Sinopsis Bab demi Bab
Sipnopsis bab demi Bab sangat penting, di samping pelajar Ting 5 Sains SMK Seri Londang perlu membaca keseluruhan Novel Songket Berbenang Emas untuk memahami novel berkenaan secara keseluruhan. Apabila pelajar faham, pelajar akan tahu tema, persoalan, watak perwatakan setiap watak dalam novel berkenaan, plot novel ( permulaan, perkembangan, klimaks, dan peleraian), teknik plot, latar ( Latar tempat, latar masa, dan latar masyarakat), gaya bahasa, nilai dan pengajaran.
Diharapkan tempoh masa selama dua minggu untuk pelajar membaca novel dan melengkapkan sinopsis bab demi bab novel akan membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Mohon pelajar menjalankan tanggungjawab berkenaan dan sebagai memudahkan pelajar, saya selitkan sinopsis bab demi bab, tema dan persoalan seperti di bawah.
Bab
|
Sinopsis
|
1
|
Dahlia dan rakan-rakannya,
Siti Wangi dan Kavita menjalani latihan bola jaring di sekolah. Mereka juga merupakan kumpulan pelajar yang
akan menghadapi Peperiksaan STPM tidak lama lagi. Azhari, datang ke sekolah untuk berjumpa
dengan Dahlia dan menyatakan hasratnya untuk merisik Dahlia.
|
2
|
Azhari menghantar
Dahlia balik ke kampung. Kepulangannya
disambut dengan tangisan Anggerik.
Melati memberitahu bahawa ibu mereka telah lama keluar tetapi masih
belum pulang ke rumah. Dahlia keluar mencari emaknya yang berpenyakit kerana
sering berjalan dan bercakap sendirian sehingga tidak dapat mengawal diri
sendiri. Dahlia menjumpai ibunya di
kebun getah. Apabila diajak pulang ke
rumah, ibunya tidak mahu sehinggalah bapanya datang memujuk. Saleha lari dan mereka terpaksa meminta
orang kampung membantu mencari Saleha.
|
3
|
Nek Kiah memarahi
Embong apabila melihat Saleha diikat. Haji
Sulaiman dan beberapa orang pembantu dari Hospital Batu Pahat datang ke rumah
Embong untuk membawa Saleha. Walaupun
pada awalnya, Embong tidak rela, tetapi untuk mengubati Saleha, dia
mengizinkan Saleha dibawa ke hospital.
Dahlia, Kiambang dan Melati turut bersedih dan keberatan ibu mereka
dibawa pergi.
|
4
|
Pemergian Saleha
menyebabkan suasana bungkam. Dahlia
menyelesaikan kerja-kerja di rumah sambil membimbing adik-adiknya
belajar. Dahlia lebih merisaukan keadaan di rumahnya sekiranya dia balik ke
asrama. Namun, Embong memujuknya untuk
kembali bersekolah. Embong teringat peristiwa Saleha mengadu tentang
perasaannya yang sering terganggu oleh suara yang pelik-pelik.
|
5
|
Dahlia lewat tiba
di asrama. Cikgu Salwani menegur dan
bertanyakan masalah yang dihadapi, namun Dahlia hanya mendiamkan diri. Pada petang tersebut, Dahlia ke Hospital
Batu Pahat untuk bertemu dengan ibunya tetapi diberitahu oleh Haji Sulaiman
bahawa ibunya telah dihantar ke Taman Bahagia.
|
6
|
Haji Sulaiman
memberitahu Embong bahawa Saleha telah dihantar ke Taman Bahagia. Nek Kiah berterusan menyalahkan keluarga
Embong yang menyebabkan Saleha sakit.
Dahlia gagal menyelamatkan Said, anak Aton yang lemas di sungai.
|
7
|
Dahlia terlalu
sedih kerana tidak dapat menyelamatkan Said.
Aton menuduh Embong dan Dahlia memang ingin supaya anaknya mati. Orang kampung juga menyebarkan berita yang
sama. Namun, Tauke Lim memuji mereka
anak beranak. Semasa memotong kelapa
sawit di Parit Haji Kadir, Embong dibelit ular sawa tetapi dia dapat
menyelamatkan diri.
|
8
|
Semasa berehat dan
tertidur di biliknya, Dahlia bermimpi dibelit ular sawa. Terdapat kesan cekikan di lehernya. Hal ini menghairankannya. Melati menyatakan hasratnya ingin berhenti
sekolah untuk menjaga Anggerik tetapi dihalang oleh Dahlia. Embong sampai di rumah dengan membawa ular
yang telah dibunuhnya. Dahlia menjerit
ketakutan dan menangis apabila melihat ular tersebut. Hal ini
menghairankan Embong. Dahlia
menceritakan mimpi yang dialaminya kepada Embong.
|
9
|
Najib dan Kavita
mengunjungi rumah Dahlia. Mereka
berasa sayu akan kedaifan keluarga Dahlia.
Anggerik yang masih sakit dibawa dengan kereta Najib ke hospital. Seman, bapa saudara Dahlia balik ke kampung
menziarahi Nek Kiah. Seman memujuk Nek
Kiah supaya menjual tanah dan rumah yang didiami oleh Embong dan keluarganya.
|
10
|
Cikgu Salwani memarahi
Dahlia yang tidak tinggal di asrama lagi dan sering lewat sampai ke
sekolah. Dia tidak mahu memberitahu
masalahnya kerana akan melibatkan nama baik ibunya kepada Cikgu Salwani. Dia juga mahu menjaga adik-adiknya. Dengan perasaan sedih, Dahlia mengambil
keputusan untuk keluar dari asrama.
Cikgu Hisyam berjumpa dengan Dahlia setelah Kavita menceritakan hal
Dahlia kepadanya. Beliau menasihatkan
Dahlia terus tinggal di asrama agar pelajarannya tidak terganggu dan
cemerlang dalam STPM nanti.
|
11
|
Abu Bakar, adik
Dahlia tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri sendiri dan sering
keluar berpeleseran dengan kawan-kawannya.
Walaupun kerap diimarahi oleh Embong, dia tetap dengan perangainya dan
tidak mahu membantu adik-adik yang lain.
Mawar yang tinggal di asrama penuh kembali ke rumah kerana rindu akan
ibunya dan ingin berjumpa dengannya.
Dia tercari-cari ibunya tetapi tidak ditemuinya. Embong tidak memberitahunya tentang keadaan
Saleha dan menyuruh Mawar bertanyakan Dahlia.
|
12
|
Dahlia melawat
ibunya di Taman Bahagia. Doktor
memberitahu Dahlia bahawa penyakit ibunya pada tahap bahaya. Semasa di hospital, Dahlia bertemu dengan
Azhari yang bertugas sementara di situ.
Dahlia berasa sedih kerana Saleha tidak mengenalinya. Kesihatan Saleha bertambah menurun.
|
13
|
Azhari menghantar
Dahlia balik ke rumahnya. Embong
bertanyakan keadaan Saleha. Oleh sebab
memikirkan Mawar akan mengambil SRP pada bulan September nanti, Dahlia
menyatakan bahawa ibunya sihat. Namun
dia tidak sanggup menipu ayahnya. Pada
malamnya, Dahlia memberitahu keadaan sebenar Saleha kepada Embong. Semasa berbual-bual, sesuatu telah berlaku
kepada kambing peliharaannya. Embong
keluar dan menuju ke kandang kambingnya.
|
14
|
Tauke Lim sentiasa
membantu keluarga Embong. Tauke Lim membenarkan
mereka berhutang barang-barang keperluan di kedainya. Tauke Lim datang ke rumah Embong untuk
membeli kambing peliharaannya. Namun,
Embong memberitahu bahawa kambingnya telah hilang dicuri orang. Azhari ingin membawa keluarganya untuk
merisik Dahlia. Dahlia keberatan dan
meminta Azhari menangguhkan hasratnya.
Dia bimbang keluarga Azhari tidak akan memerimanya setelah melihat
keadaan sebenar keluarganya. Embong
memanggil Dahlia dan memberitahu bahawa kawan Dahlia datang ke rumah.
|
15
|
Keluarga Azhari
datang untuk merisik Dahlia. Embong menerima baik kedatangan keluarga Azhari
kerana mereka begitu menyenangi Dahlia dan merestui perhubungan ini. Embong
juga menyuarakan kehendak Dahlia yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat
universiti dan bekerja untuk membantu keluarga. Keluarga Azhari tidak membantah
malahan menyokong keinginan Dahlia untuk menyambung pelajaran. Perasaan
Azhari menjadi tenang kerana keluarga Dahlia menerimanya sebagai calon
menantu. Selepas Azhari dan keluarganya beredar, Embong bertanyakan Dahlia
sama ada keluarga Azhari mengetahui tentang keadaan Saleha yang boleh
menyebabkan ikatan ini terputus. Perasaan Embong masih berbaur antara gembira
ataupun sedih selepas anaknya disunting orang. Embong terbawa-bawa dengan
perasaannya dan mengingati Saleha yang masih ditahan di Taman Bahagia, Johor
Bahru. Embong yang merasakan dirinya telah lewat ke masjid, tergesa-gesa
untuk bersiap. Embong menuju ke bilik air tetapi seekor ular telah mematuk
pahanya.
|
16
|
Dahlia menasihati
Mawar agar meneruskan persekolahan dan tugas menjaga keluarga adalah tugasnya
sebagai anak sulung dalam keluarga. Dahlia berjaya menyakinkan Mawar supaya
menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajarannya kerana dia pernah berjanji
dengan emak mereka untuk mendapatkan keputusan cemerlang. Tambahan pula Mawar
adalah murid sekolah berasrama penuh. Keluarga mereka menghadapi pelbagai
masalah, iaitu emak dan adik sakit, kambing hilang dan abah dipatuk ular.
Dahlia mengambil iktibar daripada kisah Nabi Ibrahim yang tabah dalam
menghadapi ujian daripada Allah. Sewaktu melawat abahnya di Hospital Batu
Pahat, Dahlia terserempak dengan Kavita dan Cikgu Hisyam yang menghantar Siti
Wangi yang pengsan sewaktu berlatih bola jaring. Cikgu Hisyam meminta Kavita
menolong memfotostat nota-nota pelajaran sepanjang ketiadaan Dahlia di sekolah.
Dahlia terkenangkan pesanan abahnya yang meminta dia menjaga adik-adik di
rumah dan menggunakan wang simpanannya sebanyak RM60.00 sebagai belanja
sekolah. Kedatangan Nek Siah dan Seman ke hospital telah membawa berita yang
mengejutkan, iaitu mereka mahu menjual tanah dan rumah yang didiami oleh
Dahlia dan keluarganya.
|
17
|
Walaupun terbeban
dengan pelbagai urusan, Dahlia tetap mencuri masa untuk mentelaah
pelajarannya. Kemunculan Abu Bakar telah mengejutkan Dahia. Dahlia telah
memberitahu Abu Bakar bahawa emak dan abah mereka telah dimasukkan ke
hospital tetapi tidak diendahkan oleh Abu Bakar. Tanpa menunjukkan simpati
akan keadaan keluarganya, Abu Bakar meninggalkan rumah sekali lagi. Dahlia
memeriksa barang yang disembunyikan oleh Abu Bakar dan berjaya menemui wang
sebanyak RM120.00 yang disimpan dalam dompet. Azhari telah singgah di rumah
Dahlia dan mendapat khabar bahawa abah telah dimasukkan ke hospital. Azhari
singgah untuk mengambil pakaian emak Dahlia dan dalam masa yang sama
mendapatkan nombor wad abah Dahlia. Kedatangan Nek Kiah telah menyebabkan
Dahlia sakit hati dan geram kerana dia disindir selepas Nek Kiah terserempak
dengan Azhari. Sikap Nek Kiah yang beria-ia untuk menjual rumah mereka telah
menimbulkan kekecewaan kepada Dahlia. Ketamakan Seman turut mempengaruhi Nek
Kiah untuk menjual tanah itu walaupun emak dan abah Dahlia masih berada di
hospital.
|
18
|
Dahlia berasa
susah hati kerana kedua-dua ibu bapanya masih di hospital sedangkan mereka
memerlukan RM15000 untuk membayar Nek Kiah bagi menyelamatkan tanah dan rumah
mereka. Dahlia juga berasa serba salah sama ada meneruskan persekolahan atau
bekerja di kilang demi membantu keluarga. Semasa menunggu bas, Dahlia
didatangi oleh Tauke Lim. Tauke Lim menunjukkan keprihatinan dirinya dengan
mengambil berat akan keadaan yang menimpa keluarga Dahlia. Tauke Lim juga
menunjukkan kekecewaan dirinya terhadap sikap Nek Kiah dan Seman yang tidak
putus-putus menyusahkan Dahlia sekeluarga. Dahlia dinasihati oleh Tauke Lim
agar bertahan dan tidak berpindah dari rumahnya. Selain itu, Tauke Lim turut menawarkan
pertolongan kepada Dahlia. Pada mulanya Dahlia enggan untuk menerima
pertolongan tersebut tetapi bertukar fikiran selepas Tauke Lim memintanya
untuk mengajar karangan Bahasa Malaysia kepada anaknya Ann yang akan
mengambil peperiksaan SRP. Perihal Bakar yang tidak habis belajar dan malas
bekerja turut diperkatakan oleh Tauke Lim. Perbualan mereka terhenti kerana
terdapat sebuah kereta yang tiba-tiba berhenti dan penumpangnya telah
melaungkan nama Dahlia.
|
19
|
Cikgu Hisyam dan
Kavita telah memujuk Dahlia agar kembali bersekolah tetapi Dahlia tidak mahu
mengabaikan adik-adiknya yang sangat memerlukan sokongan daripadanya. Selain
itu, Najib kawan baiknya turut datang melawatnya di rumah. Najib menawarkan
pertolongan kepada Dahlia untuk membayar harga tanah seperti yang diminta
oleh Nek Kiah. Dahlia enggan memberitahu hal sebenar kepada Najib kerana
tidak ingin mendedahkan bahawa orang yang ingin menjual tanah tersebut ialah
neneknya sendiri. Pada yang sama juga Azhari singgah di rumah Dahlia.
Perasaan Azhari tidak senang kerana tetamu Dahlia ialah seorang lelaki. Najib
yang sudah lama berkawan dengan Dahlia bertanyakan Azhari tentang status
hubungannya dengan Dahlia. Azhari menyatakan bahawa Dahlia ialah bakal
isterinya dan selepas itu terus beredar dari situ. Nek Siah yang berada tidak
jauh dari rumah Dahlia telah datang dan memarahi Dahlia kerana membenarkan
Najib dan Azhari masuk ke rumah sedangkan ibu bapanya tiada di rumah.
|
20
|
Embong telah
dibenarkan pulang ke rumah setelah dimasukkan ke wad selama beberapa hari.
Tauke Lim mengunjungi Embong di rumah dan menceritakan tentang tanah yang
ingin dijual oleh Nek Kiah dan Seman. Nek Kiah yang tidak menyedari
kepulangan Embong telah datang ke rumah dan memarahi Dahlia. Nek Kiah tergesa-gesa
pulang setelah mendapati Embong naik berang. Embong menasihatkan Dahlia
supaya menyambung pelajaran semula dan menyerahkan segala masalah keluarga
mereka kepadanya untuk diselesaikan. Embong berasa terharu kerana hanya Tauke
Lim sahaja yang datang menemuinya selepas dia keluar dari hospital. Malahan
Tauke Lim juga sanggup membantunya untuk menyelesaikan masalah tanah
tersebut.
|
21
|
Dahlia telah ke
balai raya untuk bergotong royong bagi menjayakan Majlis Maulidurrasul.
Dahlia berasa hairan kerana keadaan di balai raya lengang dan orang-orang
kampung tidak kelihatan seperti biasa. Haji Sulaiman meluahkan perasaan tidak
senangnya kepada Dahlia atas sikap orang kampung yang tidak hadir ke balai
raya untuk menyiapkan kenduri menyambut maulud nabi. Semasa Dahlia bekerja
seorang diri, Aton datang dan tanpa perasaan bersalah dia menyindir dan
mengata Dahlia sesuka hatinya. Malahan dia turut mempertikaikan kebaikan
Tauke Lim kepada keluarga Dahlia. Dahlia yang berasa malu telah beredar dari
situ. Abu Bakar yang menyaksikan peristiwa itu telah naik marah dan cuba
menerpa ke arah Aton tetapi sempat dihalang oleh Haji Sulaiman. Kepulangan
Dahlia ke rumah dan diikuti oleh Abu Bakar telah menimbulkan kehairanan
kepada Embong. Embong berasa lebih hairan kerana Abu Bakar yang tidak
mempedulikan keluarga beria-ia memujuk Dahlia yang sedih kerana kata-kata
Aton di balai raya. Abu Bakar berasa bersalah kerana selama ini dia telah
mengabaikan keluarganya. Akhirnya Abu Bakar mengaku bahawa dialah yang
menjualkan kambing abahnya.
|
22
|
Abu Bakar berasa
kesal kerana telah menjualkan kambing abahnya tetapi Dahlia cuba memujuk Abu
Bakar. Abu Bakar berasa insaf kerana selama ini dia telah mengabaikan
keluarganya demi kawan-kawan. Abu Bakar juga berjanji dengan Dahlia untuk berubah
dan akan mempertahankan tanah mereka daripada gangguan Nek Kiah. Dahlia
meluahkan rasa hairannya kepada Abu Bakar kerana dia tidak nampak kelibat Nek
Kiah pada pagi itu. Abu Bakar tidak mempedulikan perkara itu sebaliknya sibuk
berkemas di sekeliling rumah mereka. Semasa membersihkan bawah rumah, Abu
Bakar telah menjumpai sesuatu yang mengejutkan, iaitu dua biji telur yang
berwarna hitam. Telur hitam yang dipecahkan itu mengandungi jarum peniti,
cincin akek, butiran pasir dan dua bilah paku. Abu Bakar menerangkan bahawa
ada orang yang dengki akan keluarga mereka tetapi Dahlia tidak mempercayai
perkara syirik dan menyuruh Abu Bakar tidak menyimpan perasaan dendam. Dahlia
menjenguk keadaan Nek Kiah di rumahnya tetapi niat baik Dahlia itu dibalas
dengan kata-kata kesat.
|
23
|
Dahlia kembali
bersekolah dan dia berasa gembira kerana kawan-kawan masih mengingati
dirinya. Kavita telah memberitahu Dahlia bahawa Najib akan membawa
keluarganya berkunjung ke rumah Dahlia. Dahlia berasa tertekan kerana Najib
dan Azhari hanya mementingkan diri mereka sahaja. Dahlia meminta Kavita
menyampaikan pesanan kepada Najib bahawa dia sudah bertunang dan hanya
menganggap Najib sebagai sahabat baiknya sahaja. Dahlia berasa bersemangat
untuk belajar kerana guru dan kawan-kawan sentiasa memberikan sokongan
kepadanya. Dahlia yang baru pulang dari sekolah berasa terperanjat kerana
terdapat van putih di hadapan rumahnya. Embong yang menyedari kepulangan
Dahlia telah menggesa Dahlia naik ke rumah. Dahlia berasa gembira kerana
ibunya telah pulang ke rumah. Belum sempat Dahlia bermesra dengan ibunya,
Embong memanggil Dahlia kerana Azhari ingin berjumpa dengannya. Azhari
bertanyakan tentang Najib dan Dahlia meminta Azhari sendiri yang memikirkan
jawapannya. Dahlia yang bimbangkan keadaan Nek Kiah telah ke rumah neneknya
dan memanggil nama orang tua itu tetapi tiada jawapan. Azahari menolong
menolak pintu dan Dahlia mendapati bahawa neneknya tidak sedarkan diri.
|
24
|
Nek Kiah
dimasukkan ke hospital. Setelah dua hari di hospital, dia dibenarkan pulang,
Nek Kiah dibawa ke rumah Dahlia dan mereka sekeluarga menjaga Nek Kiah yang
masih sakit. Nek Kiah berasa terharu kerana Dahlia dan adik-adiknya yang
menjaga Nek Kiah semenjak dia jatuh sakit. Hujan yang tidak henti-henti turun
telah menyebabkan banjir. Tiang dapur rumah mereka runtuh dan menimpa
Kiambang tetapi nasibnya baik kerana hanya lebam-lebam sahaja. Mereka
sekeluarga telah dipindahkan ke balai raya dengan bot. Semasa di pusat
pemindahan, Dahlia dan ibunya menolong menyediakan makanan untuk mangsa
banjir.
|
25
|
Dahlia tidak dapat
mengulang kaji pelajaran kerana keadaan di pusat pemindahan yang begitu sesak
dan tidak selesa. Embong memberitahu Dahlia bahawa rumah mereka telah roboh
tetapi Dahlia dapat menerimanya. Selepas empat hari barulah air surut. En
Daim, iaitu wakil Ahli Parlimen Seri Gading sering menjenguk mangsa banjir
untuk melihat keadaan mereka. Dia yang pernah menjadi guru kepada Dahlia
telah memuji Dahlia kerana rajin mengulang kaji pelajaran walaupun tempat itu
tidak selesa. Tebing sungai yang pecah telah dibaiki dan jambatan yang
dihanyutkan air akan digantikan dengan yang baru. Haji Sulaiman telah
menyampaikan ucapan dan meminta orang-orang kampung agar bekerjasama dan
bantu membantu antara satu sama lain. Hasil ucapan Haji Sulaiman itu
orang-orang kampung telah datang untuk membina semula rumah Dahlia.
|
26
|
Peperiksaan STPM
semakin hampir dan Dahlia sudah bersedia, Dia juga membuat keputusan untuk
tinggal di asrama kerana bimbang dirinya terlewat ke tempat peperiksaan. Cikgu
Salwani mengalu-alukan keputusan Dahlia untuk tinggal di asrama. Azhari dan
keluarganya datang ke rumah Dahlia untuk bertanyakan keputusan keluarga
Dahlia tentang perhubungan mereka. Akhirnya persetujuan diambil, iaitu mereka
akan ditunangkan selepas Dahlia tamat peperiksaan STPM. Kavita bertanyakan
Dahlia tentang pelawaan yang dibuat oleh Najib sebelum ini tetapi Dahlia
menolak permintaan itu dengan memberitahu bahawa dirinya sudah dimiliki oleh
orang lain,
|
27
|
Dahlia menunggu
kedatangan Azhari untuk membeli cincin pertunangan dan pada masa yang sama
dia masih mempertimbangkan keinginan dirinya yang mahu menyambung pelajaran
ke universiti dan bekerja untuk membantu keluarga. Sewaktu menunggu
kedatangan keluarga Azhari, rumah Dahlia didatangi oleh Cikgu Daim yang
membawa khabar gembira, iaitu Dahlia terpilih untuk menyambung pelajaran ke
Jepun. Dahlia berasa amat gembira dan keluarganya menyokong. Namun begitu
pendaftaran untuk kursus ini sehari selepas tarikh pertunangannya. Azhari
yang baru sampai telah terdengar berita itu dan dia terpaksa merestui
pemergian Dahlia kerana sudah berjanji semasa merisik dahulu.
|
28
|
Majlis pertunangan
Dahlia akan diadakan mengikut tarikh yang dirancang. Hubungan antara Nek Kiah
dan Dahlia bertambah erat. Nek Kiah menerangkan kepada Dahlia berkenaan
falsafah tepak sirih kepada Dahlia. Selain itu, pengertian bagi setiap
kandungan dalam tepak sirih turut diceritakan oleh Nek Kiah kepada Dahlia.
Suasana di rumah Dahlia semakin riuh dengan kedatangan saudara mara dekat dan
jauh. Dahlia hanya bersiap secara ringkas sahaja dan dalam yang sama dia
berasa sedih kerana pada petangnya dia akan berangkat ke Kuala Lumpur. Nek
Kiah telah menghadiahkan gelang pusakanya kepada Dahlia. Cikgu Hisyam, Kavita
dan Siti Wangi datang memeriahkan majlis pertunangan Dahlia. Berita Dahlia
mendapat tawaran ke Jepun turut diketahui oleh mereka. Bas Dahlia akan
bertolak pada pukul 5,00 petang tetapi rombongan Azhari yang berjanji datang
pada pukul 2.00 masih belum kelihatan sedangkan waktu sudah menginjak pukul
3.45 petang. Embong menyuruh Dahlia bersiap kerana khuatir dia ketinggalan
bas. Dahlia bersalaman dengan ahli keluarga dan tetamu yang datang. Dia
berasa sedih kerana akan meninggalkan mereka. Haji Sulaiman menyerahkan
sumbangan orang kampung sebanyak RM500.00. Dahlia bernasib baik kerana sempat
sampai ke stesen bas. Tiba-tiba Azhari muncul dan mereka sempat mengucapkan
selamat tinggal. Dahlia membaca kad kiriman Najib yang disampaikan melalui
Kavita. Azhari menghadiahkan songket merah berbenang emas kepada Dahlia atas
kejayaannya. Azhari menghadiahkan Dahlia songket supaya Dahlia sentiasa
mengingati asal usulnya sebagai orang Melayu.
|
SINOPSIS KESELURUHAN
Cerita Songket Berbenang Emas mengisahkan kegigihan
Dahlia yang memegang peranan sebagai pelajar dan anak sulung dalam keluarga
Embong yang menghadapi kesusahan yang bertimpa-timpa. Dahlia merupakan seorang pelajar yang
cemerlang dan disukai oleh rakan-rakannya.
Namun, akibat masalah keluarga yang dihadapi, tumpuannya terhadap
pelajaran terganggu. Setelah ibunya
dimasukkan ke Taman Bahagia, Dahlia terpaksa menjaga adik-adiknya di rumah dan
menyebabkan dia sering lewat ke sekolah.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar terus dari asrama. Masalahnya bertambah apabila difitnah oleh
Aton yang melihatnya dihantar balik oleh Azhari dan dituduh membunuh Said yang
tidak dapat diselamatkan semasa lemas di sungai. Keluarga mereka diuji lagi apabila Embong
sebagai ketua keluarga dipatuk ular tedung dan dirawat di hospital selama
beberapa hari. Segala beban tugas rumah
tangga terpaksa dipikul oleh Dahlia tanpa meninggalkan tugasnya sebagai seorang
pelajar. Dahlia tetap tabah menghadapi
semua dugaan yang dihadapinya. Adiknya,
Abu Bakar telah menjumpai dua biji telur ayam yang berwarna hitam mengandungi
paku, cincin akek, butiran pasir dan jarum semasa membersihkan kawasan di bawah
rumah mereka. Selepas peristiwa tersebut, Saleha beransur baik dan dibenarkan
keluar dari hospital. Azhari telah
menghantarnya balik ke rumah. Nek Kiah
tidak lagi membenci dan menghina keluarga Dahlia. Pertolongan Dahlia sekeluarga
semasa dirinya terlantar sakit telah menimbulkan keinsafan kepada Nek Kiah. Sepanjang
menghadapi permasalahan, Dahlia dapat menangani semua itu dengan jayanya dan memperoleh
hasil seperti yang diinginkannya. Dahlia
terpilih sebagai seorang daripada pelajar yang akan dihantar melanjutkan
pelajaran ke Jepun. Dahlia juga selamat
ditunangkan dengan Azhari, lelaki pilihan hatinya. Cerita berakhir dengan
kegembiraan apabila mereka sekeluarga dapat berkumpul semula dan Saleha sudah
sembuh daripada penyakitnya.
TEMA
Ketabahan seorang
gadis dalam mengharungi liku-liku hidup yang penuh cabaran. Dahlia sebagai anak sulung dalam keluarganya
terpaksa memikul tanggungjawab untuk membantu ayahnya menguruskan rumahtangga
setelah ibunya, Saleha, dihantar ke Taman Bahagia. Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk
menjaga adik-adiknya, Melati, Kiambang dan Anggerik. Satu persatu masalah yang menimpa
Dahlia. Dia difitnah oleh jirannya,
Aton. Anggerik mengalami demam yang
berpanjangan. Ayahnya dipatuk ular
tedung dan terpaksa dirawat beberapa hari di hospital. Namun, dalam menjalankan tanggungjawabnya,
Dahlia tidak pernah melupakan impiannya untuk menjadi pelajar yang cemerlang
dalam STPM.
Sebagai cadangan jawapan soalan 4 (a), Pelajar boleh memilih sama ada menjawab kajian Novel Jendela Menghadap Jalan ( Tingkatan 4) atau Novel Songket Berbenang Emas ( Tingkatan 5) seperti di atas.
Contoh Soalan dan jawapan 4 (b), Kajian dua novel yang anda kaji.
Selain itu, Lili juga cekal berusaha untuk menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh jiran datuknya, Che Jah yang selalu dipukul dan dicemuh oleh suaminya, Seman. Akhirnya, atas inisiatif Lili ,bantuan Kak Mimah serta pengakuan Che Jah bahawa suaminya mencuri kubah surau kampung, Seman berjaya ditangkap dan akan didakwa di mahkamah atas perbuatan kejamnya itu
Sementara itu, Novel Songket Berbenang Emas juga memaparkan tema kegigihan seorang gadis dalam mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupannya. Contohnya, watak utama novel ini iaitu Dahlia gigih menghadapi ujian dalam hidupnya serta tidak pernah mengalah dengan nasib malang yang menimpa diri dan keluarganya. Sebaliknya dia berusaha untuk menempuh semua ujian tersebut dengan semangat yang kental. Dahlia gigih menghadapi dugaan apabila ibunya, Saleha terpaksa dihantar ke hospital Batu Pahat, kemudian dipindahkan ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk menjalani rawatan pemulihan akibat menghadapi penyakit kemurungan.
Selain itu, Dahlia juga sabar menghadapi sikap prejudis neneknya, Nek Kiah terhadap mereka sekeluarga dengan tenang. Dahlia juga mendepani cacian dan tohmahan Aton yang menuduhnya membunuh Said dan menggelarnya perempuan murahan serta kenalan ramai lelakinya.
Contoh, soalan dan jawapan soalan bahagian 4 (a), Kajian berdasarkan satu novel yang dikaji.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan tema novel tersebut. ( 7 markah)
JENDELA MENGHADAP JALAN
Berdasarkan novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin, pengarang memaparkan tema kecekalan seorang gadis dalam menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.
Tema ini terbukti apabila Lili sebagai watak utama cekal menghadapi kerenah ibunya yang menyuruh dia menghabiskan cuti persekolahan di Kampung Sentosa, tempat kelahiran ibunya. Lili akur akan cadangan tersebut kerana dia amat menyayangi ibunya.
Selain itu, Lili juga cekal berusaha untuk menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh jiran datuknya, Che Jah yang selalu dipukul dan dicemuh oleh suaminya, Seman. Akhirnya, atas inisiatif Lili ,bantuan Kak Mimah serta pengakuan Che Jah bahawa suaminya mencuri kubah surau kampung, Seman berjaya ditangkap dan akan didakwa di mahkamah atas perbuatan kejamnya itu.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan tema novel tersebut. ( 7 markah)
SONGKET BERBENANG EMAS
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 pula Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip, pengarang memaparkan tema kegigihan seorang gadis dalam mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupannya.
Berdasarkan Novel Songket Berbenang Emas, gambaran kecekalan gadis dipaparkan melalui watak utama iaitu Dahlia. Sebagai seorang gadis yang sentiasa menghadapi nasib malang, beliau tetap gigih menghadapi ujian dalam hidupnya serta berusaha mengatasi masalah yang menimpa diri dan keluarganya dengan semangat yang kental. Contohnya,, Dahlia gigih menghadapi dugaan apabila ibunya, Saleha terpaksa dihantar ke hospital Batu Pahat, kemudian dipindahkan ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk menjalani rawatan pemulihan akibat menghadapi penyakit kemurungan.
Selain itu, kegigihan Dahlia yang seterusnya dapat dilihat apabila dia dapat menghadapi sikap prejudis neneknya, Nek Kiah terhadap mereka sekeluarga dengan matang dan tenang. Dahlia juga mendepani cacian dan tohmahan Aton yang menuduhnya membunuh Said dan menggelarnya perempuan murahan serta kenalan ramai lelakinya.
Sebagai cadangan jawapan soalan 4 (a), Pelajar boleh memilih sama ada menjawab kajian Novel Jendela Menghadap Jalan ( Tingkatan 4) atau Novel Songket Berbenang Emas ( Tingkatan 5) seperti di atas.
Contoh Soalan dan jawapan 4 (b), Kajian dua novel yang anda kaji.
Berdasarkan dua novel yang anda kaji, huraikan tema kedua-dua novel berkenaan.
Berdasarkan dua novel yang saya kaji, iaitu Novel Jendela Menghadap Jalan karya Rohani Matdirin( Tingkatan 4) dan Novel Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip, tema kedua-dua novel berkenaan mempunyai persamaan iaitu ketabahan seorang gadis dalam mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupan remaja mereka.
Saya berpendapat sedemikian kerana, watak utama Novel Jendela Menghadap Jalan iaitu Lili kerap menghadapi dugaan dalam kehidupannya sebagai seorang gadis remaja. Sebagai contoh Lili cekal menghadapi kerenah ibunya yang menyuruh dia menghabiskan cuti persekolahan di Kampung Sentosa, tempat kelahiran ibunya. Lili akur akan cadangan tersebut kerana dia amat menyayangi ibunya walaupun dia berhasrat untuk bersama-sama rakan-rakan pada saat terakhir alam persekolahannya.
Selain itu, Lili juga cekal berusaha untuk menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh jiran datuknya, Che Jah yang selalu dipukul dan dicemuh oleh suaminya, Seman. Akhirnya, atas inisiatif Lili ,bantuan Kak Mimah serta pengakuan Che Jah bahawa suaminya mencuri kubah surau kampung, Seman berjaya ditangkap dan akan didakwa di mahkamah atas perbuatan kejamnya itu
Sementara itu, Novel Songket Berbenang Emas juga memaparkan tema kegigihan seorang gadis dalam mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupannya. Contohnya, watak utama novel ini iaitu Dahlia gigih menghadapi ujian dalam hidupnya serta tidak pernah mengalah dengan nasib malang yang menimpa diri dan keluarganya. Sebaliknya dia berusaha untuk menempuh semua ujian tersebut dengan semangat yang kental. Dahlia gigih menghadapi dugaan apabila ibunya, Saleha terpaksa dihantar ke hospital Batu Pahat, kemudian dipindahkan ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk menjalani rawatan pemulihan akibat menghadapi penyakit kemurungan.
Selain itu, Dahlia juga sabar menghadapi sikap prejudis neneknya, Nek Kiah terhadap mereka sekeluarga dengan tenang. Dahlia juga mendepani cacian dan tohmahan Aton yang menuduhnya membunuh Said dan menggelarnya perempuan murahan serta kenalan ramai lelakinya.
PERSOALAN
Bil
|
Persoalan
|
Contoh
|
1
|
Kejayaan hasil daripada kegigihan dalam pelajaran
|
Dahlia tetap
mengutamakan pelajarannya dengan meminjam nota dan bertanyakan kepada Kavita
dan Siti Wangi walaupun terpaksa membantu ayahnya menguruskan rumah tangga
setelah ibunya di hantar ke hospital untuk menerima rawatan.
|
2
|
Kemiskinan dalam masyarakat kampung
|
Dalam dunia moden
hari ini, masih ada masyarakat kampung yang masih miskin dan memerlukan
bantuan untuk menjalani kehidupan.
Contohnya keluarga Embong yang masih miskin dan terpaksa berhutang
dengan Tauke Lim untuk membeli barang-barang keperluan harian.
|
3
|
Berani bertindak dalam menghadapi situasi yang bahaya
|
Embong berjaya
mengalahkan ular sawa yang cuba membelitnya sewaktu memotong kelapa sawit di ladang
|
4
|
Keinsafan selepas menyedari kesilapan diri
|
Nek Kiah akhirnya
insaf setelah Dahlia yang selama ini dibencinya telah menjaga dan merawatnya
ketika terlantar sakit. Begitu juga
dengan Abu Bakar yang selalu berpeleseran sehingga sanggup mencuri kambing
ayahnya kerana dia berubah sikap setelah ditempelak oleh rakan-rakannya sendiri.
|
5
|
Bantu membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang lain
|
Kavita membantu
Dahlia mengulang kaji pelajaran dengan memberikan nota pelajaran sepanjang
ketidakhadirannya ke sekolah. Najib
cuba menghulurkan bantuan kewangan semasa Nek Kiah beria-ria ingin menjual
tanahnya yang menjadi tempat tinggal Dahlia dan keluarganya.
|
6
|
Kepentingan ilmu bagi mengubah taraf hidup
|
Embong amat
mementingkan pelajaran dan sering menasihatkan anak-anaknya agar belajar
bersungguh-sungguh. Embong
mengharapkan anak-anaknya dapat mengubah taraf hidup keluarga setelah berjaya
dalam pelajaran mereka nanti.
|
7
|
Pengamalan ilmu hitam dalam kalangan masyarakat
|
Penemuan dua biji
telur ayam berwarna hitam yang berisi jarum, cincin akek, butiran pasir dan
dua batang paku oleh Abu Bakar di bawah rumah mereka menunjukkan bahawa
masyarakat masih mengamalkan ilmu hitam untuk menganiaya orang lain.
|
8
|
Bertanggungjawab dalam menjalankan tugas
|
Haji Sulaiman
telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua kampung dengan baik. Haji Sulaiman banyak membantu keluarga
Embong walaupun orang kampung menyisihkan mereka. Haji Sulaiman mencadangkan agar Saleha
dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
|
9
|
Semangat kejiranan walaupun berlainan bangsa
|
Tauke Lim banyak
membantu keluarga Embong yang sering menghadapi masalah kewangan. Tauke Lim membenarkan Embong berhutang di
kedainya. Tauke Lim juga menghulurkan
RM500 untuk Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun.
|
10
|
Pengekalan identiti bangsa dan jati diri
|
Azhari
menghadiahkan sepasang kain songket berbenang emas kepada Dahlia sebagai
tanda kenang-kenangan dan berpesan kepada Dahlia agar sentiasa mengingati
asal-usulnya sebagai orang Melayu
|
4 ulasan:
Terima kasih tuan.
Tq
mantap boleh ingat time exam esok doakan tuan
Terima kasih cikgu
Catat Ulasan