Rabu, 31 Januari 2018

LATIHAN MERUMUS TEKS KELAS 4K1 DAN 5 SAINS. ( KHAMIS -1/2/2018)

LATIHAN MERUMUS TEKS ESOK. SAYA TIDAK HADIR KE SEKOLAH
ESOK KERANA MENGHANTAR PASUKAN BOLA BALING SEKOLAH KE PERTANDINGAN PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH. MOHON PELAJAR MENYIAPKAN KERJA BERKENAAN SEMASA MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU.

Rumusan ( Soalan Percubaan Melaka 2016 )
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah menderma darah dan langkah-langkah menggalakkan orang ramai menderma darah. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebih 120 patah perkataan.

Derma darah amalan mulia yang bukan hanya dapat memupuk nilai baik dalam diri, tetapi paling penting turut membantu menyelamatkan nyawa. Malangnya di negara kita, amalan ini kurang mendapat sambutan terutama daripada golongan muda. Menyedari kepentingan amalan itu, Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk menggalakkan masyarakat menderma darah bagi memastikan bekalan di Bank Darah sentiasa mencukupi. Antara langkah tersebut ialah tarikh 14 Jun diisyitiharkan sebagai Hari Derma Darah Sedunia. Namun hakikatnya, kempen menderma darah masih kurang mendapat sambutan dan tidak memenuhi jumlah keperluan darah yang diperlukan. Hal ini disebabkan kurangnya kesedaran mengenai kepentingan menderma darah, selain kurang maklumat dan pendedahan mengenai menderma darah. Malah, sambutan Hari Derma Darah Sedunia tidak diuar-uarkan untuk disambut sebagai menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan menderma darah. Melalui amalan derma darah, bukan sahaja penerima darah menerima kelebihan bahkan terbukti bahawa penderma juga dapat kelebihan dengan menderma darah.

Antara kelebihan menderma darah ialah penderma dapat melahirkan satu perasaan yang sangat menggembirakan apabila berjaya menolong doktor menyelamatkan nyawa orang lain. Selain itu, derma darah secara konsisten dapat mengurangkan risiko kanser termasuk kanser hati, paru-paru, colon, perut dan tekak. Amalan derma darah juga dapat mengurangkan jumlah zat besi yang berlebihan di dalam badan dan dapat menghindarkan risiko sakit jantung. Sebelum setiap proses menderma darah bermula, seseorang penderma akan melalui beberapa pemeriksaan kesihatan percuma. Secara tidak langsung, hal ini dapat membantu mereka mengdiagnosis sebarang penyakit pada peringkat awal sebelum penyakit tersebut makin teruk. Bersama-sama dengan pemeriksaan kesihatan, para penderma akan menerima dan mengetahui analisis darah serta jenis darah secara percuma. Kalau sendiri pergi ke klinik atau hospital untuk mengetahui jenis darah atau analisis darah, sudah tentu kena bayar.

Setiap kali seseorang menderma darah, sebanyak 640 Kcal akan hilang. Hal ini boleh membantu seseorang dalam proses untuk mengurangkan berat badan. Di samping itu, perasaan gembira mendapat pek percuma seperti makanan, minuman, t-shirt dan sijil amat baik untuk sistem imun di dalam badan. Derma darah juga membolehkan penderma untuk mengisi semula bekalan darah, membantu badan penderma berfungsi dengan lebih cekap dan dapat bekerja secara produktif. Oleh itu, usaha orang ramai untuk menderma darah amatlah dihargai. Namun anda layak untuk menderma darah sekiranya anda seorang penderma yang berisiko rendah iaitu tidak memudaratkan diri sendiri dan darah yang anda derma itu tidak tercemar dengan virus penyakit-penyakit yang boleh berjangkit menerusi pemindahan darah.
Tuntasnya, menderma darah merupakan satu amalan sukarela yang terpuji dan tidak ternilai sumbangannya. Keinginan untuk menderma darah perlulah wujud dalam diri setiap individu tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak. Malah setiap orang haruslah mengganggap bahawa menderma darah adalah satu tanggungjawab diri dan mendermanya tanpa diundang.
(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Derma Darah Kurang Dapat Sambutan Golongan Muda’
The Borneopost.com, 2015)

Frasa yang diwarnakan dengan warna kuning merupakan isi tersurat.
Frasa yang diwarnakan dengan warna biru merupakan isi pemahaman soalan 2 (a) ii.

Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata secara konsisten.                                               [2 markah]
   
(ii) Pengarang mengemukakan beberapa punca Kempen Derma Darah tidak mendapat sambutan masyarakat.

Nyatakan punca-punca tersebut.                                                                          [3 markah
        
(iii) Masyarakat kita terutamanya golongan muda kurang berminat untuk menderma darah.

Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh media massa untuk menggalakkan masyarakat kita terutama golongan muda menderma darah?
              [4 markah]


PANDUAN MERUMUS TEKS:-

1.       Kemahiran memulakan pengenalan:-
      Di bawah disenaraikan frasa yang boleh digunakan untuk memulakan pengenalan rumusan:-

1. Petikan memperkatakan......
2. Petikan menyentuh...
3. Petikan berkaitan...
4. Petikan membincangkan...
5. Petikan mengenai...
6. Rumusan menerangkan..
7. Rumusan menghuraikan..
8. Rumusan menjelaskan
9. Rumusan membicarakan....

2.   Panduan menukar kata kunci isi tersurat:-

BIL
ISTILAH
ISTILAH SAMA ERTI
1
Sebab-sebab
punca-punca, faktor-faktor, potensi
2
Langkah-langkah
usaha-usaha, cara-cara, tindakan-tindakan, cadangan-cadangan, teknik, modus operandi, inisiatif, pendekatan, strategi, mekanisme
3
Masalah
kekangan, penghalang, karenah, batasan,  kerumitan, kesulitan
4
Faedah-faedah
keperluan,   kepentingan, kesan-kesan positif, kebaikan, manfaat, kelebihan, kemaslahatan, afdal, kepentingan, keistimewaan.
5
Kesan-kesan
akibat, keburukan, impak, implikasi, natijah
6
Ciri-ciri
sifat-sifat, kriteria, fungsi
7
Cadangan
usul,  pendapat, pandangan,
8
Peranan
fungsi,  tanggungjawab, tugas, kewajipan
9
Tujuan
matlamat, objektif
10
Panduan
pedoman, petunjuk

i)   Kemahiran membina perenggan pengenalan rumusan.
     Isi bahagian frasa pemulaan , perubahan istilah dan penambahan frasa berdasarkan teks di
     atas.

Frasa permulaan
Fokus Pertama Dengan Mengubah Istilah/ Kata
Kata hubung/
Kata sendi
Fokus kedua

Petikan teks membincangkan
                 ( 1 markah )
……………. menderma darah

di/ dalam
                           ( 1 markah )
di negara kita / di Malaysia/
dalam kalangan masyarakat.

Petikan teks memperkatakan
                 ( 1 markah )
…………….menderma darah
dan
                        ( 1 markah )
……………………….. menggalakkan orang ramai menderma.

iv)   Kemahiran menulis perenggan penutup.
       Cuba isi jadual binaan perenggan penutup rumusan di bawah berdasarkan teks di atas.


Kata Kesimpulan
Frasa Cadangan/ Pihak terlibat
Kata hubung
Frasa harapan

Konklusinya



agar / supaya



Peringatan, binaan perenggan penutup rumusan perlu dalam satu ayat, justeru, binaan perenggan penutup perlu dalam format sedemikian, Kata kesimpulan + frasa cadangan (selitkan pihak terlibat) + kata hubung ( agar/supaya) + frasa harapan). Elakkan daripada menulis dua ayat pada ayat penutup rumusan.

PANDUAN MENULIS RUMUSAN:-

Ayat Pengenalan Rumusan: ( Pilih salah satu pengenalan rumusan di bawah:-

Petikan membicangkan………………………menderma darah  …………………….

Atau:-

Rumusan membincangkan …………………….menderma darah dan…………………

………………………………………….

Perenggan isi tersurat:-

        Menderma darah dapat………………………………………………………..dan

………………………………………………………….  Selain itu,…………………

……………………………………………………… serta …………………………..

………………………………………….. Bahkan juga,………………………………

………………………………………. dan ……………………………………………

Perenggan isi tersirat:-

       Kementerian Kesihatan Malaysia boleh menggalakkan masyarakat menderma darah dengan melaksanakan………………………………………………………. ..............dan
media massa boleh…..............................................................
Perenggan penutup:-
      Kesimpulannya,……………………………………………………..…agar/supaya
………………………………………………………………………..


FORMAT JAWAPAN RUMUSAN DI ATAS HANYA CADANGAN DAN PELAJAR BOLEH MENULIS FORMAT SENDIRI. PASTIKAN ISI TERSURAT DAN TERSIRAT ANDA SENARAIKAN CUKUP DAN PAKEJ ISI DICADANGKAN SEPERTI DI BAWAH:-

ISI
BILANGAN ISI
ISI TERSURAT
6
ISI TERSURAT
2


CONTOH JAWAPAN RUMUSAN LENGKAP:-
Peringatan semasa membina rumusan:-
i   i)      Pastikan ayat anda bina gramatis, iaitu setiap binaan ayat anda perlu ada subjek dan prediket.
    ii)     Digalakkan anda menyelitkan binaan ayat majmuk, iaitu menggabungkan dua isi semasa membina ayat sama ada isi tersurat atau isi tersirat. Tujuan binaan ayat majmuk untuk mengurangkan patah perkataan. Namun, anda boleh menyelitkan satu ayat tunggal untuk menampakkan anda mahir mempelbagaikan ayat semasa merumus.
i   ii)     Bina empat perenggan iaitu perenggan:-
a)   Pengenalan rumusan.
b)   Perenggan isi tersurat.
c)   Perenggan isi tersirat.
d)   Perenggan penutup.
    iv)   Gunakan penanda wacana semasa memulakan isi kedua, ketiga dan selanjutnya.   
    v)     Ellakkan kesalahan ejaan dan tatabahasa.
   vi)    Tulis patah perkataaan setelah siap merumus teks.

     Petikan membincangkan kelebihan-kelebihan menderma darah di Malaysia.

     Menderma darah mempunyai banyak kelebihanya kerana dengan menderma darah pendema dapat  mengurangkan risiko kanser dan dapat mengurangkan jumlah zat besi yang berlebihan di dalam badan. Bahkan, menderma darah penderma akan dapat menghindarkan risiko sakit jantung serta membantu mereka mengdiagnosis sebarang penyakit pada peringkat awal. Selain itu, dengan menderma darah, penderma akan menerima dan mengetahui analisis darah serta jenis darah secara percuma serta mengisi tabung darah.
      Kementerian Kesihatan Malaysia boleh menggalakkan masyarakat menderma darah dengan mengadakan kempen menderma darah dan media massa menerbitkan rencana akan kepentingan menderma darah melalui media mereka.
      Kesimpulannya, Kementerian Kesihatan Malaysia perlu menyedarkan masyarakata kepentingang menderma darah agar bilangan kematian pesakit dapat dikurangkan.
113 patah perkataan
Cadangan jawapan soalan 2 (a) Pemahaman Umum.
i)            Rangkai kata secara konsisten bermaksud dengan tetap/ dengan tetap.

Penerangan menjawab soalan 2 (a ) i
1)   Pastikan ayat anda gramatis dan jika boleh ubah frasa yang terdapat pada soalan ( jika dua perkataan ubah kedua-dua perkataan). Penggunaan jawapan dalam bentuk point boleh menyebabkan markah bahasa anda dipotong.

i   i)       Pada pendapat pengarang, punca Kempen Derma Darah tidak mendapat sambutan sambutan masyarakat kerana kurangnya kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menderma darah dan kurang maklumat dan pendedahan mengenai menderma kepada masyarakat. Di samping itu, masyarakat tidak diuar-uarkan mengenai Sambutan Hari Menderma Darah Sedunia sebagai langkah untuk menyedarkan mereka.

Penerangan menjawab soalan 2 (a) ii.
1.    Pastikan ayat anda gramatis, dan jangan tulis jawapan dalam bentuk point kerana markah bahasa anda akan dipotong.
2.   Pastikan anda menulis dua isi ( isi minimum) dan sebagai “back up” tambah satu isi lagi.
3.   Isi terdapat dalam teks, jangan tulis isi sendiri.

ii   i)     Pada pendapat saya, media massa berperanan menyedarkan kepentingan menderma darah dalam kalangan masyarakat dengan membantu Kementerian Kesihatan Malaysia mempromosikan kempen menderma darah. Selain itu, media massa boleh menyiarkan rencana atau artikal berkaitan kepentingan menderma darah dalam media sosial mereka. Bahkan juga, media massa boleh menghulurkan dana untuk membantu agensi kerajaan memberikan cenderahati kepada penderma yang menderma darah.

Penerangan menjawab soalan 2 (a) iii.
i)            Rujuk soalan. Sekiranya soalan bermula dengan kata kunci tuliskan, nyatakan, senaraikan, anda boleh menyenaraikan tiga isi ( Isi minimum). Paling baik senaraikan empat isi untuk isi “back up”.
i   i)      Sekiranya soalan bermula dengan huraikan, jelaskan, terangkan, anda perlu menyenaraikan dua isi dan setiap isi perlu ada isi, huraian, dan contoh. Isi minimum 2 isi, terbaik senaraikan 3 isi.
   iii)     Elakkan kesalahan bahasa.

PASTIKAN JAWAPAN ANDA MANTAP DAN MERUJUK PENERANGAN YANG DIBERIKAN DI ATAS.

Tiada ulasan: