangan diutarakan
|
Huraikan bagaimana - tema dengan lebih lanjut ?
|
Unsur KBAT
|
Kesan dan akibat - Sekiranya/ Jika.........tajuk dan kesan atau implikasinya.
|
Frasa menarik
|
Selitkan peribahasa/ Kata-kata pemimpin/ petikan
ayat Al Quran atau hadis dsb.
|
Ayat harapan
|
Apa harapan anda terhadap tajuk/tema
|
Semoga, Jadual Pengembangan Idea Karangan di atas dapat membantu pelajar menghasilkan karangan cemerlang.
CONTOH HASILAN PENGGUNAAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA KARANGAN
LANGKAH-LANGKAH MEMAJUKAN BIDANG SUKAN NEGARA
LAGU/ AYAT QURAN/
DSB
|
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta, ……………………………………………………… |
AYAT RANGSANGAN 1
|
Lirik lagu
Negaraku meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati saya sebagaI seorang
warganegara Malaysia.
|
AYAT RANGSANGAN 2
|
Begitu juga diharapkan lagu ini akan
memancarkan semangat patriotisme kepada individu, atau masyarakat.
|
AYAT RANGSANGAN 3
|
Seyogia
sebagai warganegara yang sayang akan negara, kita perlu berkorban apa sahaja
aktiviti yang kita lakukan contohnya dalam bidang sukan.
|
FRASA MENARIK
|
Harimau mati meninggal meninggalkan
belang, manusia mati meninggalkan nama.
|
AYAT RANGSANGAN
|
Para atlet ternama negara seperti Allahyarham
Mohtar Dahari, Dato’ Nicol Ann
David, Dato’ Misbun Sidek, Dato’ Lee
Chong Wei dan banyak lagi altet negara telah banyak mewarnai sukan negara
terutama untuk memartabatkan negara agar duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi dengan negara terbilang dalam acara sukan.
|
UNSUR KBAT
|
Sekiranya atlet-atlet negara di atas tidak
melakar nama negara di mata dunia, sudah pasti nama negara tidak akan
dikenali oleh masyarakat dunia.
|
AYAT ARAHAN
|
Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk
memajukan sukan negara kerana mutu sukan negara kita ada kalanya pasang
dan ada kalanya surut.
|
JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN
PERENGGAN ISI PERTAMA
Kata
Kunci Isi
|
Pada hemat saya, antara langkah
untuk memajukan bidang sukan di negara
kita adalah dengan menyediakan imbuhan kepada atlet sukan yang telah berjaya
dalam karier mereka sebagai atlet bertaraf dunia.
|
Ayat huraian 1
|
Hal ini demikian kerana dengan adanya imbuhan lumayan atau insentif
tersebut para atlet akan lebih bersungguh-sungguh mempertajam kemahiran
mereka untuk berhadapan atlet-atlet besar dunia.
|
Ayat huraian 2
|
Oleh itu, adalah tidak salah
jika atlet-atlet yang telah mencurahkan keringat dan berjaya dipersadana
dunia diberi imbuhan setimpal dengan jasa dan bakti mereka menggugat dan
mengatasi jaguh-jaguh atlet sukan ternama dunia.
|
Ayat huraian 3
|
Kini, atlet negara kita amat disegani
oleh atlet dunia terutama dalam permainan badminton, squash, acara larian
sukan paralimpik, acara terjun lompat anjal, lompat kijang dan sebagainya
kerana mereka telah membuktikan bahawa mereka setaraf dengan jaguh bertaraf
dunia yang lain.
|
Ayat contoh
|
Tamsilnya, atlet paralimpik negara seperti
Latif Romli yang telah menggegarkan dunia, bukan sahaja memecah rekod atlet
dunia dalam acara lompat kijang, malahan memecahkan rekod sendiri di Stadium
Olimpik Reode Janeiro, Brazil. Diikuti pula nama seperti Ziyad Zolkefli memecah rekod acara lontar
peluru dan Muhamad Ridzuan Mohamad Puzi menjadi johan dalam acara lari 100
meter, perkembangan terbaru ini membanggakan warga negara Malaysia dan menambahkah
sinar Kontijen Sukan Paralimpik Negara.
|
Unsur KBAT
|
Sekiranya, insentif ini tidak
diberi sudah pasti mutu sukan negara tidak akan setaraf dengan perkembangan
sukan negara maju. Malahan untuk kita melihat lebih ramai anak bangsa berjaya
dalam bidang sukan agak sukar.
|
Frasa menarik
|
Peribahasa Melayu ada mengatakan jauh
perjalanan luas pemandangan.
|
Ayat
penegas
|
Benarlah bahawa menyediakan imbuhan yang
lumayan kepada atlet dapat memajukan bidang sukan negara.
|
JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN
PERENGGAN ISI KEDUA
Tema/ Kata Kunci Isi
|
Peningkatan prestasi ahli sukan
juga dipengaruhi oleh peningkatan latihan secara intensif.
|
Ayat huraian 1
|
Hal ini demikian kerana melalui latihan intensif menyebabkan ahli sukan dapat meningkatkan kemahiran
dalam bidang sukan yang diceburi justeru, mutu sukan negara pasti akan lebih
meningkat.
|
Ayat huraian 2
|
Bahkan juga, dengan latihan intensif akan meningkatkan
jumlah pingat yang diperoleh dalam kejohanan yang disertai.
|
Ayat huraian 3
|
Peningkatan latihan juga dapat melahirkan
atlet yang berkualiti yang setaraf dengan atlet antarabangsa.
|
Ayat contoh
|
Sebagai contoh, menghantar atlet negara
menjalani latihan bersama atlet daripada negara luar.
|
Unsur KBAT
|
Sekiranya atlet tidak melakukan
latihan yang mencukupi, serta didedahkan dengan latihan intensif menggunakan
kepakaran pakar sukan luar negara yang terkenal menggunakan pendekatan
saintifik semasa sesi latihan.
|
Frasa menarik
|
Peribahasa ada mengatakan , jauh perjalanan
luas pemandangan, begitulah hakikatnya dengan atlet yang mendapat latihan di luar negara. banyak ilmu dan pendedahan kemahiran sukan yang mereka terima selama mana mereka berada di sana.
|
Ayat
penegas
|
Sudah terang lagi bersuluh, bahawa latihan
intensif yang banyak turut menyumbang kepada kemajuan bidang sukan negara.
|
JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN
ISI KETIGA
Tema/ Kata Kunci Isi
|
Dalam pada itu, atlet
sewajarnya didedahkan ke dalam kejohanan yang bertaraf antarabangsa turut
menyumbang kepada langkah memajukan bidang sukan di negara kita.
|
Ayat huraian 1
|
Pendedahan kepada atlet dalam kejohan bertaraf
antarabangsa akan meningkatkan pengalaman atlet akan bertambah
|
Ayat huraian 2
|
Hal ini disebabkan, atlet negara akan
berkongsi pengalaman dengan atlet negara lain.
|
Ayat huraian 3
|
Imej negara juga akan meningkat apabila
penglibatan atlet negara kita dalam pertandingan yang bertaraf antarabangsa
contohnya, sukan Olimpik dan ASEAN.
|
Ayat contoh
|
Tamsilnya, pendedahan dalam kejohanan antarabangsa kepada saudara Ziyad
menyebabkan Malaysia memperoleh pingat emas dalam sukan yang menjadi
perhatian seluruh dunia iaitu Sukan Paralimpik di Brazil
|
Unsur KBAT
|
Seadainya, kerajaan tidak memberi pendedahan
kepada para atlet, nescaya para atlet negara kita akan mempunyai masalah
dalam bidang pengurusan dan Teknik dalam kejohanan yang dianjurkan.
|
Frasa menarik
|
Benarlah kata Tun Dr. Mahathir Mohamad
‘sekiranya kita sanggup menghadapi risiko
dan bersikap berani, tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh
berjaya’.
|
Ayat
penegas
|
Natijahnya, kerajaan sewajarnya berani
mengambil risiko demi kejayaan atlet negara
|
JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN
PERENGGAN ISI KEEMPAT
Tema/ Kata Kunci Isi
|
Seterusnya, usaha penyediaan
prasarana sukan di peringkat negara, negeri, daerah, dan kampung perlu diberi
keutamaan.
|
Ayat huraian 1
|
Prasarana sukan amat penting untuk kegunaan
masyarakat kerana dengan adanya kemudahan berkenaan di semua lokasi strategik
sama ada di peringkat negara, negeri, daerah dan kampung, memudahkan
masyarakat mengunjunginya.
|
Ayat huraian 2
|
Oleh sebab itu, Kementerian
Belia dan Sukan dan Kementerian Luar Bandar perlu memberi perhatian terhadap
prasarana sukan untuk masyarakat bukan saha tertumpu di bandar, malah juga di
luar bandar.
|
Ayat huraian 3
|
Hal ini kerana, dengan adanya
prasarana serta kelengkapan sukan berkenaan masyarakat boleh menggunakan
kemudahan tersebut untuk beriadah tidak kira di mana mereka berada.
|
Ayat contoh
|
Sebagai contoh, setiap kampung kini telah
dibina gelanggang futsal yang selalu digunapakai remaja kampung.
|
Unsur KBAT
|
Sekiranya usaha sebegini dilakukan secara berterusan, sudah pasti usaha untuk memajukan sukan negara akan sampai ke akar umbi iaitu melibatkan masyarakat keseluruhan, sama ada mereka tinggal di bandar mahupun kampung.
|
Frasa menarik
|
Sila lengkapkan.
|
Ayat
penegas
|
Sila lengkapkan.
|
JADUAL
PERENGGAN PENUTUP KARANGAN
Ayat Penyimpul
|
Konklusinya, sudah terang lagi
bersuluh kerajaan perlu berusaha untuk meningkatkan mutu sukan negara agar
kejayaan sukan negara terserlah dan digeruni masyarakat dunia.
|
Ayat cadangan
|
Seyogia, usaha untuk membina
dan meningkatkan prasarana sukan, latihan secara intensif, pemberian insetif
sukan kepada atlet sukan berjaya di peringkat antarabangsa merupakan antara
inisiatif untuk memajukan sukan negara.
|
Ayat cadangan
|
Usaha-usaha yang lebih proaktif
perlu diberikan keutamaan seperti menggunakan kepakaran pelatih professional
dari luar negara antara cadangan yang perlu diutamakan oleh Majlis Sukan
Negara dan Kementerian, Belia dan Sukan.
|
Ayat cadangan
|
Oleh sebab itu, pihak kerajaan
perlu menyuntik lebih banyak budget berbentuk kewangan untuk meningkatkan mutu
sukan negara agar keperluan atlet seperti prasana latihan dan kebajikan atlet
sentiasa terjaga.
|
Frasa menarik
|
Kita tidak mahu usaha untuk
memajukan sukan negara hanya ibarat hangat-hangat tahi ayam atau sudah
terhantuk baru tergadah untuk memajukan sukan negara kerana didapati mutu
sukan negara sentiasa jauh ketinggalan berbanding mutu sukan negara maju
dunia.
|
Unsur KBAT
|
Sekiranya usaha untuk memajukan
mutu sukan negara, sudah pasti ranking sukan negara berada di bawah negara
Asia yang lain , apatah lagi negara jika dibandingkan mutu sukan negara
terhebat dunia seperti Australia, Jepun, Amerika dan Rusia.
|
Ayat harapan
|
Diharapkan dengan usaha berterusan pihak
bertanggungjawab untuk memajukan mutu sukan negara, atlet Malaysia akan dapat
meyaingi atau duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju
dunia.
|
3 ulasan:
Terima Kasih Cikgu atas tips karangan ini. Sangat berguna untuk anak saya yg akan menduduki SPM tahun ini. Boleh tak cikgu kongsikan senarai topik-topik / tema-tema karangan yang mesti dibuat oleh pelajar sebagai persediaan SPM 2018.
Saya ada soalan tentang panduan cikgu ini :
"Namun, sebagai pengukuhan ke arah menghasilkan karangan cemerlang program menyalin karangan amat penting, terutama untuk melihat bagaimana pelajar cemerlang dapat menghasilkan karangan yang baik"
Program menyalin karangan maknanya salin contoh karangan yg cemerlang? Saya setuju dengan cara ini sebagai ulangkaji pelajar sendiri. Tetapi bagaimana pula jika cikgu suruh murid menyalin contoh karangan semasa pengajaran di kelas? Adakah ini efektik dan dapat membantu pelajar? Ini dipraktikkan di sekolah swasta yg anak saya kini belajar.
Selain itu, saya juga ingin minta nasihat cikgu tentang syllabus karangan SPM. Di mana saya boleh cari guidelene dari KPM utk karangan minimum yg patut diajar disekolah.
Tahun ini, anak saya belajar di sebuah sekolah swasta. Tetapi saya rasa latihan karangan, komsas, tatabahasa dll adalah sangat kurang. Berbanding daripada sekolah kerajaan tahun lalu, hampir setiap minggu ada homework karangan. Tetapi di sekolah swasta ini so far ada 6 karangan sahaja. Jadi, berapakah jumlah karangan yg patut diajar di sekolah sebeleum exam SPM?
Maaf cikgu, saya tanya banyak soalan. Harap cikgu dapat terangkan.
May God Bless You!
Terima Kasih, Prita Murthi - Kuala Lumpur
Sama-sama. Sebagai makluman Pn. Pritha Murthi, saya ingin mengucapkan tahniah atas keprihatinan Puan terhadap perkembangan pelajaran anak puan terutama melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu. Sebagai makluman, menyalin karangan terbaik bukanlah faktor utama pelajar dapat mengukuhkan kemahiran mengarang tetapi sekadar contoh kepada pelajar untuk berkongsi maklumat bagaimana pelajar cemerlang dapat menghasilkan karangan dengan pendedahan bagaimana untuk menghasilkan perkembangan idea untuk penulisan perenggan pengenalan, perenggan isi dan perenggan penutup. Selian itu, semasa mengarang perenggan isi pelajar didedahkan cara memilih kaedah pengenalan yang sesuai kerana pemilihan pengenal mampu menarik minat pemeriksa. Selain itu banyak kemahiran binaan ayat yang perlu dikuasai oleh pelajar bukan untuk perenggan pengenalan, tetapi juga untuk perenggan isi, dan juga begitu juga perenggan penutup. Sebagai kesimpulannya, menyalin karangan terbaik sekadar peranggsang kepada pelajar contoh bagaimana untuk menghasilkan karangan terbaik.
Sebagai makluman puan, aktiviti mengarang semasa dalam kelas merupakan aktiviti paling penting untuk memantapkan karangan pelajar melalui bimbingan guru. Selain itu, pelajar juga perlu mengembangkan isi dalam kumpulan kerana ketika ini pelajar boleh berkolaborasi atau bekejasama menghasilkan karangan menarik. Selain itu, pelajar juga boleh meneruskan penghasilan karangan sebagai kerja rumah kerana, di rumah pelajar boleh merujuk internet untuk mendapatkan idea dan mengembangkan karangan. Banyak laman bahasa Melayu boleh menjadi rujukan pelajar sama ada untuk menguasai kemahiran mengarang, tatabahasa, komsas novel.
Berdasarkan soalan Puan berkaitan tema karangan, sebanarnya tema karangan banyak, tetapi dalam karangan kertas bahasa Melayu 1, ada dua karangan yang perlu ditulis pelajar, pertama bahagian A karangan berpandu yang wajib dijawab pelajar dengan markah 30 markah. Bahagian B, pelajar perlu menjawab lima pilihan soalan 1. Dimensi Diri 2. Dimnesi Keluarga/ Masyarakat 3. Dimensi Negara. 4. Dimensi Antarabngsa dan 5. Dimensi KOMSAS. Kebiasaannya pelajar kerap memilih karangan 1. Dimensi Diri dan 2. Dimnesi keluarga/ Masyarakat kerana penulisan lebih mudah berbanding dimensi yang lain. Untuk tema, sebenar sukar saya nak bincang di sini kerana temanya terlampau luas. Untuk pengetahuan fokus kertas Bahasa Melayu 2, puan boleh minta anak puan rujuk dalam Laman Bahasa Melayu saya atau laman bahasa Melayu yang lain di internet. Semoga penjelasan saya ini dapat membantu puan a]dan anak puan.
Terima Kasih cikgu kerana mengambil masa untuk menerangkan soalan saya. Saya sangat menghargainya. May God bless you and your family.
Prita Murthi - KL
Catat Ulasan