Sebagai persiapan pembentangan KOMSAS antologi pada 11 Januari 2018, saya lampirkan nota seperti di bawah.
NOTA SAJAK SEJADAH
RINDU (MOHD. HAIKAL AMINUDDIN)
Maksud Setiap
Rangkap Sajak.
Maksud Rangkap 1:
Maksud Rangkap 1:
Terkedu aku
di sejadah
rindu
mengungkap kalimah
syahdu
merekah keinsafan
di hati yang beku
mengenang dosaku
yang terdahulu
Maksud:
Penyajak berdiam
sambil bermunajat kepada Allah SWT sewaktu berada di atas sejadah. Beliau
mengadu kepada yang Maha Esa sambil memuji kehebatan dan kebesaran Yang Maha
Agung. Dalam bermunajat itulah timbul satu persatu segala kesilapan dan
kesalahan yang pernah penyajak lakukan. Sebelum ini jiwanya selalu tertutup
untuk memikirkan kesalahannya yang lalu.
Rangkap 2:
Berbekal
pancaindera anugerah Tuhan
Kupohon
kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan
dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang
keampunan
sebelum saat
aku dinisankan
di masa yang
Kautetapkan.
Maksud:
Dengan menggunakan
segala pancaindera yang dikurniakan Tuhan, penyajak merayu agar Tuhan
menunjukkan dia jalan ke arah kebenaran biarpun akur tentang segala kekurangan
dirinya yang ada sebagai manusia biasa. Apa yang diharapkan agar segala
taubatnya diterima sebelum beliau meninggal dunia.
Rangkap 3
Air mata menjadi
saksi
keikhlasan
menjadi bukti
akhirnya
aku sujud
menghadap Ilahi
di keheningan yang
sepi
lafaz taubat
mengiringi
nafas sebak kian
mengikuti.
Maksud:
Penyajak menangis
mengenangkan dosa-dosanya dan bertaubat dengan ikhlas sambil menyerahkan diri
kepada Tuhan. Beliau menangis teresak-esak dalam suasana bening menyatakan
keinsafan diri terhadap kesalahan lalu.
Rangkap 4:
Hati ini
luluh
jiwa yang kaku
tersentuh
ayat-ayat cinta
disusun kukuh
di sejadah rindu
yang lusuh
kemaafan yang
kupohon sungguh
dari Pencipta
dalam gemuruh.
Maksud:
Keegoan diri
penyajak musnah dan dia berasakan dirinya kosong. Penyajak memuji keagungan
Tuhan di atas sejadahnya. Beliau memohon keampunan dengan sepenuh hati dengan
penuh rasa takut hanya kepada Tuhan.
Rangkap
5
Ungkapan doa pada
Yang Esa
izinkan aku
menjadi manusia yang taat sentiasa
pada
perintah Maha Kuasa
agar aku
tidak lupa
dunia ini hanya
bersifat sementara.
Maksud
:
Penyajak
mengharapkan kepada Tuhan agar beliau menjadi hamba yang taat kepada
perintahNya sepanjang hayat. Beliau juga berharap agar beliau tidak leka dengan
kehidupan di dunia yang bersifat sementara.
TEMA
Keinsafan di saat
meniti hari-hari terakhir. Penyajak menyesali dosanya dan memohon diberi
kesempatan untuk mengulang kembali kehidupan yang lalu kerana penyajak sudah
benar-benar insaf.
Contoh :
(R1;B5;B6)
Merekah keinsafan
di hati yang beku
Mengenang dosaku
yang terdahulu.
PERSOALAN
1. Persoalan
keinsafan seorang pesalah yang menunggu hukuman
Contoh:
(R1; B5;B6)
Merekah keinsafan
di hati yang beku
Mengenang dosaku
yang terdahulu.
2. Persoalan
setiap manusia diberi peluang untuk bertaubat selagi dia hidup.
Contoh :
(R3;B6;B7)
lafaz taubat
mengiringi
nafas sebak kian
mengikuti.
3. Persoalan
setiap manusia masih berkesempatan untuk memohon keampunan sebelum meninggal
dunia.
Contoh :
(R2;B4;B5)
moga terbuka
ruang keampunan
sebelum saat
aku di nisankan.
4. Persoalan
ajal maut di tangan tuhan.
Contoh :
(R2;B5;B6)
sebelum saat aku
dinisankan
di masa yang
kautetapkan.
C GAYA BAHASA
(a) Metafora ( Jelaskan maksud metafora)
Buktinya, di sejadah rindu
(b) Bahasa asing, bahasa Arab
Buktinya, mengungkap kalimah syahdu
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
aku sujud menghadap Ilahi
lafaz taubat mengiringi
(c) Pengulangan kata
Buktinya, di sejadah rindu
di masa yang Kautetapkan
di keheningan yang sepi
di sejadah rindu yang luruh
(d) Sinkope ( Jelaskan maksud Sinkope)
Buktinya, mengenang dosaku yang terdahulu
kupohon kembali nafas kehidupan
di masa yang Kautetapkan
kemaafan yang kupohon
(e) Responsi ( Jelaskan maksud Responsi )
Buktinya, izinkan aku menjadi manusia
agar aku tidak lupa
D) NILAI MURNI
Saya mengharapkan kumpulan pertama melampirkan bukti, nilai-nilai di bawah berdasarkan puisi yang dikaji.
(a) Keinsafan
(b) Kepercayaan kepada Tuhan
(c) Rasional
(d) Kesyukuran
(e) Ketaatan
(f) Hemah tinggi
(g) Keikhlasan
(h) Kejujuran
(i) Keberanian
E) PENGAJARAN
Saya mengharapkan kumpulan pertama melampirkan bukti, nilai-nilai di bawah berdasarkan puisi yang dikaji.
(a) Kita mestilah insaf akan kesilapan diri dan kembali ke jalan hidup yang sebenar.
(b) Kita mestilah percaya bahawa adanya kita di bumi ini kepada kuasa Tuhan yang Maha Esa.
(c) Kita mestilah berfikiran matang dan rasional dalam tindakan terutamanya sewaktu usia semakin tua.
(d) Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan atas segala nikmat dan peluang hidup yang dikurniakan kepada kita.
(e) Kita mestilah taat akan didikan agama dan mengamalkan ajaran agama dengan penuh ketakwaan.
(f) Kita mestilah mengakui kesalahan diri dan sedar bahawa keampunan daripada Tuhan dapat memberikan ketenangan hidup.
(g) Kita mestilah ikhlas meminta keampunan daripada Tuhan Yang Maha Esa agar hidup menjadi lebih tenang.
(h) Kita haruslah jujur dalam perbuatan dan tingkah laku agar tidak menyesal kemudian hari.
(i) Kita mestilah berani menghadapi segala cabaran dalam kehidupan demi ketenangan hidup pada usia tua
Sumber Bahan Daripada:-
10 ulasan:
thank you
Iya
Terima kasih semoga terus berjaya content anda.
Boleh tanya tak.... Apa maksud rangkai kata terkenang dosa lalu?
Give me very support ..thank you teacher
Daebak
boleh tanya kah? apa maksud rangkai kata kian mengikuti
Esok exam
batch 03 2020 promax ig: asyrfnsr
Goodluck
Catat Ulasan