Rabu, 11 Disember 2019

HARAPAN SAYA SEBAGAI GURU BAHASA MELAYU TING. 5 SAINS PADA TAHUN 2020


Alhamdulillah, tahun 2019 merupakan tahun ke-3, saya mendidik pelajar kelas 4 Sains 2019. Saya telah mengenali hati budi, dan setiap tingkah laku pelajar 4 Sains setelah mengendalikan kelas 3 A1 pada tahun 2018. Oleh sebab itu, saya tahu siapa yang pelajar excellent dan siapa yang perlukan bantuan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Saya tahu siapa Puteri Anisya Aqilah, siapa Nurul Suzie, siapa Aiman,  siapa Anisya Mariam, saya tahu kelemahan Daniel, kelemahan Nur Mustafa, kelemahan Syahir Sufi,  siapa Nurul Atira , siapa Nur Azyana,  Nurul Syazana, Nuf Farrah Addurah, Norfatin Atikah dan mungkin jika saya sebut, saya hafal nama-nama pelajar 4 Sains ke semuanya dan jumlahnya tak ramai, 17 orang sahaja.

Saya mahu, pelajar 4 Sains lebih bersedia menghadapi SPM 2020 dan mungkin pelajar ini merupakan pelajar terakhir menghadapi format SPM yang dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Oleh sebab itu, saya mulai melaksanakan kelas tuisyen online, dan saya cuba bantu pelajar yang menghadapi masalah capaian internet dengan menyediakan mereka bahan untuk dilaksakan di rumah. Pada pagi tadi, saya sempat ke sekolah untuk menunggu pelajar yang inginkan bahan kelas tuisyen online tetapi setelah berada di sekolah dari pukul 9.20 pagi hingga 11.20 pagi, hanya 2 orang pelajar sahaja yang berjumpa saya dan saya telah mencetak bahan dan fotostat bahan untuk mereka. Saya juga hairan ke mana perginya pelajar lain. Saya telah uar-uarkan kelas tuisyen online dalam whatsapp kelas 4 Sains tak juga mendapat respons.

Kepada pelajar yang aktif seperti Puteri, Aiman, Faridzuan, Azyana, Irdina Batrisia,  Nurul Atira saya mengucapkan terima kasih atas bahan yang saya terima. Nurul Suzie dah mula menyepi tak tahu saya kenapa? Daniel dah senyap tak tahu apa sebabnya. Saya akan tetap mengupload bahan tuisyen online. Baru-baru ini, saya memberi cadangan jika kelas tuisyen online tidak berkesan, saya sanggup membuat tuisyen biasa tetapi tiada respons juga daripada pelajar 4 Sains. Namun, sehingga malam ini saya telah menerima bahan tatabahasa yang saya upload terkini  daripada Faridzuan, terima kasih banyak-banyak. Soalnya di sini, adakah kelas tuisyen online ini banyak membantu? Mohon respons, soalan saya ini. Saya sanggup membuat kelas tuisyen biasa kerana saya hendak pelajar 4 Sains menguasai format kertas Bahasa Melayu 1 dan 2 terlebih dahulu sebelum kita meneruskan agenda pada tahun 2020 untuk menyelongkar dan menghatam silibus tingkatan 5 pada tahun 2020. Oleh sebab itu, sila respons kelas tusiyen online ini. Untuk makluman, saya akan terus menjalankan rutin saya memasukkan lebih banyak bahan kerana itu sudah menjadi kebiasaan saya, mengupload bahan bahasa Melayu dalam blog Laman Bahasa Melayu SPM.

Mohon pelajar 4 Sains lebih aktif melibatkan diri dalam tuisyen online ini. Semoga pelajar yang aktif, saya terus menggalakkan anda menyertainya. Insya-Allah saya akan cuba untuk membetulkan kekurangan anda, terutamanya dalam menghasilkan karangan kerana saya dapati banyak binaan ayat, dan kesalahan tatabahasa kamu lakukan. Mohon gunakanlan kaedah tuisyen online ini kerana saya akan dapat membantu memperbetulkan kesalahan-kesalahan yang kamu lakukan. Saya ingin memperingatkan lagi bahawa saya amat mengharapkan semua pelajar 4 Sains terlibat dengan tuisyen online ini, jika ada masalah bahan, saya akan cuba mencetak bahan jika masalah mengakses internet menjadi punca utama kamu tidak boleh menyertai kelas tuisyen online. Saya sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan pelajar yang telah saya kendali selama dua tahun dan insya-Allah tahun hadapan adalah tahun ke-3 saya bersama kamu. Ingat saya ikhlas melakukan tugasan saya dan sila terus respons kelas tuisyen online ini.


Tiada ulasan: