Hasilan rumusan lengkap berdasarkan soalan 1, Kertas Bahasa Melayu 2, SPM 2017.
Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan pembelajaran Komponen Komsas di sekolah.
Pembelajaran Komponen Sastera akan menjadikan pendidikan Bahasa Melayu semakin luas. Selain itu, pembelajaran KOMSAS juga akan meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid dan mereka akan memahami pelbagai istilah sastera. Bahkan juga, pembelajaran KOMSAS akan melahirkan murid yang menghargai karya-karya sastera dan mereka dapat memperluas perbendaharan kata. Akhirnya, pembelajaran KOMSAS menjadikan murid lebih peka untuk menghargai kesusasteraan warisan bangsa.
Sebagai usaha untuk menarik minat murid mempelajari KOMSAS, pihak sekolah boleh mengadakan Bulan Sastera dan mengadakan pertandingan menghasilkan bahan KOMSAS.
Kesimpulannya, pihak sekolah perlu menarik minat murid mempelajari KOMSAS agar mereka menjadi insan yang berguna.
Panduan untuk membina rumusan yang baik:-
i) Penggunaan penanda wacana, seperti " bahkan juga, begitu juga, selain itu, akhirnya ". Penggunaan penanda wacana berkenaan akan mempertaut atau mengaitkan isi sebelum, dan selepasnya serta isi terakhir. Pelajar boleh melihat fungsinya pada bahagian penanda wacana yang diwarnakan dengan warna kuning pada bahagian perenggan isi tersurat pada rumusan lengkap di atas.
ii) Penggunaan ayat majmuk. Ayat majmuk digunakan untuk mengurangkan bilangan patah perkataan. Selain itu, penggunaan ayat majmuk dapat mempelbagaikan ayat dalam rumusan selain, penggunaan ayat tunggal.
a) Ayat tunggal. Binaan ayat tunggal terdiri dariapada subjek dan prediket.
Contoh: Pembelajaran Komponen Sastera akan menjadikan pendidikan Bahasa Melayu semakin luas.
Pembelajaran komsas - frasa subjek.
akan menjadikan pendidikan Bahasa Melayu semakin luas- Frasa perdiket.
b) Ayat majmuk dalam binaan rumusan, melibatkan satu subjek dan dua
prediket.
Contoh: Pembelajaran KOMSAS akan melahirkan murid yang menghargai karya-karya sastera dan mereka dapat memperluaskan perbendaharan kata. ( Patah perkataan - 15)
Ayat isi tersurat di atas terdiri dua ayat tunggal:-
i) Pembelajaran KOMSAS akan melahirkan murid yang menghargai karya- karya sastera.
ii Pembelajaran komsas akan dapat memperluaskan perbendaharaan kata
murid. ( Jumlah perkataan apabila kedua-dua isi dibina dalam binaan ayat tunggal akan menyebabkan bilangan patah perkataan banyak- 16 patah perkataan)
Contoh lain: ( Perenggan isi tersirat)
Sebagai usaha untuk menarik minat murid mempelajari KOMSAS, pihak sekolah boleh mengadakan Bulan Sastera dan mengadakan pertandingan menghasilkan bahan KOMSAS. ( 20 patah perkataan sahaja)
Ayat isi tersirat di atas terdiri dua ayat tunggal:-
i) Sebagai usaha untuk menarik minat murid mempelajari KOMSAS, pihak sekolah boleh mengadakan Bulan Sastera.
ii) Selain itu, pihak sekolah juga boleh mengadakan pertandingan menghasilkan bahan KOMSAS. ( Jumlah perkataan akan bertambah apabila kedua-dua isi dibina dalam binaan ayat tunggal - 24 patah perkataan)
Kesimpulannya, penggunaan ayat majmuk dapat mengurangkan bilangan patah perkataan dan pelajar dapat mempelbagaikan ayat semasa membina rumusan. Sebagai makluman, binaan ayat majmuk selalunya menggunakan kata hubung untuk menghubungkan dua isi atau dua frasa prediket dengan satu frasa subjek. Pada rumusan, kata hubung diwarnakan dengan warna biru.
3 ulasan:
Assalamualaikum cikgu , saya jawab kertas bahasa Melayu karangan SPM tahun 2017 , tapi saya terlupa untuk menulis nombor soalan di muka hadapan soalan , adakah akan memberi kesan kepada markah saya ? kerana penanda menganggap saya tidak menjawab soalan .
Waalaikumsalam, untuk makluman adik Nur Azlin masalah terlupa menulis nombor soalan di muka surat hadapan kertas jawapan tidak memberi kesan kepada markah. Insya Allah pemeriksa kertas akan memeriksa kertas jawapan Nur Azlin seperti biasa dan paling utama adik Nur Azlin menjawab soalan berkenaan dengan baik pada bahagian jawapan kertas soalan. Saya menasihatkan adik Nur Azlin jangan terlapau risau masalah berkenaan dan terus berdoa agar adik Nur Azlin berjaya dalam peperiksaan SPM 2017. Aamiiin.
Catat Ulasan