Di bawah saya
lampirkan nota Puisi Tradisonal Syair Bidasari ( Jamilah Hj. Ahmad) untuk
pelajar Tingkatan 4K1 sebagai persediaan pembentangan pada hari Jumaat (12
Januari 2018) dan 4K2 pada hari Khamis ( 11 Januari 2018). Pelajar disarankan
mencari nota dari sumber lain sebagai bahan sebelum pembentangan.
SYAIR BIDASARI
A. MAKSUD RANGKAP
Rangkap 1
Dengarkan tuan suatu riwayat
Raja di desa Negeri Kembayat
Dikarang fakir dijadikan hikayat
Supaya menjadi tamsil ibarat
Pengenalan
kisah seorang raja yang memerintah Negeri Kembayat. Pengarangnya hanya mahu
dikenali sebagai fakir sebagai tanda merendah diri. Tujuan hikayat supaya menjadi
contoh dan perbandingan kepada pembaca.
Rangkap 2
Ada raja suatu negeri,
Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.
Di sebuah
negeri terdapat seorang pemerintah, iaitu sultan yang gagah perkasa lagi
bijaksana. Baginda raja dahulukala yang cemerlang (pada peringkat awal sebelum
dilanggar geroda). Keadilan baginda telah menggamit kedatangan para pedagang
dan orang soleh (pelajar ilmu agama yang merantau).
Rangkap 3
Hairan orang empunya temasya,
Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.
Kegagahan
dan kelangsungan pemerintahan baginda memang mengkagumkan. Sesaat pun baginda tidak
mengalami kesusahan. Namun, tiada sesiapa yang tahu sama ada keadaan itu akan
berkekalan atau sebaliknya.
Rangkap 4
Seri sultan raja bestari,
Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.
Sultan yang
bijaksana bertambah berseri apabila menempuh alam perkahwinan. Selang beberapa
bulan, permaisuri pun hamil.
Rangkap 5
Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.
Setelah
beberapa tahun memerintah negara dengan bahagia dan aman sentosa, dugaan mala
petaka datang melanda. Baginda terpaksa berundur dari istana.
Rangkap 6
Datanglah kepada suatu masa,
Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.
Tiba-tiba
pada suatu hari muncul seekor burung raksasa melayang di ruang angkasa negeri
Kembayat. Geroda, iaitu helang besar (seperti dalam epik Hindu, Visynu: dalam
syair dieja sebagai gurda) melanggar Kembayat sehingga menimbulkan huru-hara
dan kemusnahan.
Rangkap 7
Datanglah menyambar suaranya bahana,
Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gelana,
Membawa diri ke mana-mana.
Geroda
melakukan serangan dengan suara yang bergema luar biasa. Sekalian rakyat negeri
Kembayat berada dalam keadaan huru-hara dan kekalutan. Seluruh negeri dilanda
duka lara dan lesu, serta rakyat bercempera tanpa arah tujuan.
Rangkap 8
Baginda pun sedang dihadap orang,
Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
"Gempar ini apakah kurang."
Ketika itu
baginda sedang bersemayam di singgahsana sambil menerima menghadap pembesar dan
rakyat jelata. Keadaan huru-hara bagaikan di medan peperangan jelas kedengaran.
Baginda bertitah dengan nada yang tegas tentang perkara cemas apa pula yang
berlaku.
B. Tema
Menceritakan Raja Kembayat Negara dan Permaisurinya yang
sedang melarikan diri telah tiba di sebuah hutan. Mereka telah tiba di sebuah
kampung dan permaisuri yang sarat mengandung telah tiba waktu untuk
bersalin.Mereka mencari tempat persinggahan yang sesuai yang berhampiran dengan
sungai.
C. Persoalan
Persoalan perjalanan yang penuh rintangan dalam usaha
mencari kehidupan yang lebih terjamin.
Persoalan pengorbanan yang perlu ditanggung demi orang yang
tersayang.
Persoalan kasih sayang seorang suami terhadap isteri.
C. Bentuk
Terdiri daripada 8 rangkap.
Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5 patah
kata.
Semua baris adalah maksud.
Rima akhir aaaa.
Rima akhir aaaa.
D. Gaya Bahasa
Asonansi -Pengulangan huruf vokal - Dengarkan tuan suatu
riwayat (a)
Aliterasi - Seri sultan raja bestari (s)
Bahasa klasik- akas, ngadil, halifah, takhta
Bahasa istana - baginda, permaisuri, takhta
E. Nilai
Nilai
ketaatan
Rakyat
Kembayat taat kepada sultan pemerintah.
Nilai
tanggungjawab
Raja
negeri Kembayat bertanggungjawab mentadbir negeri.
Nilai
keprihatin seorang pemimpin
Seseorang
perlu prihatin dengan kesusahan yang ditanggung oleh orang lain.
Nilai kasih-sayang
Raja yang menyayangi rakyat dan isterinya.
Nilai kasih-sayang
Raja yang menyayangi rakyat dan isterinya.
F. Pengajaran
Kita hendaklah bersabar dalam mengharungi ranjau kehidupan
agar hidup lebih bermakna.
Kita hendaklah berkorban demi orang yang kita kasihi agar
mereka beroleh kebahagiaan .
Kita hendaklah prihatin dengan kesusahan yang tanggung oleh
orang lain.
Kita hendaklah bersyukur kepada Tuhan kerana negara kita sentiasa aman dan
makmur.
Kita mestilah berani menghadapi cabaran masa depan.
Kita mestilah bijak mentadbir negara untuk kebaikan bersama.
16 ulasan:
Mohon share ye
Nada?
Membantu.. Tapi nada x de ke
Seronoknya
��
thankss💗
Sangat membantu
Terima kasih .. sangat membantu
Sama-sama.
Thank
Sangat membantuu😍✨💕
Thankyou , sangat membantu
terima kasih, cikgu...sangat membantu nota yang dikongsikan.
mohon untuk dikongsikan dengan anak murid saya cikgu..terima kasih.
Semoga tuhan merahmati kamu kerana menyebarkan ilmu ini. :D
sangat membantu bagi remaja muda zaman sekarang yang telah melupakan puisi puisi serta syair syair tradisional . mereka lebih selalu bermain free fire menyebabkan sel sel di otak mereka tidak terhubung
Catat Ulasan