Jumaat, 13 Disember 2019

SOALAN LATIHAN 2 (C) PROSA TRADISIONAL - KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN LAHAT DATU, SARAWAK2016- LATIHAN DALAM CUTI PENGGAL AKHIR PERSEKOLAHAN TAHUN 2019


Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisonal
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah hari malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak dengan lembing perisai dan segala saudagar pun masing-masing berkawal pada kampungnya.

Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari orang berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke rumah seorang kaya. Maka dicurinya harta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali dan bini orang kaya-kaya itu dicabulinya. Maka ia pun kembali ke tempatnya.

Setelah hari pun siang maka orang kaya-kaya itu pun datang menghadap raja mengadukan halnya kecuriaan semalam itu. Maka baginda pun hairan serta bertitah pada Temenggung, “Hai Temenggung, tiadakah menyuruhkan orangnya berkawal tadi?”

Maka sembah Temenggung, “Daulat tuanku Syah Alam, patik menyuruh orang berkawal semalam tadi, seorang pun tak bertemu. Patik hamba itu pun hairanlah akan penjurit itu.”

Maka titah baginda, “Apatah sebabnya maka dapat dicurinya oleh penjurit itu?”

Maka baginda pun murka sedikit akan Temenggung. Maka baginda pun menyuruh memanggil Laksamana; Laksamana pun segera datang lalu duduk menyembah.

(Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan”,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

 Peringatan :
 Jawap mengikut kehendak soalan. Anda perlu :-
i)    Nyatakan maksud rangkai kata sahaja dan tidak perlu memberi ulasan.
ii)   Jawapan soalan ada di dalam teks dan anda tidak perlu memberi pendapat.
iii)   Soalan ini memerlukan anda menyatakan memberi pendapat kerana soalan ini soalan 
       KBAT.

(i)  Apakah maksud rangkai kata terlalu banyak dengan lembing perisai.
 [2 markah]

(ii) Orang kaya-kaya telah mengadu kepada raja bahawa rumah mereka kecurian  
     semalam.
 Nyatakan reaksi raja apabila mendengar aduan tersebut.
[3 markah]

(ii)  Sekiranya anda Temenggung, apakah tindakan-tindakan yang akan anda lakukan untuk  meredakan kemarahan raja?
[3 markah]


    Skema pemarkahan:-

(i) Maksud rangkai kata terlalu banyak dengan lembing perisai ialah
     - Senjata yang sangat banyak 2
                                                                                                        [Maksimum : 2 markah]
(ii) Orang kaya-kaya telah mengadu kepada raja bahawa rumah mereka kecurian
     semalam.
     Reaksi raja apabila mendengar aduan tersebut ialah:
    - raja berasa hairan 1
    - raja bertanya kepada Temenggung sama ada mereka berkawal atau tidak malam itu. 1
    - raja sedikit murka kepada Temenggung 1
    - raja menyuruh agar Laksamana dipanggil 1
                                                                                                          [Maksimum : 3 markah]
(iii) Sekiranya saya Temenggung, tindakan-tindakan yang akan saya lakukan untuk     
      meredakan  kemarahan raja ialah :
      - Saya akan menerangkan perkara sebenar kepada raja. 1
      - Saya akan membawa beberapa saksi yang mengetahui bahawa saya sudah  
        membuat kawalan. 1
      - Saya berjanji kepada raja untuk berusaha menyelesaikan masalah kecurian. 1
                                                                                                [Maksimum : 3 markah]
   Maaf soalan terdahulu saya padamkan kerana soalan berkenaan soalan ting. 5, dan anda tidak belajar lagi. Harap maaf.

Tiada ulasan: