Khamis, 18 Januari 2018

BAHAN UNTUK PERSEDIAAN PEMBENTANGAN PUISI TRADISONAL KUMPULAN KETIGA KELAS 5 SAINS (25 JANUARI 2018/ HARI KHAMIS)

PUISI TRADISIONAL; BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU (ZA'BA) - KELAS 5 SAINS

SUMBER RUJUKAN -
http://cikgumarjana.blogspot.my/2016/01/antologi-sejadah-rindu-puisi.html











GAYA BAHASA:-
Bil
Gaya Bahasa
Contoh
1
Klasik
Utas
2
Repitisi 
Tujuh bulan tujuh purnama
3
Responsi
Sepuluh dengan rebat guntung
Sebelas dengan pancung serong
Dua belas dengan anjung tinggi

4
Personifikasi
syukur menanti
5
Kata ganda
galang-galangnya
lilit-melilit
layang-layang
6
Anafora
Kasau kecil puteri menyembah
Kasau lentik helang berbega







Soalan semasa pembentangan. Cuba jawab soalan berkenaan sebelum pembentangan.



Soalan 2(d) – Seloka ( Soalan Percubaan SPM 2017 – Johor ( SMK Desa Cemerlang )

Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya  dengan menggunakan ayat anda sendiri.

         BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU

1 Baginda menitahkan orang besar empat,
   Membuat istana puri berkota;
                 Lalu dipanggil Pawang Raja.
  Pawang mengerah orang bekerja,
  Empat puluh empat tukang dan utas,
  Siang malam tidak berhenti.

2 Tujuh bulan tujuh purnama,
   Istana siap dengan alatnya;
   Besar tersergam sembilan ruang,
   Sepuluh dengan rembat guntung,
   Sebelas dengan pancung serong,
   Dua belas dengan anjung tinggi.

3 Tiga sudut menteri delapan,
    Tiang panjang maharaja lela,
    Tiang tengah syukur menanti;
    Galang-galangnya ular berang,
    Kasau kecil puteri menyembah,
    Kasau lentik helang berbega.

4 Berbunga sawa mengelempai,
   Bertakuk bersedelinggam,
   Berjenang berbatu kawi,
   Berselimpat ukir Jawa,
   Lilit-melilit akar Cina;
   Garam sebuku sisa jeragan,
   Bunga kenanga dimakan ular,
   Layang-layang di pintu Raja.

5 Istana siap tukang pun mati,
   Tiada orang dapat meniru:
   Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.
  
Kalung Bunga Za’ba, 2008
Dewan Bahasa dan Pustaka.


i)
Berikan maksud rangkap pertama seloka di atas?                           (2 markah]

ii)

Pada pendapat anda, mengapakah sesebuah istana dibina dalam keadaan yang mewah   dan indah?                                                                         [3 markah]


iii)
Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam seloka tersebut.      (4 markah]


Cadangan jawapan:

Soalan pertama:-
Rangkap pertama seloka di atas bermaksud baginda sultan menitahkan empat orang pembesar untuk membina istana sebagai mercu tanda kotanya. Untuk tujuan tersebut, Pawang Raja telah mengerah rakyat untuk bekerja keras membinanya. Sebanyak empat puluh empat orang jurubina dan pandai tukang  berusaha membina istana dan pembinaannya dijalankan siang dan malam tanpa henti.

Soalan kedua:-
Pada pendapat saya, sesbuah istana dibina dalam keadaan mewah dan indah untuk menggambarkan ketinggian martabat sesorang raja. Selain itu, binaan istana mewah dan indah untuk membezakan martabat seorang raja dengan rakyat biasa dan mengambarkan kehebatan sesebuah negara.

Soalan ketiga:-
Dua pengajaran terdapat dalam seloka di atas, pertama kita hendaklah setia kepada raja dan menjalankan titah perintah raja dengan sempurna sebagaimana seperti Pawang dan dan rakyat berusaha meyiapkan istana untuk raja. Selain itu, kita mestilah bertanggungjawab dalam semua tugasan yang kita jalankan sebagaimana empat orang pembesar bertanggungjawab memastikan arahan baginda sultan untuk menyiapkan istana tercapai.

Tiada ulasan: