NOTA NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
Di bawah saya lampirkan nota Novel Jendela Menghadap Jalan
karya Ruhani Matdarin untuk memudahkan murid
Kelas 4K1 dan 4k2 membuat pembentangan dan kajian KOMSAS NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN.
BAB
|
PERISTIWA
|
1
|
Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang
untuk menghabiskan cuti di kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun,
Terengganu. Sebenarnya perasaan Lili tidak gembira untuk pulang bercuti ke
kampung, namun terpaksa berpura-pura demi menjaga hati ibunya.
|
2
|
Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah
ke perhentian bas ekspres dengan mengandang dua buah beg pakaian. Lili
berpakaian tebal ketika itu kerana musim tengkujuh. Dari Kuala Lumpur ke
kampung datuk neneknya mengambil masa selama lapan jam perjalanan. Di dalam
bas Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-sayuran dan
Buah-buahan. Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan
Kejuteraan Awam, Universiti Malaya yang bernama Geetha juga ingin menuju ke
daerah yang sama. Mereka bersembang tentang masa depan. Lili menyedari bahawa
dia sedang diperhatikan oleh seorang pemuda Cina atau kacukan.
|
3
|
Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih
awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa. Lili sedang menunggu Abang Rashid untuk
mengambilnya pulang. Dalam kesibukan Lili disapa semula oleh pemuda tersebut
kerana tertinggal buku penjagaan kesihatannya. Pemuda itu mempelawanya untuk
tumpang sama, tetapi Lili menolak pelawaan itu kerana dia sedang menunggu
Abang Rashid untuk pulang.
|
4
|
Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan
begitu damai dengan sawah bendang luas terbentang. Lili bertemu dengan nenek
di bendang, lalu bersalaman dan bertanya khabar. Menurut nenek datuk sibuk
dengan urusan gotong-royong menaikkan kubah masjid kampung bersama-sama
dengan masyarakat kampung.
|
5
|
Datuk bercerita tentang keunikan reka corak
jendela dan pintu. Sepanjang malam pula datuk begitu pakar bercerita
kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat menyembuhkan penyakit secara
tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-tumbuhan lain juga menjadi amalan
penduduk-penduduk kampung dalam pemakanan dan pengubatan tradisional, malah
pihak hospital juga menggunakan herba sebagai bahan untuk mengubat penyakit.
Tetapi nenek menegur datuk supaya tidak mempengaruhi segala pendapatnya
berkaitan dengan pengubatan tradisional yang belum tentu kepastiannya.
|
6
|
Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili
menutup semua cermin yang terdapat di dalam rumah dengan kain sarung
bertujuan untuk terbalikkan mata kilat. Kemudian nenek membakar kulit bawang
putih pemberian perempuan berbangsa India, Letchumi, supaya isi rumah berbau
wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala Bali, yang dipenuhi reka
bentuk dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan, tahan lasak
dan menghalau nyamuk. Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan herba
pembuka selera makan. Masyarakat kampung lebih gemar berurusan dengan datuk
apabila berdepan dengan masalah kesihatan dan menjadi kepercayaan serta
sumber rujukan.
|
7
|
Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan
terserempak dengan Geetha. Lili tidak menyangka bahawa selama ini, neneknya
begitu akhrab dengan ibu Geetha. Menurut Geetha, ibunya merupakan pelanggan
setia mengamalkan minuman herba buatan datuknya yang telah berjaya
menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini sakit teruk. Walaupun ketika
ini saiz badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat. Geetha
menasihati Lili supaya mempelajari ilmu penyediaan herba dan rawatan
tradisional dari datuknya yang begitu terkenal di Pekan Sentosa ini. Lili
merasa bangga kerana mendapat penghargaan atas kepakaran datuknya dalam ilmu
pengubatan tradisional, apatah lagi yang memujinya bukanlah sebangsa
dengannya.
|
8
|
Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan
ilmu keagamaan, malah datuk selalu menguji Lili tentang ilmu-ilmu keagamaan
yang selama ini Lili tidak mengetahuinya. Datuk mengakui bahawa ibu Lili
tidak kisah dengan ilmu-ilmu keagamaan adalah berpunca daripada kesilapannya.
Semasa zaman kanak-kanak ibu Lili lebih berminat belajar silat di gelanggang
Tuk Wali berbanding ilmu agama. Tambahan pula setelah berjaya melanjutkan
pelajaran keluar negara, menjawat jawatan penting dan berumah tangga sehingga
terlupa segala-galanya. Sepanjang berada di kampung Lili merasa keenakan
buah-buahan tempatan yang terdapat di dusun yang dikutip oleh Abang Rashid.
Pak Sahak datang ke rumah datuk memaklumkan bahawa berlaku kekecohan di surau
kerana William cuba dipengaruhi penduduk-penduduk kampung supaya tidak
mempercayai pengubatan tradisional disamping memujuk supaya menjualkan tanah
bagi tujuan membina rumah sewa.
|
9
|
Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke
rumah datuk untuk menjelaskan isu yang hangat dibincangkan oleh masyarakat
kampung berkaitan pembinaan kubah surau. Wakil Rakyat telah memberi pilihan
sama ada ingin membina sebuah dewan masyarakat atau mendirikan sebuah
masjid.. Kebanyakan penduduk kampung memilih untuk membina kubah surau
berbanding membina sebuah masjid kerana masalah kekurangan tanah. Disamping
itu juga, Danel telah menjelaskan kebaikan mendapatkan rawatan moden
berbanding dengan rawatan tradisional. Hujah-hujah telah dikemukakan oleh
Danel dari segi sains perubatan untuk menyakinkan penduduk-penduduk kampung
termasuk datuk, walaupun datuk sukar untuk menerima hakikatnya. Memang kaedah
perubatan tradisional baik jika digabungkan dengan kaedah perubatan moden,
kerana semua bahan-bahan ramuan tradisional diawet dalam bentuk moden supaya
penggunaannya lebih selamat dan terjamin mengikut kaedah saintifik. Danel
terpaksa berhujah secara berhemah demi menjaga hati datuk agar tidak
terguris.
|
10
|
Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai
pengubat tradisional, kerana masih ramai penduduk yang percaya dengan rawatan
tersebut termasuk ibu Geetha. Hati datuk tersentuh dengan penerangan yang
diberikan oleh Danel, walaupun hujah-hujah yang diberikan itu belum tentu
dapat menyakinkannya. Jangkaan Datuk juga kuat mengatakan William juga tidak
dapat menerima penerangan yang diberikan oleh Danel. Jika dahulu semua
kata-kata datuk boleh diterima pakai oleh penduduk-peenduduk kampung termasuk
William, malah Berjaya mengislamkannya, tetapi kini tidak lagi. Nenek pula
sekarang sudah mula menyindir dan menidakkan kata-kata datuk. Sugi anak
sulung William pula telah menggalakkan pemaju datang untuk membangunkan tanah
penduduk-penduduk kampung, yang akhirnya berlaku pertelagahan antara penduduk
sama ada mahu menjual tanah atau sebaliknya.
|
11
|
Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya
yang hilang entah ke mana, namun sebaik sahaja masuk waktu datuk bersolat dan
berzikir tanpa menggunakan tasbih. Selepas itu datuk membaca kitab dua
halaman dan berhenti. Dengan linangan air mata yang tidak bertakung, tanda
menahan kesedihan dalam mengharung segala dugaan kehidupan. Usia datuk kini
sudah mencapai lebih tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh Lili ke dapur supaya
nenek membuatkan secawan kopi untuknya. Tanpa berlengah Lili akur dengan
arahan datuk dan terus ke dapur. Nenek membawa secawan kopi untuk datuk.
Apabila melihatkan ada sesuatu yang ingin dibincangkan antara datuk dan
nenek, Lili mohon izin keluar, tetapi datuk terus memanggilnya. Lili duduk
semula dan datuk meminta Lili menceritakan tentang ibunya. Lili terus
bercerita, namun berdasarkan soalan-soalan yang datuk kemukakan, jelaslah
bahawa terlalu banyak rahsia hidup ibu yang Lili tidak ketahui.
|
12
|
Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara
penduduk-penduduk kampung. Sama ada ingin mendirikan masjid atau membina
kubah surau lama telah menyebabkan penduduk-penduduk kampung hidup
berpuak-puak. Bekas ketua kampung, iaitu arwah Haji Salihin merupakan orang
alim di kampung ini, juga berasal dari tanah Jawa Barat bersama-sama
membangunkan surau lama ini, telah berpesan bahawa surau lama ini tidak boleh
dibangunkan kerana bimbang kesannya akan mengganggu ketenteraman kampung.
Mengikut pendapat nenek itu hanyalah kepercayaan yang tiada penghujungnya dan
ada alasannya yang tersendiri. Ketika Lili meniti bendang untuk menemui
nenek, dia ternampak seorang lelaki mengepit seekor ayam jantan dan seorang
lagi mengepit seekor ayam betina. Abang Rashid telah menasihatinya supaya
balik ke rumah kerana keadaan kampung begitu tegang. Tiba-tiba muncul
sekumpulan lelaki tua melaung-laung dan bertakbir serta menghalang mereka
melakukan perkara-perkara haram dan pengkhianat. Berlakulah kejar-mengejar
antara kumpulan tersebut. Abang Rashid terus menghantar Lili pulang ke rumah
kerana bimbangkan keselamatannya. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Lili
ternampak ada tetamu datang yang terdiri daripada empat orang lelaki dan
seorang perempuan.
|
13
|
Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang
datang itu adalah berasal dari Kuala Lumpur. Mereka datang hanya ingin
memberitahu bahawa sakitnya lebih awal sembuh daripada menggunakan herba yang
datuk berikan. Lili ke anjung bertemu dengan datuk. Datuk memberitahu Lili
mulai sekarang datuk hanya akan menumpukan tugas-tugasnya berkebun dan
berperahu, tidak boleh bergantung hidup dengan herba-herba lagi. Pada sebelah
malamnya, datuk menyusun kayu-kayu api di bangsal belakang rumah untuk
menenangkan fikirannya. Keesokan harinya datuk menyusun barang-barang lama yang
bertaburan di lantai dan bekerja tanpa henti-henti. Pada sebelah petangnya
Lili memohon kebenaran nenek untuk ke rumah Geetha, dengan ditemani Abang
Rashid, tetapi memandangkan sudah senja, Lili membatalkan niatnya, tetapi
terus bersama-sama Abang Rashid ke pekan. Semasa berjalan-jalan Lili sempat
bertanyakan Abang Rashid tentang zaman bujangnya dan bilakah Abang Rashid
akan berkahwin? Soalan itu tidak berjawab.
|
14
|
Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan
Geetha menyatakan rasa bosannya kerana tiada kawan. Lili mempelawa Geetha
untuk bermalam di rumah neneknya, Geetha setuju. Setelah mendapat kebenaran
daripada ibu Geetha, mereka bertolak menuju ke perhentian bas. Lili berharap
mereka akan sampai ke rumah neneknya sebelum waktu zohor, tetapi mereka merancang
untuk pergi bersiar-siar di perkampungan pada sebelah petang. Mereka tertarik
dengan keindahan kampung tersebut dengan mendaki bukit, tempat melihat
matahari terbit dan terbenam, suatu keunikan. Geetha bercerita tentang budaya
masyarakat India yang tinggal berjiran dengannya, terdapat pelbagai karenah
dan ragam hidup.
|
15
|
Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang
kosong. Geetha memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula
dalam badan ibunya stabil kerana memakan herba dan rebusan akar-akar kayu.
Nenek gembira dengan khabaran tersebut. Datuk masih lagi belum pulang ke
rumah menyebabkan nenek berasa risau. Abang Rashid telah pergi mencari datuk
dengan menolak basikalnya dalam kegelapan malam. Keesokan paginya datuk pulang
ke rumah dengan dileteri nenek, dan di tepi dinding terdapat dua buah bakul
berisi akar-akar kayu dan daun-daun hutan.
|
16
|
Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya
mencari bahan-bahan untuk dijadikan herba di hutan tanpa kepenatan dan
keletihan. Tetiba sahaja Danel muncul dengan membawa buah-buahan dan makanan
lalu diberikan kepada nenek. Datuk menyambut kedatangan Danel seperti biasa
seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Manakala, Geetha dan Lili
menyiapkan minuman kepada tetamu yang datang. Mereka bercerita tentang Danel
yang kali pertama bertemu di dalam bas yang sama dinaiki oleh Lili dan Geetha
sewaktu pulang ke kampung. Geetha memohon untuk balik kerana telah berjanji
kepada ibunya bahawa dia hanya dibenarkan bermalam semalam sahaja di rumah
nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar pulang, nenek berpesan kepada Lili supaya
pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli barang-barang keperluan dapur. Dalam
perjalanan pulang Lili, terserempak dengan adengan kejar-mengejar beberapa
orang pemuda yang bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemuda-pemuda
tersebut dan mereka pernah datang ke rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di
rumah, Lili terkejut apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap sedang
diurut oleh Datuk. Sebenarnya menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini
hubungan datuk dengan Danel begitu baik. Danel kini lebih gemar menulis
artikel berkaitan buah-buahan terutamanya pisang.
|
17
|
Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah
menghuraikan secara panjang lebar berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah.
Penanaman pisang secara besar-besaran di Sabah telah berjaya di eksport
keluar negeri. Pendapatan lumayan ini juga dibantu dengan tanaman sampingan
lain seperti buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Hasil pertanian ini telah
berjaya memberi pulangan tinggi kepada peladang dan hidup mewah. Mengikut
kajian perubatan, pisang bukan sahaja dapat mendatangkan pulangan yang
tinggi, malah boleh menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan disamping
boleh menyembuhkan pelbagai penyakit jika pengambilannya seimbang. Kulit
pisang pula boleh menyembuhkan bintat dan rasa gatal akibat gigitan nyamuk.
|
18
|
Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak,
ketua kampung, Imam Sanusi dan seorang pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk
berbincang supaya masalah yang buntu ini dapat diselesaikan, jika tidak
campur tangan Yang Berhormat diperlukan. Tetiba, Lili yang ternampak juluran
ranting di jendela mendapati Danel memberi isyarat mengajak Lili menemaninya
ke pekan untuk membeli minyak gamat, setelah mendapat kebenaran nenek. Mereka
ke pekan menaiki bas kerana kereta Danel digunakan oleh abangnya. Semasa di
dalam bas, Danel memberi alasan kenapa dia menulis artikel mengenai pisang.
|
19
|
Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di
restoran makanan segera untuk makan dua biji burger, kentang goreng dan
minuman berkarbohidrat, ini boleh mengundang penyakit darah tinggi. Danel
juga memberitahu, bahawa nenek Lili memang pandai memasak dan masakannya
sungguh sedap. Dia juga selalu ke rumah nenek membantu nenek masak tanpa
pengetahuan Lili. Menu masakan semuanya menggunakan pisang sebagai bahan
campuran. Mereka singgah di pasar raya untuk membeli beberapa barang
keperluan, seterusnya Lili merancang untuk singgah ke rumah Geetha. Setelah
selesai mereka pulang menaiki bas seperti biasa, sehinggalah sampai menyusuri
jalan ke kampung dan Danel mengekori sahaja Lili dari belakang. Sebaik sahaja
sampai ke jalan besar yang berturap, kelihatan seorang budak lelaki dikejar
oleh beberapa orang lelaki dengan suara yang memekik. Lili mengenali itulah
anak-anak Che Jah yang sering menimbulkan masalah. Tiba-tiba tangan Lili
dipulas, Danel tergamam kerana senjata tajam yang dipegang oleh Rafiq telah
diacukan ke leher Lili. Sebaik sedar, Lili telah berada di tempat perculikan
yang dilakukan oleh kedua-dua anak lelaki Che Jah
|
20
|
Lili disembunyikan di sebuah rumah usang
berlantaikan buluh. Danel telah datang menyelamatkan Lili pada waktu
kegelapan malam, kerana Danel memang tahu tempat persembunyian Rafiq dan
Haziq. Danel tidak memaklumkan kejadian itu kepada penduduk-penduduk kampung
atas alasan tertentu. Menurut Danel, Haziq satu sekolah dengannya dan
merupakan seorang pelajar pintar. Namun, pergaulan bebas kutu-kutu rayau
menyebabkan dirinya terperangkap dengan jenayah seperti mencuri, hisap dadah
dan pecah rumah. Sehinggakan mereka sanggup melakukan kekerasan dan mengugut
ibunya sendiri, juga orang-orang kampung menyumpah-yumpah supaya anaknya
ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah
nenek menyambut kepulangan Lili dengan tangisan kerana bimbang akan
keselamatan cucunya. Sebenarnya nenek tahu tentang kejadian yang menimpa
Lili.
|
21
|
Lili berasa simpati tentang nasib malang
Rafik dan Haziq kerana berpunca dari masalah keluarga yang dihadapi. Sebaik
sahaja berjumpa Danel, Lili terus bertanyakan khabar berita nasib mereka dua
beradik. Ketua kampung pula telah mengarahkan penduduk-penduduk kampung
merobohkan pondok tempat persembunyian mereka. Namun Lili tetap berasa
simpati dengan keadaan hidup malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan Haziq.
Menerusi maklumat yang diperolehi dari neneknya, sudah tentu banyak yang
bersifat negetif dan menyedihkan. Oleh itu, Lili bercadang untuk berjumpa
dengan Geetha untuk mendapatkan maklumat yang lebih telus dan bersifat
terbuka. Bagi Lili, Rafiq dan Haziq adalah manusia biasa yang memerlukan
pertolongan dan perhatian semua pihak, bukan mengutuk dan menghina secara
berterusan. Lili memohon kebenaran untuk ke rumah Geetha, tetapi neneknya
tidak membenarkannya atas faktor keselamatan.
|
22
|
Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq
dan Rafiq telah ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung dan salah seorang
daripadanya teruk dibelasah oleh ayah mereka. Lili bercadang ke rumah Che Jah
untuk mengetahui keadaan yang sebenar dan kemudiannya merancang ke pekan
bersama-sama dengan Abang Rashid. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Che Jah,
Lili dipersilakan disambut dan dipersilakan masuk ke dalam rumah. Che Jah
menjelaskan Haziq teruk dibelasah dengan tali pinggang oleh ayahnya. Menurut
cerita Che Jah lagi, Haziq semasa alam persekolahan dulu merupakan seorang
pelajar yang pandai, tetapi telah dibuang sekolah kerana selalu ponteng dan
melawan guru. Haziq menjadi nakal kerana bergaul bebas dengan budak-budak
nakal sehingga perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah memohon maaf kepada
Lili tentang apa yang dilakukan oleh anaknya terhadap Lili, tetapi Lili
secara ikhlas telah memaafkannya. Che Jah memuji-muji kebaikan hati Lili yang
sanggup datang menjenguk dan bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk
makan tengah hari di rumahnya, dia tidak menolak pelawaan itu.
|
23
|
Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga
orang lain. Nenek juga memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka
bermuka-muka. Kekadang boleh mengumpat hanya melalui jendela sahaja. Lili
menghampiri datuk yang masuh belum selesai dengan isu kubah surau dan
herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman suami Che Jah merupakan seorang bapa
yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang terhadap anak-anaknya, tetapi
juga terhadap orang-orang lain yang berurusan dengannya. Kelakuan buruk Seman
ialah suka berjudi, berhutang, menipu, minum arak dan anak-anak serta
isterinya akan menjadi mangsa kekejamannya. Lili melahirkan rasa tidak puas
hatinya terhadap segala tindakan dan perbuatan Seman yang tersalah mendidik
anak-anak dalam membina keluarga bahagia.
|
24
|
Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili
ternampak sebuah lori membawa kubah di puncaknya terdapat bulan sabit.
Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili mendapat berita dari datuk bahawa
kubah surau akan dipasang dalam masa terdekat. Kini isu kubah surau telah
menjadi perbualan hangat dalam kalangan penduduk-penduduk kampung. Abang
Rashid lebih suka sebuah masjid didirikan di kampung tersebut sebagai tanda
pembangunan, begitu juga dengan Lili. Bagi datuk pula tidak kisah, sama ada
kubah surau atau sebuah masjid, yang penting ilmu-ilmu agama ditegakkan.
|
25
|
Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk
berada di luar, sama ada melihat kubah surau atau bertemu dengan Che Jah.
Nenek menasihati Lili agar dalam keadaan sebegini lebih selamat tidak
berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada hari ini Lili perlu
berkomunikasi dengan seseorang. Danel datang membawa gulai kari pisang ikan
masin yang dimasak sendiri dan menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya kepada
datuk. Berita kenaikan harga minyak petrol dan disel telah menenggelami isu
kubah surau ketika ini. Di mana-mana sahaja semua penduduk akan membincangkan
kenaikan harga bahan api tersebut dan mengeluh tentangnya. Begitu juga
kenaikan harga barangan yang lain termasuk perubatan. Datuk sempat memperli
Danel, bahawa kos perubatan tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke rumah
Che Jah menziarahinya dan sempat melihat keuzuran Haziq yang belum sembuh
akibat kesan dibelasah oleh ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili,
jangkaan dan gambaran buruk perwatakan Che Jah oleh nenek, jauh
berbeza. Lili memberitahu Che Jah, bahawa dia akan kembali ke Kuala Lumpur
seminggu lagi.
|
26
|
Lili berpendapat, dua cadangan yang
perlu diketengahkan iaitu perlunya dibina sebuah masjid dan melaporkan kepada
biro pengaduan jenayah yang dilakukan oleh Seman terhadap ahli-ahli
keluarganya. Datuk menasihati Lili agar tidak memikirkan hal-hal yang berat
dan lebih member tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan. Danel pula
telah banyak membantu, seperti menyelamatkan nyawa, membawanya ke pekan dan
dalam segala hal juga mereka bersependapat. Lili juga berpandangan bahawa
tugas membangunkan kampung terletak di bawah tanggung jawab Danel sebagai
penduduk tetap dan perlu memperjuangkannya.
|
27
|
Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil
Abang Rashid. Abang Rashid pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk
membawa nenek ke rumah Che Jah. Ada sesuatu perkara yang berlaku di sana
sehingga menyebabkan nenek bergegas ke rumah Che Jah. Lili dan Danel juga
segera ke rumah Che Jah tetapi masih belum pasti apa yang berlaku.
Sebaik-baik sahaja sampai kedengaran tempikan seorang lelaki, pastinya Seman
sedang berang. Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika itu.
Tiba-tiba seorang pemuda jatuh terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan
keadaan tubuhnya berdarah. Seman yang naik angin dan dalam keadaan yang tidak
siuman telah menerajang Haziq sehingga menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada
seorangpun yang berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya berani melihat
tentang apa yang berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta cerai kerana
tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak melulu.
|
28
|
Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya.
Suaminya, Seman masih dengan perangai buruknya, kaki judi, sering pulang
lewat malam dan sering memukul anak-anak dan isterinya. Seorang pesakit baru
yang datang berubat dengan datuk kerana penyakit gout. Datuk meminta Lili
mengambilkan sebotol herba untuk pesakit wanita tersebut dan menerangkan
pantang larang tentang sakit tersebut. Pesakit wanita tersebut bernama Puan
Hamimah dalam usia tiga puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak Mimah
sanggup bermalam di rumah datuk kerana untuk habiskan berubat. Hasil
perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai penolong pegawai, Jabatan
Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga. Tugasnya berkaitan
dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak dan pengabaian warga
tua. Lili telah mengambil kesempatan dan peluang ini untuk membuat aduan
terus kepada Kak Mimah untuk memanjangkan kes keluarga Che Jah untuk diambil
tindakan oleh pihak berkuasa.
|
29
|
Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan
masalah keluarga yang dihadapi oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah
Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan
akan membuat laporan berkaitan dengan kes tersebut dan Lili akan menjadi
saksi. Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di rumah. Lili
bersembang dengan Danel hanya di pangkin sambil membincangkan pembinaan
masjid dan merancang untuk meengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk
kampung.
|
30
|
Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di
surau untuk mengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung ketika
majlis pernikahan anak pak busu pada hari Jumaat nanti. Danel dan Lili
bercadang bertemu Geetha untuk memintanya menyelesaikan masalah keluarga Che
Jah. Geetha bersetuju dan ingin bertemu dengan Che Jah terlebih dahulu.
Mereka ke rumah Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah
tiada di rumah.
|
31
|
anel juga berbangga kerana Geetha sanggup
membantu dalam menyelesaikan masalah pembinaan masjid dan surau kampungnya.
Mereka juga berbincang tentang bioteknologi berkaitan dengan madu lebah,
kambing dan pokok vanila mampu memberi pulangan yang cukup lumayan. Kak Mimah
telah menghubungi datuk, selain membincangkan berkaitan rawatan mereka juga
menyentuh isu keganasan rumah tangga Che Jah. Lili tercengang dengan
keputusan datuk untuk mengambil tindakan terhadap suami Che Jah dan
mengheretnya ke penjara. Mereka berbincang cara untuk menangkap suami Che Jah
dan menghukumnya mengikut lunas undang-undang.
|
32
|
Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini.
Beberapa orang wanita mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh
anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili
menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu yang
tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan Haziq ke halaman rumah,
penduduk-penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk meminta semua
penduduk kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam keadaan lesu
dan badannya lebam-lebam akibat dibelasah. Datuk mencarikan herba untuk
memulihkan mereka tetapi badan mereka langsung tidak bermaya. Badan Haziq
lebam, manakala hidup Rafiq berdarah dan rebah di lantai rumah. Geetha
memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah masjid dan surau.
Dia hanya ingin membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.
|
33
|
Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika
datuk ingin mengadakan pertemuan di balai raya. Che Jah juga hadir sama tanpa
dicari, membuat pengakuan untuk dipanjangkan kepada pihak berkuasa.
Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq dan
Haziq. Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar
supaya suaminya dihantar ke pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika
Che Jah membuat laporan polis, tindakan mahkamah boleh diambil, dan kes ini
akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mendapat bantuan
dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi membiayai kos rawatan
pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh
penduduk-penduduk kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba
sebagai penawar, manakala Rafiq dihantar ke hospitan untuk mendapatkan
rawatan.
|
34
|
Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan
dua orang wakil pemaju perumahan yang datang memujuk penduduk-penduduk
kampung menjualkan tanah mereka.Datuk pula dituduh cuba melindungi Che Jah
yang terlibat melindunginya anak-anaknya dari kes culik cucunya, Lili.
Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah, menuduh
datuk terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu
bukan urusannya. Sugi pula menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk
membangunkan kampung dengan projek rumah kos rendah, tetapi ingin memajukan
tanah-tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan, penanaman Jatropha Cuncas dan
selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq semakin pulih dari keletihan dan
mampu tersenyum, manakala Rafiq disahkan mengambil terlalu banyak dadah jenis
syabu sehingga sistem tubuh badannya banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji
akan membantunya sehingga pulih.
|
35
|
Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya
menaiki bas untuk membawa Lili balik ke Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk
mencadangkan pembinaan sebuah masjid diterima oleh semua penduduk dan ketua
kampung.
|
36
|
Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal
paginya. Ibu tiba ke kampung dan akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat
untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman
menceritakan maksud yang tersembunyi tentang jendela menghadap jalan yang
terlalu banyak kisah-kisah silam, sejak zaman penjajahan hinggalah ke zaman
komunis yang mereka tidak memasukkan sejarah jendela menghadap jalan.
Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan kisah zaman silam berasal
dari Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya dengan datuk di Tanah Melayu
ke hari ini. Lili kerap berjumpa dengan Geetha di Kuala Lumpur dan meneruskan
pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan menduduki PMR pada tahun hadapan dan
hidupnya telah banyak berubah. Danel berharap Lili akan kembali semula ke
Kampung Sentosa dan berharap Lili telah mengetahui tentang jendela menghadap
jalan, manakala Danel telah banyak menulis artikel tentang pisang.
|
TEMA
- Tema
novel ini ialah Kehidupan masyarakat yang menghadapi pelbagai masalah
diselesaikan dengan cara bermuafakat.
Huraian Tema dan
contoh peristiwa:-
- Masalah
keganasan rumah tanggayang
berlaku kepada keluarga Che Jah akibat sikap suaminya Seman dapat diatasi
apabila Che Jah sendiri dengan suka rela membuat laporan polis. Akibat
tidak tahan dengan sikap suaminya dan kesan kenakalan anak-anaknya Che Jah
akhirnya Berjaya diselamatkan.
- Masalah
masa depan perubatan tradisional.Datuk
yang sememangnya menjadi sumber rujukan masyarakat setempat dan luar
tentang perubatan tradisional sudah mulai dipinggirkan. Bertambah parah
apabila isterinya sendiri mulai menyindir akan kemujaraban herba yang
diadun kerana boleh mendatangkan kesan sampingan kepada penggunanya.
- Masalah
buruk sangka atas orang lain.Masyarakat
di Pekan Sentosa buruk sangka terhadap anak-anak Che Jah yang selama ini
terkenal kenakalannya. Mereka menyangkakan bahawa Haziq dan Rafiq yang
melarikan kubah surau. Masalah terlerai apabila Che Jah menyatakan bahawa
suaminya Seman yang melarikan kubah surau tersebut.
- Keprihatinan
masyarakat terhadap masalah yang dihadapi. Lili begitu prihatin terhadap masalah yang
dihadapi oleh Che Jah. Penduduk kampong yang selama ini menganggap
keluarga Seman sebagai contoh institusi kekeluargaan yang buruk, namun dengan
bantuan kefahaman Geetha yang bukan berbangsa Melayu menjadikan Lili
tersedar bahawa Che Jah perlukan bantuan bukannya cemuhan.
PERSOALAN
- Persoalan
tentang keganasan rumah tangga.
Seman suami Che Jah seorang yang suka berjudi, berhutang dan minum arak
telah menyebabkan rumah tangga Che Jah berantakan. Anak-anaknya Haziq dan
Rafiq yang baru belasan tahun turut berperangai seperti ayahnya apabila
tersalah memilih kawan. Che Jah meminta cerai daripada suaminya kerana
sudah tidak tahan dengan perangai suaminya.
- Persoalan
tentang penggunaan ubat tradisional. Datuk sering disindir oleh nenek akibat terlalu prihatin dan
membantu penduduk kampung yang bermasalah kesihatan dengan membekalkan
ubat tradisional yang dibuatnya sendiri. Ada satu ketika datuk tidak
pulang ke rumah hingga menyebabkan nenek berasa risau kerana datuk masuk
ke hutan mencari akar-akar kayu tanpa pengetahuannya.
- Persoalan
tentang sikap prihatin.
Lili begitu prihatin dengan Che Jah yang mengalami keganasan rumah tangga.
Walaupun Haziq dan Rafiq menculiknya tetapi Lili memaafkan tindakan mereka
kerana beranggapan keluarga tersebut memerlukan bantuan pemulihan. Lili
sering ke rumah Che Jah untuk memberikan motivasi dan akhirnya meminta
bantuan Puan Hamimah seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk
membuat aduan tentang sikap suaminya yang buruk selama ini.
- Persoalan
tentang masalah sosial penduduk kampung. Hidup di kampung walaupun berada dalam keadaan selesa, nyaman
dengan pemandangan yang cantik namun terdapat pelbagai masalah sosial.
Penduduk kampung didatangi oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk
menjual tanah-tanah mereka. Penduduk kampung juga memberontak untuk lebih
menyetujui penggantian kubah surau berbanding pembinaan masjid baru.
Penduduk kampung juga berhadapan dengan masalah sosial apabila wujudnya
keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh Che Jah akan sikap suaminya yang
kurang bertanggungjawab diikuti kelakuan anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang
tersalah memilih kawan.
SAYA MEMOHON MAAF KERANA TERLEPAS PANDANG NOTA
DI ATAS KERANA PABILA SAYA LIHAT TAJUK NOTA SUDAH ADA
TETAPI ISINYA BERKAITAN RUMUSAN.
TERIMA KASIH KEPADA PELAJAR YANG BERTANYA MASALAH BERKENAAN
(NO. TEL 0112055340)- SAYA TAK PASTI SIAPA?
SALIN NOTA DI ATAS SEBELUM PEMBENTANGAN
KELAS 4K1 ( 1 FEB. 2018)
KELAS 4K2 ( 8 FEB. 2018 - KERANA HARI RABU CUTI THAIPUSAM)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan