Selasa, 16 Januari 2018

LATIHAN RUMUSAN PADA 17/1/2018 ( RABU) UNTUK KELAS 5 SAINS, 4K 1 DAN 4K 2. MAAF, KERANA SAYA TIDAK HADIR KE SEKOLAH ESOK KERANA ADA TEMU JANJI DENGAN DOKTOR PAKAR HOSPITAL KUALA LUMPUR

LATIHAN MERUMUS TEKS KELAS 5 SAINS,  4K 1 dan 4K 2. ( TARIKH 17 JANUARI/ RABU)
Soalan 1 : Rumusan ( Soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2016/ Kinta)

[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor berlakunya longgokan sampah dan kesan-kesan longgokan sampah. Panjangnya rumusan hendaklah tidak  melebihi 120 patah perkataan.

Secara purata, setiap rakyat Malaysia membuang dua kilogram sampah sehari. Kira-kira 45 peratus daripada sampah tersebut ialah sisa makanan, 25 peratus plastik dan 30 peratus bahan-bahan lain. Hal ini bererti hampir setengah daripada jumlah sampah di negara kita terdiri daripada sisa makanan. Keadaan ini disebabkan oleh sikap kebanyakan rakyat Malaysia yang suka membeli makanan mengikut nafsu, bukan mengikut keperluan. Sampah terhasil apabila isi rumah membuang apa-apa yang tidak perlukan oleh mereka. Apabila sistem kutipan sampah tidak sempurna, sampah mula bertimbun di tempat sendiri.

  Terdapat  orang ramai yang gagal menguruskan sampah mereka dan tidak melupuskannya mengikut cara yang betul, sehingga menyebabkan berlakunya longgokan sampah. Selain itu, amalan penggunaan pinggan mangkuk dan bungkusan pakai buang seperti polisterina dan beg plastik yang semakin berleluasa pada masa ini turut menjadi penyumbang kepada longgokan sampah sarap. Oleh itu, kerajaan seharusnya menguatkuasakan larangan penggunaan polisterina dan beg plastik kerana penguraiannya memakan masa yang sangat lama. Selain itu, terdapat juga sesetengah barangan dibungkus secara berlebih-lebihan untuk menarik minat pengguna. Namun demikian, tanpa disedari bahan pembungkusan barangan yang dibuang begitu sahaja boleh menyebabkan timbunan sampah semakin bertambah. Masalah tersebut menjadi semakin serius apabila terdapat pihak yang dipertanggungjawab untuk mengutip dan melupuskan sampah tidak menjalankan tugas secara berkesan.

  Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan bahawa sikap pembaziran dalam kalangan rakyat Malaysia semakin menjadi-jadi khususnya semasa musim perayaan. Masyarakat kita yang gemar membeli barangan baharu dan membuang barangan lama menjadikan masalah longgokan sampah tiada penyelesaiannya. Perkara ini tidak akan berlaku jika amalan kitar semula dilaksanakan dalam kalangan rakyat. Malangnya, amalan kitar semula di negara kita kurang mendapat sambutan. Keadaan ini diburukkan lagi apabila tempat pengumpulan bahan kitar semula yang ada di seluruh negara tidak mencukupi. Seharusnya, tong kitar semula disediakan di banyak tempat dan ada pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskannya secara berkesan.

Di samping itu, sikap masyarakat yang tidak ada kesedaran akan pentingnya menjaga alam sekitar dengan membuang bahan buangan domestik sewenang-wenangnya turut menyebabkan masalah longgokan sampah yang tidak terkawal.   Contohnya, penggunaan lampin pakai buang yang menjadi gaya hidup masyarakat moden pada hari ini telah menambahkan lagi masalah longgokan sampah. Seharusnya, penggunaan lampin bayi jenis kain yang boleh dicuci menjadi pilihan kerana lampin pakai buang amat sukar untuk dilupuskan. Sehubungan dengan itu, masyarakat perlu segera beralih kepada penggunaan bahan mesra alam. Dalam hal ini, pendidikan memainkan peranan utama untuk melahirkan masyarakat pengguna yang bijak demi kesejahteraan hidup manusia.
Dipetik dan diubah suai daripada
  ‘Longgokan Sampah Masalah yang Tiada Noktah’
oleh Amlir Ayat,
 Dewan Masyarakat, November 2011


Lengkapkan Perenggan di bawah:-

      A.       Perenggan Pengenalan Rumusan: ( Pilih salah satu )

Petikan memperkatakan………………………………………. ………………..di ……………......

................


Atau:-

Rumusan memperkatakan………………………………………….. dan ……………………......

……………………………………………………….....

         B.    Perenggan isi tersurat:-

Faktor penyumbang kepada berlakunya …………………………….. seperti………………......

…………………………………………… Selain itu, longgokan sampah berlaku kerana………

………………………….. ………dan ………………………………………………. Bahkan juga,

longgokan  sampah berlaku  akibat……………………………………………serta………………

………………………………………………. Akhirnya, longgokan sampah terjadi akibat……....

..................................................


        c.    Perenggan isi tersirat:-

Kesan akibat longgokkan sampah akan menyebabkan..…………………………………….

dan ………………………………………………………………………………….


         D.    Perenggan penutup rumusan:-

Kesimpulannya, …………………………….( siapa pihak terlibat) perlu berperanan untuk

menyelesaikan masalah berkenaan   agar……………………………………………………………


Tampalkan rumusan lengkap anda ke dalam buku rumusan.

                                                 SEDIKIT TEGURAN UNTUK PELAJAR

Mohon pelajar berhati-hati semasa menulis isi tersurat terutamanya kerana berdasarkan dapatan saya semasa menyemak latihan rumusan di atas, kebanyakan pelajar menyenaraikan isi yang tidak cukup. Antara faktornya , semasa memilih isi pelajar adakalanya pelajar leka dengan anggapan bahawa isi untuk ayat majmuk membawa dua isi  sedangkan isi berkenaan dianggap sebagai satu isi sahaja. Oleh sebab itu, utamakan isi ayat tunggal kerana sudah pasti isi berkenaan memang membawa dua markah. Selain itu mungkin, pengaruh pengisiaan isi pada tempat kosong saya sediakan di atas menyebabkan pelajar menyenaraikan ayat majmuk saya sediakan. Mohon pelajar bertanya dan meminta penjelasan kepada saya situasi yang saya perkatakan di atas jika tidak faham. Namun pada kelas hari ini, 23/1/2018 saya telah memaklumkan dan menjelaskan situasi yang berlaku. Selepas ini, saya akan meminta pelajar membuat pembetulan, sekiranya ada isi yang tidak cukup sama ada untuk isi tersurat, mahupun isi tersirat. Hapap maklum.


Latihan pengukuhan:-

Soalan Petikan umum ( Untuk pelajar tingkatan 5 Sains sahaja, sila jawab)

Soalan  2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1,  jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

   (i)    Berikan maksud rangkai kata semakin serius.                                            [2 markah]

…………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………….


  (ii)    Pengarang mengemukakan beberapa cara menangani masalah pembuangan          
sampah yang tidak terkawal.

          Nyatakan cara-cara tersebut.                                                                       [3 markah]

………………………………………………………………………………………………………...

………………………………………………………………………………………………………...

…………………………………………………….......................................................................

SEDIKIT TEGURAN UNTUK PELAJAR


  (iii)  Kerajaan mengadakan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap hari Sabtu. Pada              pendapat anda, bagaimanakah kempen ini dapat dijayakan dengan lebih berkesan?


         Berikan tiga cara.                                                                                          [4 markah]

…………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………...

………………………………………………………………………………………………………


MOHON KERJASAMA ANDA MENYIAPKAN LATIHAN DI ATAS
SEPANJANG KETIADAAN SAYA PADA HARI RABU ( 17 JANUARI 2018).
PELAJAR SMK SERI LONDANG EXCELLENT

CADANGAN JAWAPAN

CADANGAN PENGENALAN:-

i)        Petikan memperkatakan punca-punca/sebab-sebab/ berlakunya longgokan sampah di negara kita/ di Malaysia.

ii)      Rumusan membincangkan punca-punca/ sebab-sebab berlakunya longgokan sampah dan kesan-kesan longgokan sampah.

ISI TERSURAT TERDAPAT DALAM PETIKAN:- ( ISI BERWARNA KUNING)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor berlakunya longgokan sampah dan kesan-kesan longgokan sampah. Panjangnya rumusan hendaklah tidak  melebihi 120 patah perkataan.

Secara purata, setiap rakyat Malaysia membuang dua kilogram sampah sehari. Kira-kira 45 peratus daripada sampah tersebut ialah sisa makanan, 25 peratus plastik dan 30 peratus bahan-bahan lain. Hal ini bererti hampir setengah daripada jumlah sampah di negara kita terdiri daripada sisa makanan. Keadaan ini disebabkan oleh sikap kebanyakan rakyat Malaysia yang suka membeli makanan mengikut nafsu, bukan mengikut keperluan. Sampah terhasil apabila isi rumah membuang apa-apa yang tidak perlukan oleh mereka. Apabila sistem kutipan sampah tidak sempurna, sampah mula bertimbun di tempat sendiri.

  Terdapat  orang ramai yang gagal menguruskan sampah mereka dan tidak melupuskannya mengikut cara yang betul, sehingga menyebabkan berlakunya longgokan sampah. Selain itu, amalan penggunaan pinggan mangkuk dan bungkusan pakai buang seperti polisterina dan beg plastik yang semakin berleluasa pada masa ini turut menjadi penyumbang kepada longgokan sampah sarap. Oleh itu, kerajaan seharusnya menguatkuasakan larangan penggunaan polisterina dan beg plastik kerana penguraiannya memakan masa yang sangat lama. Selain itu, terdapat juga sesetengah barangan dibungkus secara berlebih-lebihan untuk menarik minat pengguna. Namun demikian, tanpa disedari bahan pembungkusan barangan yang dibuang begitu sahaja boleh menyebabkan timbunan sampah semakin bertambah. Masalah tersebut menjadi semakin serius apabila terdapat pihak yang dipertanggungjawab untuk mengutip dan melupuskan sampah tidak menjalankan tugas secara berkesan.

  Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan bahawa sikap pembaziran dalam kalangan rakyat Malaysia semakin menjadi-jadi khususnya semasa musim perayaan. Masyarakat kita yang gemar membeli barangan baharu dan membuang barangan lama menjadikan masalah longgokan sampah tiada penyelesaiannya. Perkara ini tidak akan berlaku jika amalan kitar semula dilaksanakan dalam kalangan rakyat. Malangnya, amalan kitar semula di negara kita kurang mendapat sambutan. Keadaan ini diburukkan lagi apabila tempat pengumpulan bahan kitar semula yang ada di seluruh negara tidak mencukupi. Seharusnya, tong kitar semula disediakan di banyak tempat dan ada pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskannya secara berkesan.

Di samping itu, sikap masyarakat yang tidak ada kesedaran akan pentingnya menjaga alam sekitar dengan membuang bahan buangan domestik sewenang-wenangnya turut menyebabkan masalah longgokan sampah yang tidak terkawal.   Contohnya, penggunaan lampin pakai buang yang menjadi gaya hidup masyarakat moden pada hari ini telah menambahkan lagi masalah longgokan sampah. Seharusnya, penggunaan lampin bayi jenis kain yang boleh dicuci menjadi pilihan kerana lampin pakai buang amat sukar untuk dilupuskan. Sehubungan dengan itu, masyarakat perlu segera beralih kepada penggunaan bahan mesra alam. Dalam hal ini, pendidikan memainkan peranan utama untuk melahirkan masyarakat pengguna yang bijak demi kesejahteraan hidup manusia.


CADANGAN ISI TERSIRAT: ( TIADA DALAM PETIKAN/ PERLUNYA MENCARI ISI DENGAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DENGAN MEMFOKUS KATA KUNCI ISI TERSIRAT - KESAN-KESAN LONGGOKAN SAMPAH )

  1. Pencemaran alam sekitar akan berlaku.
  2. Persekitaran akan menjadi kotor.
  3. Menimbulkan pencemaran bau.
  4. Pengguna atau masyarakat akan menghirup udara tercemar.
  5. Tempat pembuangan sampah akan menjadi tempat pembiakan nyamuk, lalat, dan seranggan perosak.
  6. Penyakit berjangkit akan mudah merebak.
  7. Pemandangan persekitaran akan terjejas.
  8. Ekonomi peniaga yang bernaiaga berhampiran tempat pembuangan sampah akan terjejas.
  9. Imej negara akan terjejas.
CADANGAN PERENGGAN PENUTUP RUMUSAN:-


Kesimpulannya, pihak  Majlis Daerah dan Kerajaan Tempatan perlu bertindak mengatasi masalah longgokan sampah agar kehidupan masyarakat terjamin.


PASTIKAN RUMUSAN YANG ANDA HASILKAN MANTAP DAN CEMERLANG


4 ulasan:

Unknown berkata...

Saya nak buat latihan boleh

Tanpa Nama berkata...

Mohon izin untuk share

Nadwa Hussain berkata...

mohon izin cikgu untuk saya guna latihan ini. terima kasih. moga ALLAH permudahkan urusan cikgu dunia akhirat.

Tanpa Nama berkata...

mohon izin cikgu untuk saya guna latihan ini. terima kasih cikgu.