KATA-KATA MUTIARA DALAM KARANGAN
Penggunaan kata-kata mutiara
sememangnya dapat memberi satu nafas baharu kepada karangan pelajar sekali gus
memberi ”impression” yang positif kepada pemeriksa kertas. Perhatikanlah
beberapa contoh kata mutiara di bawah ini sebagai pedoman. Jangan tersalah pilih mutiara kata semasa mengarang kerana kesilapan berkenaan boleh merosakkan keindahan bahasa karangan anda. Harap maklum.
Tun Dr. Mahathir Mohamad
“Ilmu pengetahuan tanpa
nilai-nilai yang mulia belum tentu dapat melahirkan masyarakat yang baik dan
berjaya. Nilai-nilai yang mulia tanpa ilmu pengetahuan juga tidak akan
melahirkan masyarakat yang berjaya”
Tun Dr. Mahathir Mohamad
“…membentuk sebuah negara
yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa
itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya.
Menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk
sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak
berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.”
Keris Mas
“Kesalahan aturan bahasa
sehingga mengikut aturan bahasa Inggeris bukanlah stail yang menunjukkan
ketegasan fikiran, melainkan betapa tidak teraturnya fikiran itu dinyatakan
atau betapa keinggerisannya kita berfikir”.
William A.Ward
“Guru yang sederhana
memberitahu. Guru yang baik menjelaskan. Guru yang hebat menunjukkan cara. Guru
yang agung menjadi inspirasi.”
Karl Menninger
“Siapakah guru itu adalah
lebih penting daripada apa-apa yang diajarkannya.”
Tun Abdul Razak
“Kita juga telah berjaya
memberikan satu keperibadian yang sama kepada negara dengan menjadikan bahasa
Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal di negara ini
dan usaha-usaha masih lagi dicari bagi menjadikan bahasa itu sebagai bahasa
kebangsaan dengan erti kata yang sebenarnya.”
Abdullah Ibnu Abbas
“Ilmu itu didapati dengan
lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir”
Munsyi Abdullah
”Jika orang Melayu hendak
menjadi bangsa yang besar, orang Melayu mesti mempelajari dan memelihara
secermat- cermatnya bahasa Melayu, di samping menerima serta menambah
pengetahuan baharu.”
SN S. Othman Kelantan
“Peradaban dan tamadun sesuatu
bangsa dibina dengan bahasanya sendiri, baik dalam bentuk prosa ataupun dalam
bentuk kreatif kerana bahasa menjadi jiwa sesuatu bangsa. Keindahan estetika
sebagai emosi kepada jiwa itu ialah karya kreatif”.
Arena Wati
Kita boleh ramah, tapi
pantang berkasar. Kita boleh marah, tapi ketawalah, dan jangan kehilangan
senyum. Kita pasrah miskin, tapi jauhkan diri dari keinginan mengemis. Orang
yang kehilangan wang, cuma rugi benda. Tetapi orang yang kehilangan amanah dia
rugi harga diri.
Noordin Hassan
Pasang telinga baik-baik.
Jangan dengar saja apa orang kata, fikirkan mengapa orang kata begitu. Kalau
orang ketawa, dengar betul-betul jenis ketawanya. Ketawa berisikah atau ketawa
jenis apa.
Arena Wati
Menegur dengan bahasa sukma
dan bertanya dengan bahasa hati nurani.
Muhammad Salleh
Tiada akan besar bangsa yang
tiada kasihkan bahasanya, tiada kebenaran pada manusia yang tidak dapat melihat
kenyataan.
Muhammad Salleh
Tiada akan besar bangsa yang
tiada kasihkan bahasanya.
Abdullah Hussain
KEMERDEKAAN yang sudah
dicapai itu seperti sebuah gelas kosong lalu tiap-tiap golongan itu mahu
mengisi gelas itu dengan minuman yang disukainya.
Keris Mas
KEMERDEKAAN hanya suatu
jambatan. Yang kita tuju di seberang jambatan itu ialah kehidupan kebangsaan
yang mulia, makmur dan aman damai.
Muhammad Salleh
Derita yang dijeritkan tanpa
suara ialah bahasa ternyaring bangsa kita.
Muhammad Salleh
Bangsa itu diperibadikan
bahasanya.
Isu remaja
1. Hadis nabi ada menyebut
bahawa,anak-anak diibaratkan sehelai kain putih, ibu bapalah yang
mencorakkanya, sama ada menjadi nasrani atau majusi.(peranan ibu bapa)
2.Peliharalah anak-anak mu
dan perbaikilah budi pekerti mereka. sesungguhnya anak-anak itu hadiah allah
kepada mu.
3.Janganlah diabaikan pesanan
ahli filsuf Tao iaitu jika kita mahu hidup setahun tanamlah gandum, jika kita
mahu hidup selama-lamanya tanamlah jiwa manusia. sekiranya, masa depan remaja
tidak dipelihara, negara akan kehilangan mutira yang paling berharga untuk
mengganti pucuk pimpinan negara.
Amalan
Gaya Sihat
1.berdasarkan petikan hadis
berbunyi, “jagalah masa sihat kamu sebelum dirimu sakit”. jelaslah disini
bahawa kesihatan merupakan aset yang paling bernilai dalam kehidupan manusia.
Perpaduan
1.Pada 31 oktober 2006,
dilaporkan bahawa mantan timbalan perdana menteri Britain, John Prescott
menyatakan keinginan Britain untuk mempelajari pengalaman Malaysia
mengekalkan perpaduan dan amalan tolak ansur dalam hal agama.
2.Integerasi kaum dan
asimilasi budaya hanya dapat dicapai seandainya usaha memupuk perpaduan kaum dapat di mulakansejak
di bangku sekolah menengah.
3.Perayaan-perayaan di
malaysia telah membuka dimensi baru dalam mengubah corak integrasi nasional di
negara ini.
4.Peribahasa barat ada
mengatakan jika kesemua labah-labah bersatu pasti singa sekalipun dapat di
tewaskan.
5. Bersatu teguh bercerai
roboh.
Jenayah
1.Menurut sejarah dunia,
empayar rom jatuh disebabkan banyaknya kes pembunuhan, kes rogol, dan
keruntuhan akhlak.
2.Hai orang-orang yang
beriman , janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya
syaitan itu menyuruh kamu membuat pekara keji dan jahat.
Berakhlak
1.Daripada Aisyah rha, Rasulullah
bersabda “sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah lembut dalam semua
perkara.
2.Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud “muliakanlah anak-anak kamu dengan mengajar mereka adab dan ilmu
agama.
Kasih Sayang
1. Daripada Abu Musa Al
Asyari, rasulullah bersabda yang bermaksud “kaitan antara seorang yang beriman
dengan yang lainnya ialah umpama sebuah binaan yang menguatkan antara satu
sama lain.
2. Kasih sayang tidak dapat
di beli dengan harta ataupun wang ringgit.
KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN
01. baik kaya ialah
kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan
sebesar-besar dosa ialah berdusta.
02. Kecantikan yang
abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan
terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
03. Orang yang takut
menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne
04. Yang dikatakan
kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang
dapat menunjukkan kesalahan kamu.
05. Kalau hidup ingin
merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita,
Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang
06. “Dan berbuatlah
kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan.” ~Surah al-Hajj:77
07. “Maka sifat sabar
itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan”
~Surah Yusuf:18
08. Berunding cerdik
dengan pandai, faham dua menjadi satu.
09. Yang paling kita
perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat
untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz
10. “Peristiwa itu
memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap
profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan.” ~Tengku
Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)
11. “Satu perkara yang
menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya,
lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki.”
~Profesor Diraja Ungku Aziz
12. Sabar penghilang
penat, tekun pembawa dekat.
13. Lebih berharga
mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
14. Terbang bangau
sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
15. Biar kamu tidak
cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
16. Siapa yang banyak
bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya;
siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang
yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib
17. Sabda Rasulullah
s.a.w: “Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu.”
18. Kita sering
mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar
impian hari esok.
19. Manusia yang
berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur.
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar
dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al- Baqarah:214)
20. Kekitaan yang erat
tiada yang berat.
21. Belajarlah berdiri
dahulu sebelum cuba untuk berlari.
22. Orang bakhil tidak
akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu;
dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan
pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang
zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk
kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya.
– SAIDINA ABU BAKAR
23. Kekayaan yang
hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang
hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang
hilang sekali hilang akan terus hilang.
24. Jadilah seperti pohon
kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
25. Tunjuk menjadi
telaga budi, ajar menjadi suluh hati.
FRASA, AYAT, UNGKAPAN YANG MENARIK &
MATANG
REMAJA
– “Jika diberikan aku
seratus orang tua, nescaya aku mampu menterbalikkan perahu yang tertangkup
tetapi, jika aku diberikan sepuluh orang muda, nescaya aku dapat
mengegarkan dunia”. Bait-bait susunan retorik yang penuh puitis daripada mantan
Presiden Indonesia, Soekarno menjadi satu menifestasi dalam usaha membangunkan
golongan belia dan generasi muda.
– Pujangga pernah
mengatakan bahawa generasi berwawasan pemangkin pembangunan negara dan
sememangnya kata-kata ini tidak dapat disangkal lagi.
– Remaja yang berusia
lingkungan 12 hingga 21 tahun merupakan golongan yang menempuh alam kritikal
dan penuh dengan perasaan sering menganggap bahawa segala tindakannya
betul, kurang mendengar nasihat orang lain dan suka mencuba sesuatu yang
baharu.
– Seseorang yang tidak
mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan seperti kapal tanpa
nakhoda.
– Dasar langit terbuka
dan dunia tanpa sempadan memberi kesan yang negatif kepada remaja.
– Generasi hari ini
sudah mula mengabaikan ajaran dan didikan agama kerana mereka berpendapat
bahawa ajaran agama adalah jumud dan sudah ketinggalan zaman. Natijahnya,
wujudlah kelompok masyarakat yang mempunyai keimanan yang rapuh dalam diri
mereka.
– Seorang tokoh
cendekiawan Islam pernah berkata bahawa petanda runtuhnya sesuatu bangsa itu
dapat dilihat apabila bangsa tersebut amat mencintai hiburan.
Bill
Gates – sekiranya kita mahu berubah selepas orang lain sudah berubah,
sebenarnya kita tidak berubah..
Soekarno, Presiden Indonesia pertama –
Berikanlan saya sepuluh orang remaja, pasti saya akan gegarkan dunia.
– Setiap remaja Islam
hendaklah memastikan tidak meninggalkan solat lima waktu sehari kerana Allah
S.W.T berfirman bahawa sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada
perbuatan keji dan mungkar.
– Remaja pada hari ini
bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa hadapan dan merupakan aset modal insan negara
bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
– Janganlah diabaikan
pesanan ahli filsuf Tao iaitu jika kita mahu hidup setahun tanamlah gandum,
jika kita mahu hidup sepuluh tahun tanamlah pokok dan jika kita mahu hidup
selama-lamanya tanamlah jiwa manusia. Sekiranya masa depan remaja kita tidak
dipelihara, negara akan kehilangan mutiara yang paling berharga untuk
menjadi pelapis kepimpinan negara.
– Berdasarkan salah
satu falsafah pemikiran Imam al-Ghazali yang menyebut bahawa seseorang
kanak-kanak yang diajarkan erti berkasih sayang, dia akan berlatih
mengasihi orang lain.
– Falsafah Pendidikan
Negara bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang syumul / holistic / kamil.
– Menurut pakar
motivasi yang tersohor dan disegani masyarakat Melayu, Datuk Haji Dr. Fadzilah
Kamsah, banyak anak muda yang terperosok ke dalam kancah maksiat,
seperti sumur di tepi jalan, siapa haus boleh minum (perempuan sundal
– Menurut penggiat
sosial tanah air, Tan Sri Lee Lam Thye, 40 peratus daripada golongan pelajar
kita pada hari ini terlibat dalam masalah sosial seperti membunuh,
perogol, merompak dan sebagainya.
– Menerusi Kementerian
Belia dan Sukan, banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk
memastikan remaja memanfaatkan hidup remaja dengan aktiviti berfaedah.
– Pihak berkuasa
tempatan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia perlu bertindak tegas terhadap
unsur negatif yang berleluasa dalam masyarakat kita terutamanya apabila
melibatkan remaja kita.
– Dalam RMK-9,
sebanyak 20.6 peratus diperuntukkan untuk meningkatkan kualiti modal insan
dengan meningkatkan keupayaan dan penguasaan
Ilmu
– Mantan Menteri Belia
dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek, belakangan ini, remaja begitu
terdedah kepada pelbagai bentuk cabaran sama ada dari segi pengaruh media
massa, pengaruh atau desakan daripada rakan sebaya serta ibu bapa dan
masyarakat ataupun konflik pergolakan antarabangsa yang semakin hari
semakin mendapat liputan meluas di dada-dada akhbar seluruh negara.
– Mantan Menteri Belia
dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek pernah menyuarakan pendapat bahawa , “Para
belia harus diasuh dan dididik agar memainkan peranan penting dalam
mempamerkan akhlak yang baik sesuai dengan imej di mana-mana sahaja pada
bila-bila masa”.
– Hal ini cukup
bertepatan dengan langkah Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan
Masyarakat yang telah mengisytiharkan cuti pada hari Sabtu dan Ahad kepada
semua pegawai kerajaan. Perkara ini cukup membuktikan keprihatinan kerajaan
Malaysia dalam menyediakan ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk bersama
anak-anak.
– Serbuan pihak polis
di kota metropolitan Kuala Lumpur iaitu di kelab-kelab malam di sana mendapati
hampir 15 peratus anak-anak remaja di bawah umur ditahan positif dadah.
– Menurut Prof. Dr.
Fatimah Yusoff, seandainya mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan
kononnya lebih memahami perasaan mereka, dengan mudah mereka mengikut
mereka ponteng sekolah dan melepak di pusat beli-belah dan sebagainya.
– Kajian juga
mendapati hampir 80 peratus anak-anak bukan saja dapat melayari Internet, malah
mereka mempunyai pelbagai kemudahan seperti facebook, twitter dan laman
sosial lain untuk berhubungan manakala hanya 20 peratus untuk belajar. Mereka
ini akhirnya terpengaruh dengan…
– Kajian didedahkan
oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui laman sosial ‘facebook’ rasminya
hampir 50 peratus daripada individu terbabit ialah remaja perempuan
belasan tahun.
– Menurut teori
komunikasi terkenal, ‘Magic Bullet Theory’ yang diperkenalkan Katz dan
Lazarsfeld pada 1955 misalnya mengandaikan bahawa televisyen memberikan
kesan negatif kepada penonton secara langsung dan segera seperti
peluru dengan penonton cenderung untuk percaya semua perkara
dilihat, sekali gus boleh mempengaruhi tingkah laku mereka.
– FOMCA
(Persatuan Pengguna Malaysia) mendedahkan kajian yang dibuat pada
2005 yang membabitkan penggunaan peralatan berskrin seperti
televisyen, komputer dan telefon bimbit mendapati golongan muda menghabiskan 73
peratus masa lapang mereka dengan menonton.
– Kajian yang
dijalankan ke atas remaja berusia 12 hingga 18 tahun masing-masing 42.7
peratus lelaki dan 57.3 peratus perempuan turut mendapati faktor lain
berpunca daripada rasa ingin bebas daripada kongkongan, pernah bergaduh
dengan anggota keluarga dan rakan selain pengaruh ajakan rakan-rakan.
IBU BAPA
– Ibu bapa perlu
bertindak sebagai egen pertama dalam pembentukan sahsiah dan penjana
kecemerlangan anak-anak
– Keluarga pasti
menjadi nukleus utama untuk kejayaan anak-anak. Keluarga merupakan institusi
tertua yang menentukan arah dan hala tuju seseorang.
– Anak-anak ibarat
sebusuk-busuk daging dibasuh dikincah dimakan juga. Walau seberapa buruk
sekalipun, kasih sayang tidak pernah luntur. Oleh itu, tidak wajar ibu
bapa mengabaikan anak mereka lantaran anak-anak sudah mencecah usia remaja.
– kasihkan anak
tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan
– Ibu bapa harus
mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang
baru berumur setahun jagung, berdarah setampuk pinang tidak terjebak dalam
kancah negatif.
– Hukuma-hakama Arab
pernah mengatakan bahawa anak-anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu
bapa yang sibuk adalah yatim
– Ibu bapa lebih
mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa akan tanggungjawab hakiki mereka
untuk mendidik anak yang mendahagakan kasih sayang mereka.
– Peribahasa
mengatakan bahawa tiada harimau yang membaham anak sendiri (sifat tegas adalah
penting untuk membentuk akhlak anak-anak).
– Anak diibaratkan
sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada
seindah warna pelangi atau semalap masa depannya. / Hadis nabi ada
menyebut bahawa, anak-anak diibaratkan sehelai kain putih, ibu bapalah yang
mencorakkannya sama ada menjadi Nasrani atau Majusi.
– Menurut Dr. Hassan
Ali, Pengarah Akademi Keluarga Bahagia Malaysia, kesejahteraan bermula dari
rumah, maka ibu bapa hendaklah menjadikan rumah seperti syurga yang penuh
dengan kedamaian dan keindahan kepada anak-anak
– Albert Einstein
pernah berkata bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa agama
adalah lumpuh. (Kepentingan didikan agama dan moral)
– Tokoh-tokoh pujangga
pernah menukilkan bahawa benih yang bernas apabila jatuh kelaut menjadi pulau,
terlontar ke udara menjadi kejora dan jatuh ke bumi menjadi penawar.
Demikianlah betapa besarnya peranan sesebuah keluarga dalam menentukan
kesinambungan masyarakat madani.
– Remaja yang
rata-ratanya mempunyai semangat inkuiri atau ingin tahu yang tinggi berserta
perlakuan untuk mencuba sedaya upaya sehingga berjaya bak kata pepatah
alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan perlu dipandu dan
ditarbiah ke jalan yang benar baik melalui diri sendiri, ibu bapa, guru-guru,
masyarakat mahupun kerajaan memandangkan remajalah yang bakal memegang tampuk
pemerintahan negara ini lantas mencorakkannya menjadi sebuah negara yang
unggul dan terbilang.
– Oleh itu, didikan
keagamaan hendaklah dipasak teguh dijiwa mereka pada setiap masa sebagai
panduan yang berguna agar mereka tidak hidup bertuhankan nafsu nafsi
semata-mata.
– Ingatlah bahawa
segala-galanya bermula di rumah. Begitulah ungkapan kalimah tokoh filsuf
terkenal, Franklin D. Roosevelt. Maka, ibu bapalah yang bertindak sebagai agen
pencorak utama karakter anak-anak agar mereka tidak mencetuskan cangkaliwang
pada hari muka. Jadi, penerapan pendidikan yang sempurna pasti dapat
menangani masalah ini.
– Berdasarkan kajian
yang dilakukan oleh sekumpulan mahasiswa Fakulti Sains Kemasyarakatan,
Universiti Malaya, anak-anak remaja daripada golongan miskin lebih
cenderung untuk terlibat dalam penagihan najis dadah. Hal ini pastinya akan
dapat dibendung andai segala keperluan asas remaja dilengkapkan walaupun
ibu bapa tidak melambakkan kemewahan kepada mereka.
– Menurut Dr. Ting
Chew Peh, segelintir pelajar yang membolos sekolah berkait rapat dengan
keruntuhan rumah tangga.
– Mantan Menteri
Pembangunan Wanita dan Keluarga pernah berkata bahawa wang ringgit bukanlah
pengganti kasih sayang malah ibu bapa sanggup mengorbankan apa-apa sahaja
untuk cahaya mata mereka.
– Memetik kata-kata
mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, kewujudan keluarga
penyayang akan menyebabkan seseorang anggota keluarga tersebut akan berasa
lebih senang menghabiskan masa lapangnya di rumah.
– Kajian daripada
pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati bahawa kebanyakan rakyat yang
terlibat dengan gejala negatif terutamanya golongan remaja yang terdiri
daripada mereka yang mempunyai konflik keluarga.
– Kempen yang
dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Sri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
bertemakan ‘Keluarga Penyayang Aspirasi Negara’.
– Mantan Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
dalam satu wawancara menyatakan bahawa remaja boleh membina peribadi mulia
dengan mentaati ibu bapa melalui perbuatan yang baik, melaksanakan hak-hak
mereka dan menjauhkan diri daripada perilaku yang boleh menyakiti
hati dan kehidupan mereka.
– Naib Pengerusi
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata
peranan institusi kekeluargaan penting bagi mengatasi masalah gadis remaja
kini daripada terus menjadi kes-kes jenayah.
MASYARAKAT
– Hal ini dikatakan
demikian kerana kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perpaduan Negara yang
mendapati jurang pemisah antara kaum semakin lebar dari setahun ke setahun
kerana rambut sama hitam, hati lain-lain.
– Mafhum daripada
sepotong hadis nabi yang bermaksud, jagalah masa sihatmu sebelum datang masa
sakit benar-benar menyedarkan kita bahawa kesihatan merupakan
aset besar untuk sesuatu bangsa itu mempertahankan tamadun.
– Mafhum daripada
sepotong maksud hadis yang menyatakan bahawa kehidupan kita ibarat sebatang
tubuh. Apabila satu daripada anggotanya sakit, justeru seluruh tubuh turut
merasai sakit dan bersama-sama berjaga malam. Demikianlah gaya hidup intim yang
wajar diteruskan dalam masyarakat moden kini.
– Menurut Perdana
Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi memberitahu
bahawa membentuk masyarakat penyayang amat penting sekali.
– Tun Dr.Mahathir,
mantan Perdana Menteri ke-4 pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri
dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerap pelbagai nilai
murni dalam diri.
– Kaji selidik yang
dijalankan oleh sebuah bank terkemuka mendapati hanya dua bagi setiap
lima individu atau 39 peratus rakyat negara ini mengamalkan tabiat
menabung.
– Menurut
statistik Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, setiap 15 minit akan
berlaku satu perceraian. Perangkaan ini menunjukkan betapa rapuhnya
institusi kekeluargaan di Malaysia dan keadaan ini dapat disinonimkan
bagai telur di hujung tanduk.
– Hanya 35.6 peratus
sahaja remaja yang lari dari rumah datang dari keluarga yang
bercerai-berai manakala 22.2 peratus remaja mempunyai bapa yang
berpoligami
– Menurut kajian
Jabatan Kebajikan Masyarakat, kebanyakan masalah sosial remaja atau hampir
50 peratus berpunca daripada keluarga yang konflik.
– Tun Dr
Mahathir Mohamad telah dinobatkan sebagai Ikon Membaca Kebangsaan
– Kadar membaca rakyat
Malaysia telah meningkat daripada dua buah buku pada 2005 kepada
lapan hingga 12 buah buku setahun pada 2010
NEGARA
– Jenayah dapat
diibaratkan sebagai musuh dalam selimut kepada negara.
– Peristiwa 13 Mei
1969 masih segar dalam ingatan setiap insan di Malaysia. Peristiwa berdarah
yang melibatkan rusuhan kaum pada ketika itu perlu menjadi iktibar bagi
setiap generasi. Sesungguhnya peristiwa 13 Mei yang mencatatkan titik hitam
dalam sejarah perpaduan kaum di Malaysia wajar direnungi agar pisang tidak
berbuah dua kali.
– Selaras dengan era
teknologi maklumat dan komunikasi, ledakan informasi yang drastik dan radikal
yang sedang melanda seantero pelosok negara, hubungan antara kaum juga
perlu disemarakkan.
– Mantan Presiden
Amerika Syarikat, JF Kennedy – Usahlah disoal apakah sumbangan negara
kepada kamu, sebaliknya tanyalah, apakah sumbangan kamu kepada Negara
– Menurut sejarah
dunia, kejatuhan Empayar Rom disebabkan oleh banyaknya kes jenayah dan
keruntuhan akhlak berlaku.
– Rakyat perlu
menghayati pesanan mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohammad,
iaitu seseorang yang lupa akan sejarah pasti akan mengulanginya.
– “Bersyukur kita
kerana industri pelancongan Malaysia kini menjadi penyumbang kedua terbesar
kepada ekonomi negara seterusnya menjadikan Malaysia destinasi yang
terunggul, terutama sekali untuk percutian dan pelancongan insentif.” Kenyataan
yang disuarakan oleh Dato’ Seri Dr.Ng Yen Yen, mantan Menteri Pelancongan
Malaysia dalam laman web rasmi kementerian beliau memperlihatkan bahawa
Malaysia merupakan syurga pelancongan yang kian popular dan tersohor di
rantau ini.
– Menurut kata mantan
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad, “…kita dapat berkenalan dan
menghilangkan perasaan syak wasangka terhadap orang lain, sekali gus
membolehkan kita menumpukan usaha untuk menjayakan matlamat untuk menjadikan
sebuah negara maju menjelang tahun 2020”
– Menurut satu kajian
yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), hampir 50 peratus
kejadian kemalangan yang menyebabkan kematian berpunca daripada kecuaian
pemandu sendiri.
– Tanggal 3 April
2009, tarikh tersebut akan terus terlakar dalam sejarah negara apabila Perdana
Menteri Malaysia yang keenam dengan rasminya mengangkat sumpah sebagai
Perdana Menteri. Beliau ialah Dato Seri Mohamed Najib Tun Razak yang meneruskan
legasi kepimpinan ayahandanya Tun Abdul Razak bin Dato Hussein. Bukan
sekadar itu sahaja, malah tarikh tersebut telah menjadi mercu tanda baru satu
lagi gagasan Malaysia moden dilancarkan. Gagasan 1Malaysia, Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan kini menjadi landasan penting untuk pemimpin
dan rakyat Malaysia menentukan arah tuju kejayaan Malaysia dalam pelbagai
bidang menjelang hari-hari yang mendatang.
– Tun. Dr. Mahathir
juga pernah berkata bahawa kita hendaklah mengetepikan emosi yang menimbulkan
perpecahan, sebaliknya bersatu-padu membuat kegiatan-kegiatan yang boleh
membangunkan negara.
– Pada 31 Oktober
2006, dilaporkan bahawa mantan Timbalan Perdana Mentari Britain, John Prescott
menyatakan keinginan Britain mempelajari pengalaman Malaysia mengekalkan
formula perpaduan antara kaum dan amalan tolak ansur agama.
– Mengikut statistik
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga
menunjukkan bahawa antara punca prima yang menyebabkan
kanak-kanak dan remaja hilang ialah masyarakat pluralistik di Malaysia
bersikap nafsi atau mementingkan diri sendiri.
– Amat mengejutkan
apabila kita meneliti statistik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
tentang kes buang bayi di negara kita sejak tahun 2005 hingga Januari
2012. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri
Mohd. Zinin, mendedahkan statistik yang merisaukan khalayak. Menurut Mohd.
Bakri, berdasarkan statistik PDRM, sebanyak 517 kes buang bayi direkodkan dalam
tempoh enam tahun kebelakangan ini.
– Di Amerika Syarikat,
National Incidence Studies of Missing, Abducted, Runaway, and Thrownaway
Children (NISMART) telah melaporkan lebih 1 juta kanak-kanak telah hilang
pada tahun 2005. Malah dilaporkan “Seorang kanak-kanak hilang di Amerika
Syarikat pada setiap 26 saat”.
1 ulasan:
mohon share cikgu
Catat Ulasan