Rabu, 18 Disember 2019

JAWAPAN SOALAN TATABAHASA DAN NOVEL SALAH SEORANG PELAJAR 4 SAINS. OLEH SEBAB JAWAPAN SOALAN INI DIBERI SEKALIGUS, SAYA SEMAK SEKALI DENGAN ULASAN.


JAWAPAN SOALAN TATABAHASA, NOVEL – NORFATIN BT. AZMI

Soalan 3a
i)>belot
Azmer belot dengan sebuah syarikat untuk kepentingannya sendiri . ( 1 markah )
  >belut
Belut yang ditangkat  ( kesalahan ejaan-sepatutnya ditangkap ) oleh Remi dilombong ( kesalahan kata sendi apabila bertemu kata tempat- sepatutnya di lombong )belakang rumahnya telah dijual kepada Pak Ali. ( 0 markah )

ii)>seloroh
Aiman sering seloroh  ( sepatutnya berseloroh- oleh sebab itu gunakan ayat cakap ajuk ) dengan anak-anak buahnya ketika berada di kampung. ( 1/2  markah )
   >seluruh
Seluruh barang perabut Cik Azhar telah rosak akibat bencana banjir tempoh hari. ( 1 markah ) 
iii)>cocok
Razi memang cocok dengan tunangnya Aliza yang akan berkhawin tidak lama lagi. ( 1 markah )
  >cucuk
Maisarah telah melarikan diri dan menyorok akibat takut kena cucuk ubat  (gugurkan kata ini ) oleh doktor. ( 1 markah )

Soalan 3b
i)  Minggu orentasi itu pelajar-pelajar sedang mengikuti. ( 0 markah )
    Sepatutnya, Sedang mengikuti minggu orientasi pelajar-pelajar itu.
ii) Untuk menjaga kesihatan amalkan permakanan yang seimbang. ( 1 markah )
iii)Pendapatan pekerja sektor awam setanding dengan pendapatan pekerja sektor swasta.
    ( 1 markah )
iv)Merempuh ke dalam kota pejuang-pejuang itu. ( 1 markah )
v)Sebekas kayu api yang diikat dengan seutas tali Tok Ali membawa pulang. ( 1 markah )
vi)Pesan pengetua kepada murid-murid,"untuk ( Huruh besar di permulaan ayat ) mencapai cita-cita yang diimpikan kamu,  ( tanda koma ) harus berusaha bersungguh-sungguh". ( 1/2 markah )

C) Soalan kesalahan ejaan & imbuhan
Kesalahan ejaan
i)lebuhraya -> lebuh raya ( 1 markah )
ii)Ramadan -> Ramadhan (  1markah )
iii)merbahaya -> membahaya ( 0 markah- sepatutnya berbahaya kerana bahaya tidak boleh melakukan perbuatan membahaya)

Kesalahan imbuhan
i)memperlebarkan -> melebarkan ( 1 markah )
ii)dikerjakan -> mengerjakan ( 1 markah )
iii)diancam -> terancam ( 1 markah )

d) Soalan kesalahan istilah & tatabahasa
Kesalahan istilah
i) kekayaan -> kemajuan ( 0 markah - sepatutnya kejayaan )
ii) melangkah -> melepasi ( 0 markah - sepatutnya menongkah/ melawan )
iii) ditemukan -> ditemui ( 1 markah )

Kesalahan tatabahasa
i) lain-lain syarikat -> syarikat lain ( 0 markah- sepatutnya syarikat-syarikat lain )
ii) yang disertai oleh kami -> yang kami sertai ( 1 markah )
iii) adalah -> ialah ( 1 markah )

e) mengisi tempat kosong dengan peribahasa

i)   Bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana muafakat. ( 1 markah )
ii)  Yang bulat tidak datang bergolek,yang pipih tidak datang melayang ( 1 markah )
iii) Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. ( 1 markah )

Novel (peristiwa)
   Berdasarkan Novel Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin yang telah saya kaji di tingkatan 4, terdapat beberapa peristiwa menarik yang berlaku dalam novel tersebut.
            Peristiwa yang pertama ialah peristiwa semangat setia kawan. Lili telah diculik dan disembunyikan disebuah ( kata sendi bertemu kata tempat, jarakkan ) pondok usang yang berada di kawasan hutan Kampung Sentosa. Lili diculik oleh dua orang budak yang bernama Rafiq dan Haziq. Namun bergitu ( kesalahan ejaan ) dengan adanya sikap tanggungjawab terhadap rakan di dalam diri Denal, dia telah mencari dan menjejaki Lili ,akhirnya Denal ( Denal )telah berjaya menyelamatkan Lili dan membawa ia pulang.  ( 1 markah ) Peristiwa ini telah mengajar saya bertapa pentingnya tanggungjawab sebagai seorang sahabat yang setia. Oleh itu,kita haruslah menghargai rakan yang sentiasa berada sewaktu kita susah dan senang. ( 1 markah )

            Selain itu, peristiwa seorang anak yang patuh akan kata-kata ibunya. Lili tidak mahu pulang ke kampung kerana ingin mengahabiskan hari cuti sekolahnya bersama rakan-rakannya, Akan tetapi, ibunya telah menyuruh dia pulang juga ke kampung dengan pelbagai alasan. Akibat Lili amat menyayangi ibunya dan takut untuk mengecewakan hati ibunya, dia terpaksa patuh akan arahan ibunya. ( 1 markah )

Peristiwa ini telah menarik minat saya kerana sifat kasih sayang Lili yang kuat akan ibunya dan tidak sanggup mengecewakan hati ibunya telah mendidik dirinya menjadi seorang anak yang patuh akan arahan ibu. ( 1 markah )

            Disamping itu, peristiwa keberanian seorang budak perempuan membantu rumahtangga yang bermasalah.Cih Jah sering dimarahi dan dipukul oleh lelakinya dan mempunyai pelbgai masalah di dalam rumahtangganya. Dengan sikap ingin membantu keluarga yang bermasalah, Lili telah memberi pendapat kepada Cih Jah agar Cih Jah membuat laporan polis tentang sikap lakinya yang sering mabuk dan suka memukulnya. ( 1 markah ) Peristiwa ini telah menarik minat saya tentang keberanian Lili yang mempunyai sikap ingin membantu rumahtangga Cih Jah yang berada dalam masalah. ( 1 markah )

Markah isi          = 4 markah
Markah bahasa  = 2 markah ( kerana kesalahan ejaan)
                           -----------
                               6 markah
                           -----------

Elakkan melakukan kesalahan ejaan semasa menjawab novel.

Tiada ulasan: