Sabtu, 6 Januari 2018

PANDUAN MENGHASILKAN RUMUSAN CEMERLANG 2018


PROSES MENGHASILKAN RUMUSAN  CEMERLANG UNTUK PANDUAN GURU DAN PELAJAR

A.    PROSES MENGHASILKAN PERENGGAN PENGENALAN RUMUSAN
PILIH KAEDAH PALING MUDAH, SAMA ADA MEMULAKAN DENGAN KATA PETIKAN ATAU RUMUSAN.

KAEDAH PERTAMA MEMULAKAN PERENGGAN PENGENALAN MENGGUNAKAN ISTILAH PETIKAN.

1
MEMULAKAN PERENGGAN PENGENALAN DENGAN PETIKAN
MARKAH
Petikan memperkatakan  ( istilah isi tersurat yang telah diubah) + di ( Malaysia/negara kita/ sekolah/ dalam masyarakat/ dalam kalangan pelajar- sesuakan situasi petikan)
2 MARKAH

KAEDAH KEDUA MEMULAKAN PERENGGAN PENGENALAN MENGGUNAKAN ISTILAH RUMUSAN.

1
MEMULAKAN PERENGGAN PENGENALAN DENGAN PETIKAN
MARKAH
Rumusan memperkatakan  ( istilah isi tersurat yang telah diubah ) + ( salin istilah isi tersirat tanpa mengubah istilah berkenaan dan frasa seterusnya)
2 MARKAH

 
 
B.    PROSES MENGHASILKAN PERENGGAN ISI TERSURAT:-
      Setelah pelajar membuat keputusan isi tersurat paling mantap daripada petikan teks dan memilih pakej sesuai sama ada 6, 5, 4, 3, 2 isi tersurat, kebiasaannya 6 isi disenaraikan untuk perenggan isi tersurat. Langkah sererusnya mula menulis isi berkenaan seperti format berikut dan gunakan penanda wacana berbeza ketika memulakan isi baru dan aplikasi membina pelbagai ayat, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk.

       Mulakan penulisan dengan menulis istilah/kata kata tersurat, sama ada asal atau telah diubah, dan isi pertama. Seterusnya, isi tersurat kedua dan isi tersurat ketiga. Bahkan juga, isi tersurat keempat. Selain itu, isi tersurat kelima dan isi tersurat keenam.

Pelajar bebas untuk menentukan di mana ayat tunggal dan ayat majmuk dibina berdasar kesesuaian isi. Pelajar perlu kreatif semasa membina ayat berkenaan.

C.    PROSES MENGHASILKAN PERENGGAN ISI TERSIRAT.
      Kebiasaannya pelajar akan memilih pakej dua isi tersirat di bahagian perenggan ini.

      Kaedah pertama membina perenggan isi tersirat dengan binaan ayat majmuk.
      Istilah isi tersirat + isi tersirat pertama dan isi tersirat kedua. ( Binaan ayat majmuk)

      Kaedah kedua, membina perenggan isi tersirat dengan binaan dua ayat tunggal.
      Istilah isi tersirat, + isi tersirat pertama.  Selain itu/Bahkan juga, + isi tersirat kedua. ( Binaan ayat tunggal)



D.    PROSES MENGHASILKAN PERENGGAN PENUTUP RUMUSAN

Kata / Istilah penutup,  (siapa/ pihak terlibat) + kata hubung ( agar/supaya) + ( kesan diharapkan.)

  *** Elakkan sebarang kesalahan ejaan, binaan ayat, kesalahan tatabahasa kerana markah bahasa anda mungkin akan ditolak atas kesalahan berkenaan.

DIHARAPKAN, FORMAT MENGHASILKAN RUMUSAN CEMERLANG AKAN DAPAT

MEMBANTU PELAJAR.