Ahad, 8 Disember 2019

PENANDA WACANA DAN FUNGSINYA DALAM SESEBUAH KARANGAN


PERANAN PENANDA WACANA DALAM KARANGAN.

Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Contoh penanda wacana seperti berikut:-

Tambahan : dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping

Urutan : pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya

Penyataan semula : iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan

Contoh : contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai

Rumusan : rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata

Tempat : berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan

Waktu : apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya

Sebab dan kesan : oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu

Bandingan : seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan

Pertentangan : tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan

Pengesahan : sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya

Perenggan Pendahuluan

Dewasa ini...
Belakangan...
Kebelakangan ini...
Baru-baru ini...
Mutakhir ini...
Akhir-akhir ini...
Dalam era globalisasi...

Perenggan isi

Di samping itu...
Sehubungan dengan itu...
Jika diteliti dengan lebih mendalam...
Sehubungan...
Sebagai lanjutan daripada...
Bersangkutan dengan hal...
Berkaitan...
Bersangkutan...
Disingkapkan...
Diceritakan...
Tindakan yang diketengahkan di atas...
Walau bagaimanapun...
Bertitik tolak daripada kenyataan di atas...
Jika ditinjau daripada aspek ...pula,..

Perenggan Penutup

Hal ini demikian...
Akhirnya saya menegaskan bahawa...
Kesimpulannya...
Akhirnya...
Sebagai penutup.. Konklusinya...
Akhirulkalam...
Tegasnya...
Pendek kata...
Daripada penerangan di atas jelaslah bahawa...
Menyedar hakikat di atas...
Di sini saya ingin tegaskan...

Lain-lain

Pada hakikatnya / Sesungguhnya,...
Sebenarnya, / Pada hakikatnya,...
Dengan kata lain /Dengan erti kata yang lain...
Maksudnya di sini...
Hal ini bermakna...
Oleh sebab itu/ lantaran itu...
Walhal/Oleh hal yang demikian...
Sedangkan / Pada hal...
Meskipun/Sungguhpun...
Walaupun / sekalipun...
Ekoran daripada / Akibatnya...
Rentetan daripada/ lanjutan itu...
Dalam konteks ini/Dalam hubungan ini...
Hal ini bertepatan /bersesuaian dengan...
Hal ini memang sejajar dengan...
Situasi ini seolah-olah mengambarkan...
Tidak syak lagi/ Tidak dapat tidak...
Namun begitu...
Lebih-lebih lagi...
Tambahan pula...
Justeru...
Oleh hal yang demikian...
Sungguhpun demikian...

Contoh penggunaan penanda wacana

Penanda Wacana Untuk Ayat Pertama Setiap Perenggan

- Kita dapat menyaksikan betapa......
- Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana...
- Lazimnya, dalam keadaan....
- Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah ....
- Pada hemat saya ......
- Pada pandangan saya ....
- Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa ....
- Sebagaimana yang kita ketahui ...
- Sebagaimana yang kita maklumi ...
- Sejak awal lagi ...
- Sejak kebelakangan ini ....
- Selain itu, pada masa ini juga ...
- Seperti yang telah dinyatakan...
- Umum mengetahui bahawa...
- Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas ...

Penanda Wacana Untuk Ayat Kedua dan Seterusnya Dalam Karangan

- Bagi sesetengah orang ....
- Begitu juga dengan ..
- Begitu juga halnya dengan ...
- Bertitik tolak daripada itu ...
- Bukan itu sahaja ...
- Dalam hal ini...
- Dalam konteks ini...
- Dalam zaman yang serba canggih ini...
- Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa.....
- Dengan adanya....
- Dengan berbuat demikian.....
- Dengan perkataan lain....
- Disebabkan hal itu....
- Disebabkan keistimewaan inilah kita.........
- Hal ini berlaku disebabkan.....
- Hal ini penting dalam....
- Hal ini serupa dengan....
- Hal yang serupa berlaku apabila.....
- Hal ini disebabkan.....
- Hal ini membuktikan bahawa....
- Hal ini menggambarkan bahawa.....
- Hal ini secara tak langsung akan...
- Hal ini semua meninggalkan kesan kerana....
- Hal ini tentu sekali membuatkan....
- Jadi kita perlu.....
- Jadi kita hendaklah......
- Keadaan ini tentunya.....
- Lantaran itu sehingga kini...
- Kesemua ini menyumbang kepada....
- kita mengakui bahawa.....
- Kita sering menonton di kaca telivesyen...
- Kita sering membaca di dada-dada akhbar....
- Memandangkan keadaan yang sedemikian....
- Namun sejak kebelakangan ini....
- Oleh itu bolehlah dikatakan....
- Secara logiknya masa yang.....
- Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita....
- Keadaan ini seharusnya boleh.....
- Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini....
- Kendatipun demikian, kita masih....
- Yang paling nyata ialah...
- Yang perlu kita pastikan ialah...


Beberapa contoh penggunaan penanda wacana dalam karangan.

Penanda wacana untuk memulakan ayat pendahuluan karangan.

  1. Sedarwarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu.......
  2. Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah......
  3. Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.....
  4. Dasawara ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gahdi persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyak kita sendiri.
  5. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini…
  6. Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan…..

Penanda wacana untuk ayat terakhir pendahuluan karangan.

  1. Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
  2. Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
  3. Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastic dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
  4. Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan……
  5. Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatic harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.
Oleh sebab itu, saya mengharapkan pelajar memahami fungsi penanda wacana dalam sesebuah karangan. Gunakanlah penanda wacana yang saya sarankan di atas semasa menulis karangan supaya setiap isi mempunyai koheran dan kohensi untuk memantapkan binaan ayat serta pertautan antara kata, frasa dan ayat dengan ayat. Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, suatu wacana yang mantap haruslah mempunyai kohesi dan koheren selain daripada mengandungi maklumat baru dan lama serta boleh difahami oleh pendengar atau pembaca. Kohesi atau tautan bermaksud keserasian hubungan antara unsur-unsur  linguistik. Pertautan yang ada dalam sesuatu wacana akan mewujudkan perkaitan  antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat  dengan perkataan sehingga membentuk kesatuan.  Koheren pula boleh dijelaskan sebagai runtutan atau kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan sesebuah teks itu bermakna dan berkembang isi penceritaannya. Demi mewujudkan pertautan dan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam wacana, penanda wacana digunakan. Harap maklum.


10 ulasan:

Unknown berkata...

minta izin untuk screenshot😖

Unknown berkata...

Ennn 👁️👄👁️

Tanpa Nama berkata...

Terbaiklah...
Mohon keizinan utk digunapakai dlm PdPc demi utk kejayaan murid dalam penulisan.

T.ksh

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Saya dengan tulus ikhlas membenarkan pelajar dan guru-guru menggunakan sebarang nota, panduan tatahasa, contoh latihan sama ada bahan penulisan, rumusan teks, pemahaman umum, pemahaman puisi moden, pemahaman tradisional, pemahaman puisi serta latihan tatabahasa dan novel daripada Blog Laman Bahasa Melayu ini. Semoga blog ini dapat memudahkan pelajar dan guru memahami dan menyebar luar kemahiran Bahasa Melayu. Doakan saya sihat daripada kanser usus dan kini saya telah bercuti selama 4 bulan dan akan menyambung rawatan kemoterapi folfok di Hospital Kuala Lumpur sehingga bulan Februari tahun 2021 dan kemudian menjalani pembedahan di Hospital Selayang selepas itu. Doakam rawatan berkenaan dipermudah Allah dan saya sihat semula.

Tanpa Nama berkata...

Semoga ALLAH memudahkan urusan dan kesihatan yang baik untuk Cikgu Ramsul. Terima kasih atas bantuan cikgu.

Unknown berkata...

assalamualaikum, saya disini ingin meminta izin dan halalkan saya menggunakan nota ini utk rujukan spm saya, doakan kecemerlangan SPM saya dan rakan2, terima kasih😃

Unknown berkata...

izin nak amik yer =) terima kasih

Unknown berkata...

Pray for me to take BM 2023 A+ at all subject..😫😪😭😭.

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMUALAIKUM CIKGU,SAYA MOHON UNTUK MENGGUNAKAN BAHAN CIKGU YE, SMEOGA ALLAH MEMBERIKAN KESIAHATAN YANG BAIK UNTUK CIKGU.

Unknown berkata...

Cikgu, di sini saya minta izin untuk menggunakan bahan cikgu. Semoga cikgu sembuh cepat dan sihat semula. Terima kasih.