Selasa, 2 Januari 2018

SESI PERSEKOLAHAN 2018

    Alhamdulillah, Sesi Persekolahan 2018 akan bermula esok. Pada tahun 2018, saya diberikan kepercayaan, tanggungjawab dan amanah yang agak mencabar kerana selain mengajar kelas 5 Sains merupakan kelas elit di SMK Seri Londang sebagaimana kelas yang sama saya kendalikan pada tahun lepas, saya juga diberi tanggungjawab untuk mengajar kelas 4K1 dan 4K2. Perbezaannya, kelas 4K1 merupakan pelajar kelas 3A2, dan pada tahun lepas saya mengajar mata pelajaran Siviks untuk pelajar kelas berkenaan, dan saya tidak pasti sama ada pelajar berkenaan pelajar yang sama kerana kemungkinan ada yang berjaya memasuki kelas 4 Sains. Sementara kelas 4K2, merupakan kelas 3A3, dan sekali sekala saya menjadi guru pengganti atau 'releaf '.dan merupakan kelas terakhir. Sudah pasti  pelajarnya memerlukan bimbingan yang sebaik-baiknya daripada seorang guru Bahasa Melayu.

       Pada tahun 2018, saya juga diberi tanggungjawab sebagai Ketua Panitia Bahasa Melayu, dan sudah pasti tangunggjawab saya bertambah. Namun, saya bersyukur kerana pihak pengurusan mendapati saya sudah semakin sihat daripada masalah kanser usus yang saya alami dan pada masa yang sama, hari pertama sesi persekolahan esok saya tidak dapat bersama dengan pelajar dan guru-guru SMK Seri Londang kerana saya ada temu janji dengan Doktor Salahuddin, Ketua pakar kanser usus di Hospital Selayang. Saya akan berusaha sedaya upaya saya untuk menggalas tangunggjawab berkenaan sebaik-baiknya dan akan berusaha bersama-sama guru Bahasa Melayu SMK Seri Londang untuk memartabatkan Mata Pelajaran Bahasa Melayu.

        Sebagai bahan Pengajaran dan Pembelajaran esok, saya selitkan Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu SPM 2017 untuk pendedahana kepada pelajar Ting 4K2, dan juga pelajar Ting. 5 Sains. Semoga guru pengganti, akan dapat memaparkan bahan berkenaan sebagai pengenalan format Kertas Bahasa Melayu. Terima kasih.

BERKENALAN FORMAT SOALAN KERTAS 2
         


























FORMAT SOALAN PEPERIKSAAN KERTAS BAHASA MELAYU 1 (1103/1)





Tiada ulasan: