Sabtu, 7 Disember 2019

KATA TUGAS ATAU KATA SENDI ( FUNGSINYA)


Kata Tugas ( Kata Sendi )

1.4    KATA TUGAS
Perkara
Keterangan
Kata Tugas
Kata tugas merupakan kata yang tidak dapat berdiri sendiri tanpa mendapat bantuan daripada kata-kata lain. Pembahagian kata tugas bergantung pada tugas sesuatu kata itu dalam sesuatu ayat. Umumnya kata tugas dapat dibahagikan kepada sepuluh jenis seperti yang disenaraikan di bawah.


Jenis Kata Tugas

1. Kata Sendi Nama
2.  Kata Hubung
3. Kata Tanya
4. Kata Seru
5.  Kata Arah
5. Kata Bantu
6. Kata Nafi
7.  Kata Penegas
8. Kata Pemeri
9. Kata Penguat


1.4.1
Kata Tugas
Keterangan
Kata Sendi Nama
Kata sendi bertugas sebagai sendi yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain dalam sesuatu ayat dan hadir di hadapan farasa nama. Antara kata-kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu ialah:-
Kata-kata Sendi Nama
Kata-kata sendi nama yang terdapat dalam bahasa Melayu:-

di
ke
dari
daripada
pada
kepada
bagi
demi
tentang
seperti
bagai
umpama
sejak
terhadap
akan
oleh
hingga
sampai
antara
untuk
dengan
dalam

Panduan atau fungsi kata sendi di atas dalam bahasa Melayu:-
1.4.1.1

Kata Sendi
Fungsinya
di
Digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempat dan ditulis terpisah dengan kata nama yang mengikutinya.
Contoh




Contoh kesalahan
a) Saya tinggal di  Kedah. ( Kedah merupakan kata nama khas menunjukkan
    tempat)

b) Di sinilah kejadian rompakan itu berlaku. ( Sini merupakan kata tunjuk tempat)

Peringatan:- Kata sendi di tidak boleh digunakan sebelum kata nama yang
                      menerangkan waktu, masa, atau zaman.

a) Di zaman kerajaan Melayu Melaka, pelabuhan sibuk dengan pedagang yang
    datang dari seluruh dunia.
b) Di masa itu saya sedang berjalan pulang dari sekolah. 



1.4.1.2
Kata Sendi
Fungsinya
ke
Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang ditujukan dan di hadapan kata nama yang menunjukkan waktu. Kata sendi ini dieja sebagai satu kata yang terpisah daripada kata nama yang mengikutinya.
Contoh
a) Ayah akan ke Kuala Lumpur esok. ( arah / tempat )
b) Pihak polis mengadakan pepemriksaan dari semasa ke semasa. ( masa )

Peringatan:- Kata sendi tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang
                     menunjukkan manusia atau binatang.


1.4.1.3

Kata Sendi
Fungsinya
dari
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama arah, tempat, atau masa
Contoh
a)   Lori itu datang dari arah selatan ( arah )                                               A
b)   Ayah saya berasal dari Sabah ( tempat )                                              T
c)   Setiap hari dia membaca buku dari jam lapan malam. ( masa )              M

Peringatan:- Terdapat beberapa pengecualian dalam penggunaan kata sedi   
                     dari, iaitu bagi perkataan segi, sudut, aspek, dan perspektif yang
                     mengikut peraturan di atas.
Contoh:-     dari segi, dari sudut, dari aspek, dari perspektif.

1.4.1.4
Kata Sendi
Fungsinya
daripada
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan manusia, punca, perbandingan, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan.
Contoh
a) Hadiah itu daripada kekasihnya.  ( manusia )
b) Meja itu diperbuat daripada kayu jati terpilih. ( punca )
c) Rumah itu lebih besar daripada rumah kita. ( perbandingan )
d) Perlakuannya berbeza daripada yang dilafazkannya. ( pertentangan )
e) Kami banyak mendapat faedah daripada seminar itu. ( abstrak)
f)  Anggota kumpulan itu terdiri daripada lima orang. ( kenaggotaan )

1.4.1.5

Kata Sendi
Fungsinya
pada
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama frasa nama yang menunjukkan masa, tempat bagi perbuatan kata kerja, manusia yang didahului perkataan ‘ada’ dan benda abstrak serta ungkapan-ungkapan tertentu.
Contoh
a) Kami bertolak ke sana pada pukul lapan pagi.  ( masa )
b) Dia menyapu jem pada roti lalu memakannya. ( tempat )
c) Buku latihan kamu ada pada saya. ( manusia )
d)Pada pendapat saya perkara itu tidak logik. ( abstrak/ ungkapan )

1.4.1.6

Kata Sendi
Fungsinya
kepada
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah yang hanya menunjukkan manusia dan haiwan, unsur abstrak, institusi yang ada kaitan dengan manusia, dan menyatakan pecahan.
Contoh
a)  Sampaikan pesanan itu kepada ayah kamu. ( manusia )
b) Dia membiarkan rumput itu kepada lembunya. ( haiwan )
c) Jangan biarkan diri anda kepada bahaya dadah. ( abstrak )
d) Kami telah menghantar surat rayuan kepada sekolah tersebut. ( institusi )
e) Para peserta seminar dibahagikan kepada dua kumpulan. ( pecahan )

Peringatan:- Lazimnya kata sendi kepada sering digunakan untuk
                      Berpadanan dengan kata sendi nama daripada, manakala kata
                      sendi nama ke berpadanan dengan kata sendi nama dari.
Contoh:-
daripada Ali kepada saya.
daripada seorang yang miskin kepada seorang yang kaya.
daripada tahap malas kepada tahap rajin.
dari sehari ke sehari
dari Mekah ke Madinah
dari utara ke selatan

1.4.1.7
Kata Sendi
Fungsinya
akan
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia dan penggunaannya mesti didahului dengan kata adjektif yang bersifat perasaan. Kata sendi kepada, pada, terhadap juga boleh digunakan bagi mengantikan kata sendi akan tetapi keutamaan kepada penggunaan kata adjektif akan dalam binaan ayat.
Contoh
a)  Saya sayang akan ibu bapa saya.
b)  Razali amat suka akan buah durian.
c)  Sebagai rakyat yang sayang akan negara kita perlu mempertahankan negara daripada
     musuh negara.
d)  Para pelajar harus hormat akan guru.

Kata sendi akan juga digunakan untuk kata kerja yang tidak berimbuhan yang bermaksud meN-
patuh akan perintah         =      mematuhi perintah
tahu akan kejadian itu      =      mengetahui kejadian itu

Peringatan:-  Lazimnya ada kalangan pelajar cenderung menggunakan kan sebagai kelainan pada kata sendi nama akan.
contoh:-
a)  Wanita itu amat rindukan anaknya.
b)  Sebagai rakyat kita mesti sayangkan negara tempat tumpah darah kita.
c)  Anak raja itu berahikan Tuan Puteri Bongsu.
d)  Kami sungguh bencikan kelakuannya yang buruk itu.
Justeru, penggunaan kan menggantikan kata sendi akan selepas kata adjektif hanya sesuai digunakan dalam bahasa lisan dan seharusnya dielakkan dalam penggunaan bahasa rasmi atau tulisan.

1.4.1.8

Kata Sendi
Fungsinya
bagi/untuk
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti berikut:-
a)  menunjukkan kegunaan sesuatu. Dalam situasi ini kata sendi nama bagi dapat
     bervariasi dengan kata sendi nama untuk.
b) menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam situasi ini,
    kata sendi  bagi tidak boleh bertukar ganti dengan kata sendi untuk.
Contoh
a)  menunjukkan kegunaan sesuatu. Dalam situasi ini kata sendi nama bagi dapat
     bervariasi dengan kata sendi nama untuk.
i)   Asrama   untuk penuntut-penuntut Sabah sedang dibina.
                     bagi
ii)  Derma     untuk anak-anak yatim akan dipungut oleh.
                     bagi
iii) Rumah    untuk pekerja-pekerja telah dibaiki.
                     bagi
iv) Kereta itu untuk kegunaan pejabat sahaja.
                     bagi

b) menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam
    situasi ini, kata sendi  bagi tidak boleh bertukar ganti dengan kata sendi untuk.
i)  Hadiah itu untukmu   ( _/  )    =  Hadiah itu bagimu  ( X )

ii) Tanah seluas dua ekar itu untukmu ( / )  =  Tanah seluas dua ekar bagimu  ( X )

iii)Untuk siapakah hidangan di ata meja itu    ( _/  )
    Bagi siapakah hidangan di atas meja itu    (  X  )


1.4.1.9
Kata Sendi
Fungsinya
dengan
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud bersama-sama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu alat.
Contoh
a)  Ayah pergi ke kedai dengan ibu.  ( bersama-sama )
b)  Rumah bari itu tidak sama dengan rumah kami.  ( bandingan setara )
c)  Dia belajar dengan bersungguh-sungguh agar lulus.  ( cara )
d)  Ayah membelah kayu itu dengan kapak.  ( alat )


1.4.1.10

Kata Sendi
Fungsinya
hingga /
sampai
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksdu perihal waktu, atau tempat. Kedua-dua kata sendi ini boleh bertukar ganti dalam penggunaannya.
Contoh
a) Majlis itu diadadakan hingga/ sampai jam dua pagi.
b) Semua anaknya belajar sampai/ hingga ke universiti.
c)  Hingga / sampai hari ini dia belum menjelaskan hutangnya.


1.4.1.11
Kata Sendi
Fungsinya
oleh
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud sebab atau kerana dan selepas kata kerja pasif berawalan di-, ter-, dan kena.
Contoh
a)  Penjahat itu mati oleh senjatanya sendiri. ( sebab )
b)  Bola itu disepak oleh abangnya.
c)  Kotak itu tidak terangkat oleh saya.
d)  Soalan itu tidak terjawab oleh sesiapapun.
e)  Pencuri itu kena tangkap oleh penduduk kampung.
f)   Dia terpegun oleh kemerduan suara lunak penyanyi itu.

1.4.1.12
Kata Sendi
Fungsinya
seperti/ umpama /bagai/
laksana
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud perbandingan.
Contoh
a) Kuih itu keras seperti/umpama/bagai/laksana batu.
b) Wajahnya ceria seperti/umpama/bagai/laksana bulan purnama.

Umumnya kata sendi nama seperti / umpama / bagai / laksana, dan bagai digunakan dalam perumpamaan.
contoh:-
Bagai langit dengan bumi.
Laksana rusa masuk kampung.
Seperti isi dengan kuku.
Umpama ayam disambar helang.



1.4.1.13
Kata Sendi
Fungsinya
tentang
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau kata nama yang mengikuti kata sendi nama yang menjadi hal yang diperkatakan.
Contoh
a)  Mereka sedang berbincang tentang masalah disiplin pelajar.
b)  Aduan tentang kehilangan sijil-sijil saham itu adalah palsu.
c)  Ceritanya berkisar tentang masalah keruntuhan akhlak remaja.

Peringatan:-
Kata sendi nama tentang sering digantikan dengan perkataan mengenai yang merupakan kata kerja yang bermaksud kena pada sedangkan tentang berfungsi untuk membawa maksud rujukan yang tidak tentu atau umum, atau abstrak. Penggunaan kata mengenai berkenaan tidak sesuai digunakan.
Contoh:-
a)  Mereka berbincang mengenai masalah disiplin pelajar.        Kata mengenai tidak
b)  Aduan mengenai kehilangan sijil-sijil saham adalah palsu.   tepat tetapi sesuai
c)  Ceritanya berkisar mengenai masalah keruntuhan akhlak.   digantikan dengan
                                                                                                    kata sendi nama                                                                                                              tentang lebih merujuk
                                                                                                    perkara umum atau                                                                                                          abstrak.

Sedangkan mengenai lebih menjurus kepada maksud kena pada contoh:-
a) Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya.   
b) Bola yang ditendangnya mengenai palang.
c) Anak panah itu mengenai dada penjenayah tersebut.                                
d) Kata-kata caciannya mengenai dirinya.
e) Penyakit ini lebih kerap mengenai kanak-kanak daripada orang dewasa.  kena
    pada
                                                                                                      

1.4.1.14
Kata Sendi
Fungsinya
demi
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud tujuan, unsur penegas, dan untuk melahirkan maksud urutan.
Contoh
a)  Rakyat diseru bersatu demi kestabilan negara. ( tujuan)
b)  Demi kebenaran, dia sanggup melakukan apa sahaja.  ( tujuan )
c)  Dia membaca surat itu perkataan demi perkataan.  ( urutan )
d)  Demi Allah aku tidak tergamak melakukannya. ( penegas )

1.4.1.15
Kata Sendi
Fungsinya
sejak/
semejak
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud penanda waktu bermula.
Contoh
a)  Kami tinggal di sini sejak/semenjak dilahirkan.
b)  Sejak/semenjak kejadian sedih itu dia sering termenung sendirian.
c)  Sejak/semenjak tadi dia berusaha untuk menjawab soalan itu.
           Sekiranya anda teliti secara mendalam, bukan semua kata sendi nama sukar difahami fungsinya.
           Justeru, cuba faham dan kuasai kata sendi yang mengelirukan sahaja. Anda perlu bijak bertindak
           menyelesaikan masalah berkenaan.
1.4.1.15

Kata Sendi
Fungsinya
terhadap
Kata sendi ini digunakan sebagai unsur yang melibatkan penyambut sama ada manusia, haiwan, atau benda.
Contoh
a)  Kita perlulah mempunyai perasaan kasihan terhadap binatang.
b)  Elakkan diri daripada bersikap biadap terhadap ibu bapa.
c)  Asid akan bertindak balas terhadap logam tersebut.

Peringatan: Kata sendi nama terhadap perlulah digantikan dengan kata sendi nama tentang atau akan jika membawa maksud rujukan umum atau abstrak.
a)  Kami berasa curiga terhadap kejujurannya . ( Salah )
     Kami berasa curiga akan/tentang kejujurannya. ( Betul )
b)  Kita bertanggungjawab terhadap kesejahteraan ibu bapa kita. ( Salah )
     Kita bertanggungjawab akan/ tentang kesejahteraan ibu bapa kita. ( Betul )


1.4.1.16
Kata Sendi
Fungsinya
dalam/atas/ antara
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak.
Contoh
a)  Tidak ada hubungan antara saya dengan gadis itu.
b)  Dia mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang pendidikan.
c)  Perkara tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat yang lalu.
d)  Mereka selalu berbincang antara satu sama lain bagi menyelesaikan masalah
     yang timbul.
e)  Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang kamu berikan
     tempoh hari.

Peringatan:-
Kata sendi dalam, atas, dan antara perlu dibezakan dengan kata arah, dalam, dan antara yang kadir bersama-sama kata sendi di yang membawa maksud mempunyai ruang dan jarak.  ( Huraian lanju dalam bab kata arah )
Contoh:-
a)  Jarak di antara tempat ini ke sekolah ialah lima kilometer.  ( jarak )
b)  Tidak ada apa-apa di dalam bilik ini.  ( tempat )
c)  Buku di atas meja itu kepunyaan ayah.


     Beberapa kesalahan dalam penggunaan Kata Sendi:-
    a)  Penggunaan kata sendi oleh
         Kata nama atau frasa nama harus hadir selepas kata sendi oleh. Oleh itu, kata-kata lain selain kata
         nama atau frasa nama yang hadir selepas kata sendi oleh dianggap tidak gramatis dalam bahasa
         Melayu.
         contoh:              Salah                                           Betul
                                   oleh kerana                                 oleh sebab

   b)   Penggunaan dua kata sendi
         contoh:              Salah                                           Betul 
                                   selain dari itu..........                     selain itu..........
                                   selain daripada itu..........             selain itu.......... 
                                   demi untuk...........                        demi/ untuk.......
                                   hingga ke.........                            hingga/ ke ........

  Namun, dalam kes-kes tertentu yang mengalami pengguguran kata kerja, kehadiran dua kata sendi
  secara serentak dibenarkan:-

     Contoh:  a)   Hasratnya untuk ke luar negara dibatalkan.          ( bermaksud untuk pergi ke )
                    b)  Hasratnya untuk ke luar negera dibatalkan.           ( salah )
                    c)  Hasratnya ke luar negera dibatalkan.                     ( betul )

LATIHAN PENGUKUHAN:

A.  Pilih kata sendi yang sesuai untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah.

1.   Razlina suka bersiar-siar ( di  ,  pada ) taman bunga  ( di ,  pada ) waktu petang.

2.   Pegawai di syarikat itu bekerja ( dari ,  daripada )  jam sembilan pagi  ( pada,  hingga ) jam enam
      petang.

3.  Teksi itu membelok  ( daripada,  dari ) Jalan Pinang ( kepada,  ke ) Jalan Kudin.

4.  Seorang ketua perlulah bersikap adil ( untuk, terhadap )  orang-orang di bawah jagaannya.

5.  Salina menerima sepucuk surat ( dari , darpada ) adiknya yang tinggal ( dari,  di ) Sabah.

6.  Emak amat saya ( pada, terhadap ) abang yang selalu mengambil berat ( terhadap ,  tentang )
     kebajikannya.

7.  Pak Harun mengahwinkan anaknya  (  kepada,  dengan ) seorang pemuda yang berjuang  ( untuk ,
     akan ) kemerdekaan negara ini.

8.  Ayah  ( ke , di  )  Kelantan selama lima tahun untuk mempelajari ilmu agama.

9.  Jauhkan diri kamu ( dari , daripada ) dadah.

10. Perbuatan kamu itu salah ( dari , daripada ) sudut agama.


B.   Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan kata sendi nama yang sesuai.

1.    Berapakah jarak  ................................ rumah kamu ke perhentian bas?

2.    Kita harus berjuang habis-habisan ...........................kepentingan negara.

3.    Kumpulan kami terdiri ..................... lima orang sahaja.

4.   Setiap insan di muka bumi ini tidak sunyi.....................melakukan kesilapan.

5.   Rumah di atas bukit itu lebih besar.......................rumah Pak Abu.

6.   Kemalangan ngeri itu berpunca .............................kelalaian penunggang motosikal.

7.   ....................................pendapat kamu, wajarkah aktiviti tersebut diteruskan?

8.   Kebanyakan pelancong yang berkunjung .....................sini terpesona ........................keindahan
      pantainya.

9.   Kebanyakan penduduk di bandar mula menggunakan pengangkutan awam.................. pergi ke
      pejabat.

10.  Saya amat tertarik .......................... keunikan lukisan itu.

11.  Ayah mengikat tali itu ...................leher lembu.

12.  Oleh ....................kekurangan wang, dia membatalkan hasratnya ke Indonesia.

13.  Kami amat bersimpati ..........................nasib yang menimpa keluarga itu.

14.  Kotak yang berat itu tidak terangkat ..........................kami.

15.  Surat bantahan itu telah kami hantar .............................pihak yang berkenaan.






1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kerana berkongsi ilmu