LAMAN WEB INTERAKSI GURU DAN PELAJAR

LAMAN BAHASA MELAYU INI DIWUJUDKAN SEBAGAI KEMUDAHAN GURU DAN PELAJAR BERINTERAKSI SERTA SEBAGAI PENGUKUHAN SITUASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM KELAS. SEMOGA PELAJAR KELAS 4K1, 4K2, DAN PELAJAR KELAS 5 SAINS SMK SERI LONDANG DAPAT MENGGUNAKAN BLOG INI SEBAGAI TEMPAT UNTUK MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN BERBAHASA TERUTAMA MURID KELAS 5 SAINS BAKAL MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU (1103) SPM 2018 . SEMOGA ANDA SENTIASA CEMERLANG. SEBAGAI MAKLUMAN, SAYA SENTIASA MENAMBAH MENU BAHAN BAHASA DI SUDUT KANAN BLOG INI UNTUK MEMUDAHKAN PELAJAR MENCARI BAHAN BAHASA SAMA ADA BAHAN DARIPADA MEDIA MASSA SEPERTI AKHBAR-AKHBAR TEMPATAN, RUJUKAN KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, RUJUKAN MAJALAH TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KOLEKSI SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN SPM SEBENAR ,KOLEKSI SOALAN-SOALAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA. SEMOGA BAHAN-BAHAN BERKENAAN DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENJALANKAN TUGASAN DAN SUMBER UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT BAHASA. INSYA ALLAH SAYA AKAN SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN BLOG INI KONDUSIF SEBAGAI MEDIA MAYA UNTUK PELAJAR BERJAYA MENGUASAI KEMAHIRAN BERBAHASA. DOAKAN SAYA SENTIASA SIHAT MENGENDALIKAN BLOG INI SEBAIK-BAIKNYA. AAMIIIIN. SAYA JUGA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG MAYA YANG SENTIASA MENGUNJUNGI BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM INI. KEBERADAAN ANDA MEMOTIVASI SAYA UNTUK BERBAKTI KEPADA ANAK BANGSA SERTA MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGGSAAN, BAHASA JIWA BANGSA. SAYA MENGHARGAI SEKIRANYA ADA CADANGAN DARIPADA PENGUNJUNG TERUTAMA UNTUK MEMANTAP KEBERADAAN BLOG INI SEBAGAI SUMBER RUJUKAN BAHASA MELAYU.

Khamis, 4 Januari 2018

PERTEMUAN PERTAMA BERSAMA PELAJAR KELAS 5 SAINS PADA HARI KEDUA SESI PERSEKOLAHAN 2018

PANDUAN MENGHASILKAN RUMUSAN CEMERLANG KEPADA PELAJAR KELAS 4K1 DAN 4K2. PASTIKAN ANDA FAHAM SETIAP PROSES BERKENAAN.

   Proses menghasilkan rumusan cemerlang:

Petikan Rumusan Peperiksaan SPM 2018

A.    Proses pertama sebelum merumus teks.

1.             Baca arahan dan kesan kata kunci isi tersurat dan kata kunci isi tersirat.
2.            Baca petikan rumusan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali dan paling penting sehingga anda faham.
3.            Setelah anda faham dan semasa membaca anda terjumpa isi tersurat gariskan isi berkenaan.

B.      Proses membina perenggan rumusan.

1.             Fikirkan satu kaedah untuk menulis perenggan rumusan sama ada memulakan perenggan pengenalan dengan istlah atau kata petikan atau rumusan.
2.            Kemudian kesan semula kata kunci isi tersurat dan kata kunci isi tersurat.
3.            Mulalah menulis perenggan berkenaan.

         a)  Contoh perenggan dengan penggunaan kata petikan.

               Petikan membincangkan ( ubah kata kunci isi tersurat ) + ( situasi petikan dibincangkan)

               Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan pembelajaran Komponen Komsas di sekolah.
               
        b)   Contoh perenggan dengan penggunaan kata rumusan.
               
               Petikan membincangkan ( ubah kata kunci isi tersurat ) + ( kata hubung ) +  (salin kata kunci isi tersurat serta frasa sepenuhnya tanpa mengubah istilah dan frasa )

Rumusan membincangkan kebaikan-kebaikan pembelajaran Komponen Sastera dan   cara-cara pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS.

C)   Proses mengesan isi tersurat dalam petikan dan membina perenggan isi tersurat. Kebiasaannya dalam petikan terdapat 9 isi tersurat dan paling banyak dalam petikan kedua dan ketiga. Namun, baca semua perenggan teks kerana ada kala isi juga terdapat pada perenggan pertama dan akhir.

       
a)  Garis isi-isi tersurat dalam petikan, jangan salin kerana menyalin isi semula akan membuang masa anda. Kebiasaannya
    dalam petikan rumusan terdapat 9 isi.  Berdasarkan petikan soalan 1, rumusan SPM 2018, isi-isi berkenaan seperti di bawah:

1
menjadikan pendidikan Bahasa Melayu semakin luas.
2
meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid.
3
pelbagai istilah asas kesusasteraan dapat difahami.
4
melahirkan murid yang menghargai karya-karya sastera
5
murid-murid dapat memperluas perbendaharaan kata.
6
membantu murid untuk meningkatkan kemahiran berbahasa.
7
nilai-nilai murni boleh dijadikan teladan.
8
murid menjadi lebih peka untuk menghargai kesusasteraan warisan bangsa.
9
mematangkan murid dalam berfikir dan berkomunikasi

D.     Proses mencari isi tersirat ( Kemahiran Befikir Aras Tinggi )
a)    Rujuk semula isi tersirat dalam arahan iaitu cara-cara pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS. Isi yang dicadangkan seperti di bawah:-

1.         mengadakan pertandingan KOMSAS
2.        mempelbagai kaedah pembelajaran KOMSAS yang menarik.
3.        menggalakkan pelajar menyampaikan hasilan komsas di perhimpunan rasmi sekolah.
4.        menerbitkan bulitin komsas dan bahannya hasilan pelajar.
5.        mengadakan minggu / bulan Sastera.
6.        memilih tokoh komsas dalam kalangan pelajar serta sijil penghargaan kepada pelajar terpilih.
7.        mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka.
8.        Mempamerkan gambar-gambar tokoh-tokoh sastera negara di dalam kelas, sudut-sudut / laluan utama sekolah.

E.      Proses menulis perenggan isi tersurat dan tersirat.
Peringatan: Pilih pakej isi tersurat dan tersirat, iaitu bilangan isi tersurat dan tersirat yang dicadangkan
                  Untuk penulisan  bahagian perenggan tersurat dan tersirat. Kebiasaannya pelajar akan memilih
                  Pakej yang diwarnakan.

Bilangan/ Jumlah
Bil
Bil
Bil
Bil
Bil
Isi Tersurat
6
5
4
3
2
Isi Tersiar
2
3
4
5
6


F.      Penulisan lengkap perenggan isi tersurat:-

           Kebaikan-kebaikan pembelajaran komsas  akan menjadikan pendidikan Bahasa Melayu semakin luas. Selain itu, pembelajaran KOMSAS akan meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid dan mereka akan memahami pelbagai istilah sastera. Bahkan juga, pembelajaran KOMSAS akan melahirkan murid yang menghargai karya-karya sastera serta mereka dapat memperluas perbendaharan kata. Pembelajaran KOMSAS juga akan mewujudkan murid murid lebih lebih peka untuk menghargai kesusasteraan warisan bangsa.



G.     Penulisan lengkap perenggan isi tersirat:-
Sebagai usaha untuk menarik minat murid mempelajari KOMSAS, pihak sekolah boleh mengadakan minggu atau bulan Sastera dan mengadakan pertandingan KOMSAS.

H.     Proses menulis perenggan peutup rumusan.
Format menulis perenggan penutup rumusan seperti di bawah.

Kata Penutup ( Konklusinya, Akhirnya, Kesimpulannya,) + tulis pihak yang terlibat + (kata hubung supaya/ agar) + ( impak atau kesan diharapkan)

Kesimpulannya, pihak sekolah perlu menarik minat murid mempelajari KOMSAS agar mereka mendapat markah yang tinggi semasa menjawab soalan komponen Komsas.

I.      Hasilan Rumusan lengkap adalah seperti di bawah.

                 Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan pembelajaran Komponen Komsas di sekolah.

            Kebaikan-kebaikan pembelajaran komsas  akan menjadikan pendidikan Bahasa Melayu semakin luas. Selain itu, pembelajaran KOMSAS akan meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid dan mereka akan memahami pelbagai istilah sastera. Bahkan juga, pembelajaran KOMSAS akan melahirkan murid yang menghargai karya-karya sastera serta mereka dapat memperluas perbendaharan kata. Pembelajaran KOMSAS juga akan mewujudkan murid murid lebih lebih peka untuk menghargai kesusasteraan warisan bangsa.
  
Sebagai usaha untuk menarik minat murid mempelajari KOMSAS, pihak sekolah boleh mengadakan minggu atau bulan Sastera dan mengadakan pertandingan KOMSAS. 

Kesimpulannya, pihak sekolah perlu menarik minat murid mempelajari KOMSAS agar mereka mendapat markah yang tinggi semasa menjawab soalan komponen Komsas.

            103 patah perkataan


ADAKAH MERUMUS SUSAH. TANYA SENDIRI DIRI ANDA.
  


Tiada ulasan: