CERPEN KADUK, AYAM DAN RAJA
A. Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan seorang pemuda
bernama Hakim yang berusaha untuk mendapatkan tanah datuknya semula yang
tergadai disebabkan datuknya kalah dalam pertandingan ayam suatu ketika dahulu.
Berdasarkan sejarah keluarganya, datuknya ialah Pak Kaduk, iaitu suatu nama
yang sangat popular dalam cerita tradisional Melayu. Datuknya telah kalah dalam
pertandingan sabung ayam dengan raja. Sebenarnya Pak Kaduk tidak kalah, tetapi
disebabkan kebodohannya menyebabkan raja telah merampas tanah miliknya. Anak
Pak Kaduk bernama Hassan. Hakim ialah anak Hassan.
Hakim yang mempunyai pendidikan tinggi
berusaha untuk mendapatkan tanah datuknya semula yang tergadai dengan bantuan
rakannya, Azam yang juga merupakan seorang peguam. Dengan hujah dan bukti yang
baik Akhirnya Hakim berjaya mendapatkan tanah tersebut semula. Tanah seluas
empat ekar itu telah digunakan untuk menternak ayam secara kontrak dengan
Syarikat RAJA. Hakim memilih bidang penternakan ayam kerana dia selalu
mendengar pemimpin negara berkata bahawa negara terpaksa mengimport bahan
makanan dari luar negara sedangkan negara memiliki tanah terbiar yang sangat
banyak. Kata-kata itu telah membakar semangat Hakim untuk membantu negara bagi
menyediakan bahan makanan kepada rakyat.
Dengan pinjaman daripada pelbagai pihak,
akhirnya Hakim berjaya memulakan penternakan ayam sebanyak 10 000 ekor. Setelah
hampir setahun, Hakim berbincang dengan azam tentang pendapatan hasil ternakan
ayamnya. Hakim menjelaskan kepada Azam bahawa pendapatannya yang banyak telah
dipotong untuk membayar hutang kepada pihak RAJA dan juga hutang bank. Walaupun
Hakim sendiri yang menternak ayam, tetapi hasilnya telah diekspoitasi oleh
pihak lain. Bagi Hakim, keadaan ini tidak ubah seperti kisah datuknya yang
diekspoitasi oleh raja untuk merampas tanahnya. Hakim perlu meneruskan ternakan
ayam kerana tanahnya juga akan dirampas jika dia gagal membayar hutang bank
atau hutang RAJA.
B.
Tema
Cerpen
ini bertemakan kesungguhan dan kegigihan seorang anak muda yang menceburi
bidang keusahawanandan cabaran yang dihadapi olehnya, Hakim yang mempunyai
pendidikan tinggi berusaha untuk mendapatkan tanah datuknya semula yang
tergadai dengan bantuan rakannya, Azam. Dengan hujah dan bukti yang baik,
akhirnya Hakim berjaya mendapatkan semula tanah tersebut. Tanah seluas empat
ekar itu telah digunakan untuk menternak ayam secara kontrak dengan syarikat
RAJA.
C. Persoalan
1.
Pemberian
nama yang baik kepada anak Pak Kaduk dan Hassan telah memberikan nama yang baik
kepada anak masing-masing . Kaduk menamakan anaknya Hassan…Hassan juga telah
memilih nama yang baik untuk anaknya… (hal.46)
2.
Sikap
cakna seseorang tentang sejarah keluarga Hakim menyedari kedudukan sebenar Pak
Kaduk dianiaya oleh raja. Pengajiannya telah memberikan dia pencerahan terutama
dalam kes tanah datuknya… (hal. 46)
3.
Perjuangan
bagi mengembalikan maruah keluarga yang tercemar Hakim telah berusaha untuk
menuntut hak atas tanah datuknya yang telah dirampas. … Hakim memfailkan saman
menuntut hak milik Kaduk. (hal.46)
4.
Kegigihan
pemuda bagi menjayakan sesuatu perancangan Hakim sangat gigih dengan cara
berbincang dan mendapat nasihat daripada pelbagai pihak bagi menjayakan
ternakan ayamnya. “Aku sudah berbincang dengan agensi kerajaan…” (hal.48)
5.
Penganiayaan
dalam perniagaan Hakim berasa teraniaya kerana kebanyakan hasil jualan ayamnya
masuk ke kantung pihak lain. “Syarikat besar seperti RAJA itu akan untung
berlipat ganda…”(hal.51)
D. Plot
a) Permulaan Pak Kaduk berkaga ayam dengan
raja. Walaupun ayamnya menang tetapi tanahnya dirampas oleh raja. Sejak itu,
Pak Kaduk menjadi semakin miskin dan susah. Pak Kaduk mempunyai seorang anak
bernama Hassan. Hassan pula mempunyai seorang anak bernama Hakim.
b) Perkembangan Hakim merupakan seorang pemuda
lulusan universiti yang telah berusaha untuk menebus tanah pusaka yang tergadai
disebabkan peristiwa lampau itu. Hakim telah meminta bantuan Azam, iaitu
rakannya yang berkelulusan undang-undang. Hakim berjaya mendapatkan tanah itu
semula.
c) Konflik Hakim menggunakan tanah itu untuk
menternak ayam secara komersial. Hakim terpaksa berhutang dengan pelbagai pihak
untuk memulakan penternakan ayam.
d) Klimaks Hakim hanya mendapat keuntungan
yang sedikit kerana hasil ternakan ayam terpaksa dibayar kepada Syarikat RAJA
dan menjelaskan hutang bank. Hakim berasaskan bahawa keadaan ini merupakan
penganiayaan terhadap dirinya.
e) Peleraian Akhirnya, Hakim sedar bahawa
penganiayaan berlaku sejak zaman dahulu sehingga sekarang. Pihak yang memegang
kuasa ekonomi sentiasa menindas rakyat yang miskin.
E. Teknik
i.
Teknik
Penceritaan Pemeriaan Dia dan isteri serta seorang anak lelaki, hidup merempat
dan menumpang di atas tanah yang sebenarnya tanahnya sendiri. Dari miskin
menjadi bertambah miskin. Dari susah menjadi lebih susah. (hal.45)
ii.
Dialog
“Dah berapa kali kau menjual ayam?” tanya Azam. “Sudah enam kali. Ayam-ayam
kecil yang lihat di dalam reban tadi ialah pusingan yang ketujuh.” (hal.50)
iii.
Imbas
kembali Sejak dahulu, dia sering mendengar pidato, “Tuan- tuan dan puan-puan…”
(hal. 48)
iv.
Imbas
Muka “Apa gunanya membina… mana ada pelancong yang nak datang…” (hal.66)
F. Watak Perwatakan
Watak
Utama :-
Hakim
Cucu Kaduk Hakim ialah anak Hassan dan cucu Kaduk. Kaduk menamakan anaknya
Hassan… Hassan juga telah memilih nama … iaitu Hakim yang bererti “bijaksana”.
(hal.46)
Peka
akan perkara yang berlaku di sekeliling Hakim peka akan penganiayaan yang telah
berlaku terhadap datuknya Kaduk. Pengajiannya telah memberikan dia pencerahan
terutama dalam kes tanah datuknya… (hal.46).
Bijaksana
dalam tindakan Hakim sangat bijaksana ketika membuat perancangan untuk
mendapatkan tanah datuknya semula. Mereka mengatur langkah dengan tekun dan
teliti mencari segala bahan bukti… (hal.46)
Sangat
gigih melakukan sesuatu Hakim sangat gigih berusaha untuk menjayakan ternakan
ayamnya. Hakim telah beberapa kali turun naik tangga bank untuk berbincang…
(hal.49).
Watak
Sampingan:-
Azam.
Azam ialah sahabat baik Hakim yang berkelulusan undang-undang. … seorang
mahasiswa jurusan undang-undang. (hal.46)
Peguam
yang bijak Azam merupakan seorang peguam yang bijak. Azam dengan lidah yang
fasih telah berhujah di mahkamah. (hal.47).
Suka
memberikan nasihat kepada Hakim Azam seuka memberikan nasihat kepada Hakim jika
didapati Hakim membuat keputusan yang kurang bijaksana. “ Kau nak buat tugu Pak
Kaduk ke? … Mana ada pelancong yang nak datang melawat ?” tanya Azam.
(hal.48)
Pandai
memujuk Azam ialah seorang yang pandai memujuk Hakim ketika menghadapai
konflik. Azam memujuk pula, “Menternak cara kontrak ini ada kelebihannya
…”(hal.52)
G. Latar
Latar
tempat
Di
mahkamah – tempat Azam berhujah untuk mendapatkan tanah datuk Hakim yang telah
dirampas oleh raja suatu masa dahulu. (hal.47)
Reban
ayam – Hakim berbual-bual dengan Azam di reban ayam. (hal.56)
Latar
masa
Dalam
tempoh setahun – Azam sampai ke reban ayam Hakim setelah setahun usia ternakan
itu. (hal.50)
Latar
Masyarakat
Masyarakat
yang cinta akan salasilah keluarga. Hakim berjaya membersihkan nama baik
datuknya, Pak Kaduk (hal.47)
Masyarakat
yang mempunyai semangat juang. Hakim telah berjuang di mahkamah untuk
mendapatkan tanah datuknya semula dan berjuang untuk menjayakan ternakan
ayamnya. (hal.47)
Masyarakat
yang sentiasa membantu dan memberikan nasihat Azam sentiasa memberikan nasihat
dan membantu Hakim. (hal.52)
Masyrakat
yang menindas pihak lain. Syarikat RAJA hanya untuk mementingkan keuntungan dan
tidak mempedulikan susah payah penternak ayam. (hal.51)
H. Gaya Bahasa
Sinkope
“…
aku nak dirikan sebuah memorial.” (hal.47)
Repetisi
“Mereka
menghantar anak-anak ayam, mereka menghantar dedak…” (hal.51)
Personifikasi
Hanya
angin petang yang sesekali datang menyapa. (hal.51)
H. Nilai
i.
Kegigihan
- Hakim berusaha dengan gigih untuk mendapatkan tanahnya kembali. Mereka
menghantar langkah dengan tekun dan teliti mencari segala bahan bukti…
(hal.46)
ii.
Kesabaran
- Hakim tetap bersabar dan meneruskan usaha ternakan ayam walaupun mendapat
keuntungan yang sedikit. “Apalagi yang boleh aku buat selain meneruskan
kerja-kerja membela ayam…” (hal.52)
iii.
Setia
kawan - Azam ialah sahabat baik Hakim yang sentiasa memberikan nasihat dan
memujuk Hakim . Azam memujuk pula, “Menternak cara kontrak ini ada
kelebihannya…” (hal.52)
iv.
Ketabahan
- Hakim tabah apabila beberapa kali kertas kerjanya terpaksa dipinda dan
beberapa kali turun naik bank untuk berbincang. Hakim sudah beberapa kali turun
naik tangga bank untuk berbincang tentang pinjaman… (hal.49)
Pengajaran
i.
Kita
hendaklah sentiasa bersabar ketika menghadapi dugaan. – Hakim tetap bersabar
dan meneruskan usaha ternakan ayam walaupun mendapat keuntungan yang sedikit. “
Apalagi yang boleh aku buat selain meneruskan kerja-kerja membela ayam dan…”
(hal.55)
ii.
Kita hendaklah
berusaha dengan gigih jika inginkan kejayaan. – Hakim berusaha dengan gigih
untuk mendapatkan tanahnya kembali. Mereka mengatur langkah dengan tekun dan
teliti mencari segala bahan bukti…
iii.
Kita
hendaklah sentiasa bersama-sama rakan, sama ada ketika senang atau susah. –
Azam ialah sahabat baik Hakim yang sentiasa memberikan nasihat apabila
diperlukan dan memujuk Hakim apabila dia berada dalam kesusahan. Azam memujuk
pula, “Menternak cara kontrak ini ada kelebihannya, bagus juga…” (hal.52)
iv.
Kita jangan
mudah berputus asa dan kita mestilah terus berusaha hingga berjaya. – Hakim
tidak berputus asa semasa dia berusaha untuk mendapatkan pinjaman. Hakim sudah
beberapa kali turun naik tangga bank untuk berbincang tentang pinjaman…(hal.49)
KERTAS SOALAN BAHASA MELAYU 2, SPM JUN , 2017
Mohon kepada pelajar 4K1 merujuk soalan di bawah, untuk perbincangan selepas pembentangan kumpulan kedua. Pelajar boleh cuba menjawab soalan berkenaan sebelum perbincangan dijalankan.
Panduan menjawab soalan 2 (b) Prosa Moden -" Cerpen
Kaduk, Ayam, dan Raja”:-
Baca
petikan sehingga anda faham, kemudian jawap soalan-soalan di atas. berdasarkan
panduan di bawah:-
Soalan
satu- Jawapan ada dalam teks:- ( 2 markah )
Cari
sekurang-kurangnya dua isi, dan isi terdapat dalam
petikan teks. Sebaik-baiknya, anda menjawab tiga isi dan isi ketiga sebagai
“backup” jika isi pertama dan kedua anda tidak tepat.
Soalan
kedua- Soalan KBAT, tidak ada dalam teks:- ( 3 markah )
Anda
perlu menyenaraikan
sekurang-kurangya dua isi berdasarkan Kemahiran
Befikir Aras Tinggi” kerana isi tidak ada dalam petikan. Berikan cadangan agar negara lain mengimport hasil
pertanian negara kita. Cadangan, jawab tiga isi kerana isi
ketiga sebagai “backup) atau pembantu
sekiranya isi pertama dan kedua salah.
Soalan
ketiga:- ( 4 markah )
Jawab dua isi
sekurang-kurangnya berkaitan soalan iaitu pengajaran. Isi
pertama berdasarkan teks dan isi kedua di luar teks atau yang tidak
terdapat dalam teks. Setiap isi perlu ada huraian dan contoh ( Isi 1 markah + 1 markah huraian dan contoh)
Peringatan tambahan untuk soalan ketiga:-
Sekiranya soalan bermula
dengan jelaskan, huraikan, terangkan…..isi anda perlu huraian dan contoh dan isi ada
paling minimum perlu anda tulis dan huraikan dua isi ( huraian dan contoh) . Jika soalan bermula dengan kata
arahan senaraikan, nyatakan… anda perlu menyenarai atau menulis
tiga isi sahaja, tanpa perlu huraian dan contoh tetapi anda perlu menyenaraikan tiga isi paling minimum.
1 ulasan:
terima kasih
Catat Ulasan