CINTA
AHMAD MUTAWAKKIL
(Zainal Rashid Ahmad)
Sinopsis
Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil ( Zainal Rasyid Ahmad) telah menggunakan
pendekatan sorot balik tentang kisah perjuangan Ahmad Mutawakkil dalam
menzahirkan cintanya terhadap bangsa dan negara. Ahmad Mutawakkil yang parah
ditembak telah memeranjatkan penduduk kampung yang ketika itu sedang berdoa
seusai solat maghrib. Setelah menjelaskan keadaan Ahmad Mutawakkil yang parah,
terkulai lalu pengsan, penulis mula mengimbas kembali kisah perjuangan anak
muda tersebut bermula daripada perubahan sosioekonomi penduduk kampung kesan
kehadiran Tuan Booth sekeluarga. Kehadiran mereka bukan sahaja berjaya
meningkatkan ekonomi penduduk kampung, malahan Ahmad Mutawakkil membesar
sebagai pemuda berilmu hasil bantuan anak Tuan Booth, Sandra. Dia bukan sahaja
menjadi penyebar maklumat tentang hal ehwal semasa kepada masyarakat di
kampungnya, malahan turut bekerja membaca dan menjawab surat-surat rahsia
daripada Inggeris untuk kumpulan anti-Jepun.
Cerpen ini diteruskan lagi dengan Ahmad
Mutawakkil menyampaikan khabar kepada penduduk kampung tentang pengeboman
Hiroshima dan Nagasaki yang membawa kelegaan dan rasa syukur mereka. Ahmad
Mutawakkil kemudiaannya digambarkan sebagai pemuda yang berjiwa pemimpin
apabila dia dapat mempengaruhi penduduk kampung dengan pidatonya yang
membangkitkan semangat patriotisme dalam jiwa mereka. Dalam masa yang sama
Ahmad Mutawakkil berjaya mengajak penduduk kampung untuk menjalinkan
silaturahim dengan Tuan Booth sekeluarga yang tidak pernah memusuhi masyarakat
di situ. Cerpen ini juga dikembangkan dengan kisah hubungan antara Ahmad
Mutawakkil dengan Sandra yang sering menjadi tanda tanya kepada penduduk di
situ.
Plot dirumitkan lagi dengan situasi 16 Jun 1948
di Perak apabila darurat diisytiharkan kerana Parti Komunis Malaya mula
menggila. Ahmad Mutawakkil tetap mengajak masyarakat kampungnya berjuang tanpa
menghiraukan keselamatan dirinya walaupun pihak komunis telah memberi amaran
kepadanya melalui Tuan Booth agar tidak menghasut orang kampung membenci
komunis.
Kemuncaknya, Ahmad Mutawakkil berjaya meniupkan
semangat perjuangan yang begitu mendalam dalam jiwa penduduk kampung melalui
pidato citra merdeka dan kritikan terhadap bangsa Melayu yang sanggup diperalat
Parti Komunis Malaya. Setelah ditemui oleh seorang budak lelaki yang tidak dikenali
seusai majlis ceramah tersebut, Ahmad Mutawakkil pergi dan tidak pulang-pulang
sehingga dia datang pada malam esoknya di surau kampung dalam keadaan
berlumuran darah. Ahmad Mutawakkil terbunuh namun semangat perjuangannya terus
membara dalam masyarakat kampung sama seperti mereka rindu akan kata-kata
semangat anak muda itu “ Tanah Melayu pasti merdeka!”. Tuan Booth sekeluarga
pulang ke England seminggu selepas Tanah Melayu merdeka namun rasa cinta yang
mendalam Sandra terhadap Ahmad Mutawakkil telah membawa dia pulang ke kampung
tersebut untuk meneruskan kehidupannya di situ.
Tema
Cerpen
Cinta Ahmad Mutawakkil (Zainal Rasyid Ahmad) memaparkan tema perjuangan menentang
penjajah. Ahmad Mutawakkil yang merupakan watak utama dalam cerpen ini telah
menzahirkan cintanya terhadap bangsa dan negara melalui perjuangan menentang
penjajah Inggeris, Jepun dan Komunis. Ahmad Mutawakkil telah menggunakan
penguasaan ilmunya dalam menjadi penyebar maklumat tentang penjajah kepada
mesyarakat di kampungnya. Sejak usia belasan tahun lagi, Ahmad Mutawakkil telah
menonjolkan dirinya sebagai seorang pemimpin muda yang berpengaruh. Hal ini
dibuktikan melalui pidato- pidato yang disampaikan kepada masyarakat kampung
untuk meniupkan semangat patriotisme dalam diri setiap ahli masyarakat. Ahmad
Mutawakkil merupakan seorang pemuda yang mempunyai semangat perjuangan yang
tinggi sehinggakan tidak sanggup menerima sebarang pujian selagi Tanah Melayu
belum merdeka. Dia sanggup menggadaikan nyawanya untuk menentang komunis dan akhirnya
dia terbunuh sebelum mengecap kemerdekaan Tanah Melayu. Perjuangan dan
pengorbanannya terus diingati oleh masyarakat kampungnya sama seperti mereka
mengingati kata-kata anak muda itu “Tanah Melayu pasti merdeka!”.
Atau
Kegigihan
dan keberanian seorang pemuda berkorban nyawa untuk mendapatkan kemerdekaan
tanah air.
-
Contohnya - Ahamad Mutawakkil seorang yang berani menyampaikan maklumat kepada
masyarakat agar berani menuntut kemerdekaan daripada penjajah serta menentang
ideologi komunis.
C. PERSOALAN:
1
|
Persoalan perubahan
sosioekonomi masyarakat kampung
Contoh: Kedatangan
Tuan Booth dan keluarga telah merubah sosioekonomi masyarakat kampung apabila
beliau telah mengupah beratus-ratus buruh termasuk penduduk kampung sendiri
untuk meneroka belukar bagi meluaskan penanaman getah. (m/s 40)
|
2
|
Persoalan kepentingan
sikap berdikari dalam kehidupan
Contoh: Ahmad
Mutawakkil belajar berdikari setelah kematian bapanya, Wan Sadir dengan cara
bekerja dengan orang putih. (m/s 41)
|
3
|
Persoalan kesan
kedatangan penjajah
Contoh:Kedatangan
penjajah yang membawa kepada serangan telah menyebabkan seluruh ketenangan
hidup masyarakat kampung hilang. (m/s 42)
|
4
|
Persoalan tanggungjawab seorang pemimpin
Contoh: Imam Ngah
Deraman bergegas meninggalkan surau selepas solat isyak untuk mencari Ahmad
Mutawakkil yang kehilangan tempat menumpang nasib setelah pemergian Tuan
Booth sekeluarga akibat kedatangan Jepun dan mengambil Ahmad Mutawakkil
sebagai anak angkatnya.(m/s 43)
|
5
|
Persoalan kepentingan menguasi ilmu dalam
kehidupan
Contoh: Ahmad
Mutawakkil menjadi tempat penduduk kampung mendapatkan maklumat tentang hal
ehwal semasa kerana dia boleh menulis dan bercakap dalam bahasa Inggeris.
(m/s 44)
|
6
|
Persoalan semangat
patriotisme dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan
Contoh:
Ahmad Mutawakkil menyeru ahli masyarakat agar mengikis tabiat buruk, berjuang mengubah sikap dan pandangan
sempit bangsa Melayu untuk merdeka. (m/s 50)
|
7
|
Persoalan
kasih sayang sesama ahli keluarga.
Contohnya, Tuan Booth bertindak membawa semua ahli keluarganya
berpindah semasa penjajahan Jepun kerana beliau menyayangi keluarganya.
|
8
|
Ketabahan menghadapi
kesukaran hidup semasa peperangan.
Contohnya, penduduk kampung sentiasa tabah dan sabar ketika menghadapi
kesusahan hidup semasa penjajahan
Jepun dan keganasan komunis
|
9
|
Kerjasama yang erat dalam
kalangan masyarakat.
Contohnya,
penduduk kampung bersatu membentuk tiga kumpulan untuk mencari Ahamad yang
hilang.
|
10
|
Kekejaman
dan kezaliman pihak penjajah terhadap masyarakat.
Contohnya,
pengganas menyerang banglo Tuan Booth dan membunuh lima
penghuni
di banglo itu.
|
D. WATAK
DAN PERWATAKAN:
1. Ahmad
Mutawakkil:
a. berusia 25 tahun ketika meninggal dunia kerana
ditembak komunis.
b. anak tunggal Wak Sadir dan menjadi yatim piatu
apabila bapanya meninggal dunia.
c. pintar - boleh membaca dan menulis bahasa
Inggeris yang diajar Imam Ngah
Deraman.
d. patriotisme - berjuang menyedarkan rakyat
untuk menentang komunis dan penjajah.
e. bijak merancang masa depan - belajar membaca
dan menulis bahasa Inggeris
daripada Sandra ketika tinggal di rumah
Tuan Booth selama 3 tahun.
f. petah berpidato - selalu berpidato kepada
penduduk kampung untuk menyedarkan
mereka supaya menentang komunis dan
penjajah.
g. berani
- berani bersuara menyatakan pendapatnya kepada rakyat supaya menentang
komunis dan penjajah walaupun dinasihati
oleh Tuan Booth supaya
menghentikannya.
h.
Sanggup berkorban - sanggup berkorban nyawa untuk mendapatkan kemerdekaan
tanah air daripada penjajah serta menentang
keganasan komunis.
i. sangat berpengaruh - beliau dihormati dan
dipilih sebagai pemimpin nombor dua
partinya.
j. menghargai jasa - beliau menghargai jasa Tuan
Booth yang telah memeliharanya
dengan menghadiri majlis yang dibuat oleh
Tuan Booth di banglonya.
2. Tuan
Booth:
a.
pengurus ladang dan majikan kepada beratus-ratus orang buruh di ladang
getahnya.
b. mesra
- mudah tersenyum apabila bertemu dengan penduduk kampung.
c. baik
hati - menjemput pasangan pengantin di kampung itu datang ke banglonya
untuk diraikan serta sanggup memelihara
Ahmad di banglonya.
d.
peramah - suka bersembang dan bergaul dengan penduduk di surau pada waktu
petang.
e. penyayang
- membawa keluarganya yang disayangi berpindah ketika Jepun menyerang.
3.
Sandra:
a. anak
Tuan Booth yang fasih berbahasa Inggeris.
b. baik
hati - mengajarkan Ahamad menulis dan membaca Inggeris.
c.
penyayang - amat menyayangi Ahamad dan beliau menangis apabila Ahamad dilaporkan
hilang.
d. setia
- balik semula ke banglo bapanya selepas merdeka serta mengajar anak-anak
kampung itu menulis dan membaca kerana terkenang cintanya kepada Ahamad.
E. LATAR:
1. Latar Tempat:
a. surau kampung - Ahmad balik dalam keadaan cedera parah di surau itu pada waktu
1. Latar Tempat:
a. surau kampung - Ahmad balik dalam keadaan cedera parah di surau itu pada waktu
selepas maghrib. Di surau
itu dia meninggal dunia kerana ditembak oleh komunis.
b. Banglo Tuan Booth - Tuan Booth tinggal di banglo estet itu bersama keluarganya.
b. Banglo Tuan Booth - Tuan Booth tinggal di banglo estet itu bersama keluarganya.
Di situ juga 5 orang dibunuh oleh komunis.
c. Estet Ephill dan Estet Sungai Siput - komunis membunuh 3 orang pengurus estet
c. Estet Ephill dan Estet Sungai Siput - komunis membunuh 3 orang pengurus estet
berbangsa Inggeris.
d. bandar - Ahamad bekerja di bandar sebagai pembaca dan penulis surat Inggeris
d. bandar - Ahamad bekerja di bandar sebagai pembaca dan penulis surat Inggeris
kepada penentang Jepun.
e. Tanah Estet Tuan Booth - tempat 15 keluarga buruh dari India tinggal dan bekerja di
e. Tanah Estet Tuan Booth - tempat 15 keluarga buruh dari India tinggal dan bekerja di
estet itu.
f. Laman estet Tuan Booth - Komunis melepaskan tembakan ke udara untuk menakut-
f. Laman estet Tuan Booth - Komunis melepaskan tembakan ke udara untuk menakut-
nakutkan orang kampung
daripada menentang mereka.
g. England - Tuan Booth dan keluarganya pulang ke England selepas seminggu
g. England - Tuan Booth dan keluarganya pulang ke England selepas seminggu
Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan.
2. Latar Masa:
a. pertengahan tahun 30-an - Tuan Booth datang ke kampung itu dan membuka estet
2. Latar Masa:
a. pertengahan tahun 30-an - Tuan Booth datang ke kampung itu dan membuka estet
getah serta menggaji ratusan
buruh.
b. waktu pagi - 5 orang komunis memasuki banglo tuan Booth dan mendesaknya
b. waktu pagi - 5 orang komunis memasuki banglo tuan Booth dan mendesaknya
supaya menasihati Ahamad agar
tidak menghasut rakyat menentang komunis.
c. waktu petang - tuan Booth selalu pergi ke surau untuk bersembang dengan
c. waktu petang - tuan Booth selalu pergi ke surau untuk bersembang dengan
penduduk kampung.
d. waktu malam - Ahamad selalu menyampaikan pidato untuk menyedarkan rakyat
d. waktu malam - Ahamad selalu menyampaikan pidato untuk menyedarkan rakyat
supaya menuntut kemerdekaan.
e. tahun 1941 - tentera Jepun menjajah Tanah Melayu dan Tuan Booth keluar dari
e. tahun 1941 - tentera Jepun menjajah Tanah Melayu dan Tuan Booth keluar dari
banglonya untuk
menyelamatkan diri.
f. Malam Jumaat - Ahmad melangkah lemah kerana kecederaan ke surau
f. Malam Jumaat - Ahmad melangkah lemah kerana kecederaan ke surau
kampungnya. Dia meninggal
dunia pada malam itu kerana ditembak komunis.
g. 31 ogos 1957 - penduduk kampung mengadakan majlis doa kesyukuran kerana
g. 31 ogos 1957 - penduduk kampung mengadakan majlis doa kesyukuran kerana
kemerdekaan negara dan mengadakan
tahlil untuk Ahmad.
h. seminggu selepas merdeka - tuan Booth balik ke England.
i. 31 Ogos 1958 - Sandra balik semula ke banglo bapanya kerana dia terkenang akan
h. seminggu selepas merdeka - tuan Booth balik ke England.
i. 31 Ogos 1958 - Sandra balik semula ke banglo bapanya kerana dia terkenang akan
cintanya kepada Ahamad.
3. Latar Masyarakat:
a. masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi - Ahamad memberi
3. Latar Masyarakat:
a. masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi - Ahamad memberi
pidato kepada penduduk
kampung supaya bangun menentang penjajah dan
komunis.
b. masyarakat Melayu - tinggal di kawasan pedalaman sejak 3 generasi yang lalu
b. masyarakat Melayu - tinggal di kawasan pedalaman sejak 3 generasi yang lalu
dengan berkebun dan bersawah
padi.
c. masyarakat yang bersatu padu - orang kampung membentuk 3 kumpulan untuk
c. masyarakat yang bersatu padu - orang kampung membentuk 3 kumpulan untuk
bersama-sama mencari Ahamad
yang hilang.
d. masyarakat yang menjadi mangsa keganasan - Ahmad, 5 orang penghuni bunglo
d. masyarakat yang menjadi mangsa keganasan - Ahmad, 5 orang penghuni bunglo
dan 3 orang pengurus estet
berbangsa Inggeris menjadi mangsa keganasan
komunis.
e. Masyarakat penjajah yang bertindak mengaut keuntungan - Tuan Booth membuka
e. Masyarakat penjajah yang bertindak mengaut keuntungan - Tuan Booth membuka
ladang getah di Tanah
Melayu untuk mengaut keuntungan.
f. Kumpulan komunis - kumpulan ini bertindak ganas dan kejam membunuh ramai
f. Kumpulan komunis - kumpulan ini bertindak ganas dan kejam membunuh ramai
mangsa termasuk Ahamad.
F. BAHASA:
1. bahasa Arab - solat maghrib/ Alhamdulillah/ syahadah
2. bahasa slanga/ bahasa pasar - "Gua tau...lu... Kasi tau sama ....."
3. Repitasi/ pengulangan - Hati Melayu tak reti bermusuh, hati Melayu penuh dengan

persahabatan.
4. Personafikasi - ...ketenangan merayap ke seluruh negara...../ diratah atau dirobek
4. Personafikasi - ...ketenangan merayap ke seluruh negara...../ diratah atau dirobek
peluru.
5. Simile - Sawah pula, laksana lautan emas.....
6. Metafora - garisan perang/ bola matanya/ sayap parti
7. Sinkope - tak, tu, dulu, tau
8. peribahasa - anak angkatnya, minta diri, tangan kosong
G. NILAI:
1. kasih sayang - Tuan Booth membawa semua keluarganya keluar dari bunglonya

seminggu sebelum Jepun
menjajah.
2. patriotisme - Ahamad berjuang meniupkan semangat mendapatkan kemerdekaan
2. patriotisme - Ahamad berjuang meniupkan semangat mendapatkan kemerdekaan
kepada penduduk kampungnya dan
menentang kekejaman komunis.
3. keberanian - Ahamad berani bersuara dengan lantang dalam pidatonya mengajak
3. keberanian - Ahamad berani bersuara dengan lantang dalam pidatonya mengajak
penduduk kampung
memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajah.
4. ketabahan - Ahamad tabah berdepan dengan pelbagai cabaran dalam
4. ketabahan - Ahamad tabah berdepan dengan pelbagai cabaran dalam
perjuangannya menuntuk
kemerdekaan negara.
5. kebijaksanaan - Ahmad bijak mengambil peluang belajar dan menulis bahasa
5. kebijaksanaan - Ahmad bijak mengambil peluang belajar dan menulis bahasa
Inggeris daripada Sandra
ketika tinggal di banglo Tuan Booth.
6. tanggungjawab - Imam Ngah Deraman bertanggungjawab menjadikan Ahamad
6. tanggungjawab - Imam Ngah Deraman bertanggungjawab menjadikan Ahamad
sebagai anak angkat setelah
Ahamad menjadi yatim piatu.
7. kerjasama - penduduk kampung dan tuan Booth membentuk 3 kumpulan untuk
7. kerjasama - penduduk kampung dan tuan Booth membentuk 3 kumpulan untuk
bekerjasama mencari Ahamad
yang hilang ditangkap komunis.
8. hormat-menghormati - Tuan Booth amat menghormati penduduk kampung dan selalu
8. hormat-menghormati - Tuan Booth amat menghormati penduduk kampung dan selalu
ke surau untuk berbual-bual
dengan penduduk.
9. mengenang jasa - Ahamad mengenang jasa tuan Booth yang pernah memeliharanya
9. mengenang jasa - Ahamad mengenang jasa tuan Booth yang pernah memeliharanya
dengan menghadiri majlis yang
dibuat oleh tuan Booth di banglonya.
H. PENGAJARAN:
1. Kita hendaklah berani dalam melakukan sesuatu tindakan yang baik - Ahamad berani
H. PENGAJARAN:
1. Kita hendaklah berani dalam melakukan sesuatu tindakan yang baik - Ahamad berani
bersuara lantang mengajak
penduduk supaya berjuang mendapatkan kemerdekaan.
2. Kita mestilah mempunyai semangat patriotisme - Ahamad mengajak penduduk
2. Kita mestilah mempunyai semangat patriotisme - Ahamad mengajak penduduk
kampungnya supaya berusaha mendapatkan
kemerdekaan tanah air daripada
penjajah.
3. Kita mestilah bekerjasama dan saling membantu - penduduk kampung dan tuan
3. Kita mestilah bekerjasama dan saling membantu - penduduk kampung dan tuan
Booth bekerjasama untuk
mencari Ahamad yang hilang kerana ditangkap komunis.
4. Kita mestilah mengenang budi - Ahamad mengenang budi tuan Booth yang pernah
4. Kita mestilah mengenang budi - Ahamad mengenang budi tuan Booth yang pernah
memeliharanya dengan
menghadiri majlis tuan Booth di banglonya.
5. Kita mestilah menyayangi keluarga kita - tuan Booth membawa keluarganya
5. Kita mestilah menyayangi keluarga kita - tuan Booth membawa keluarganya
berpindah sebelun Jepun
menjajah kampung itu.
6. Kita mestilah mengambil peluang untuk membaiki diri - Ahamad mengambil peluang
6. Kita mestilah mengambil peluang untuk membaiki diri - Ahamad mengambil peluang
untuk belajar menulis dan
bercakap Inggeris daripada Sandra ketika tinggal di banglo
tuan Booth.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan